Isnin, 28 Februari 2011

JANGAN SAMPAI PENGUNDI TERTIPU...TAK TAHU SAPE PEMBOHONG DAN BERCAKAP BENAR..MANA YG HAQ DAN MANA YG BATIL...

Husam Musa: Tun M khianati Melayu
Datuk Husam Musa

Tun Mahathir pengkhianat Melayu, itu kesimpulan saya. Sudah lama saya mempunyai pandangan ini. Tiga bukti sahaja untuk pusingan ini.

Pendaratan minyak dan gas Kelantan (baca kawasan JDA) ke Songkla dilakukan secara sengaja dan terancang oleh Tun M untuk menafikan hak Kelantan terhadap apa sahaja peluang faedah dari sumber minyak dan gas itu, sampai titisan terakhir.

Bila hak Kelantan ternafi sampai kini, hak rakyat Kelantan juga ternafi dan dikhianati. 95% penduduk Kelantan adalah Melayu. Maknanya Tun M mengkhianati Melayu, Melayu Kelantan secara khusus.

Kawasan JDA hanyalah 150 km dari pantai Kelantan berbanding 270 km ke Songkla. Dari Songkla, terpaksa dibina saluran paip gas daratan sejauh 180km lagi untuk gas tersebut dibawa semula ke Malaysia melalui Kedah untuk mengelakkan Kelantan tersentuh!

Hak royalti Kelantan dengan itu dinafikan. Faedah industri hiliran juga dinafikan. Sekalipun telaga yang kaya itu paling hampir dengan Kelantan berbanding semua tempat lain baik di Thailand atau Malaysia, namun sedikit pun faedahnya tidak dapat dikecapi oleh rakyat Kelantan, baik Melayu, Cina, India dan Orang Asli.

Ia adalah program politik untuk memencilkan Kelantan. Secara otomatik Melayu Kelantan juga terpencil.

Sebagai anak Kelantan, saya merasai bagaimana hak kami dinafikan. Dan saya adalah Melayu.

Lebih jelas lagi penghianatan Tun M terhadap Melayu anak negeri ialah bila royalti yang telah dibayar kepada Kerajaan Negeri Terengganu selama 22 tahun dibatalkan bila Terengganu terlepas dari tangan BN.

95% rakyat Terengganu adalah Melayu. Sekali lagi Tun M lupa kepentingan Melayu demi kepentingan kepartian Umno semata-mata. Melayu Terengganu juga dikhianati.

Tun M sanggup membatalkan apa yang telah menjadi amalan selama ini demi kerana politik.

Orang seperti ini meletakkan politik parti mengatasi segala-galanya dan soal Melayu dengan sendirinya adalah lebih kecil dari kepentingan politik.

Pilihanraya 1999 menyaksikan perubahan sokongan pengundi Melayu terhadap Umno ekoran isu DSAI. Kuasa Umno tergugat. Pengundi bukan Melayu memilih untuk bersama BN pada waktu itu.

Apa yang dilakukan oleh Tun M?

Mengubah sempadan pilihanraya dengan memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu ke dalam DUN atau Parlimen majoriti pengundi Melayu di seluruh negara supaya peratusan pengundi Melayu mengecil untuk menjamin kemenangan UMNO/BN.

Hari ini, pemimpin Umno melaungkan 'ketuanan Melayu' terancam. Angkara siapa?

Saya sedia mendebatkan isu pengkhianatan Melayu oleh Umno dalam diskusi ilmiah dengan Tun.

Sementara itu, siapa sahaja yang mempunyai pandangan terhadap bagaimana Umno mengkhianati Melayu selama ini boleh berkongsi mengenainya dalam FB '54 tahun Umno Khianati Melayu'.

-------------------------------

Penulis adalah Exco kerajaan negeri Kelantan dan juga AJK PAS Pusat.



Ketua Pemuda PAS Pahang pertama meninggal dunia

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 27 Feb: Ketua Pemuda PAS Pahang yang pertama, Abdul Manaf Abdul Latif, 80, kembali ke rahmatullah kira-kira jam 11 pagi tadi semasa tidur di rumah sewanya di Batu Satu.

Menurut Ketua Pemuda PAS cawangan kampung berkenaan, Jafri Ramli, seorang pegawai perubatan mengesahkan kematiannya setelah dipanggil ke rumahnya.

Tambah Jafri, beliau sebelum itu telah dipanggil oleh isteri Abdul Manaf yang mengsyaki sesuatu setelah Manaf tidak bangun.

Abdul Manaf yang merupakan bekas tentera, menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang yang pertama pada tahun 1963 sehingga tahun 1971.

Beliau yang berasal dari Kampung Sanggang, dekat sini pernah dianugerahkan sebagai tokoh veteran PAS Pahang dan semasa sihatnya tidak pernah ketinggalan menyertai kempen dalam banyak pilihan raya kecil seluruh negara.

Sejak tahun lalu kesihatannya dikatakan merosot dengan pelbagai penyakit termasuk komplikasi jantung, buah pinggang dan gout.

Beliau meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.

Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Ubudiah Batu Satu dan dikebumikan di tanah perkuburan Chengal, selepas Solat Asar.



Adnan digesa jelaskan pada pengundi Kerdau hutang RM2.17 bilion
Harakahdaily

TEMERLOH, 27 Feb: PAS mengesa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub menjelaskan kelemahan pentadbirannya kerajaannya kepada pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau seperti mana di laporkan oleh Jabatan Audit Negara.

Gesaan itu dibuat ekoran kenyataan Adnan yang menyebut selama Barisan Nasional menerajui Pahang tidak ada isu untuk dibangkitkan oleh pembangkang dalam PRK Dun Kerdau.

Naib Presiden PAS , Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pengarah Pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Kerdau dalam sidang medianya hari ini berkata, Laporan Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini banyak menyentuh tentang kelemahan Kerajaan Pahang yang merangkumi pelbagai skop.

Kata beliau, paling utama kelemahan melibatkan pentadbiran dan pengurusan sehingga kerajaan negeri kehilangan sumber pendapatan sebanyak RM227.9 juta ekoran empat buah syarikat-syarikat berkaitan negeri (GLC) gagal membayar balik pinjaman mengikut jadual.

Lebih teruk lagi kata beliau, laporan itu juga mendedahkan kerajaan negeri tidak boleh mengambil tindakan terhadap GLC terbabit sekiranya GLC terbabit gagal membuat bayaran .

"Jelas dan nyata bahawa inilah antara sebabnya mengapa pakar ekonomi meramalkan kerajaan negeri Pahang berpotensi bankrap," kata beliau dalam sidang media di Markas besar PAS Kerdau hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Timbalan Pengarah Pilihan raya PAS Dun Kerdau, Abdul Wahid Endut dan Ahli jawatankuasa PAS, Dr Dzulkifli Ahmad.

Kata Tuan Ibrahim, oleh kerana Lapuran Audit Negara adalah maklumat awam, menjadi tanggungjawab pada Adnan memberi penjelasan kepada rakyat termasuk pengundi di Kerdau, apa langkah-langkah yang telah diambil bagi mengatasi kepincangan-kepincangan tersebut.

Selain itu, Adnan juga digesa menjelaskan mengapa kerajaan negeri telah mengalami defisit belanjawan selama 13 tahun berturut-turut dan kini menganggung bebanan hutang sebanyak RM2.17 bilion seperti mana Laporan Ketua Audit Negara tersebut.

"Dalam masa yang sama PAS juga menuntut kerajaan negeri di bawah kepimpinan Barisan Nasional mendedahkan prestasi semsasa GLC negeri sebagaimana dilakukan oleh negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat," ujarnya.

Mengulas kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tentang pemilihan Hassanuddin sebagai calon PAS, Tuan Ibrahim berkata ia berdasarkan proses biasa dalam PAS.

Nama Hassanuddin katanya, di hantar oleh PAS Kawasan, diluluskan oleh PAS negeri dan seterusnya mendapat kelulusan PAS Pusat dan Majlis Syura.

"Pemilihan Hassanuddin juga setelah mengambil kira suasana dan keperluan setempat," kata beliau yang menyifatkan isu pembangunan dan salah urus tadbir sebagai fokus utama di Dun berkenaan.

Justeru beliau menyeru pengundi di Kerdau membuat pilihan yang tepat bagi membongkar segala kepincangan demi memperjuangkan kepentingan penduduk Kerdau dan seluruh negeri Pahang.

"Calon yang paling wibawa bagi merealisasikan tujuan dan menggalas tanggungjawab ini adalah Hassanurddin Salim, yang berlatarbelangkan integriti, kemampuan serta pengalaman kerjayanya di luar negara," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan