Isnin, 14 Februari 2011

BILA MENGHUKUM ORANG BIJAK...DIRI SENDIRI@PUAKNYA DIKECUALI DARI HUKUM....CAKAP MCM TAK ADIL DAN TAK TERPELAJAR...LAWAK

Mustapa baru sedar loteri, pelacur haram?
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 14 Feb: PAS mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mustapa Mohamed kerana baru sedar loteri dan pelacur adalah haram di sisi agama.

“Apakah sejak Gelombang Merah dilancarkan beliau baru berjumpa dengan hukum loteri dan pelacur adalah haram di sisi agama?” tanya Kertua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, kenyataan Mustapa seolah-olah isu ini hendak dipolitikkan.

Tambahnya, jika benar ada kegiatan seperti begitu di Kota Bharu, Mustapa tidak boleh untuk berdiam diri.

“Jika ada mana-mana pihak yang melindungi kegiatan ini sila laporkan kepada pihak berkuasa.

“Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS, tidak pernah berkompromi dalam soal ini. Jika terbukti, ada di kalangan ahli PAS yang bersetongkol dengan kegiatan ini, PAS akan mengambil tindakan,” tegasnya.

Katanya lagi, jika benar kenyataan Mustapa, secara tidak langsung beliau telah memperlekehkan kewibawaan polis yang berkhidmat di Kelantan, kerana tidak bertindak.

Jelasnya, mustahil polis Malaysia yang cekap tidak dapat menghidu kegiatan yang tidak bermoral dan menyalahi sisi undang-undang.

Beliau berkata, Mustapa mungkin lupa bahawa polis di bawah dagu kerajaan pusat dan bertindaklah segera, jangan berkompromi kerana perkara jahat tidak perlu hendak dipolitikkan.

Justeru, katanya PAS mengharapkan kesedaran Gelombang Merah, boleh juga menyedarkan Mustapa dan Datuk Dr Awang Adek bahawa kedua-dua perbuatan itu salah di sisi Islam.

Katanya, walaupun baru-baru ini kerajaan BN telah meluluskan judi bola sepak, akhirnya dibatalkan kerana bantahan daripada PAS dan Pakatan Rakyat serta pemimpin agama bukan Islam.

“Perkara yang sama bolehlah dibawa dalam kabinet 1Malaysia untuk diharamkan kegiatan judi dan perbuatan yang tidak bermoral di negeri-negeri yang Barisan Nasional perintah,” katanya.

Judi & pelacur di Kelantan: PAS minta Mustapa lapor
Feb 14, 11 3:49pm

PAS meminta Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed melaporkan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan berleluasanya perjudian dan pelacuran di sebuah kampung di Kota Bharu.

Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad berkata, kenyataan Mustapa yang mengulas dakwaan sebuah blog berhubung isu itu kelmarin menggambarkan seolah-olah ia hendak dipolitikkan.

pas muktamar 130610 idris ahmad"Jika benar ada kegiatan seperti begini di Kota Bharu beliau (Mustapa) tidak boleh untuk berdiam diri. Jika ada mana-mana pihak yang melindungi kegiatan ini sila laporkan kepada pihak berkuasa," kata Idris (kiri).

Mustapa semalam dilaporkan menyifatkan kerajaan PAS Kelantan tidak bersih ekoran pendedahan sebuah blog terkenal - Kickdefella - bahawa berlakunya aktiviti loteri big sweep dan pelacuran di Kampung Limau Manis - kira-kira 500 meter dari kompleks pentadbiran kerajaan.

Mustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri juga dilaporkan berkata cakap-cakap mengenai kedua-dua aktiviti maksiat itu di bandar ini lama wujud dan kini ia telah disahkan dengan laporan surat khabar dan media online.

Dalam kenyataannya hari ini ini, Idris juga menegaskan bahawa kerajaan Kelantan pimpinan PAS tidak pernah berkompromi dalam soal itu dan bersedia bertindak tegas sekiranya terbukti terdapat anggota parti Islam itu bersekongkol dalam kegiatan itu.

mustapa mohamedMenurut Mustapa (kanan) lagi, jika benar dakwaan itu, Mustapa secara tidak langsung memperlekehkan kewibawaan polis yang berkhidmat di Kelantan "kerana tidak bertindak".

"Mustahil polis Malaysia yang cekap tidak dapat menghidu kegiatan yang tidak bermoral dan menyalahi sisi undang-undang. Datuk Mustafa mungkin lupa bahawa polis di bawah dagu kerajaan pusat.

"Bertindaklah segera jangan berkompromi kerana perkara jahat tidak perlu hendak dipolitikkan," katanya lagi.

Idris juga meyindir Mustapa dengan mengucapkan "tahniah" kerana "baru sedar loteri dan pelacur adalah haram di sisi agama."


SPR perlu daftar automatik, bukan paksa mengundi
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 14 Feb: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyokong penuh cadangan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik menggantikan sistem konvesional yang sedang digunakan pada masa kini.

“DPPP sebenarnya telah lama mengutarakan isu ini bagi menyelesaikan banyak masalah dan ketempangan yang berlaku dalam sistem pilihan raya di dalam negara,” kata ketuanya, Nasrudin Hasan At-Tantawi.

Katanya, selain daripada melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik, DPPP mengharapkan agar tuntutan undi pos dimansuhkan, daftar pemilih dibersihkan, penggunaan dakwat kekal digunakan dan akses media yang adil kepada semua pai-parti politik turut diberi perhatian oleh pihak SPR.

DPPP, ujarnya melihat alasan yang dikemukakan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof tidak cukup kuat dan ia sebenarnya boleh diatasi sekiranya SPR bersungguh-sungguh hendak merealisasikan pembaharuan tersebut.

Secara praktikalnya, tambah beliau apabila pendaftaran pengundi secara automatik dilaksanakan ia sama sekali tidak menunjukkan SPR memaksa rakyat untuk mengundi.

“Apakah item yang menunjukkan paksaan ke atas rakyat untuk mengundi sekiranya kaedah ini dilaksanakan perlu dijelaskan dengan lebih terperinci oleh SPR?” katanya.

Tambahnya, tidak perlu pun sehingga terpaksa menggubal undang-undang yang mewajibkan setiap individu itu mengundi kerana SPR hanya perlu melayakkan mereka untuk mengundi secara automatik, bukannya mewajibkan mereka mengundi.

DPPP, ujarnya lagi bersetuju ada kemungkinan peratusan keluar mengundi lebih rendah sekiranya ia dilaksanakan, tetapi apa bezanya dengan peratusan yang tinggi tetapi bilangan yang keluar mengundi itu lebih kurang sama.

Katanya, tidak ada guna peratusan itu diwar-warkan tinggi sedangkan hakikatnya bilangan orang keluar mengundi itu kurang kerana apa yang penting perlu menggalakan orang keluar mengundi lebih ramai dengan memudahkan proses tersebut.

“Sekiranya ada perbezaan alamat bermastautin dan alamat di dalam kad pengenalan, DPPP melihat masalah ini telah pun berlaku pada hari ini dan ia memang perlu diselesaikan,” ujarnya.

Soalnya, ujar beliau bagaimanakah boleh berlaku kekeliruan pada hari mengundi sedangkan SPR telah menentukan tempat pengundi untuk setiap pengundi dan pengundi boleh menyemak status tersebut sebelum hari mengundi lagi.

Menurutnya, di dalam sistem konvesional yang diamalkan pada hari ini pun SPR telah bekerjasama dengan JPN bagi menentukan alamat di dalam borang pendaftaran pemilih selari dengan alamat di dalam kad pengenalan dan kenapa tidak untuk melaksanakan pendaftaran automatik.

SPR, kata beliau lagi hanya perlu bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menentukan kelayakan status mengundi mengikut umur.

“DPPP tidak menafikan, perlaksanaan ini mungkin memerlukan kepada beberapa pindaan peraturan undang-undang, kerja-kerja teknikal, wang dan tenaga yang banyak.

“Tetapi demi untuk melihat proses demokrasi berjalan lancar ia bukan alasan untuk SPR menangguhkan pembaharuan ini,” katanya.

Beliau berkata, usaha perlu dimulakan dan kesungguhan perlu ditunjukkan, bukan hanya bermain dengan alasan semata-mata yang hanya melambatkan proses itu.

“Diharap dengan persetujuan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta pandangan positif oleh Timbalan Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah perkara ini boleh direalisasikan oleh SPR dan pembaharuan segera dilaksanakan bagi melicinkan proses demokrasi dalam negara,” katanya.


Pemuda PAS mesti berhati waja bukan mandom

Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 14 Feb: Pemuda PAS memerlukan pemuda berhati waja yang boleh menggerakan aktiviti hebat sekaligus menggerunkan musuh politik yang selama ini menganggap perjuangan yang dibawa oleh PAS semakin terpinggir serta kurang mendapat sambutan.

Justeru, Pemuda PAS tidak mahu 'pemuda mandom' hadir ke majlis Perhimpunan 30 ribu Pemuda seluruh negara di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut pada 19 Februari ini.

Sebaliknya Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar berkata, mereka memerlukan pemuda yang agresif melangkah ke hadapan.

Katanya, pemuda mandom akan menyemakkan dataran serta mengakibatkan suasana menjadi sesak.

Pemuda mandom tambahnya, bukan sahaja boleh menyekat kemaraan perjuangan yang semakin diterima ramai termasuk bukan Islam tetapi menyekat perjalanan PAS di cawangan atau kawasan.

Tambahnya, sedangkan hasrat Pemuda PAS ialah membantu cawangan mahupun kawasan menggerakan aktiviti kemasyarakatan ke landasan yang digariskan oleh kepimpinan.

"Dewan Pemuda mahukan ada perubahan selepas perhimpunan ini iaitu semuanya wajar bergerak mengikut landasan yang digariskan oleh kepimpinan sama ada pusat mahupun negeri. Jangan mengikut kepala sendiri sehingga boleh mencetuskan berbagai kontroversi," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Jerai ketika berucap di Perhimpunan Pemuda PAS Pulau Pinang di Markaz Tarbiah PAS di Pongsu Seribu, semalam.

Katanya, perhimpunan yang bakal diadakan di Kedah itu bukan sahaja membuktikan pemuda sanggup syahid untuk mempertahankan maruah Islam bahkan rela ke hadapan mencari kaedah terbaru bagaimana cara terbaik menambat hati pemuda agar bersama PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau menambah, seperkara lagi yang perlu diberikan penekanan ialah semua pemuda yang berada di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat harus bersuara sebagai pemerintah dan jangan bersikap bersekongkol dengan Umno yang asyik mencari ruang menabur fitnah.



Nazri mahu bekas duta AS diharam masuk M'sia
Kuek Ser Kuang Keng
Feb 14, 11
5:02pm


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz akan mencadangkan kabinet supaya mengharamkan bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia John R Malott daripada memasuki negara ini.

NONETindakan itu ekoran kritikan pedas Malott terhadap pentadbiran Najib dalam menangani isu hubungan kaum dalam tulisannya di Wall Street Journal minggu lalu.

Menurut laporan Sin Chew Daily hari ini, Nazri (kiri) melabelkan artikel Malott itu sebagai "pembohongan dan fitnah".

"Malott memfitnah kerajaan kita melalui akhbar asing. Bagaimana dia tahu situasi sebenar jika beliau tidak tinggal di Malaysia?

"Kita tahu dia penyokong setia Ketua Umum PKR (Datuk Seri) Anwar Ibrahim," kata Nazri semalam di Kuala Kangsar.

Katanya, walaupun kerajaan persekutuan tidak boleh mengambil tindakan undang-undang pada Malott, menyekat perjalannya boleh dilaksanakan.

"Ini bukan maknanya kita tidak bersetuju dengan pandangannya atau menekan kebebasan bersuara, tetapi dia berbohong," kata Nazri.

"Dia boleh terus menulis artikel di mana-mana tidak tidak di Malaysia kerana tulisannya semua tidak benar. Dia dakwa situasi semasa lebih teruk daripada apa yang berlaku pada 13 Mei 1969. Ini semua dusta yang jelas."



Kes Pelabuhan Klang didengar Khamis ini
Feb 14, 11 3:08pm


Hampir pasti pilihan raya kecil ke-16 sejak pilihan raya umum ke-12, 2008, akan diadakan bagi kerusi DUN Kerdau, Pahang, sebaliknya Mahkamah Tinggi Shah Alam akan mendengar Khamis ini, satu saman mengenai kerusi DUN Pelabuhan Klang yang dipertikaian.

Kerusi DUN Kerdau kosong ekoran kematian penyandangnya daripada BN Datuk Zaharuddin Abu Kassim akibat serangan jantung pada Sabtu lepas.

Sementara itu, hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil ke-15, DUN Merlimau, Melaka akan didakan pada 26 Feb dan jika ada pertandingan pengundian pada 6 Mac.

Kerusi itu juga kosong ekoran kematian penyandangnya daripada BN Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan akibat serangan jantung pada 20 Jan lepas.

Kontroversi DUN Pelabuhan Klang timbul setelah Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim mengisytiharkan kerusi itu kosong pada 16 Januari, dengan mengatakan anggota DUN berkenaan Badrul Hisham Abdullah gagal menghadiri persidangan DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Bagaimanapun, pada 24 Jan, Badrul Hisham memfailkan saman memohon pengisytiharan bahawa beliau masih ADUN yang rasmi untuk kawasan pilihan raya tersebut dan sehubungan itu, beliau berhak menghadiri semua persidangan DUN.

Teng mendakwa dalam-jawapan-afidavitnya yang difailkan pada Khamis bahawa beliau dilindungi oleh Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan daripada mana-mana tindakan undang-undang oleh Badrul Hisham.

Beliau menambah bahawa Artikel 77 undang-undang Perlembagaan Selangor bertajuk "Kuasa-kuasa dan Keistimewaan DUN" juga memberikan beliau imuniti daripada disaman sebagai Speaker.

Teng berkata perenggan tiga Jadual Artikel 77 Undang-undang Perlembagaan Selangor 1959 bertajuk "Kuasa-kuasa dan Keistimewaan DUN" juga memberikan beliau imuniti daripada proseding undang-undang, termasuk proseding oleh Badrul Hisham.

Speaker itu juga memberikan contoh Artikel 69 perlembagaan negeri bahawa beliau mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kerusi itu kosong jika seseorang ADUN tidak hadir pada persidangan tanpa bercuti untuk tempoh selama enam bulan.

Pada 7 Februari, Mahkamah Tinggi Shah Alam memberikan injunksi sementara untuk menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengadakan mesyuarat berkaitan status Badrul Hisham sehingga 17 Februari sementara menunggu saman permulaan yang difailkan oleh beliau didengar.

Badrul Hisham, yang memenangi kerusi Pelabuhan Klang atas tiket PKR pada pilihan raya umum 2008, keluar daripada parti itu pada Oktober 2009 untuk menjadi ADUN Bebas sebelum menyertai Umno pada Mei tahun
lepas.

--Bernama



Persamaan Ben Ali dan Mahathir
Subky Latif
TUN Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun dan Zaine al Abidene jadi Presiden Tunisia selama 25 tahun. Kira-kira sama lama.

Zaine al Abidene sebelum menjadi Presiden adalah Perdana Menteri di bawah Presiden Habib Bourgiba. Keduanya berbalah. Sebelum dia dipecat Presiden, dia merampus kuasa dan menjadi Presiden.

Dr. Mahathir berbalah dengan pemimpinnya Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra. Dia dipecat dari partinya, Umno. Selepas Tunku dipaksa berundur, Dr. Mahathir dapat kembali dalam Umno dan kemudiannya jadi Perdana Menteri.

Kedua-duanya sama-sama keras terhadap orang bawah dan rakyat.

Ada satu lagi persamaan antara keduanya. Dr. Mahathir dikatakan bertanya Presiden Ben Ali bagaimana dia menghadapi kaum muda yang berpelajaran tinggi sehingga mereka menyoal kepimpinannya dan pemerintahannya.

Senang saja. Ben Ali menjadikan mereka orang yang berhutang sepanjang hidup. Sebaik mereka lulus universiti dan mendapat pekerjaan dan yang tidak lulus universiti pun dapat pekerjaan, maka mereka diberi kemudahan untuk membeli kenderaan.

Mereka pun jadi orang yang berhutang. Sebahagian dari pendapatan mereka digunakan untuk membayar ansuran hutang motokar. Menampung perbelanjaan motokar seperti menampung seorang isteri.

Selagi hutang motokar itu tidak selesai, maka tidak banyak memikirkan hal lain selain dari menjelaskan hutang itu. Mereka akan menghadapi masalah kiranya hutung motokar tidak dijelaskan. Biasanya mereka menunaikan beban itu.

Sekali seseorang itu bermotokar, maka dia mesti sepanjang hidupnya bermotokar. Sebaik hutang itu selesai motokar pula tua terpaksa diganti baru. Maka dia menyambung hutang lagi sehingga tua.

Kemudian mereka diberi kemudahan pinjaman membeli rumah. Kadang-kadang sampai usia bersara hutang rumah belum selesai.

Sepanjang hidup rakyat seperti itu sebok menanggung hutang. Justeru itu mereka tidak boleh berfikir untuk berlawan dengan kerajaan kerana ada risiko berlawan dengan kerajaan. Kalau ditakdirkan dia hilang pekerjaan, maka bagaimana dia hendak menjelaskan ansuran hutang motokar dan rumah?

Oleh kerana itu orang cerdik pandai yang berhutang itu tidak banyak memikirkan kerajaan dan pimpinannya baik atau tidak, kerana tanggungjawab utama mereka ialah sebok menjelaskan hutang.

Dr. Mahathir pun berkongsi pengalaman yang sama. Sebelum Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, lulusan sekolah menengah dan lulusan unversiti yang bekerja membeli motokar dulu. Mereka juga ada kemudahan membeli rumah.

Kerajaan menyediakan pinjaman itu.

Kerajaan Dr. Mahathir membuka peluang mudah memiliki motokar. Kerana Malaysia sendiri membina lebih dari satu kilang membuat motokar, bukan saja orang senang membeli motokar, orang juga senang bertukar motokar.

Dr. Mahathir juga menukar sistem biasiswa bagi mahasiswa berjalan sejak di zaman British dulu kepada sistem pinjaman. Setiap pelajar diberi hak untuk membuat pijaman pelajaran.

Maka sebelum pelajar itu keluar universiti, mereka sudah jadi orang yang berhutang. Sebaik saja mereka dapat pekerjaan, maka mereka mula membayar hutang.

Rakyat Tunisia hanya menjadi orang yang berhutang selepas keluar dari universiti. Rakyat Malaysia sudah jadi orang yang berhutang sebaik saja masuk universiti. Beban hutang itu akan bertambah apabila mereka membeli motokar dan membeli rumah.

Oleh itu mereka sebok sepanjang hidup bekerja untuk menyelesaikan hutang. Beban hutang itu mungkin selesai apabila masing-masing bersara. Orang masuk usia bersara tidak lagi banyak memikirkan tentang politik dan kerajaan. Orang yang penat ini biasanya memilih untuk berehat.

Apa yang dibuat oleh Ben Ali itu berjaya menyelamatkan politiknya hingga sampai 23 tahun. Memang pelannya lojik dan menasabah.

Tetapi rakyat Tunisia akhirnya tidak lagi memikirkan mereka berhutang atau tidak. Dimulai oleh orang tidak ada pekerjaan di jalan-jalan bangkit menyoal pemerintahan Ben Ali. Mereka disokong oleh orang-orang yang berhutang, mereka hambat Ben Ali hingga tidak ada negara hendak menerimanya sebagai orang buangan.

Dr. Mahathir lebih cerdik. Sebelum orang berhutang hambat dia, dia berhenti dulu. Ben Ali bukan tidak cerdik, tetapi dia pun tidak sangka rakyat Tunisia rupanya sudah cerdik belaka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan