Isnin, 21 Februari 2011

BILA KITA RASA KITA BIJAK DAN GEMAR SERTA SUKA TUNDUK UNDANG2 PENJAJAH...KITA PUN MELAKUKAN KESALAHAN2 ITU..TAKUT KENA DIRI SENDIRI...


ADAKAH KITA BANGGA ATAU DAH RELAK BILA TELAH MENGUBAL UNDANG2 KITA SENDIRI...DAN MENOLAK HUKUM ALLAH ATAU UNDANG2 ALLAH....ADAKAH KITA DAH CUKUP BAGUS DARI ALLAH...SEDANG UNDANG YANG DIGUBAL TAK DAPAT MENCEGAH...TAK SEDARKAH KITA NI MAKHLUK YANG PENUH KELEMAHAN TAPI SOMBONG DENGAN ALLAH....

Mayat bayi dalam plastik

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

DI SINI...lokasi bungkusan plastik (kanan) mengandungi mayat bayi lelaki (atas) yang ditemui seorang pemancing.
DI SINI...lokasi bungkusan plastik (kanan) mengandungi mayat bayi lelaki (atas) yang ditemui seorang pemancing.
PETALING JAYA: Seorang pemancing yang mengambil dan membuka satu bungkusan beg plastik yang ditemui di tebing Sungai Kayu Ara, di sini untuk dijadikan bekas mengisi hasil tangkapannya terkejut apabila mendapati ia mengandungi mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat serta sudah berbau busuk, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, bayi lelaki cukup sifat ditemui dalam beg plastik berwarna putih yang disimpul rapi dan dipercayai dibuang di tebing sungai itu dalam tempoh 24 jam lalu.

Mohd Rizal Ramli yang sering memancing di sungai berhampiran Sri Pentas TV3, Bandar Utama itu tidak mengesyaki bungkusan berkenaan mengandungi mayat bayi walaupun ia berbau busuk dan dikerumuni lalat.

“Bayi berkenaan dibungkus dengan empat beg plastik. Tiga lapisan pertama beg plastik putih dan ketika membuka lapisan terakhir plastik berwarna hitam saya terperanjat melihat ada bayi didalamnya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed yang turut meninjau lokasi penemuan mayat bayi itu berkata, bayi terbabit dipercayai sudah mati agak lama kerana sudah berbau, namun dipercayai dibuang dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui.

Menurutnya, tiada kecederaan ditemui pada tubuh bayi malang yang berkulit agak cerah itu dan ia dilahirkan cukup sifat.

“Kita percaya bayi itu sudah mati terlebih dulu sebelum dimasukkan ke dalam plastik berkenaan dan dibuang ke tebing sungai. Mayat bayi itu akan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat,” katanya.

Arjunaidi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu dalam kejadian berasingan kelmarin, seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di hadapan rumah seorang penduduk di Kampung Labohan Dagang, Banting, awal pagi kelmarin.

Ketika ditemui kira-kira jam 6.45 pagi itu, bayi itu dipercayai baru dilahirkan.

Bayi itu dibawa pemilik rumah berkenaan ke Hospital Banting untuk rawatan.

Lelaki saksi isteri ditikam anak


SOHAIMI menunjukkan tempat Jemelah ditikam anaknya sebelum meninggal dunia Sabtu lalu.


BAHAU – Seorang lelaki tidak dapat melupakan saat-saat ngeri isterinya menjerit-jerit meminta tolong ketika ditikam oleh anak lelaki mereka di sebuah rumah di Felda Kepis di sini Jumaat lalu.
Selepas kejadian pada pukul 8 malam, mangsa Jemelah Muhammad, 53, meninggal dunia kira-kira 17 jam dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) akibat cedera di beberapa bahagian badannya.
Mengimbas semula kejadian itu, suami mangsa, Sohaimi Maidin, 53, berkata, ketika kejadian dia sedang bersembang bersama seorang rakan di luar rumahnya sebelum terdengar isterinya menjerit meminta tolong.
“Tiba-tiba saya mendengar isteri saya jerit, bang tolong, bang tolong!. Sebaik masuk ke dalam (bilik) saya terkedu melihat anak saya sedang menikam arwah yang berada di atas katil dengan senjata tajam.
“Saya terus pukul anak saya dan menarik dia daripada mencederakan ibunya,” katanya menceritakan kejadian itu ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.


Arwah Ramli pernah bergaduh

TUMPAT - Mahkamah Koroner di sini diberitahu bekas pengawal Istana Negeri Kelantan, Ramli Mohamad pernah bertengkar dengan beberapa pengawal peribadi bekas Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra beberapa hari sebelum Allahyarham ditembak ketika menunggang motosikal ke rumahnya pada 1 Mei tahun lalu.
Pengawal Istana Negeri, Lans Koperal Hafizi Azim Anim berkata, pertengkaran itu berlaku ekoran tindakan pengawal peribadi berkenaan tidak membenarkan Ramli dan semua pengawal istana memasuki Istana Mahkota atas arahan Tengku Muhammad Fakhry Petra dan bondanya, Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
"Ramli bertengkar kerana sikap kurang ajar pengawal peribadi itu terhadap pengawal istana yang terdiri daripada anggota polis tetapi ia tidak sampai kepada tumbuk-menumbuk.
"Sampai satu ketika, Ramli pernah mengeluarkan kata-kata kepada pengawal peribadi itu yang menyebut 'mu ingat mu gedebe ke'," katanya ketika memberi keterangan di depan Koroner Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat.


70,000 DVD haram dirampas


PEGAWAI penguat kuasa KPDNKK Kedah memeriksa cakera DVD cetak rompak hasil serbuan ke atas dua buah rumah di Taman Setia Berjaya, Alor Setar semalam.



ALOR SETAR - Tiga lelaki yang disyaki terlibat memproses cakera video digital (DVD) cetak rompak terpinga-pinga apabila diserbu pegawai penguat kuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri dalam operasi di sebuah rumah di Taman Setia Berjaya di sini semalam.
Ketika diserbu 14 pegawai penguat kuasa yang diketuai Mohd. Amir Abdullah kira-kira pukul 11 pagi itu, ketiga-tiga lelaki terbabit berusia 20-an sedang tidur.
Mereka yang tidak dapat berbuat apa-apa terpaksa membenarkan pegawai penguat kuasa memeriksa rumah tersebut yang dijadikan tempat memproses DVD cetak rompak sejak tiga bulan lalu.
Ketua Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Suhaimi Mat Sari memberitahu, pihaknya menerima aduan awam dan membuat risikan sejak sebulan lalu sebelum membuat serbuan itu.
Katanya, serbuan dilakukan serentak ke atas dua buah rumah di taman sama yang disewa satu sindiket pemerosesan DVD cetak rompak.
Ketiga-tiga lelaki terbabit ditahan di sebuah rumah berhampiran jalan mati di taman tersebut manakala sebuah rumah lagi yang dijadikan lokasi membungkus DVD didapati kosong.


'Kereta terbakar, keluar cepat!'

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

MARAK...kereta mangsa yang terbakar di tempat kejadian, semalam. Gambar kecli, Dzarif Iskandar yang maut.
MARAK...kereta mangsa yang terbakar di tempat kejadian, semalam. Gambar kecli, Dzarif Iskandar yang maut.
MASJID TANAH: “Kereta terbakar, keluar cepat!” jerit seorang penumpang Proton Saga BLM yang terbakar akibat kemalangan di Jalan Masjid Tanah-Sungai Udang, dekat sini, awal pagi semalam, yang berakhir dengan seorang daripada mereka terbunuh manakala tiga lagi parah.
Saksi kejadian, Sariza Othman, 24, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 1.20 pagi apabila kereta yang dinaiki empat remaja terbabit bertembung sebuah pikap, Nissan Frontier.

Foto






    • Foto PARAH...mangsa berjaya dikeluarkan dari kereta dengan bantuan orang ramai.
    Menurutnya, sebelum kejadian dia memandu kereta bersama seorang teman sebelum melihat sebuah Perodua Viva memotong keretanya sebelum diikuti rapat kenderaan pacuan empat roda terbabit.

    “Ketika di persimpangan lampu isyarat Sungai Udang-Bertam Ulu, pacuan empat roda itu cuba memotong Perodua Viva, tetapi gagal dan bertembung Proton Saga BLM dari arah bertentangan.


    “Saya memberhentikan kereta dan melihat Proton Saga itu terbakar. Seorang daripada penumpang kereta itu keluar dan saya serta dia menjerit menyuruh rakannya keluar kerana takut kereta meletup.

    “Ketika itu suasana pilu kerana saya dengar sayup-sayup jeritan meminta pertolongan daripada tiga lagi remaja yang terperangkap di dalam Proton Saga yang terbakar,” katanya.

    Sariza berkata, dia bertambah sebak apabila melihat tiga remaja yang tersepit di tempat duduk masing-masing meronta sambil melambaikan tangan meminta tolong supaya dikeluarkan daripada kereta yang terbakar.

    “Selepas itu, berlaku letupan kuat daripada kereta dan api semakin marak menyebabkan usaha beberapa pengguna jalan raya untuk mengeluarkan tiga mangsa terbabit agak sukar.

    “Mujur, satu daripada pintu berjaya dibuka biarpun ketika api marak. Beberapa pengguna jalan raya mengeluarkan tiga mangsa terbabit dan sebaik saja mangsa terakhir dikeluarkan, berlaku satu lagi letupan,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shahruddin, berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu dikenali sebagai Dzarif Iskandar Dzul dan siasatan awal menunjukkan remaja berusia 17 tahun itu dipercaya memandu Proton Saga BLM terbabit.

    “Mangsa yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Alauddin parah dan meninggal dunia kira-kira jam 3.30 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Kem Terendak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

    Menurutnya, polis masih menyiasat identiti tiga rakan mangsa yang menaiki kereta berkenaan dan siasatan awal mendapati mereka dikenali sebagai Mohd Firdaus, 17, Abdul Wafi, 17, dan Azani, 20.

    Beliau berkata, ketiga-tiga remaja itu serta pemandu Nissan Frontier, Mohd Sahid Suhaimi, 18, yang parah dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

    “Hasil siasatan mendapati ketiga-tiga remaja menaiki Proton Saga BLM itu tinggal di Taman Seri Aman dalam perjalanan ke Sungai Udang sebelum bertembung sebuah pacuan empat roda yang memotong sebuah kereta di depannya,” katanya.

    Seorang lagi saksi, Abdul Kahar Omar, 23, berkata dia bersama empat rakannya dalam perjalanan menuju Pasir Panjang, Port Dickson, berada di hadapan pacuan empat roda terbabit, sebelum dipintas kenderaan itu.

    Katanya, kemalangan berlaku terlalu pantas kerana mereka melihat jelas ketika dua kenderaan itu bertembung dan melantun ke belakang sebelum terdengar letupan kecil.


    120 lembu mati diracun

    Oleh Samadi Ahmad
    am@hmetro.com.my

    MATI...Sulaiman (dua dari kanan) mendengar penerangan pegawai perkhidmatan veterinar mengenai kematian ratusan lembu, semalam.
    MATI...Sulaiman (dua dari kanan) mendengar penerangan pegawai perkhidmatan veterinar mengenai kematian ratusan lembu, semalam.
    SEPANG: Empat bersaudara yang menternak lembu kerugian kira-kira RM200,000 apabila 120 lembu milik mereka mati dipercayai diracun di ladang Petaling Tin, Olak Lempit, dekat sini.
    Seorang daripada mereka, M Muniandy, 45, berkata, pihaknya percaya ternakan mereka diberi makanan dicampur dengan racun sebelum mati secara perlahan-lahan.

    Katanya, dia menyedari kejadian itu sebaik saja kembali ke ladang ternakan itu dua jam selepas pulang ke rumah yang terletak 10 kilometer dari ladang, kira-kira jam 5 petang, kelmarin.

    Menurutnya, dia pelik apabila mendapati seekor demi seekor haiwan ternakan di ladang yang dijaga tiga pekerja itu rebah ke tanah dengan mulut berbuih sebelum mati.

    “Ini kejadian pertama yang saya alami. Saya bingung apabila satu demi satu lembu mati selang beberapa minit. Saya percaya ada individu memberikan racun menyebabkan 120 lembu kami mati,” katanya ketika ditemui semalam.

    Muniandy berkata, dia tidak pasti sama ada kejadian itu ada kaitan dengan notis arahan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) supaya mengosongkan tanah diduduki itu sebelum 7 Februari lalu.

    “Kami menggunakan tanah ini untuk ternakan haiwan selepas mendapat kebenaran PKPS sejak beberapa tahun lalu sebelum diminta mengosongkannya beberapa minggu lalu,” katanya.

    Adiknya, M Ambalagan, 41, berkata, kematian 120 lembu ternakan itu menyebabkan dia bersama saudara lain hilang punca pendapatan bagi menyara keluarga.

    “Kami sudah membuat laporan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kuala Langat pada hari kejadian,” katanya.

    Pegawai Penyiasat IPPD Kuala Langat, Sarjan Ali Tahar, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 429 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.

    Sementara itu, Pegawai Veterinar Daerah Kuala Langat, Amran Shahir yang ditemui di tempat kejadian tidak menolak kemungkinan haiwan ternakan itu mati akibat diracun berdasarkan jumlahnya yang banyak.

    “Kami akan membawa beberapa sampel tisu lembu yang mati itu ke makmal bagi melakukan analisis sebelum laporan lengkap disediakan,” katanya.

    Turut sama di tempat kejadian, Ketua Umno Bahagian Kuala Langat, Datuk Sulaiman Karli.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan