Khamis, 17 Mac 2011

BILA JUDI DIHARAMKAN OLEH ALLAH TAK DIPENDULI...ADA KATA NAK BERJIHAD...SAMPAI HUDUD SENYAP SUNYI TIDAK PERJUANGKAN..JIHAD PE BENDA...JIHAD TUK DUNIA



Orang Cina faham Kelantan haram premis judi
M Faqih

KOTA BHARU, 17 Mac: DAP hari ini menjelaskan aktiviti perjudian yang memerlukan premis seperti Magnun atau Nombor Ekor tidak lagi berbangkit sekarang kerana semua rakyat Kelantan sudah faham.

Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua bangsa di negeri ini telah menerima larangan kegiatan tersebut sudah melewati 20 tahun.

”Masyarakat Cina telah menerima pentadbiran PAS dalam tempoh 20 tahun. Dasar PAS sudah diketahui termasuk bukan Islam.

”Itu tidak lagi menjadi isu, yang ditimbul sekarang hanya penjualan tiket loteri sahaja. Ini kerana ada pihak berhujah loteri tidak memerlukan premis dan diberi kelulusan kerajaan pusat.

”Dan apabila kerajaan negeri menguatkuasa larangan itu seolah-olah melampaui batasan kuasa kerajaan pusat. Dan kerajaan Kelantan menjelaskan isu ini akan dikaji Penasihat Undang-Undang,” katanya pada persidangan media selepas perjumpaan dengan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini.

Hadir sama perjumpaan itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nor Manuty dan anggota parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Sebelum ini ada pihak mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam menyerbu premis yang disyaki menjual tiket loteri.

Loke berkata, beliau dan Liew menyatakan pandangan DAP terhadap isu loteri kepada Menteri Besar.

”Hanya penjualan loteri yang jadi isu baru-baru ini. Dan kita berpuas hati dengan perbincangan hari ini. Kita menghormati judi adalah haram kepada orang Islam.

“Hanya menjadi persoalan kepada bukan Islam membeli loteri kerana ia dibenarkan di peringkat pusat, dan kerajaan negeri bersedia mengkaji spesifik isu loteri.

”Dan kalau dibenarkan selepas dilihat dari aspek undang-undang kita perlu melihat semula bagaimana melaksanakan perkara ini,” ujarnya.

Beliau juga berkata, loteri sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat Tionghua sejak sekian lama.

Beliau yang juga anggota parlimen Rasah berkata, dalam isu judi bola sepak DAP awal-awal lagi menentang ketika perbahasan di parlimen.

Mustafa pula kerajaan Kelantan menyerah kepada Penasihat Undang-Undang (LA) untuk mengkaji isu penjualan tiket loteri yang tidak membabitkan premis.

Ini kerana kegiatan perjudian yang memerlukan premis memang tidak boleh di Kelantan, tetapi dalam konteks tanpa premis lesen judi itu diluluskan kerajaan pusat.

“Kuasa kerajaan negeri premis di bawah peraturan PBT, tetapi kalau kegiatan judi yang tidak memerlukan premis inilah yang LA hendak kaji.

“Kalau mereka jual di tepi sungai kita pun tidak tahu, macam mana hendak buat. Itu maksudnya. Tengok dahulu apa hasil yang dikaji LA,” ujarnya.

Beliau juga berkata, pertemuan dengan Menteri Besar hari ini bagi menerangkan keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat yang lepas berkaitan isu berkenaan.

Cuma kata beliau apa yang dilaporkan beberapa akhbar tidak tepat berkaitan kenyataan dikeluarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, dakwaan mengatakan Anwar menegur Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak berbangkit sama sekali kerana apa yang dilaporkan media berlainan.

”Keputusan diambil kita serah kepada kebijaksanaan negeri Pakatan masing-masing. Pulau Pinang macam mana pendekatan yang mereka hendak diambil.

”Kelantan sudah lama diketahui sikapnya. Tidak semesti apa yang dilakukan Kelantan negeri Pakatan Rakyat lain pula hendak ikut, jadi terpulang di atas kebijaksanaan dan autoriti negeri terbabit,” tambahnya.

Dalam kenyataan sebelum itu Menteri Besar berkata, isu larangan penjualan tiket-tiket loteri Big Sweep yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap, kerajaan negeri sedia menelitinya.

“Kita serahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan yang ada,” katanya.

Kenyataan media itu dibaca Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari.



Bawa pulang rakyat, pantau makanan dari Jepun
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 17 Mac: Kerajaan didesak mengambil perhatian serius tragedi nuklear di Jepun, dengan melakukan beberapa langkah perlu dan segera demi kepentingan seluruh rakyat negara ini.

Antara langkah yang perlu dilakukan termasuklah memanggil pulang dengan segera semua rakyat Malaysia yang berada di Jepun kerana negara itu kini ternyata sudah tidak selamat untuk didiami.

Pakar sains dan nuklear, Ahmad Bungsu Hamid Tuah (gambar) dalam masa yang sama mendesak kerajaan memonitor semua makanan dari Jepun, China dan Korea ke negara ini kerana kesemua makanan dari ketiga-tiga negara itu kemungkinan terkena radioaktif.

Menurut beliau, tragedi nuklear yang berlaku di Kompleks Reaktor Fukushima Daiichi di Jepun tidak boleh dipandang ringan oleh kerajaan kerana ia telah berada di peringkat amat merbahaya bukan sahaja kepada penduduk di sekitar kawasan itu, tetapi juga di Tokyo dan seluruh negara itu.

Katanya, menyedari hakikat itu, Isreal sudah pun mengambil langkah bijak dengan mengarahkan seluruh rakyatnya yang berada di Jepun supaya pulang dengan segera ke negara mereka demi keselamatan rakyatnya.

"Tetapi kenapa kerajaan Malaysia masih tidak berbuat apa-apa, sebaliknya hanya memandang remeh kejadian itu? Pada hal ia sudah berada di peringkat cukup merbahaya dan mengancam nyawa rakyat kita sendiri jika masih terus dibiarkan berada di Jepun?" katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Kerajaan Malaysia, menurut beliau, tidak boleh mendengar pandangan daripada mereka yang tidak benar-benar pakar dalam nuklear kerana jika seminit terlambat dalam melakukan langkah perlu, ia akan memberikan kesan cukup besar kepada rakyat Malaysia di negara itu dan di tanah air kita sendiri.

"Letupan loji nuklear di Kompleks Reaktor Fukushima mendatangkan risiko amat besar kepada seluruh penduduk Jepun dan negara-negara berdekatan dengan Jepun kerana ia pasti akan menyebarkan bahan-bahan radioaktif dan radiasi di udara yang turut bergerak bersama tiupan angin," katanya yang juga AJK Biro Sains PKR Nasional.

Buat masa ini, angin sedang bertiup ke arah timur iaitu ke Lautan Pasifik. Jika ada hujan, bahan-bahan radioaktif itu akan jatuh ke Lautan Pasifik. Jika tiada hujan, penduduk yang berada di Amerika Utara pasti akan mengalami musibah besar.

"Jadi buat masa ini, kita di Malaysia sememangnya bernasib baik kerana angin sedang bertiup ke arah timur. Kalau angin bertiup ke arah selatan, negara kitalah pula yang menerima musibahnya," jelasnya.

Bagaimanapun, beliau yang juga AJK Biro Aduan Rakyat PKR Nasional menegaskan, tiupan angin kadang-kala tidak menentu dan ini boleh dibuktikan dengan kekecohan yang berlaku di Tokyo pagi ini, apabila angin yang bertiup ke timur tiba-tiba beralih ke arah selatan dan menuju ke Tokyo, sehingga menyebabkan 35 juta penduduk Tokya berada dalam keadaan yang cemas.

"Itu hal yang sudah dapat dikesan dengan nyata. Tetapi saya yakin bahan-bahan radioaktif dari letupan loji nuklear itu sudah dibawa bersama awam dan angin ke dalam lautan Pasifik jika sekiranya ada hujan.

"Dengan itu, ikan dan hidupan di dalam Lautan Pasifik dan Laut China Selatan akan dicemari oleh bahan-bahan radioaktif dalam jangka masa panjang. Ini menyebabkan bahan yang diimport dari Jepun, China dan Korea perlu dipantau kerana telah dicemari bahan-bahan radioaktif.

"Sebab itulah saya mendesak kerajaan memonitor kesemua makanan dan minuman dari ketiga-tiga negara itu ke negara kita sama ada yang berada di dalam bungkusan plastik, tin dan sebagainya demi keselamatan para pengguna di tanah air," tegasnya.

Akibat letupan loji nuklear di Kompleks Reaktor Fukushima itu, beliau menegaskan, Lautan Pasifik kini sudah tercemar dengan bahan-bahan radioaktif dengan teruk sehingga menyebabkan semua ikan dan hidupan laut di Lautan Pasifik sudah tidak selamat untuk dimakan.

"Jika angin bertiup ke selatan, Laut China Selatan pula yang akan tercemar. Ini akan menyebabkan semua ikan dan hidupan laut dari Laut China Selatan sudah tidak boleh dimakan oleh kita kerana sudah dimasuki bahan-bahan radioaktif.

Sekiranya tiada hujan dalam perjalanan radioaktif itu kemungkinan besar bahan-bahan radioaktif itu akan sampai ke Malaysia dan negara-negara Asian lain dibawa angin," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan semua rakyat negara ini berdoa kepada Allah agar angin tidak bertiup ke arah selatan bagi mengelakkan kita menerima musibah buruk akibat tragedi nuklear di Jepun itu.

Antara bahan-bahan radioaktif yang terdapat dalam nuklear, katanya, termasuklah iodine, cesium 137 dan plutonium 239. Radioaktif iodine jika disedut akan menyebabkab seseorang itu sakit kepala, hendak muntah, sakit tekak yang akhirnya menyebabkan kanser tirod.

Cesium 137 akan menyebabkan seseorang mengalami kanser tulang sehingga ke seluruh badan, manakala plutonium pula akan menyebabkan seseorang itu mengalami kanser di pelbagai bahagian penting badan.

"Plutonium 239 adalah bahan yang amat halus yang sekitar 1 gram bahagi sejuta. Tetapi kesan buruknya cukup hebat. Jika ia tersebar di udara dan jatuh ke lautan akibat hujan, lautan itu akan tercemar amat lama sehingga berjuta tahun. Oleh itu, ikan dan semua hidupan dari lautan itu amat merbahaya untuk dimakan dalam tempoh amat lama sehingga berjuta tahun juga," ujar beliau.

Menyedari bahayanya nuklear kepada kehidupan manusia, beliau mendesak agar kerajaan Malaysia mengkaji balik cadangannya untuk membina loji nuklear di negara ini bagi sumber tenaga, mamandangkan Malaysia masih amat kaya dengan sumber-sumber tenaga lain termasuk hidro biomass, tenaga fossil, suria, ombak, geothermal (air panas dari dalam bumi) dan angin.


Kerajaan digesa jaga kebajikan warga di Jepun
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Mac: Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (LA DPP Pusat) menggesa Kerajaan Malaysia supaya bertindak pro-aktif terhadap kebajikan pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Jepun sekarang.

Pengerusinya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, rakyat Malaysia yang telah ditempatkan di pusat pemindahan di Iwate dan Sendai umpamanya perlu difikirkan pelan tindakan bagi mereka kerana sememangnya kemusnahan yang dialami mereka tiada pembelaan sewajarnya dari kerajaan Malaysia, tindakan beberapa universiti seperti University Tohuku yang menyediakan penginapan alternatif kepada pelajar Malaysia adalah satu tindakan yang patut dipuji.

Katanya, bagi pelajar Malaysia yang terdedah secara tidak langsung seperti di Yamagata dan Ibaraki, pelan tindakan sewajarnya perlu diambil segera kerana suasana kelam-kabut di wilayah-wilayah berhampiran Fukushima memberikan kesan yang besar terutamanya kepada rakyat luar.

Tambahnya, di samping bencana tsunami yang melanda Fukushima yang memusnahkan demografi setempat serta harta-benda, ancaman utama sekarang ialah kesan radiasi nuklear terutamanya bagi kawasan Ibaraki dan Sendai yang mana ramai pelajar Malaysia bermastautin di sana.

“Kesan yang sangat membimbangkan seluruh rakyat Jepun hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, sekiranya penduduk di Tokyo sendiri sudah mula berpindah ke kawasan selatan buat sementara waktu, maka Kerajaan Malaysia sewajarnya menyediakan alternatif yang lebih meyakinkan.

Tambahnya lagi, tindakan beberapa universiti di Jepun yang menagguhkan sesi pembukaannya menunjukkan bahawa suasana tidak kondusif sedang melanda Jepun sekarang ini.

Oleh yang demikian, ujarnya LA DPP Pusat menggesa Kerajaan Malaysia untuk menyediakan pelan tindakan yang komprehensif kepada pelajar dan rakyat Malaysia di Jepun dan tidak membiarkan mereka dalam keadaan ketakutan dan kebingungan.

LA DPP Pusat, menurutnya berpandangan langkah yang paling wajar ialah membawa mereka pulang buat sementara.

“Dengan jumlah pelajar Malaysia yang kecil di sana, sepatututnya Kerajaan Malaysia tidak terlampau berkira dalam isu kewangan lebih lagi ianya bersangkutan isu keselamatan,” ujarnya.

Katanya, kesan radiasi yang sedang melanda jepun sekarang akan memberikan impak yang sangat besar kepada Jepun dan sehingga kini Kerajaan Jepun sendiri tidak mempunyai sebarang penyelesaian yang konkrit terhadap isu ini.

Beliau berkata lagi, langkah Kerajaan Perancis umpamanya harus dipuji dalam memastikan keselamatan dan kebajikan rakyatnya.

“Pelajar Malaysia di Jepun adalah aset Negara. Mereka adalah mutiara rakyat Malaysia.

“LA DPP Pusat menggesa Kerajaan Malaysia untuk membawa mereka pulang sehingga keadaan benar-benar selamat dan Kerajaan Jepun sendiri mampu memberi komitmen akan keselamatan rakyat Malaysia,” katanya.


PAS kemuka usul bincang isu Libya di Parlimen
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 17 Mac: PAS hari ini menghantar satu usul kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi mencadangkan agar isu ketegangan di Libya dibincangkan.

Usul tersebut dicadang Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) yang dibuat di bawah peraturan mesyuarat 18(1).

Dalam usul yang dikemukakan itu, beliau antara lain mahu Malaysia, sebuah negara anggota OIC, bertindak segera menyelamatkan nyawa rakyat di Libya.

Beliau juga turut mengemukakan enam cadangan termasuk mendesak kerajaan Malaysia segera menghantar misi bantuan kemanusiaan ke negara bergolak itu.

Beliau juga mahu sidang Parlimen Malaysia yang berjalan sekarang segera mengusulkan supaya semua agensi antarabangsa sepetrti OIC, UN, Liga Arab, Kesatuan Eropah, Kesatuan Afrika mengambil inisiatif supaya krisis di Libya diselesaikan dengan rundingan demi mengelakkan pertumpahan darah terus berlaku.

Ketegangan yang sedang berlaku, antara golongan anti Gadafi dan tentara pro-kerajaan sekarang semakin meruncing sehingga mencetuskan perang saudara yang amat merbahaya.

Sejak pergolakan pertengahan Februari lalu, ribuan termasuk orang awam dilaporkan terbunuh apabila tentera Gaddafi menggunakan jet pejuang untuk menyerang kawasan yang dikuasai oleh golongan pemberontak.



Kerajaan belanja RM5.9 juta kempen di Tenang

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 17 Mac: Kerajaan BN membelanjakan RM5.968 juta sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Tenang yang diadakan Januari lalu.

Perkara itu dimaklumkan kerajaan melalui jawapan bertulis terhadap soalan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

Firdaus dalam soalannya mahu Perdana Menteri menjelaskan jumlah perbelanjaan program kerajaan di Dun Tenang sepanjang Januari 2011 dan adakah ianya termasuk dalam Bajet 2011.

Jawapan itu turut memberitahu jumlah itu dibelanjakan bagi melaksanakan 85 program di bawah peruntukan khas Perdana Menteri dan termasuk dalam Bajet 2011.

Kelulusan peruntukan itu berdasarkan permohonan NGO, persatuan penduduk dan rukun tetangga, jawatankuasa masjid dan kuil.

Firdaus yang juga Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat ketika ditemui kemudiannya berkata tidak hairan BN menang pada PRK itu dengan 'menabur' wang sebesar itu.

"Saya difahamkan peruntukan untuk satu Dun hanya RM250,000 sahaja. Kalau Tenang dapat hampir RM6 juta, maknanya pembangunan di Tenang standard Kuala Lumpur la.

"Tapi habis sahaja PRK Tenang, penduduk ditimpa banjir juga. Jadi pembangunan apa yang dibuat," soalnya.

Katanya, jika mengambil kira jumlah itu, bermakna kerajaan telah membelanjakan lebih RM95 juta untuk 16 kali PRK sejak 2008 lalu.

Maka tambahnya, tidak hairanlah jika ada orang Umno menjadi kaya raya selepas habis pilihan raya kecil kerana mendapat projek sepanjang kempen.

"Biasanya kalau termasuk dalam bajet, bulan Mac baru mula, ini bulan Januari. Tak apalah, kita yakin dengan jawapan ini, cuma pelik sikit lah. Mungkin SPRM boleh siasat," katanya.

Pada PRK Tenang 31 Januari lalu, BN menang menerusi calonnya, Mohd Azahar Ibrahim, dengan majoriti 3,707.

Mohd Azahar mendapat undi 6,699 sementara calon PAS, Normala Sudirman memperolehi 2,992 undi.



BN tanam pemikiran kuno untuk kekal kuasa
Harakahdaily

PARIT BUNTAR, 17 Mac: BN selama ini memainkan sentimen menakutkan rakyat bagi mengekalkan kuasa di mana isu yang sering dipahat dalam ingatan rakyat ialah kononnya tanpa BN di Malaysia rakyat akan susah.

"Inilah pemikiran kuno dan sesat yang sering ditanam kepada rakyat demi untuk kekal berkuasa," kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS negeri berkata, rakyat sering diingatkan oleh pemimpin BN supaya jangan ada rasa untuk menukar kerajaan.

Ini, katanya bagi merasai bagaimanakah jika Malaysia ditadbir oleh kerajaan selain BN, ia semakin menjadi-jadi apabila pilihan raya semakin hampir.

Katanya, kebimbangan BN semakin memuncak bila hampir dengan PRU dan mereka sanggup melalukan apa saja untuk menipu rakyat supaya terus menyokong BN.

"Sebenarnya Malaysia lebih selamat andai ditadbir oleh Pakatan Rakyat, perkara ini disokong dengan fakta kukuh di mana 4 negeri yang diperintah oleh Pakatan sekarang mendahului negeri BN dalam banyak hal dan isu," katanya yang juga Adun Titi Serong.

Baginya, rakyat sudah matang berpolitik dan dapat menilai apa yang Kerajaan Pakatan Rakyat lakukan kepada rakyat di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Selain itu, beliau juga mengesahkan bahawa selama 11 bulan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di Perak merupakan suatu perkara yang akan dikembalikan oleh rakyat.

“Dan kita akan kembali diberi mandat oleh rakyat Perak sebagai kerajaan,” katanya.

Khalil juga optomis bahawa semua kebaikan yang dilakukan di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat diketahui oleh pengundi di negeri lain walaupun media BN cuba menutup dan memutar belit fakta yang sebenar.

"Kerana itu media alternatif sangat ditakuti oleh pemimpin BN kerana ianya menjadi pilihan utama setelah media pro BN nampaknya sangat tidak adil dalam menyiarkan berita," katanya.

Oleh kerana itu, katanya Pakatan Rakyat berjanji untuk mengambil berat soal kebajikan rakyat dari segala aspek tanpa mengira agama dan bangsa.

"Kerana itu tawaran Pakatan seperti yang tercatat pada Buku Jingga program 100 hari Pakatan Rakyat adalah bukti yang jelas dari kami," ujarnya lagi.

Justeru, beliau menyeru rakyat memberi peluang kepada Pakatan Rakyat dengan memenangkan calon-calon daripada PAS, DAP dan PKR dalam PRU ke 13 nanti.


Judi: Kelantan dukacita Pusat lulus lesen
Harakahdaily

KOTA BHARU, 17 Mac: Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan rasa dukacita kerana pihak kerajaan pimpinan Umno BN di peringkat Pusat adalah pihak berkuasa yang meluluskan pelbagai jenis lesen judi sehingga memerangkap umat Islam dan penganut agama lain.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan kerajaan negeri tetap berpendirian menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang, selari dengan perlembagaan persekutuan.

“Natijahnya, apa sahaja bentuk perjudian pasti membawa lebih keburukan daripada kebaikan,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, berkaitan dengan apa yang dihebohkan oleh pemimpin parti politik tertentu yang mengungkit rasa tidak puas hati dengan polisi sedia ada kerajaan negeri berhubung penguatkuasaan larangan premis judi di Kelantan, pihak kerajaan negeri sedia menerima pandangan dan sedia memberi penjelasan.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Sebagaimana semua pihak sedia maklum bahawa polisi pentadbiran kerajaan negeri Kelantan sejak 1990 adalah berteraskan prinsip pentadbiran Islam. Dalam isu pengharaman premis judi dan perjudian haram, kerajaan negeri sedia melaksanakan pematuhan kepada ajaran Islam yang tidak membenarkan penganutnya berjudi atau terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan perjudian.

Begitu pula, sebelum pelaksanaan penguatkuasaan larangan premis judi dan aktiviti perjudian dibuat pihak kerajaan negeri turut mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak di luar kerajaan. Antaranya berunding dengan badan-badan NGO dan wakil-wakil dari semua agama seawal 1991.

Hasilnya telah sepakat dan bersetuju dengan hujah bahawa perjudian wajar dilarang atas pendirian bersama bahawa perjudian memberi banyak keburukan daripada kebaikan dan mudaratnya sehingga boleh membawa seseorang itu menjadi muflis, mengalami kerosakan dan kehancuran kerukunan rumah tangga.

Perjudian melupakan ‘akal fikiran’ manusia, menyebabkan manusia hanya berserah kepada ‘nasib’. Apa kata kalau manusia menyerahkan kepada nasib semata-mata dalam semua aktiviti hidup? Pasti akan jahanam dan porak-peranda. Manakala perniagaan dihalalkan kerana berniaga mencetuskan aktiviti rasional manusia.

Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan telah diarah menggubal peraturan penguatkuasaan yang tidak membenarkan mana-mana premis menyediakan khidmat perjudian dan aktiviti berkaitan. Penguatkuasaan itu adalah selari dengan bidang kuasa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Adapun berbangkit isu larangan penjualan tiket-tiket loteri big sweep yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap untuk dijual, maka dalam isu ini, pihak kerajaan negeri sedia menelitinya dan menyerahkan kepada legal adviser untuk melihat dari sudut perundangan yang ada.

Apa pun, pendirian kerajaan negeri ialah tetap menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang, selari dengan perlembagaan persekutuan. Natijahnya, apa sahaja bentuk perjudian pasti membawa lebih keburukan daripada kebaikan.

Berkaitan dengan apa yang dihebohkan oleh pemimpin parti politik tertentu yang mengungkit rasa tidak puas hati dengan polisi sedia ada kerajaan negeri berhubung penguatkuasaan larangan premis judi di Kelantan, pihak kerajaan negeri sedia menerima pandangan dan sedia memberi penjelasan.

Sehubungan itu, kerajaan negeri merakamkan rasa dukacita kerana pihak kerajaan pimpinan Umno-BN di peringkat Pusat sana adalah pihak berkuasa yang meluluskan pelbagai jenis lesen judi sehingga memerangkap umat Islam dan penganut agama lain.

Sekian. Terima kasih.

Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,

Menteri Besar Kelantan

Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Kota Darulnaim, Kota Bharu.

12 Rabiulakhir 1432

17 Mac 2011


Bukan tuduhan melulu
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 17 Mac: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusuf (gambar) menyanggah dakwaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa ahli Parlimen Pakatan Rakyat membuat tohmahan terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Zailah berkata, Pakatan Rakyat bukan membuat tuduhan melulu sebaliknya bercakap berdasarkan laporan media mengenai kenyataan Rosmah mengenai tsunami di Jepun baru-baru ini.

Rosmah seperti dilaporkan media berkata, tsunami yang berlaku itu adalah kerana kegagalan Jepun melaksanakan pembangunan yang mesra alam.

"Saya menyanggah kenyataan Menteri di JPM bahawa Pakatan Rakyat membuat satu fitnah (terhadap Rosmah) sedangkan kenyataan ini ialah realti dan dikeluarkan media," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Zailah yang juga Timbalan Muslimat PAS Pusat juga menyifatkan kenyataan Rosmah itu sebagai memalukan negara dan menggambarkan beliau kurang sensitiviti terhadap rakyat Jepun.

"Ini satu perkara tak bertaggungjawab yang dilakukan Rosmah, dalam keadaan Jepun menghadapi peristiwa menyayat hati seharusnya kita bersimpati.

"Beliau mengeluarkan kenyataan ini atas kapasiti sebagai wanita pertama negara, ini adalah perkara yang memalukan negara dan rakyat Malaysia," katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai penganjuran Festival Fesyen Islam (IFF) melibatkan Rosmah yang gagal dijelaskan Nazri meskipun ianya jelas menghina Rasulullah s.a.w dan Islam.

"Berkaitan IFF ini memang bercanggah dengan Islam sendiri, pakaian yang menjolok mata dan keadaan yang menghina Rasulullah s.a.w.

"Sebab itu kita tanya apa bidang kuasa sebenar wanita pertama sebab kita tak mahu dia mencampuri urusan yang bukan kepakarannya kerana itu menjejaskan imej negara," katanya.

Zailah ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di dalam dewan sebelum itu meminta Nazri menjelaskan bidang kuasa Rosmah kerana dilihat sering mencampuri urusan negara yang di luar bidang kuasanya.

Nazri dalam jawapannya terus berdolak dalik dengan menuduh Zailah dan Pakatan Rakyat yang lain membuat tuduhan tidak berasas mengenai kenytaan Rosmah berkaitan tsunami di Jepun.

"Ini memang stlye PAS, kalau nak baca baca sekerat je. Kena baca semua first lady (Rosmah) kata apa.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad (kanan) kemudiaannya mencelah dengan meminta Nazri membacakan kenyataan itu secara penuh.

Nazri bagaimanapun meminta Pakatan Rakyat menghantar notis dahulu.

"Lain kali bagi notis dulu baru boleh baca. Bangun berdiri tanya terus macam mana?” katanya.

Berkenaan IFF pula, Nazri berkata ianya sebagai menghormati permintaan orang bukan ISlam.

"Majlis yang dijemput kita pergi. Kalau Yang Berhormat tak suka hadir fesyen show saya percaya ramai lagi yang suka. Di Malaysia 45 peratus bukan Islam, jadi ada perkara yang ada kaitan dengan orang bukan Islam yang kita perlu ambil kira," katanya.

Sementara itu, ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin (kiri) pada sidang media sama berkata, bukan isu ianya dihadiri oleh bukan Islam tetapi yang dipersoalkan ialah pakaian yang diperagakan itu menghina Nabi Muhammad.

"Nazri kata IFF dituntut oleh orang bukan Islam. Itu bukan isunya tapi isunya ialah festival fesyen itu ialah festival Islam dan menunjukkan fesyen Islam tak kira siapa penontonnya," katanya yang juga Ketua Wanita PKR.

Terdahulu, Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) meminta Perdana Menteri menyatakan peranan dan sumbangan kepada negara oleh wanita pertama negara dalam beberapa siri lawatan ke luar negara.



JIHAD TAK PE...BAGUS...JANGAN JADI JAHAT DAH...ALLAH AKAN MURKA.....JIKA ALLAH MURKA TUNGGU SAJA HUKUMANNYA..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan