Ahad, 20 Mac 2011

PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.

Perkara :1. HAMPIRNYA FITNAH DAN TERBUKANYA DIDDING YAKJUJ DAN MAKJUJ.

1/2
Hadis : 1643 - Diriwayatkan daripada Zainab binti Jahsyin r.a katanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w terjaga dari tidurnya, baginda bersabda: (Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah). Celakalah bagi bangsa Arab dari kejahatan yang telah dekat. Sesungguhnya hari ini sebahagian dari dinding Yakjuj dan Makjuj terbuka seluas ini, Sufian (perawi Hadis) mengisyarat angka sepuluh dengan menggunakan tangannya. Zainab berkata: Wahai Rasulullah, apakah kami akan binasa sedangkan bersama-sama kami ramai orang-orang yang soleh? Baginda bersabda: Ya, jika banyak berlaku kemaksiatan.

2/2
Hadis : 1644 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Hari ini dinding Yakjuj dan Makjuj terbuka seluas ini, Wuhaib (perawi Hadis ini) mengisyaratkan angka sembilan puluh dengan membuat lingkaran jari telunjuk dan ibu jarinya.


2. KEMUSNAHAN TENTERA YANG MENYERANG KAABAH.

Bilangan : 1/1
Hadis : 1645 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah menggerak-gerakkan tangan dalam tidurnya, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah, di dalam tidur anda melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan. Baginda bersabda: Menghairankan, ada segolongan manusia daripada umatku yang menyerbu ke Baitullah kerana ada seorang lelaki Quraisy berlindung di Baitullah sehingga ketika mereka sampai di Baida' mereka dibenamkan (dimusnahkan). Kami berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya jalan itu telah dipenuhi oleh manusia. Baginda bersabda: Benar, di antara mereka ada yang memang bermaksud untuk menyerbu, ada yang dipaksa dan ada yang sekadar melalui tempat tersebut, tetapi mereka semuanya dibinasakan sekaligus, lalu mereka dibangkitkan dari tempat-tempat yang berlainan, Allah akan membangkitkan mereka berdasar kepada niat mereka.

akan sambung .InsyaAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan