Khamis, 27 Januari 2011

MENDEDAH AIB SERTA KELEMAHAN LAWAN BIASA DALAM POLITIK...MENFITNAH HARAM....

Kumpulan berbaju-T BN ganggu ceramah Guan Eng
Abdul Rahim Sabri
Jan 26, 11
8:36am


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng malam tadi 'disambut' oleh sekumpulanyang memakai baju-T BN yang berhimpun membantah kehadirannya dalam satu ceramah di Felda Chempelak Barat dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

bn anti guan eng in tenang2Kumpulan kira-kira 30 orang itu berhimpun di sebuah halaman rumah seorang penduduk yang terletak bertentangan dengan tempat ceramah tersebut tersebut.

Malah, di pintu masuk ke Felda tersebut, terpampang sebidang kain rentang yang membantah kehadiran Guan Eng ke situ.

Kumpulan tersebut yang memakai baju BN kelihatan berada di situ sejak jam 9 malam, iaitu lebih satu jam sebelum Guan Eng tiba di Felda berkenaan yang mempunyai 1,217 pengundi.

'Jangan kacau Chemplak'

Dalam hujan renyai-renyai, kumpulan tersebut melaungkan antaranya "Jangan kacau Chemplak, balik!" dan "Hidup BN, Hancur PAS". Mereka juga membuat rantai tangan bersama-sama menyanyikan lagu "Inilah barisan kita".

tenang by election protest at chemplak against pakatan 250111 banner 02Kelihatan juga seorang daripada mereka memegang poster yang tertulis: "Jangan jadi bodoh dengar cakap si kafir" sambil rakannya yang lain mengibarkan bendera BN.

Kira-kira jam 10.40 malam - Guan Eng yang sebelum itu berceramah di Bandar Labis Tengah - tiba di Felda berkenaan di tengah-tengah pekikan "Balik Guan Eng" dan "Woi, balik lah woi" dari kumpulan tersebut, dengan hujan turun renyai-renyai.

Hal demikian menyebabkan kira-kira 15 anggota polis, hadir mengawasi kumpulan tersebut dan seorang pegawai polis menasihati mereka supaya tidak menggangu ceramah berkenaan.

tenang by election protest at chemplak against pakatan 250111 protestersSebaliknya mereka berjanji akan beredar daripada kawasan berkenaan sebaik sahaja Guan Eng yang juga ahli parlimen Bagan selesai menyampaikan ucapannya.

Sewaktu Lim menyampaikan ceramah yang berkisar mengenai pentadbiran beliau yang mengembalikan peruntukan sekolah agama rakyat (SAR) di Pulau Pinang, kumpulan tersebut berselawat, bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir beberapa kali.

Seorang bertaqwa

Dalam ucapannya juga, Lim - yang juga anak lelaki tokoh DAP Lim Kit Siang - membidas Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang membangkitkan isu calon PAS Normala Sudirman tidak mahu bersalam dengan lelaki.

bn anti guan eng in tenang"Cikgu Mala kata, bukan sahaja lelaki Cina dia (Normala) tak salam, lelaki Muslim pun dia (Normala) tak salam. (Jadi) beliau seorang yang bertaqwa.

"Kita kena hormat (prinsipnya), apa salahnya. (Itu pun) tak fahamkah," katanya disambut gelak ketawa kira-kira 150 penyokong.

"Kita kena hormat prinsip dan keimanan orang lain, asalkan beliau tidak rasuah dan makan wang (rasuah), beliau orang baik," katanya sambil membidas Soi Lek yang enggan memohon maaf berhubung kenyataan tersebut yang didakwanya "cuba merosakkan nama Cikgu Mala".

tenang ceramah guan eng talkMeneruskan bidasannya terhadap Soi Lek, Lim yang juga ADUN Air Puteh turut mengingatkan agar Soi Lek jangan memainkan isu tersebut dalam kempen pilihan raya kali ini dan meminta Umno supaya presiden MCA itu meminta maaf.

Baru puas

"Kalau Cikgu Mala tak mahu salam, ini bukan isu, jadi (Chua Soi Lek) tarik baliklah...Adakah dia (Soi Lek) salam dengan Cikgu Mala, baru dia puas," sindir Lim.

bn anti guan eng in tenangSehubungan itu, beliau meminta pengundi yang hadir - sekiranya calon PAS tidak bersalah dan tetap dengan prinsipnya tidak bersalam dengan lelaki bukan muhrim - supaya menyokong Pakatan Rakyat.

Ucapan Guan Eng selama kira-kira 15 minit itu, disambut dengan laungan beramai-ramai dari kumpulan berkenaan "Siapa tipu... Guan Eng".

Kira-kira jam 11.05 malam, kumpulan itu pun beredar dan tiada sebarang tangkapan atau insiden yang tidak diingini berla

VIDEO 7.47 min




Baru Bian: Kekayaan S'wak tidak dinikmati rakyat
Jan 26, 11 10:36am


Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Sarawak, Baru Bian mempersoalkan kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa gagasan Pakatan Rakyat iri hati dengan kekayaan negeri itu, lapor TV Selangor.

NONESebelum ini ketua menteri Sarawak itu menyifatkan kekayaan dan kemajuan yang dicapai negeri berkenaan mengakibatkan banyak pihak dengki sehingga ada yang bertindak cuba merampas kuasa daripada kerajaan sekarang.

"Kalau kita memperkatakan kekayaan, ketua menteri dan kroni-kroninya yang terkaya di Malaysia, mereka yang kaya di Sarawak tetapi rakyat biasa tidak," kata Baru Bian.

Pada tahun 2009, pendapatan Sarawak mencecah hampir RM3.726 bilion. Namun sekitar 70 peratus penduduk rumah panjang masih tidak menikmati bekalan air bersih, jalan raya dan tenaga elektrik dan dibelenggu kemiskinan yang parah.

Lebih daripada 300,000 orang muda Sarawak bekerja di Semenanjung dan Singapura kerana tiada pekerjaan untuk mereka di bumi kenyalang itu.

NONEBaru Bian menjelaskan kekayaan Sarawak yang melimpah tidak dapat dinikmati oleh rakyat disebabkan kekayaan negeri itu hanya berlegar sekitar Abdul Taib dan kroninya sahaja.

Katanya, Laporan Ketua Audit menunjukkan bahawa sebanyak 60 peratus pembangunan negeri itu berlaku ketirisan disebabkan rasuah dan penyelewengan.

"Walaupun Sarawak adalah sebenarnya terkaya di Malaysia dari segi sumber asli, mengapa kita dalam golongan ke empat negeri yang termiskin, ini adalah soalan yang kita hendak tanya kepada rakyat Sarawak, dan jawapannya jelas bahawa BN yang diketuai oleh Taib Mahmud dalam 30 tahun sebagai ketua menteri tidak jujur dan tidak ikhlas dan tidak tepat tentang pentadbiran, kerana banyak rasuah dan terbukti dalam laporan ketua audit bahawa 60 peratus projek pembangunan Sarawak bocor," katanya.

NONEJusteru, Pakatan Rakyat Sarawak berharap rakyat negeri itu dapat memberikan mereka peluang membuat perubahan dalam pilihanraya negeri Sarawak yang dijangka diadakan bila-bila masa sahaja.

"Tawaran kita kepada rakyat Sarawak ialah berikan kita peluang memerintah lima tahun di Sarawak akan membukti kepada rakyat bahawa cara kita memimpin berlainan berbeza dengan BN ," katanya.





Bicara kes 'isteri digoda' ditangguh ke Jumaat
Jan 26, 11 3:37pm


Mahkamah Majistret hari ini menangguhkan perbicaraan kes saman peribadi bekas suami model dan pengacara TV terkenal Daphne Eleanor Iking ke Jumaat ini.

NONEMajistret Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah menangguhkannya selepas peguam Jagjit Singh memaklumkan bahawa anak guamnya, iaitu bekas pengarah Urusan Adidas Darren Choy Khin Ming, tidak dapat hadir kerana sakit.

Ini merupakan kali kedua Choy gagal hadir ke mahkamah selepas 5 Jan lalu, atas alasan yang sama iaitu faktor kesihatan. Choy dikatakan menghidap bronkitis dan demam.

Mahkamah menjadualkan perbicaraan untuk disambung selama dua hari bermula hari ini.

Saman peribadi itu dikemukakan terhadap Choy, 44, oleh Ryan Chong Yiing Yih, 31, bekas suami Daphne kerana memikat Daphne, 30, dengan mengetahui bahawa beliau ketika itu merupakan isteri Chong dengan niat supaya wanita itu melakukan persetubuhan yang ditegah dengannya di The Plaza, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail diKuala Lumpur antara Julai 2007 dan September 2008.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan, Choy boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah mengarahkan Jagjit memastikan kehadiran bekas pengarah itu bagi mengelakkan sebarang masalah yang lain.

NONE"Hari itu dah sakit, hari ini sakit lagi... setiap kali bicara mesti sakit. Rugi kepada mahkamah sebab tak dapat jalankan kes," kata Engku Ahmad Rashdi.

Jagjit berkata pihaknya juga hanya dimaklumkan pada lewat semalam oleh Choy dan tidak berpeluang untuk memberitahu kepada mahkamah. Jagjit kemudian menyerahkan sijil sakit Choy kepada mahkamah.

Peguam Wong Kian Kheong, yang mewakili Chong, bagaimanapun membantah sijil sakit itu yang sepatutnya dikemukakan oleh hospital kerajaan atau pusat kesihatan kerajaan.

"Dia sepatutnya mengemukakan sijil sakit daripada hospital kerajaan, sebaliknya dia mengemukakan daripada klinik swasta di Damansara, pihak kami memohon supaya ada kepastian mengenai perkara itu," katanya.

Daphne mengahwini Chong pada 27 Jan 2007 di Bali, Indonesia dan pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Isobel Daniella Iking-Chong.

-Bernama



Waran tangkap ke atas polis tak hadir mahkamah
Hafiz Yatim
Jan 26, 11
3:22pm


Waran tangkap dikeluarkan hari ini ke atas seorang anggota polis yang tidak hadir di mahkamah majistret di Petaling Jaya kerana membuat laporan palsu ke atas ahli perniagaan, Chia Buang Hing.

Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid mengeluarkan arahan itu terhadap Lans Koperal Norzali Rosle, 25, dari Balai Polis Kota Damansara selepas dia tidak hadir ke mahkamah bagi menghadapi satu pertuduhan baru.

Norzali sepatutnya didakwa semalam terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 211 Kanun Keseksaan iaitu membuat tuduhan palsu sehingga mendatangkan bencana yang boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Chia (bawah, kiri), 38, sebelum ini memfailkan laporan polis mendakwa dia dibelasah ketika berada dalam tahanan polis.

NONEKatanya, pada jam sekitar 10 pagi tadi, beliau dimaklumkan oleh pengawai penyiasat yang hanya dikenali sebagai ASP Nasuha, bahawa anggota polis berkenaan sepatutnya didakwa.

"Nasuha beritahu saya, supaya saya boleh dapatkan peguam saya Lim Lip Eng untuk hadir di mahkamah,” katanya.

"Namun, apabila saya sampai, Nasuha memberitahu saya tertuduh sudah larikan diri dan polis tidak tahu di mana dia berada. Isteri anggota polis itu beritahu Nasuha, dia juga tidak tahu di mana suaminya dan dia mungkin di Kelantan.”

Lim berkata: "Malangnya, tertuduh tidak hadir dan mereka tidak tahu dia di mana. Nasuha maklumkan kepada Chia bahawa anggota polis itu adalah orang yang menggari Chia, dan juga yang pertama memukulnya.

Tidak tahu di mana

“Ini tidak sepatutnya berlaku kerana dia pegawai yang tinggal di kuarters polis - tetapi mereka tidak tahu dia dimana.”

NONEPeguam itu, sebelum ini mengadu kepada majistret bahawa dirinya dan anak guamnya, Chia tidak memaklumkan sama ada lima anggota polis yang dikatakan memukul Chia sudah didakwa ataupun tidak.

Sehubungan itu, Lim berkata Nasuha memaklumkan Chia berhubung perkara itu hari ini.

Chia juga melahirkan kebimbangan keselamatan dirinya dan keluarganya dan kini semakin risau kerana anggota polis yang menahannya dulu itu kini tidak dapat dikesan.

“Saya kini ketakutan kerana tertuduh sudah terlepas. Bagaimana jika dia memburu saya?” soalnya.

Chia juga mengulangi dakwaannya yang dia ditahan reman, tangkap, belasah dan sebahagian besar wangnya diambil oleh anggota polis yang menahannya kerana memandu dengan cukai jalan yang tamat tempohnya.

Dipercayai di Kedah

Sementara itu, Bernama melaporkan pegawai penyiasat ASP Nasuha Ibrahim dari Ibu Pejabat Kontinjen Selangor memberitahu mahkamah bahawa polis menggunakan pelbagai cara untuk mengesan Norzali namun gagal.

"Isterinya yang ketika itu berada di rumah berkata suaminya itu berada di Kedah tetapi isterinya enggan memberikan alamat terakhir. Kami juga menemui ketua balai di mana tempat dia bertugas tetapi masih gagal," katanya.

Mahkamah menetapkan 7 Feb ini untuk sebutan kes.

Pada 11 Jan lalu, empat anggota polis termasuk Norzali dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya berhubung pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang pembuat bingkai gambar.

NONENorzali bersama-sama Mohd Azwan Hassan, Ahmad Saifullah Osman dan Alizulhafiz Abdul Ghafar dituduh mencederakan Chia Buang Hing, 35, di Balai Polis Kota Damansara antara 12.30 pagi dan 3 pagi 19 Dis lalu.

Norzali dan Mohd Azwan juga menghadapi satu lagi pertuduhan mencederakan Chia di Jalan PJU 3/15, Persiaran Tropicana, Kota Damansara di Kuala Lumpur antara 11.30 malam 18 Dis dan 12.30 pagi 19 Dis 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan






Azahar: Kita 'gentleman', tak sentuh isu peribadi
Jan 26, 11 4:09pm


Biarpun menghadapi serangan demi serangan berbentuk peribadi daripada Pakatan Rakyat, calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim tetap tenang dan enggan terjebak dengan permainan kotor itu.

NONEMenurutnya, beliau dan BN tidak akan terikut-ikut dengan taktik Pakatan Rakyat yang membuat serangan peribadi dengan menabur pelbagai fitnah dan tohmahan terhadapnya.

"Kita gentleman. Kita teruskan kerja-kerja kita dan berkempen dengan sebaiknya, tanpa terikut-ikut dengan pembangkang yang membuat serangan peribadi,” katanya pada sidang media di rumahnya di Labis, hari ini.

Bekas penolong pentadbir tanah daerah Kecil Rengit, Batu Pahat itu berkata, dalam pertemuannya dengan pengundi DUN Tenang, mereka tidak pernah menyentuh isu-isu peribadi yang digunakan oleh Pakatan Rakyat.

tenang by election day 1 230111 mohd azahar with girl"Pengundi tidak pernah sekali bertanyakan saya (isu serangan peribadi).

Pengundi DUN Tenang tahu apa yang diperkatakan oleh pembangkang itu adalah tohmahan dan fitnah semata-mata,” kata Mohd Azahar.

Pada kempen pilihan raya kecil ini, Pakatan Rakyat menjadikan kejadian tanah milik seseorang dilelong ketika Mohd Azahar menjadi Penolong Pentadbir Tanah Segamat (2000-2006) sebagai isu, di samping mengungkit beberapa isu peribadi yang lain.

tenang by election day 1 230111 mohd azahar at pasar labisDitanya mengenai isu tanah pada 2003 di mana PAS menuduhnya sebagai cuai sehingga menyebabkan tanah itu dilelong, katanya, sebagai penjawat awam beliau hanya mengikut prosedur.

"Saya telah mengikut segala prosedur jabatan (isu tanah 2003),” katanya ringkas.

Mengenai perancangannya jika dipilih sebagai wakil rakyat, Mohd Azahar berkata beliau akan memastikan pengundi pelbagai kaum DUN Tenang menikmati pembangunan yang lebih pesat.

- Bernama





Mukhriz tolak dakwaan GFI sebagai pelik
Joseph Sipalan
Jan 26, 11
11:58am
Kerajaan tidak akan menyiasat dakwaan oleh sebuah pertubuhan antarabangsa yang menyenaraikan Malaysia sebagai antara negara yang merekodkan jumlah aliran wang haram tertinggi dalam tempoh sembilan tahun dalam dekad lalu.

NONETimbalan Menteri, Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau tidak melihat relevannya perangkaan yang dipetik dalam laporan berkenaan.

Laporan pemerhati kewangan Global Financial Integrity (GFI) menyebut, aliran wang keluar dari negara ini meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh 2000 hingga 2008.

"Kami tidak lihat perlunya menyiasat perkara itu. Jika anda baca laporan itu, mereka membuat beberapa dakwaan pelik ke atas beberapa negara,” katanya pada sidang media selepas pelancaran pejabat baru Google Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

"Berdasarkan perangkaan Bank Negara, kita tahu berapa jumlah aliran sebenarnya, jadi sukar mempertimbangkan angka (dari GFI) sebagai fakta.”

NONELaporan itu turut menyatakan amaran bahawa peningkatan pelarian modal mendadak ini berlaku pada tahap yang jarang diperhatikan di negara Asia.

Faktor di sebalik aliran wang haram yang besar ini – dianggarkan berjumlah RM889 bilion dalam tempoh antara 2000 hingga 2008 – bagaimanapun sukar dipastikan.

Faktor berkenaan adalah di luar skopnya, menurut laporan itu lagi.

Bagaimanapun, isu-isu tadbir urus yang signifikan melibatkan sektor awam dan swasta memainkan peranan utama dalam pengubahan modal haram daripada negara ini, laporan itu dipetik.

VIDEO | 6.30 min







PAS terus gali masa silam calon BN
Regina Lee
Jan 26, 11
4:11pm


Serangan PAS terhadap calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Tenang berterusan dengan "mendedahkan" lebih banyak "kesalahan" masa lalunya ketika menjadi penolong pegawai daerah (ADO).

Semalam PAS mendakwa Mohd Azahar Ibrahim berlaku cuai sehingga mengakibatkan sebidang tanah dilelong, dan hari ini, parti itu mendedahkan pula dokumen mahkamah untuk menunjukkan calon Umno itu juga disaman oleh pembeli tanah tersebut.

NONEPAS mendakwa tanah milik seorang ahli perniagaan, Mansor Mohamad
dilelong pada 2003. Mansor membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi Muar yang mengembalikan tanah itu kepadanya, bersama kos pada 2008.

Dan hari ini, naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, Norhana Mohd Ali yang membeli tanah seluas 3.24 hektar itu pada harga RM70,000 juga telah menyaman Mohd Azahar.

Dengan menamakan Mohd Azahar sebagai defendan pertama dalam saman sivil yang difailkan pada 2009, Norhana - yang telah membersihkan tanah tersebut sejak 2003 dan mengusahakan tanaman kelapa sawit - menuntut RM1.5 juta bagi kerosakan dan kerugian total.

Menurut Salahuddin, Norhana juga menamakan pegawai tanah
daerah Segamat, pejabat tanah daerah Segamat dan kerajaan Johor sebagai defenden.

NONEBagaimanapun, semalam, Mohd Azahar menyangkal tuduhan itu sebagai satu 'manipulasi' dan 'provokasi', serta menegaskan bahawa kes itu telah diselesaikan di mahkamah.

Dalam satu sidang akhbar di pusat operasi PAS di bandar Labis Tengah, Salahuddin - yang juga ahli parlimen Kubang Kerian - mengecam Mohd Azhar kerana mengatakan isu itu telah selesai.

Katanya, bagaimana Mohd Azhar boleh mengatakan ia telah selesai sedangkan mahkamah menetapkan kes tersebut didengar pada 7 Februari 2011.

Ini, katanya, jelas menunjukkan bahawa calon BN itu tidak telus - bukan sahaja kepada penduduk Tenang, tetapi juga kepada Umno dan BN.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan