Ahad, 27 Mac 2011

SEDARLAH DIRI...SENDIRI ADA KES...DAN MENGAKU....NAK BISING...BERMARUAHLAH SIKIT...

Baca dulu sebelum tuduh melulu, kata Khalid
Mac 26, 11 6:37pm


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memberi jaminan pihaknya tidak akan mengubah waima sedikit pun, butiran laporan audit Yayasan Selangor yang bakal didedahkan kepada umum pada Mei ini.

Khalid berkata walaupun hasil audit itu mencatatkan angka yang agak teruk, namun kerajaan negeri mengamalkan pentadbiran yang telus dan tidak akan memanipulasikan laporan audit itu demi menutup kepincangan yang diwarisi pemerintahan terdahulu.

NONE"Kita perlu pastikan laporan audit tu bebas. Makananya orang yang jalankan audit itu bebas untuk melakukan melaporkan apa saja tanpa terikat pada mana-mana kepentingan.

“Audit untuk 2010 sedang dijalankan, sebab itu saya berhenti sekajap supaya pengaudit dalaman teliti audit dengan teliti. Lepas itu, kita buat perbezaan audit yang dibuat oleh pengaudit dalaman dengan pengaudit kerajaan negeri,” katanya selepas Majlis Konvokesyen Kolej Inpens di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK), Shah Alam pagi tadi.

Khalid berkata, sebaik sahaja laporan audit siap, pihaknya akan menjawab segala persoalan yang ditimbulkan pengaudit dan kemudiannya berkongsi hasil laporan itu dengan rakyat negeri ini.

SPRM dialu-alukan

Menjawab soalan wartawan, Khalid berkata, beliau mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) keatas badan itu bagi membuktikan dakwaan liar sesetengah pihak yang berkepentingan sebelum ini tersasar sama sekali.

suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia anti corruption commission"Saya dah suruh SPRM duduk di pejabat, tak payah cari lagi. Saya dah suruh dia duduk kat Pejabat Menteri Besar pun saya dah suruh, kat mana-manapun dia boleh duduk.

“Maknanya, ini bukan satu perkara, kita galakkan. Ini orang luar sibuk-sibuk pangil SPRM, tak payah. Saya suruh dia duduk situ, kalau apapun dia boleh tengok, sebab kita punya polisi adalah keterbukaan, kalau dia nak tengok fail, biar dia tengoklah, apa pula yang menjadi masalah, tak payah tunggu apa semua," katanya.

NONESemalam, Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia agar menjalankan siasatan terhadap perbelanjaan penyelenggaraan itu yang dikatakan sebanyak RM6 juta sepanjang 11 bulan pertama tahun lalu.

Abdul Shukor berkata berdasarkan Laporan Bahagian Audit Dalaman Pejabat SUK terhadap yayasan itu mendapati, sepanjang Januari hingga November 2010 sebanyak RM6,029,790 telah dibelanjakan oleh yayasan untuk tujuan itu.

Catatkan sedikit untung

Beliau berkata jumlah itu adalah keterlaluan dan tidak munasabah kerana ia tidak melibatkan pembelian kenderaan baru.

Mengulas dakwaan itu, Khalid menjelaskan, tiada lebihan diterima untuk tempoh audit tersebut kerana kebanyakan projek pembangunan belum mampu menjana pendapatan dan ia bukanlah satu perkara yang aneh.

azlanPada 2005, Yayasan Selangor mengalami kekurangan lebihan sebanyak RM10 juta. Namun dua tiga tahun selepas itu, badan itu mencatatkan sedikit lebihan kerana pelaburan yang dibuat mulai membuahkan hasil.
"Sebab masa itu, projek YS baru menghasilkan pendapatan, Jadi adakalanya pendapatan melebihi perbelanjaan, ada juga tahun yang perbelanjaan kita tetap kerana kita ada asrama, kita ada membagi belanja murid-murid dan semua.

“Jadi bila kita membuat analisa, kita menganalisa dengan corak perbelanjaan dan corak penggunaan," kata beliau.



Konvensyen bimbang 6 KSU diganti bukan bumi
Abdul Rahim Sabri
Mac 27, 11
7:18pm


Konvensyen tranformasi ekonomi bumiputera anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap pelantikan bukan bumiputera sebagai ketua setiausaha (KSU) di enam kementerian.

Menurutnya, kesemua jawatan tersebut sebelum ini disandang oleh KSU bumiputera.

Konvensyen itu bimbang pelantikan tersebut akan menjejaskan agenda pembangunan ekonomi bumiputera.

Menurutnya, dengan kuasa mutlak yang ada, mereka berupaya secara terang dan berselindung menggagalkan agenda pembangunan ekonomi bumiputera di kementerian mereka.

Enam kementerian tersebut ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pelancongan, Kementerian Tenaga dan Hijau, Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI), Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengangkutan.

Perkara tersebut merupakan antara 13 resolusi yang diluluskan dalam konvensyen sehari yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.

Sehubungan itu, konvensyen berkenaan mendesak Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) mengambil tindakan dengan mengarahkan ketua setiausaha negara menukar KSN berkenaan jika mereka terbuka membelakangkan agenda ekonomi bumiputera.

MTAB adalah badan peneraju pembangunan sosio-ekonomi Melayu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib TUn Razak dan dianggotai lapan menteri kabinet.

Hampir 700 peserta yang terdiri termasuk wakil 76 NGO Melayu dan bumiputera menghadiri konvensyen tersebut.

Selain itu, konvensyen itu menyokong penubuhan Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) sebagai usaha meletakkan orang Melayu dan bumiputera dalam agihan kek ekonomi negara dalam suasana transformasi ekonomi.

"Konvensyen berpendapat bahawa TERAJU tidak sepatutnya dilihat sebagai sebuah lagi organisasi yang menjaga kepentingan bumiputera, tetapi masih lesu dalam tindakan afirmatif.

"Peranan TERAJU seharusnya seiring dengan agensi-agensi yang lain seperti PEMANDU yang diberikan peranan besar dalam memacu Program Transformasi Ekonomi Negara," resolusi itu dipetik.

Sehubungan itu konvensyen tersebut menggesa supaya TERAJU mesti diberi kuasa penuh mengarah dan memantau menteri, KSU, Ketua-ketua pengarah agensi dan GLC dalam hal berkaitan agenda ekonomi bumiputera.

Selain itu beberapa resolusi yang diluluskan antaranya:

1. Menjadikan pembangunan ekonomi bumiputera sebagai agenda nasional

2. MTAB perlu memastikan ketua pegawai eksukutif syarikat GLC yang hendak dilantik mesti berjiwa Melayu dan bukannya terdiri dari mereka yang golongan Melayu Liberal.

3. Meningkatkan komitmen pengurusan Petronas dalam agenda bumiputera di Petronas.

4. Mewujudkan satu badan khas yang memantau dan menyelia kemajuan tanah rizab Melayu yang boleh dinamakan Perbadanan Kemajuan Tanah Rizab Melayu Greater Kuala Lumpur.

Sementara itu, dalam sidang medianya, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali meminta kerajaan berhati-hati terhadap pakar-pakar luar yang dijemput memberi pandangan tentang ekonomi tetapi "tidak mengetahui latar belakang sejarah dan perkembangan dalam negara ini".

"Mereka menggubal ekonomi tidak berasaskan kepada sosioekonomi Malaysia,"katanya.

Menurutnya, beliau menerima pandangan dan input yang didakwa bahawa pandangan mereka "tidak ada roh" dan "tidak ada latarbelakang sejarah Malaysia".

Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas akan menyerahkan resolusi tersebut kepada Najib, timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pihak-pihak lain selepas ini.


Qazaf: Jamil Khir enggan ulas kerana libatkan polis
Mac 26, 11 3:35pm
Kongsi 251
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata beliau memilih untuk mendiamkan diri dalam isu-isu yang didakwa pihak tertentu sebagai qazaf (tuduhan zina) kerana ia melibatkan pihak berkuasa seperti polis.

NONEKatanya dalam hal itu pihak-pihak yang berkaitan perlu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

"Mereka kata saya mendiamkan diri. Kalau rasa itu tuduhan bawa kepada polis dan mahkamah yang berkaitan. Hal ini perlu dilaporkan kepada polis," katanya kepada pemberita selepas meraikan konvoi motosikal Pemuda Umno Padang Besar, Perlis di Alor Setar hari ini.

Sebuah akhbar yang dikaitkan dengan pembangkang, Fitrah dalam laporannya mengatakan Jamil Khir dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim tidak bersuara dalam isu qazaf seperti tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isu video lucah palsu yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Sementara itu, Jamil Khir berkata fatwa berbeza antara negeri-negeri dalam sesuatu perkara bukanlah sesuatu yang mengelirukan tetapi bagi memperlihatkan pandangan yang luas dalam isu berkaitan.

Katanya fatwa bukanlah undang-undang, jadi ia tidak akan sampai ke tahap menimbulkan konflik.

Ketika berucap pada majlis itu, Jamil Khir yang juga Ketua Penerangan Umno Negeri Kedah berkata trend kemenangan BN dalam pilihan raya kecil sejak kebelakangan ini menunjukkan pengundi muda sudah kembali kepada BN.

"Walaupun beberapa pilihan raya kecil yang awal selepas Pilihan Raya Umum 2008 berpihak kepada pembangkang tetapi kini sejak akhir-akhir ini BN pula yang menang. Keputusannya sekarang dah jadi 8-8...seri," katanya.

- Bernama

Masukkan elemen qazaf dalam kanun keseksaan
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 27 Mac: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berpandangan pertuduhan dengan cara video klip tidak sah memandangkan ia dilakukan di luar lingkungan prosiding perundangan yang telah digariskan undang-undang Syariah.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz merujuk kepada isu panas yang melibatkan konspirasi Datuk "T" untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah seorang pemimpin pembangkang menerusi pendedahan klip video seks baru-baru ini.

Hal ini, katanya kerana dakwaan sedemikian adalah sesatu yang cukup berat untuk ditanggung oleh tertuduh memandangkan ia melibatkan harga diri, maruah, dan air muka individu berkenaan.

Lantaran itu, tambahnya disebabkan faktor berkenaan Islam telah menggariskan prosedur khusus dengan mensyaratkan empat orang saksi yang adil yang benar-benar melihat aksi sedemikian seperti melihat masuknya celak ke dalam penutupnya dan bukan dengan hanya sekadar menonton video yang samar-samar hitam putih.

Dalam pada itu, jelasnya dalam jenayah seperti hudud, pembuktian seharusnya dibuat bukan sekadar menjangkaui keraguan munasabah, tetapi menjangkaui sebarang bayang-bayang keraguan untuk memastikan tertuduh benar-benar bersalah dan bagi mengelakkan sebarang bentuk kezaliman kepada tertuduh.

Namun, jelasnya dalam perkembangan politik semasa, prinsip memelihara kemuliaan insan, maruah dan harga diri individu seringkali diabaikan apatah lagi ia dianggap sebagai senjata yang paling ampuh untuk menjatuhkan seseorang.

“Maka, demi memastikan agar prinsip ini terus subur dalam masyarakat, PKPIM menggesa agar eleman Qazaf yang mengenakan hukuman berat kepada penuduh jika gagal membawa empat orang saksi yang adil dimasukkan dalam Kanun Keseksaan supaya masyarakat kita akan mengambil sikap berhati-hati dalam membuat sesuatu dakwaan yang melibatkan maruah seseorang,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM bimbang situasi sedemikian akan meletakkan masyarakat berada dalam keadaan terumbang ambing dan hilang kredibiliti untuk menjadi masyarakat contoh.

Hal ini, ujarnya berlaku apabila senjata ini sudah dibudayakan setiap kali apabila berlaku pertelingkahan.


Tindakan musuh sama sahaja walau di mana
Ismail Hashim

SHAH ALAM, 27 Mac: Seluruh penganut Islam hendaklah melihat semua kejadian yang berlaku dalam negara umat Islam di seluruh dunia adalah tindakan rangkaian musuh.

Mereka tidak melaksanakan semua perancangan mengikut kehendak sosok dan minda pemimpin gerakan musuh tempatan yang bersifat lokal semata-mata.

Ahli Majlis Syura Ulama, Ustaz Zaharuddin Mohamad berkata, perancangan musuh berlaku sejak lama dahulu dan kini mereka melaksanakannya.

Menurutnya, kerana itu apa yang berlaku di hampir semua negara umat Islam khususnya seakan-akan semuanya sama sahaja dari sudut perancangan dan tindakan.

Beliau berkata demikian ketika bercakap sebagai panelis dalam forum tentang Konflik Asia Barat; Kesan Pada Gerakan Islam di Malaysia, malam tadi.

Turut serta adalah Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman dan penulis sejarah Gerakan Islam Malaysia, Ustaz Fadley Ghani sebagai moderator.

Forum itu diadakan di Surau At-Taqwa, Seksyen 7, dekat sini.

Dalam pada itu, Ustaz Zaharuddin bimbang dengan kebangkitan di Mesir, ada pihak lain yang akan pegang kuasa meski rakyat yang bangun tetapi sosialis pula yang menjadi juara.

"Kita berharap keadaan sebegitu, tidak berlaku di negara ini," tegasnya.

Ustaz Zaharuddin tamat pengajian MA dalam bidang Ekonomi Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir dan mempunyai pengalaman belasan tahun di negara Arab khususnya Mesir.

Kebangkitan di Mesir dan kebanyakan negara Arab lain, ujarnya, adalah dari golongan muda terdiri daripada mahasiswa universiti atau mereka yang baharu sahaja tamat belajar di universiti.

Katanya, Malaysia lebih wajar bangkit terlebih dahulu dari Mesir kerana suasana di Malaysia lebih teruk dari Mesir memandangkan pelajar Mesir keluar universiti tidak mempunyai hutang.

"Golongan pesakit buah pinggang yang miskin boleh rawat hemodialisis di hospital kerajaan Mesir, di Malaysia mereka akan mati begitu sahaja jika bukan kakitangan kerajaan, orang kaya atau miliki takaful," katanya lagi.

Rakyat, tambahnya, perlu melihat yang bersalah dalam sistem ekonomi negara ini adalah kapitalis yang mencengkam duit rakyat tidak kira dari bangsa apa pun mereka.

Sebelum itu, Prof Redhuan berkata, kesemua kerajaan terutama di negara Islam, mereka menjadi kerajaan atau pemerintah selepas mendapat restu daripada musuh Islam di peringkat antarabangsa.

Beliau juga bangkitkan tentang sikap media yang masih terkongkong di negara ini berbanding dengan kebebasan akhbar di negara demokrasi lain.

"Akhbar dahulu mendidik pembaca tapi akhbar hari ini amat meloyakan kerana mereka sanggup memperbodoh-bodohkan rakyat.

"Sebab itu, saya sendiri tidak galakkan pelajar membaca akhbar meloyakan itu kerana mereka akan menjadi lebih bodoh daripada sebelum membacanya.

Beliau sendiri, katanya, hanya membawa balik akhbar meloyakan itu kerana hendak digunakan untuk membakar sampah di petang hari," tegasnya lagi.

Menurutnya, gerakan kebangkitan rakyat dalam negara ini masih berada di tahap mendukacitakan kerana ramai yang masih tertipu dan tertarik dengan kenyataan palsu kononnya negara ini terbaik.


Dulu mata kini perut jadi sasaran

Mohd Sabri Said

PERMATANG PAUH, 27 Mac: "Dulu mata, kini perut pula jadi sasaran" kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi gelak ketawa para hadirin di majlis minun petang di perkarangan Pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir, semalam.

Kata beliau, orang ramai apabila terserempak asyik memandang perutnya, bukan lagi muka sambil melemparkan senyuman sepertimana biasa yang dilakukan sebelum ini.

Sekarang ini baru beliau menyedari rupanya mereka hendak membandingkan apa yang dikatakan oleh orang yang dijemput menonton video lucah kononnya dirinya terlibat dan menjadi 'hero' dalam adegan berkenaan.

Menurut Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, apa yang diceritakan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul individu yang dikatakan Anwar itu perutnya buncit, punggung dan bahunya nampak besar, tiada langsung miripnya.

"Itulah yang diberitahukan oleh Johari Abdul. Saya dan isteri tidak tengok lagi," tegasnya.

Jelas beliau sambil jenaka, setiap kali keluar rumah, isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah akan mengingatkannya agar jangan makan banyak nanti perut buncit, baru semacam dengan individu yang digambarkan dalam video lucah tersebut.

Menyentuh mengenai tayangan itu, beliau membidas pihak terbabit kerana sampai kini polis masih tidak menahan 'trio’ Umno yang bertanggung jawab memainkan video lucah.

Bahkan, katanya mereka sanggup menjemput para media untuk menegak benang basah ciptaan karut untuk mengaibkan dirinya, keluarga, parti dan gagasan yang sudah bersedia mengambil alih pemerintahan negara pada bila-bila masa.

"Rupanya bila wujud isu baru, rakyat bukan naik muak tapi datang lagi ramai mendengar ceramah penerangan yang kami buat. Mungkin itu petanda Kerajaan Barisan Nasional (BN) dah nak jatuh.

“Rakyat akan ajar kepimpinan BN pada pilihan raya umum nanti,” ujarnya.


Video seks: Siapa Soi Lek mahu desak Anwar
Fakhri Ali

PERMATANG PAUH, 27 Mac: Desakan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim memastikan kebenaran dakwaan terlibat dalam video seks lucah sepertimana yang hangat diperkatakan diselar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Lim ketika berucap dalam ceramah penerangan isu fitnah III malam tadi di sini berkata, Soi Lek yang tidak mempunyai moral yang tinggi kerana terbukti terlibat dalam video seks sebelum ini tidak layak untuk bercakap mengenai hal ini kecuali beliau adalah orang yang bersih.

"Siapa Soi Lek yang cuba mendesak Anwar supaya mengesahkan watak pelakon dalam video seks lucah tersebut. Apakah jika beliau sendiri berpengalaman dan tercemar imej diri dan parti MCA sebelum ini, maka beliau layak untuk bertanya sedemikian?

"Hanya orang yang ada moral tinggi sahaja yang patut bertanyakan perkara ini kepada Anwar," katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan turut menyelar Datuk Seri Najib kerana mendakwa Umno tidak mempunyai kaitan dengan isu video seks lucah itu.

"Jika Umno tidak terlibat, apakah Tan Sri Rahim Thamby Chik ini bukan orang Umno. Bila pula beliau keluar dari Umno?" tanya beliau lagi.

Lim juga mendesak Najib supaya tidak bermain dengan cara politik yang kotor semata-mata untuk menyekat kemaraan Anwar.

Katanya lagi, berpolitik harus dengan cara yang bermoral serta berakhlak tinggi, bukannya dengan menjadikan konspirasi yang tidak sudah-sudah semata-mata untuk membenamkan kebangkitan Anwar untuk merampas tampuk pemerintahan negara.

Hadir bersama ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul, Chegu Bard serta kepimpinan PR negeri dan Kedah.


PENGAKUAN CHUA SOI LEK

LABIS 1 Jan. – Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek membuat pengakuan terbuka hari ini bahawa beliau ialah orang yang trlibat dalam aksi hubungan seks bersama seorang wanita angsalinanakera video digital (DVD) perlakuan idiedarkanecarameluas di Johor sejak tiga hari lalu.

Bagaimanapun, di sebalik pengakuan terbuka tersebut, Menteri Kesihatan itu menegaskan, beliau tidak akan melepaskan jawatannya dalam kerajaan dan parti.

Soi Lek yang membacakan teks kenyataan pada sidang akhbar di pejabat MCA Labis di sini petang ini menyifatkan wanita terbabit sebagai kawan baiknya.

‘‘Siapa yang terlibat dan apakah motif DVD itu dihasil dan dirakamkan tidak penting lagi.

“Yang paling mustahak bagi saya sekarang ialah keluarga, isteri dan anak-anak telah pun menerima permohonan maaf daripada saya,” katanya.

Sidang akhbar pada pukul 4.30 petang itu penuh sesak dengan kehadiran wartawan serta para penyokong Soi Lek.

Menteri Kesihatan berusia 61 tahun itu tampil membuat pengakuan tersebut bagi menjelaskan kontroversi DVD pemimpin politik Johor yang dikatakan mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita muda di sebuah hotel.

DVD hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu diedarkan secara percuma di Muar dan Batu Pahat oleh orang yang tidak dikenali dan pertama kali dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina pada Ahad lalu.

Turut hadir bersama 200 penyokong Soi Lek pada sidang akhbar itu ialah Pengerusi MCA Labis, Tan Kok Hong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekok dan ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha yang juga Pengerusi BN Labis.

Menurut Soi Lek, beliau telah menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting untuk memohon maaf atas kontroversi itu.

Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai pertemuannya dengan ketiga-tiga pemimpin itu bagaimanapun menegaskan tetap akan menjalankan tugas sebagai menteri Kabinet, Ahli Parlimen dan pemimpin MCA seperti biasa.

Bernama melaporkan Chua, yang akan menyambut ulang tahun ke-61 esok, diiringi isteri beliau, Datin Seri Wong Sek Hin ketika beliau menemui Abdullah di Seri Perdana, Putrajaya semalam untuk menerangkan mengenai DVD tersebut.

Pada pertemuan itu, Soi Lek mengakui bahawa beliaulah orang dalam DVD itu yang dirakam dua tahun lepas.

Berikutan pertemuan itu, diputuskan bahawa Menteri Kesihatan berkenaan hendaklah menjelaskan perkara tersebut secara terbuka.

Ketika menjawab pertanyaan pemberita, Soi Lek menerima tepukan gemuruh daripada penyokongnya apabila beliau berkata: ‘‘Menteri berkhidmat atas kepercayaan yang diberi oleh Perdana Menteri.”

Beliau yang kelihatan tenang menjawab pelbagai soalan daripada wartawan, turut menafikan beliau sendiri bertanggungjawab merakam dan menghasilkan DVD tersebut.

Menurutnya, pihak di sebalik pembikinan rakaman itu tidak penting, namun sebab mereka berbuat demikian adalah jelas tetapi beliau enggan mengulas lanjut.

Beliau turut merayu media supaya memberikan beliau dan keluarganya sedikit ruang ketika menghadapi saat-saat getir tersebut.

Soi Lek berkata, beliau mengetahui mengenai rakaman itu pada Ahad lalu apabila seorang rakan memberikan salinannya.

Ditanya sama ada beliau berhasrat untuk membuat laporan polis, Soi Lek berkata: “Saya akan memikirkan perkara itu dengan serius.”

Beliau turut memohon maaf kepada rakan seperjuangan, penyokongnya dan rakyat Malaysia.

‘‘Saya juga berterima kasih kepada mereka yang prihatin dan mengambil berat dengan membuat panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS),” katanya.

Selepas sidang akhbar itu, beberapa pengikutnya turut mengambil kesempatan untuk bersalaman dan mengucapkan simpati kepadanya.

Sementara itu, Kok Hong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air dan Komunikasi Johor berkata, pihaknya akan terus memberi sokongan kepada Soi Lek sebagai Ahli Parlimen Labis untuk mewakili kawasan Parlimen itu pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, kejujuran Soi Lek mengakui kesilapannya patut menjadi contoh kepada orang lain kerana belum ada pemimpin yang mengambil sikap berani dan sejujur beliau.

Sumber: Utusan Malaysia 02/01/08

Ulasan:

Rasanya ini adalah julung-julung kes di mana seorang menteri di Malaysia mengaku berzina secara terbuka di kaca televisyen. Berita ini agak menggemparkan walaupun tidak memeranjatkan. Berita sebegini mengingatkan kembali kisah skandal seks orang-orang kenamaan Barat, termasuk bekas Presiden Amerika sendiri, Bill Clinton dengan Monica Lewinsky. Bintang LA Lakers ‘Magic’ Johnson yang menghidap HIV (AIDS) turut mengaku mengadakan hubungan seks dengan lebih 1500 orang wanita dari pelbagai bangsa dan banyak lagi skandal seks lainnya.

Skandal seks bukanlah suatu yang baru di Malaysia, tidak kiralah sama ada ia melibatkan orang Islam atau bukan Islam. Cuma yang ‘baru’ di sini ialah pengakuan secara terbuka yang dibuat. Itu pun kerana dvd yang telah tersebar dengan meluas. Mungkin jika tidak ada dvd yang tersebar, maruah Chua Soi Lek masih tetap bersih. Juga, suatu yang baru apabila ramai penyokong Soi Lek yang memberikan sokongan dan dorongan kepada beliau, malah beliau dilayan sebagai seorang ‘hero’. Tak ketinggalan, UMNO bahagian Labis juga turut serta dalam memberi semangat dan sokongan padu kepada beliau. Masya Allah! Seorang penzina yang telah mengaku secara terang-terang perbuatan kejinya, kini menjadi hero kerana pengakuan yang dibuatnya. Di manakah pertimbangan manusia, khususnya orang UMNO yang beragama Islam di dalam masalah ini?

Mungkin mereka beranggapan bahawa zina dibolehkan di dalam agama kafir, maka tidak mengapalah Chua Soi Lek berzina, itu adalah perkara biasa. Namun, adakah mereka begitu jahil bahawa dalam mana-mana agama pun, zina dianggap perbuatan buruk yang tidak boleh diterima. Apakah yang sudah berlaku? Apakah kerana Soi Lek begitu berani mengaku melakukan zina, maka yang salah terus jadi betul, yang buruk terus jadi baik, dan seorang ‘penjahat’ terus menjadi hero. Di manakah letaknya pertimbangan rasional yang selama ini dipegang, bahawa pemimpin adalah contoh teladan bagi rakyat. Apakah kerana ingin membela pemimpin parti komponen, maka agama Islam digadaikan?

Sebagaimana disebutkan, walaupun hal ini menggemparkan, namun ia tidaklah memeranjatkan. Ramai orang dekat yang mengetahui skandal seks pemimpin masing-masing, tetapi selama mana pemimpin tersebut boleh memberi ‘manfaat’ kepada mereka, maka perkara-perkara ini tidak didedahkan. Namun apabila kawan sudah menjadi musuh, manfaat sudah hilang, maka di saat itulah segala vcd, dvd, kaset, mp3, mp4 dan segala-galanya akan tersebar. Jika dahulu, Anwar Ibrahim yang baru sahaja dituduh melakukan kesalahan liwat, terus dibuang dari UMNO dan kerajaan, sekarang, Soi Lek yang sudah mengaku terang-terangan melakukan zina, nampaknya tidak diperlakukan demikian.

Inilah realiti kehidupan di zaman Kapitalis dan kepimpinan sekular sekarang. Semua ini boleh berlaku kerana syari’ah tidak dijadikan peraturan hidup. Bayangkan suasana jika undang-undang syari’ah-lah yang mentadbir negara dan muka bumi ini, apakah nasib penzina seperti Chua Soi Lek dan juga penzina-penzina lainnya (yang muhsan – dah berkahwin). Nescaya hudud Allah akan dikenakan ke atas mereka sebagai balasan perbuatan keji mereka atas dunia. Dan (hudud) ini merupakan tiket segera untuk menghantar mereka ke alam barzakh, yang pastinya menjadi pengajaran kepada manusia lain. Itulah sebaik-baik hukuman, pengajaran dan teladan bagi umat manusia dari Allah swt, selaku Pencipta manusia.


Jangan gopoh walaupun hampir menang
Harakahdaily

KUALA KRAU, 27 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan para petugas parti supaya tidak gopoh di dalam perjuangan.

Katanya, para pejuang tidak boleh gopoh dalam perjuangan, walaupun dilihat hampir untuk menempuh kemenangan.

“Para petugas dakwah ini juga mestilah yakin dengan janji Allah SWT, bahawa tugas yang sangat mulia ini akan dibayar dengan syurga Allah SWT,” ujarnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Krau, dekat sini, hari ini.

Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS kawasan yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau yang juga ahli Parlimen Marang turut mengajak para petugas PAS supaya mengambil pengajaran daripada perjuangan para rasul dan nabi.

“Lihatlah juga pedoman dan rentetan perjuangan para nabi dan rasul alaihimussolatuwassalam yang selama ratusan tahun teguh serta istiqamah pegangannya dalam membawa amanah Allah Taala ini,” ujarnya.

Tambahnya, para pejuang Islam juga hendaklah sabar dalam menempuh jalan ini, dan tidak menjadikan diri mereka di kalangan orang yang ingin cepat dalam mencapai kemenangan.

“Ambillah iktibar janji Allah, bahawa sekiranya jalan perjuangan ini mudah dan cepat, nescaya ramailah penyokong yang akan bersama kita untuk menunggu habuannya. Sedangkan kemenangan memerlukan pengorbanan, dengan menjadikan kemenangan dalam perjuangan ini mestilah dengan tarbiyah, iman dan penuh akhlak Islam dengan tidak membalas dendam sesudah mencapai kemenangan,” ujarnya lagi.

Beliau juga menjelaskan bahawa Allah mengurniakan amanah mentadbir sesebuah kerajaan kepada yang dikehendaki-Nya, sebagai suatu ujian dalam kehidupan di dunia.

Katanya, asas pembangunan negara dari segi pembangunan insan adalah pembangunan roh dan akal dengan iman, ilmu dan akhlak yang mulia.

Menurutnya lagi, Islam yang ingin dilaksanakan oleh sesebuah kerajaan adalah bukan di atas kepentingan politik, tetapi adalah tanggungjawab dari Allah.

Justeru, tegasnya perjuangan Islam memerlukan pengorbanan, tiada jalan mudah dan diiringi karpet baldu yang cantik, tetapi penuh dengan onak dan duri sepanjang jalan perjuangan.

Beliau mengakhiri ucapan perasmian dengan membacakan dua rangkap syair bahasa Arab yang diucapkan oleh Abu al Qaseem As Syaabi dari Tunisia yang meninggal dunia pada pertengahan tahun 1930-an dalam usia muda.

"Apabila bangsa itu mahu menjadi bangsa yang hidup di suatu hari nanti, maka bangsa itu mestilah menyahut seruan beriman dengan seruan qada Allah. Malam pasti akan berlalu dan tibanya waktu siang, dan pastilah gari yang mengikat rakyat itu akan pecah suatu hari nanti."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan