| Harakahdaily | |||||||||||||||||||||||||
| KUALA LUMPUR, 11 Jan: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal dengan tindakan Pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Isa Samad yang dengan angkuhnya mengugut untuk memecat mana-mana kakitangan Felda yang didapati menyokong Pakatan Rakyat. Ugutan itu disampaikan dalam pertemuan sulungnya dengan seluruh kakitangan Syarikat Kumpulan Felda di Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney semalam. Menurut pemangku ketua DPPWP, Herman Samsudeen, majoriti kakitangan Felda yang hadir, berbisik sesama sendiri mengutuk kesombongan Isa yang mahu menunjukan kuasa itu sementara mereka yang menyokong BN pun naik meluat dengan beliau. Baginya,ugutan terbuka itu menggambarkan betapa terdesaknya Barisan Nasional untuk mengembalikan sokongan kakitangan dan seluruh peneroka Felda kepada Barisan Nasional menjelang PRU-13. “Inilah budaya lapuk BN, bila terdesak mereka akan mengugut dan menekan kakitangan Kerajaan dan agensi yang berkaitan supaya terus menyokong BN,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Katanya, kalau 10 atau 20 tahun lalu, bolehlah beliau buat ugutan begitu kerana pada masa itu rakyat tak celik undang-undang dan pelembagaan. Hakikatnya, kata beliau Isa tidak boleh sesuka hati memecat kakitangan Felda yang menyokong Pakatan. Tambahnya, hak setiap kakitangan Felda untuk menyokong mana-mana pemimpin dan parti yang disukainya dalam pilihanraya adalah hak yang dijamin Perlembagaan. “Adalah kesilapan besar jika Isa, memecat kakitangan Felda, dan beliau boleh diheret ke mahkamah selepas itu,” ujarnya lagi. Dalam pertemuan itu, Isa dilaporkan turut mengakui bahawa BN kini kehilangan majoriti sokongan kalangan generasi ketiga Felda yang kini lebih menyokong perjuangan Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) yang dipengerusikan oleh AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman. Herman menambah, beberapa pegawai kanan Felda Holdings juga telah melaporkan bahawa pejabat-pejabat utama Felda telah dimasuki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan kes-kes yang dibongkar oleh Anak baru-baru ini. Katanya, kemenangan peneroka Felda Kemahang Tiga dan Felda Sungai Koyan dalam saman mereka tahun lepas juga turut memberikan tekanan kepada BN yang akhirnya menggantikan Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Yusof Noor yang dianggap terlalu lemah dengan Isa yang baru sahaja kembali menjadi Adun Bagan Pinang. Sehubungan itu, DPPWP mengesa supaya pihak SPRM meningkatkan pemantauan kepada organisasi Felda di bawah pengurusan Isa, kerana rekod sudah membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang pemimpin yang bersih. “Skandal rasuah beliau ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan tidak mudah dilupakan rakyat. Begitu juga dengan rasuah yang beliau tebarkan sepanjang kempen di Bagan Pinang tahun lalu. “Kenapa orang sebegini masih mendapat tempat dalam organisasi seperti Felda. Apa agenda Najib sebenarnya?” katanya. Justeru, DPPWP menggesa agar warga Felda meningkatkan sokongan kepada Pakatan Rakyat bagi memastikan nasib mereka sama ada golongan peneroka atau pengurusan Felda di Jalan Gurney dapat terus dibela dan organisasi Felda dapat dibersihkan dari pemimpin yang korup dan suka mengugut. “Jika BN kalah dalam PRU-13 dengan sokongan kakitangan Felda, Isa pasti akan dihumban keluar dari Pejabat Pengerusi Felda. Jadi, sebelum itu semua berlaku, lebih baik dia letak jawatan hari ini dan meminta maaf kepada semua warga Felda atas ugutan bodoh yang dilakukannya itu,” ujarnya. Laporan The Star tidak benar - Pejabat Presiden
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Selasa, 11 Januari 2011
BAHANG PRU13 MULA TERASA...MASING2 PARTI MENUNJUKAN KETELUSAN MASING2....RAKYAT MENILAI SAPE YANG BETUL JANJINYA DAN SAPE PENIPU
Isa buat ugutan bodoh pada kakitangan Felda
KUALA LUMPUR, 11 Jan: Pejabat Presiden PAS menafikan laporan akhbar The Star semalam yang memuatkan berita "
Sementara itu, Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Nasaie bin Ismail (gambar kanan) pula membantah laporan dalam Utusan Malaysia semalam.
SHAH ALAM, 11 Jan: Adun Sri Muda, Suhaimi Shafie telah dipanggil oleh polis di Seksyen 11 jam 2 petang ini ekoran tulisan dalam blognya mengenai perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor.
Kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rayat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi Umno/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta. Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan diadakan satu debat terbuka.
Mengulas laporan bahawa Najib tidak yakin mengadakan pilihan raya seawal Mac atau Julai tahun ini kononnya kerana prihatin dengan janji-janji yang belum dilaksanakan oleh wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di setiap kerusi pilihan raya, Mahfuz berkata Najib sendiri banyak kali didapati bercakap bohong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan