Mohd Nor Yahya | ||||
KOTA BHARU, 9 Feb: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru rakyat Kelantan menjadikan bulan menperingati kelahiran Rasulullah SAW atau bulan maulud dengan memperbanyakkan program ilmu. Menurut Nik Aziz, sebelum ini bila sahaja memasuki bulan Rabiulawal, umat Islam sentiasa menzahirkan ingatan kepada Nabi Muhammad dengan mengadakan pelbagai sambutan semata-mata. Justeru beliau mahu sambutan bulan kelahiran Nabi itu diperluaskan lagi dengan program ilmu sehingga menukar persepsi umat Islam memasuki bulan itu seperti memasuki sebuah sekolah agama. “Bulan maulud ni, amat sesuai kita perbanyakkan program ilmu di masjid-masjid atau madrasah untuk menyebarkan ilmu Islam itu sebaik mungkin, ibu-bapa dan guru juga perlu memainkan peranan dalam hal ini" kata beliau dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini. Nik Aziz menambah, antara lain dalam menerangkan ilmu Islam itu termasuklah hal berkaitan politik. "Politik ini ada dalam agama bukannya boleh dipisahkan," kata beliau sambil menambah fahamam politik lain dan agama lain ini telah disebarkan secara meluas ke seluruh dunia. "Soalnya benarkah politik dan agama ini berasingan, Nabi Muhammad SAW adalah orang politik yang paling bijak” tambah beliau lagi. Katanya, apa sahaja manusia buat atas muka bumi ini mestilah merujuk kepada Al-Quran dan hadis, oleh itu semua pihak mestilah memainkan peranan penting dalam menyeru umat Islam lain untuk memahami tuntutan agama ini. “Saya minta sangat semua pihak yang bertanggungjawab agar sebar Islam kepada semua pihak, apa yang dituntut oleh demokrasi atau nasionalis semuanya ada dalam Islam” katanya lagi. Pelancongan di Kedah menggalakkan - MB
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 10 Februari 2011
JANGAN MAULIDIRASUL...HANYA JADI BUDAYA SAMBUTAN ATAU ACARA TAHUNAN...TAPI JAUH DARI PATUH DAN MENGIKUT SUNAH...SEDANGKAN MAKSIAT YANG TAK DIBENDUNG..
Jadikan bulan Maulud sebagai sekolah agama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan