M Faqih | ||||||||||||||||||||||||||
KOTA BHARU, 17 Mac: DAP hari ini menjelaskan aktiviti perjudian yang memerlukan premis seperti Magnun atau Nombor Ekor tidak lagi berbangkit sekarang kerana semua rakyat Kelantan sudah faham. Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua bangsa di negeri ini telah menerima larangan kegiatan tersebut sudah melewati 20 tahun. ”Masyarakat Cina telah menerima pentadbiran PAS dalam tempoh 20 tahun. Dasar PAS sudah diketahui termasuk bukan Islam. ”Itu tidak lagi menjadi isu, yang ditimbul sekarang hanya penjualan tiket loteri sahaja. Ini kerana ada pihak berhujah loteri tidak memerlukan premis dan diberi kelulusan kerajaan pusat. ”Dan apabila kerajaan negeri menguatkuasa larangan itu seolah-olah melampaui batasan kuasa kerajaan pusat. Dan kerajaan Kelantan menjelaskan isu ini akan dikaji Penasihat Undang-Undang,” katanya pada persidangan media selepas perjumpaan dengan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini. Hadir sama perjumpaan itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nor Manuty dan anggota parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong. Sebelum ini ada pihak mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam menyerbu premis yang disyaki menjual tiket loteri. Loke berkata, beliau dan Liew menyatakan pandangan DAP terhadap isu loteri kepada Menteri Besar. ”Hanya penjualan loteri yang jadi isu baru-baru ini. Dan kita berpuas hati dengan perbincangan hari ini. Kita menghormati judi adalah haram kepada orang Islam. “Hanya menjadi persoalan kepada bukan Islam membeli loteri kerana ia dibenarkan di peringkat pusat, dan kerajaan negeri bersedia mengkaji spesifik isu loteri. ”Dan kalau dibenarkan selepas dilihat dari aspek undang-undang kita perlu melihat semula bagaimana melaksanakan perkara ini,” ujarnya. Beliau juga berkata, loteri sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat Tionghua sejak sekian lama. Beliau yang juga anggota parlimen Rasah berkata, dalam isu judi bola sepak DAP awal-awal lagi menentang ketika perbahasan di parlimen. Mustafa pula kerajaan Kelantan menyerah kepada Penasihat Undang-Undang (LA) untuk mengkaji isu penjualan tiket loteri yang tidak membabitkan premis. Ini kerana kegiatan perjudian yang memerlukan premis memang tidak boleh di Kelantan, tetapi dalam konteks tanpa premis lesen judi itu diluluskan kerajaan pusat. “Kuasa kerajaan negeri premis di bawah peraturan PBT, tetapi kalau kegiatan judi yang tidak memerlukan premis inilah yang LA hendak kaji. “Kalau mereka jual di tepi sungai kita pun tidak tahu, macam mana hendak buat. Itu maksudnya. Tengok dahulu apa hasil yang dikaji LA,” ujarnya. Beliau juga berkata, pertemuan dengan Menteri Besar hari ini bagi menerangkan keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat yang lepas berkaitan isu berkenaan. Cuma kata beliau apa yang dilaporkan beberapa akhbar tidak tepat berkaitan kenyataan dikeluarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, dakwaan mengatakan Anwar menegur Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak berbangkit sama sekali kerana apa yang dilaporkan media berlainan. ”Keputusan diambil kita serah kepada kebijaksanaan negeri Pakatan masing-masing. Pulau Pinang macam mana pendekatan yang mereka hendak diambil. ”Kelantan sudah lama diketahui sikapnya. Tidak semesti apa yang dilakukan Kelantan negeri Pakatan Rakyat lain pula hendak ikut, jadi terpulang di atas kebijaksanaan dan autoriti negeri terbabit,” tambahnya. Dalam kenyataan sebelum itu Menteri Besar berkata, isu larangan penjualan tiket-tiket loteri Big Sweep yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap, kerajaan negeri sedia menelitinya. “Kita serahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan yang ada,” katanya. Kenyataan media itu dibaca Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari. 'Pertemuan empat mata Nik Aziz-Chua tidak munasabah' Syarat yang dikemukakan MCA yang mahu bertemu empat mata dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi mendapat penjelasan berhubung pengharaman penjualan tiket loteri dianggap sebagai satu syarat yang 'pelik'. Menurut setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari berkata 'tidak munasabah' syarat yang diletakkan oleh presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek sedangkan Nik Aziz mempunyai barisan exco, pegawai termasuk pembantunya. "Adalah tidak munasabah meletakkan syarat (bertemu) satu sama satu. Saya rasa pelik. Tidak munasabah kerana tok guru kena ada pembantu, exco dan pegawai-pegawainya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam. Bahkan dengan nada menyidir, Ahmad Fadhli yang juga ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan juga pelik mengapa presiden MCA "suka bertemu satu sama satu". Sehubungan itu, Ahmad Fadhli berkata pihaknya "tidak boleh memenuhi" kalau syarat itu diletakkan oleh Chua sepertimana yang dilaporkan sewaktu presiden MCA itu mengadakan sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu, Ahad lalu. Dalam sidang media itu, Chua dilaporkan berkata pihaknya "tidak beminat untuk berjumpa dengan sesiapapun selain Nik Aziz kerana beliau diiktiraf sebagai (mursyidul am) PAS". "Kita tidak berminat untuk berdebat dengan sesiapapun... Kita cuma mahu faham, kenapa selepas 20 tahun barulah (langkah pengharaman) dikuatkuasakan," kata Chua. Bagaimanapun Ahmad Fadhli sekali lagi menegaskan kesediaan Nik Aziz untuk bertemu dengan pemimpin MCA tanpa syarat sepertimana yang dilaporkan sebelum ini. "Nak berjumpa dengan Tok Guru (Nik Aziz), tak ada halangan," katanya sambil menambah pihaknya belum menetapkan tarikh pertemuan tersebut seperti yang diminta MCA. Ditanya mengapa pihaknya masih belum berbuat demikian, Ahmad Fadhli berkata Nik Aziz mempunyai urusan dan beberapa exco negeri kini berada di Eropah. Keputusan tarikh pertemuan itu dijangka diketahui minggu depan, tambah Ahmad Fadhli. Selangor tidak sembunyi salah laku pegawai
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Jumaat, 18 Mac 2011
POLITIK@SIASAH SATU ILMU YANG TAK TERTINGGAL DALAM ISLAM...BERPOLITIK IKUT ISLAM@QURAN..HADIS DAN SUNNAH..TAK MENIPU DAN MENGELAT...
Orang Cina faham Kelantan haram premis judi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan