Mohd Rashidi Hasan | ||||||
| ||||||
Mohd Rashidi Hassan rashidi@harakah.net.my BANYAK rumours diperkatakan tentang tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang bakal menjadi penentu masa depan Umno-Barisan Nasional. Tempoh akhir bagi kerajaan Umno-BN yang mendapat mandat semula memerintah negara pada Mac 2008, hanya akan berakhir pada Mac 2013. Bermakna Umno-BN masih ada tempoh dua tahun lagi untuk menyempurnakan mandatnya. Ada yang mengatakan PRU akan diadakan serentak dengan PRU Negeri Sarawak. Malah ada juga yang mengandaikan BN terpaksa mengadakan PRU tahun ini juga walaupun mandatnya masih jauh disebabkan keadaan ekonomi yang semakin meruncing. Apa pun pandangan dan andaian terhadap PRU, wujud kerana Malaysia tidak mempunyai sistem pilihan raya yang terancang dan telus seperti negara-negara lain yang sudah menetapkan PRU mereka, setiap lima tahun sekali. Tarikh PRU di Malaysia adalah hak eksklusif seorang Perdana Menteri. Hanya beliau sahaja yang mengetahui tarikh sebenarnya. Tarikh PRU sebenarnya bergantung sejauhmana keyakinan Perdana Menteri, bahawa Umno-Barisan Nasional mampu untuk mendapat semula daripada rakyat. PRU Mac 2008 memberi pengajaran yang cukup besar buat Umno-BN, menyedarkan mereka bahawa tiada lagi istilah dominasi politik terhadap rakyat. Akibat daripada tercalarnya imej Umno-BN, maka selepas Mac 2008, BN cuba membuat perubahan dengan menggesa Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika itu, berundur untuk digantikkan dengan Timbalannya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Najib yang mengambil alih pemerintahan pada April 2009 cuba untuk membuat beberapa perubahan dalam sistem pentadbiran dan politik negara. Najib memperkenalkan program 1Malaysia, ETP dan sebagainya yang cuba diperlihatkan sebagai reformasi politik untuk memenangi semula hati rakyat. Namun, berdasarkan maklumat yang diperolehi dari dalaman Umno-BN, selepas hampir dua tahun berlalu, semua program yang dicanangkan Najib, masih tidak ada kesan yang positif untuk Umno-BN. PRK bukan indikasi Sedikit kesan positif, kononnya diperolehi daripada beberapa siri PRK yang dimenangi Umno-BN sejak akhir-akhir ini. Antaranya adalah Bagan Pinang, Hulu Selangor, Galas dan Tenang. Ada petunjuk yang sedikit menyedapkan hati Umno, iaitu sekitar 3 hingga 5 peratus pengundi Melayu, dikatakan sudah kembali kepada BN. Oleh sebab itu, sejak selepas PRU 2008, Umno terus memainkan isu Melayu dan cuba untuk memprovok orang-orang Melayu, bahawa ketuanan mereka akan tercalar jika Pakatan Rakyat menguasai negara. Provokasi dan memomokan Umno-BN ini nampaknya ada memberi sedikit kesan, kepada golongan muda dan middle-class yang dikatakan mula terpengaruh dan tergugat. Namun selaku PM, Najib sedar bahawa PRK bukan indikasi sebenar, kekuatan Umno-BN sudah pulih atau mereka sudah diterima rakyat. Sebaliknya, indikasi dari beberapa siri PRK juga menunjukkan bahawa pengundi Cina kekal menolak BN dan terus menyokong Pakatan Rakyat. Najib menyedari bahawa kemenangan yang diperolehi pada PRK tersebut, hanyalah disebabkan lambakan wang dan projek. PRK mudah dikuasai dan dikawal Umno-BN kerana ia adalah lokasi yang kecil. Tambahan pula seluruh jentera kerajaan dikerah membantu untuk memenangkan Umno-BN. Mereka boleh menang kerana mereka boleh memusatkan fokus. Oleh sebab itu, di benak fikiran Najib, apa yang Umno-BN lakukan untuk memenangi PRK, tidak boleh dilakukan ketika menghadapi PRU. Kerana pada saat itu, masing-masing pemimpin terpaksa berkubu di kawasan sendiri. Bagaimana jentera kerajaan hendak dikerahkan sepenuh, juga menjadi masalah kepada Umno-BN Pertemuan dengan MP PM Najib tidak mempunyai pilihan lain, selain cuba mendapatkan feedback dari seluruh negara untuk membolehkan beliau mengukur sejauhmana kekuatan Umno-BN. Mula-mula beliau menemui semua Ahli Parlimen BN. Ahli Parlimen (MP) Umno-BN terpaksa beratur macam budak-budak sekolah untuk berjumpa PM. Sekali masuk tiga orang MP. Seorang MP diberi masa lima minit untuk berbicara dengan PM. Hampir semua MP merungut masa yang diberikan kepada mereka terlalu singkat. Mereka tidak dapat bercakap one-by-one dengan PM. Mereka tidak dapat meluahkan segalanya depan Najib kerana PM sentiasa ditemani Setiausaha Agung Umno. Banyak MP merungut bantuan dan peruntukan untuk mereka 'maintain' kawasan parlimen tidak diperolehi. Mereka tidak mampu menghadapi tekanan dari Pakatan Rakyat. Mereka memerlukan dana dari Umno-BN, tetapi dalam keadaan sekarang, semuanya terhad dan terbantut. Banyak projek politik Umno-BN tidak berjalan di kawasan parlimen kerana kerajaan sudah tiada wang. Apabila tiada wang, maka kerja politik Umno-BN tidak dapat dilaksanakan. Malangnya, perjumpaan PM dengan MP tersebut tidak dapat menghasilkan apa-apa manfaat kepada kedua-dua pihak. Ianya hanya sekadar suatu pertemuan biasa, seumpama murid-murid sekolah mengambil report card dengan guru sahaja. Pertemuan dengan Ketua Umno Bahagian Situasi yang sama dihadapi ketika Presiden Umno berjumpa dengan Ketua-Ketua Bahagian, masa yang amat singkat dan masuk sekali ramai. Masalah timbul pada pertemuan Najib dengan Ketua Umno Bahagian ialah masalah politiking dalaman Umno di peringkat bawahan yang banyak tidak selesai. Najib terpaksa berhadapan dengan pergaduhan Ketua Perhubungan Umno Negeri Perlis, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor dengan Ketua-Ketua Umno Bahagian. Masalah Umno di peringkat akar umbi banyak tidak selesai. Pergaduhan Ketua Bahagian dengan Menteri Besar atau Ketua Umno negeri berlaku secara terbuka. Hasil daripada perbalahan ini berlaku banyak masalah, antaranya jentera Umno di peringkat negeri dan bahagian tidak dapat bergerak. Malah ada yang 'jam' terus. Walaupun masa pertemuan dengan Ketua Bahagian Umno agak singkat, menurut sumber, ianya cukup untuk memberi kefahaman kepada beliau, bahawa Umno sehingga kini, masih belum bersedia untuk menghadapi PRU. Pertemuan dengan BN Sarawak Selain itu Pengerusi BN itu turut mengadakan pertemuan dengan BN Sarawak. Masalah timbul kepada Pengerusi BN adalah bagaimana dengan menangani kemarahan beberapa buah parti komponen terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud. Ada antara mereka, misalnya SUPP berbalah dengan KM kerana Taib dikatakan hendak mengetepikan calon mereka pada PRU Negeri yang dijangka berlangsung bila-bila masa. Taib dikatakan membuat kenyataan terbuka, mahu meletakkan calon pilihannya di kawasan SUPP, kerana pada PRU lepas calon SUPP banyak tewas ditangan calon DAP. Isu campur tangan Taib terhadap kouta SUPP ini termasuk beberapa yang lain, agak memeningkan kepada Pengerusi BN. Masalah di Semenanjung Bukan sahaja di Sarawak. Pengerusi BN juga menghadapi masalah yang sama di Semenanjung. Selain daripada perbalahan soal kaum dan kuota dengan MCA, Gerakan dan MIC. Najib turut berhadapan dengan tuntutan dan permintaan dari parti-parti baru di bawah naungan BN. Antaranya Makkal Sakhti, Parti Cinta Malaysia dan Kimma. Itu belum lagi termasuk PPP yang sentiasa dipinggirkan sejak dahulu lagi. Jika Najib mengekalkan status quo, iaitu kawasan yang ditandingi komponen kekal seperti formula 2008, bagaimana parti-parti baru ini hendak mendapat peluang? Jika Najib hendak memberi peluang kepada parti-parti baru ini, kerusi komponen manakah yang hendak dikorbankan? Sudah tentu Umno, MCA, Gerakan dan MIC sukar hendak compromise. Tiada parti yang sanggup mengorbankan kawasan yang mereka tandingi. Justeru pada pendapat penulis, pada waktu ini, Najib masih terlalu calculative. Walaupun pada pemahamannya, Najib berkuasa mutlak untuk menentukan calon-calon BN, Najib juga tidak berani dipersalahkan jika komponen BN memberontak dan akhirnya menyebabkan calon pilihannya tewas kepada Pakatan Rakyat. Sekacar keseluruhannya walaupun ada pandangan penganalisis bahawa persepsi terhadap PM Najib agak tinggi, namun persepsi rakyat terhadap kemampuan Umno-BN secara keseluruhannya masih ditahap membimbangkan beliau. Pada masa ini, komponen BN masih belum terurus. Pada masa ini MP dan wakil-wakil rakyat Umno-BN, masih gagal berfungsi dengan baik kerana mereka tidak mendapat peruntukan untuk diagihkan kepada rakyat. Pada masa ini, masalah komponen BN di Sarawak masih belum dapat diselesaikan. Pada masa ini juga, masalah dalaman Umno, khususnya melibatkan Ketua Perhubungan dan Ketua Umno Bahagian, masih banyak yang kelam kabut dan tidak selesai. Najib sedar bahawa beliau tidak boleh mengharapkan jentera Umno-BN untuk mengekalkan kuasanya pada PRU akan datang. Buat masa ini Najib terpaksa bergantung sepenuhnya kepada jentera kerajaan dan media tali barut Umno-BN untuk mempamerkan kekuatan BN yang artifical. Pencacai jadi sandaran Oleh sebab itu, Najib tidak boleh mengharapkan pemimpin Umno-BN untuk berhadapan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Najib tidak mempunyai pilihan, selain menggunakan pencacai-pencacai dan minah ronggeng yang sudah tidak laku untuk menyanyikan lirik-lirik lapuk. Ezam Mohamed Noor, Lokman Noor Adam, Umi Hafilda Ali, entah siapa lagi yang hendak diberi prime time dalam laporan berita untuk memaki hamun Anwar dan keluarga. Apakah Najib berfikir bahawa rakyat Malaysia hendak mempercayai segala cerita-cerita lapuk, drama tahun 1998 untuk ditayangkan semula pada 2011 ini? Lagi bodoh seorang daripada mereka, Lokman mendedahkan Presiden KeADILan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa menjadi isteri TPM Anwar, memakai pakaian yang berharga ribuan ringgit. Apabila Lokman membangkitkan isu kemewahan ini, maka rakyat kembali bertanya kepada Umno-BN, bagaimana yang isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikenali gemar bershopping mewah dan boros? Bertimbun fakta yang dikemukakan tentang pembaziran dan pemborosan Rosmah, sehingga kini tidak dijawab secara telus oleh pemimpin Umno-BN. Menggunakan pencacai upahan seperti Lokman, Umi dan Ezam, hanyalah ibarat 'meludah ke langit, jatuh berterabur ke muka Najib dan Rosmah'. Jelas tindakan Najib, pemimpin Umno-BN menggunakan pencacai-pencacai ini, hanya merupakan langkah terdesak dalam menghadapi kekuatan Pakatan Rakyat. Walaupun diserang segenap sudut, Pakatan Rakyat tetap utuh. Sebaliknya Umno-BN ibarat tongkang buruk yang hampir karam. Buat masa ini jelas, Umno-BN masih tidak bersedia berhadapan dengan Pakatan Rakyat, jika PRU diadakan dalam waktu yang terdekat. Roslan Ahmad calon BN di Merlimau BN hari ini menamakan Pengurus Pembangunan Perniagaan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd, Roslan Ahmad sebagai calonnya bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Melaka kawasan Merlimau 6 Mac ini. Pemilihan Roslan, 44, yang juga ahli jawatankuasa Umno Bahagian Jasin diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pekan Merlimau, Melaka hari ini. "Ini diputuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi BN selepas kita menerima cadangan dan proses penyaringan berkali-kali dan kita dapati saudara Roslan adalah calon paling sesuai," katanya kepada pemberita . Roslan berkelulusan diploma dalam bidang pengurusan perniagaan. Pilihan raya kecil Merlimau diadakan setelah kematian penyandangnya, Allahyarham Mohd Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung pada 20 Januari lalu. Pada pilihan raya umum 2008, Mohd Hidhir menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon PAS, Jasme Tompang. HANYA ALLAH SWT YANG NIAT DIDALAM HATI MEREKA...KERJA UNTUK ISLAM ATAU RAKYAT...ATAU KERANA PANGKAT SERTA KUASA...DAN SEMPAT MENGUMPUL KEKAYAAN.....ALLAH SAJA YANG BOLEH MENILAI DAN MENGHUKUM.... 'Rezeki saya'Oleh Ahmad Saufi Mansor, Yusmawati Mhd Yusof dan Norfaisal Jahuri am@hmetro.com.my GEMBIRA...Roslan dijulang petugas jentera BN selepas diumumkan calon DUN Merlimau. JASIN: “Sudah rezeki, saya memang tidak menduga akan diumum sebagai calon selepas 23 tahun terbabit dalam politik,” kata, Roslan Ahmad, 44, calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac depan. Roslan atau lebih mesra sebagai ‘Ron’ di kalangan penduduk setempat dan ahli keluarga kelihatan gementar ketika berucap di hadapan ribuan penyokong BN kerana hanya mengetahui dirinya dipilih selepas diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Gerakan BN di sini, petang semalam. Roslan yang juga anak jati Merlimau, berkata kepercayaan yang diberi pucuk pimpinan dengan memilihnya sebagai calon akan digunakan sebaik mungkin bagi menabur bakti kepada masyarakat setempat selaras dengan agenda transformasi yang dibawa BN.
Beliau yang juga anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Datuk Ahmad Ithnin, bekerja sebagai Pengurus Pembangunan Bisnes dan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd. Roslan yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jasin berkata, jika diberi mandat sebagai wakil rakyat di DUN Merlimau, beliau berazam menjadikan Merlimau sebagai hab pendidikan daerah Jasin. “Saya berazam melaksanakan semua tanggungjawab dan agenda pembangunan sedia ada dan akan datang. Langkah pertama melihat semula agenda pembangunan yang dirancang kerajaan negeri Melaka di DUN Merlimau. “Kita akan pastikan perancangan dan pelaksanaan DUN Merlimau dilakukan segera kerana kawasan ini mempunyai potensi besar untuk membangun dengan dibantu kewujudan institusi pengajian tinggi dan kawasan industri sekitar,” katanya. Sementara itu, isterinya, Zalifah Omar, 38, berkata pemilihan Roslan sebagai calon dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau tidak diduga ahli keluarga. “Syukur minat beliau dalam politik sejak selepas bangku sekolah akhirnya terbalas hari ini. Kami sekeluarga sudah biasa dengan gaya hidupnya yang aktif dengan politik dan saya sebagai isteri tidak menghalang bahkan akan sentiasa menyokongnya dari belakang,” katanya. Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian bekas Adun Merlimau, Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan Sabtu ini untuk penamaan calon, dan pengundian pada 6 Mac depan. Syed Ibrahim calon BN Kerdau Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan lebih 4,000 penyokong BN di Dataran Sri Ketumbit, dekat Temerloh, hari ini. Berusia 44 tahun, Syed Ibrahim adalah juga Penasihat Agama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Pemilihan anak jati tempatan berkelulusan dari Universiti Al-Azhar itu dipercayai mampu mempertahankan kerusi BN pada pilihan raya kecil ke-16 negara selepas pilihan raya umum 2008. Muhyiddin ketika mengumumkan calon BN itu, berkata pemilihan Syed Ibrahim dibuat selepas melalui beberapa saringan di peringkat bahagian Umno dan badan perhubungan Umno negeri sebelum diputuskan pucuk pimpinan. Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, dari BN pada 12 Februari lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 26 Feb ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian ditetapkan pada 6 Mac. Mengapa Tuan Guru Nik Aziz diserang
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Rabu, 23 Februari 2011
SERANG MENYERANG...TU BIASA DALAM POLITIK....PAYAH UNTUK JUJUR....YG TAK SYOK MALAS BERIBADAH..POLITIK RAJIN SAKAN..
PRK bukan indikasi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan