Khamis, 31 Mac 2011

PERKATAAN 'MANGSA' MACAM MALAYSIA TERINAYA PULAK...DUNIA MILIK ALLAH...TERMASUK MALAYSIA...NI TAKDIR ALLAH....BUKAN TERJADI DENGAN SENDIRI....JIKA ASYIK BUAT MAKSIAT...ANJUR BUAT MUNGKAR...LAWAN HUKUM ALLAH...ADAKAH MASIH TAK LAYAK LAGI UNTUK DIHUKUM...JANGAN JADI ORANG PERASAN...ALLAH MASIH PANDANG DENGAN RAHMAT...SELAGI ADA MANUSIA2 KERDIL MEMBUAT KERJA2 AMAL MAKRUF SERTA MENCEGAH@NAHI MUNGKAR....


Elia Suhana masih isteri Sultan Ismail


ADA sesuatu yang mencuit hati Elia Suhana ketika berbual dengan peguamnya Fakhrul Azman (kiri) di Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU - "Syukur Alhamdulillah, saya masih lagi isteri baginda. Mahkamah dah buat keputusan dan itulah kebenaran yang mahkamah sahkan. Saya doakan kesejahteraan dan kebahagiaan baginda."
Demikian kata Elia Suhana Ahmad, 32, setelah Mahkamah Rayuan Syariah di sini, semalam membatalkan permohonan Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Tinggi Syariah sebelum ini.
Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 5 Disember lalu, menolak permohonan pengesahan lafaz cerai terhadap Elia Suhana yang difailkan oleh Nik Rorhana pada 9 Mac lalu.
Keputusan itu bererti, Elia Suhana kekal sebagai isteri kedua bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra.
Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang bersidang semalam, dipengerusikan oleh Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri, Datuk Daud Muhammad bersama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria dan Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Datuk Dr. Johari Mat, membatalkan permohonan Nik Rorhana selaku perayu selepas gagal hadir di mahkamah.


Malaysia 'mangsa' gempa jiran


PETA menunjukkan kedudukan Malaysia yang terletak berhampiran Lingkaran Api Pasifik menyebabkan ada kemungkinan turut menerima kesan jika berlaku gempa bumi kuat di negara-negara jiran.



KUALA LUMPUR – Kajian mendapati Malaysia akan turut berisiko menerima tempias gegaran dari semasa ke semasa sekiranya bencana alam yang teruk berlaku di Sumatera, Pulau Jawa dan Filipina.
Walaupun negara ini tidak termasuk dalam Lingkaran Api Pasifik namun fenomena itu diakui oleh Jabatan Mineral dan Geosains sendiri melalui kajian yang dilakukan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Yunus Abdul Razak berkata, jika gempa bumi melanda Sumatera, sebahagian kawasan di Semenanjung Malaysia akan terasa gegaran manakala Sabah dan Sarawak pula menerima kesan sama jika bencana itu berlaku di Filipina.
“Kepingan tektonik bumi dan titik gempa di negara ini dalam keadaan solid (kukuh) berbanding negara lain yang sentiasa aktif.
“Namun negara ini tidak akan terlepas merasai gegaran sama ada kuat atau sedikit akibat tempias daripada kedua-kedua negara itu dan ia bergantung kepada skala di mana titik gempa di dua negara itu sama ada cetek atau dalam,” ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.


Isteri tekad akhiri derita




SEORANG wanita menunjukkan tingkap rumahnya yang dipalang selepas mendakwa cuba dipecahkan suaminya di Padang Sera, Jitra semalam.


JITRA – “Penderitaan selama saya hidup bersama bekas suami sangat perit dan saya sudah serik. Hanya Allah yang tahu bagaimana seksanya saya sejak bernikah dengan dia (suami) lima tahun lalu.
“Walau apa pun yang terjadi, saya tetap dengan keputusan saya dan tidak akan kembali kepadanya. Muktamad!”
Kata-kata itu diluahkan oleh seorang wanita berusia 34 tahun bagi mempertahankan dirinya selepas dia didakwa membeli surat cerai taklik palsu dari Songkhla, Thailand untuk bercerai dengan suaminya, 43.
Menurut wanita itu, dakwaan itu tidak berasas kerana dia memliki surat itu secara sah daripada The Islamic Committee of Songkhla.
Katanya, dakwaan suaminya mengatakan ia palsu dan dibeli hanyalah omongan kosong semata-mata.
“Suami saya menunjukkan perangai sebenar selepas bernikah. Dia jenis yang panas baran selain suka memukul dan menendang saya jika bertengkar.
“Sejak kami bernikah di Songkhla, Thailand pada 2006, saya terpaksa bekerja untuk menanggung perbelanjaan keluarga sedangkan dia langsung tidak ambil pusing kerana dia tinggal bersama isteri pertamanya di Arau, Perlis.

Ramli ditembak dengan peluru .32

TUMPAT – Mahkamah Koroner di sini semalam diberitahu bahawa peluru yang digunakan dalam kes pembunuhan pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad adalah sepadan dengan pistol jenis Caliber berlaras .32.
Inspektor Amir Abdullah yang bertugas di Bahagian Balistik Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cheras berkata, ia berdasarkan kepada berat timbangan peluru itu serta saiz diameternya yang memang sepadan dengan senjata api tersebut.
“Selepas merakamkan imej peluru dan memasukkannya ke dalam pengkalan data balistik, saya dapati ia berdiameter 7.76 milimeter dan mempunyai anggaran berat 97 grain. Ia sepadan dengan senjata api berlaras kaliber .32.
“Selepas disemak, ia tidak dikesan dalam data sedia ada tetapi berasaskan jenayah-jenayah senjata api lampau,” katanya yang berpengalaman menganalisis lebih 80 kes berhubung jenayah melibatkan senjata api dan peluru.


Nenek tujuh cucu dihukum mati




MARIAH menutup muka ketika dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Seorang nenek yang mempunyai tujuh cucu dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi dekat sini semalam selepas didapati bersalah mengedar 92.68 gram dadah jenis heroin pada 2009.
Tertuduh, Mariah Hamad, 49, yang memakai baju kurung dan bertudung kelihatan tenang ketika Hakim, Datuk Mohd. Yazid Mustafa membacakan hukuman tersebut.
Hakim memberitahu, pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah berhubung tuduhan ke atas wanita itu yang mengedar dadah jenis heroin pada 3 Ogos 2009.
Mengikut fakta kes, Mariah didakwa melakukan kesalahan pada tarikh tersebut kira-kira 3.45 petang di pekarangan Masjid Padang Nenas dekat sini dengan membawa satu bungkusan berwarna hitam.
Bungkusan tersebut mengandungi 100 botol plastik yang berisi dadah jenis heroin dengan berat keseluruhan sebanyak 92.68 gram.
Atas kesalahan itu, dia dituduh di bawah Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama iaitu gantung sampai mati.
Menurut Mohd. Yazid, keterangan tertuduh bahawa dia tidak tahu kandungan bungkusan yang diambilnya daripada seorang wanita dikenali sebagai Ida di Stesen Minyak Petronas Rantau Panjang pada hari kejadian adalah tidak benar.
“Mengikut keterangan saksi ketika tertuduh ditangkap dia berada di dalam keadaan terkejut, takut dan pucat,” katanya yang menguatkan tuduhan bahawa tertuduh tahu kandungan di dalam bungkusan tersebut.


Banjir di Perlis bertambah buruk


KENDERAAN menggunakan laluan yang dinaiki air di persimpangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau semalam.



KANGAR - Keadaan banjir di Perlis bertambah buruk dengan 2,386 mangsa daripada 593 keluarga dipindahkan ke 25 buah pusat pemindahan yang dibuka kerajaan negeri sejak kelmarin.
Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Azizan Hamid berkata, mangsa di daerah Kangar merupakan paling ramai dipindahkan ekoran banyak penempatan penduduk dinaiki air sehingga paras pinggang.
Bagaimanapun, pihaknya menyifatkan banjir kali ini bukan bencana alam sebaliknya merupakan banjir kilat ekoran hanya di kawasan bandar paling teruk terjejas.
"Taburan hujan sejak 29 Mac lalu mencatatkan taburan tertinggi sekitar 130 milimeter menyebabkan sungai Perlis melimpah di sekitar di bandar Kangar.
"Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) masih melepaskan air daripada enam Empangan Timah Tasoh ekoran paras air di empangan itu melebihi paras normal," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan