Sabtu, 18 Disember 2010

SOLAT ITU WAJIB...MALANGLAH KALAU KITA PEMIMPIN MASYARAKAT....SEBAGAI IBU BAPA....KETUA@MAJIKAN TAPI TAK SOLAT...

SOLAT NI PERKARA POKOK DAN PERKARA PERTAMA YANG AKAN DITANYA....TAPI DE PERKARA LEBIH PENTING IAITU AKIDAH...JANGAN SEKALI2 KITA BATAL SYAHADAH...SERTA BERAMALLAH DGN BERILMU...BUKAN BERAMAL TANPA ILMU....IBADAH TANPA ILMU@BERGURU...AMALAN ITU AKAN DITOLAK.....

Orang Mukmin Sentiasa Menjaga Waktu Solat

Sahabat yang dimuliakan,

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu solat zuhur dengan asar ( solat di akhir waktu zuhur dan diikuti solat asar sebaik sahaja masuk waktunya) . Didalam Islam ada solat qasar dan jama' dengan syarat-syarat tertentu, bukannya solat qada' kerana sengaja ditinggalkan. Solat qadha' diluar waktu kerana terlupa atau tertidur dibenarkan . Tetapi sengaja meninggalkan solat kemudian di qadhakan solat maka ianya mendapat kemurkaan Allah s.w.t.

Sabda Nabi s.a.w bermaksud : “Diangkat qalam (tulisan amalan) daripada tiga jenis manusia : daripada orang tidur sehingga dia bangun, daripada kanak-kanak sehingga dia bermimpi (baligh) dan daripada orang gila sehinggalah dia berakal“.

(Hadis Riwayat Abu Daud dan selainnya).

Betapa besarnya dosa orang yang meninggalkan solat atau melalaikan solat hingga luput waktunya. Renungkan hadis Rasulullah s.a.w.di bawah yang menghalang perbuatan tersebut .

Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah s.a.w. mengenai orang yang melalaikan solat maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu solatnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu solat lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu solatnya, maka mereka diancam dengan Neraka Wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang yang melengah-lengahkan solat mereka sehingga sampai kepada waktu solat lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka Neraka Jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda " Sesiapa yang mengumpulkan dua solat tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

Sahabat yang dirahmati Allah,

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Solat itu adalah tiang agama. Maka sesiapa yang mendirikannya , sesungguhnya ia menegakkan Agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya ia telah merobohkan Agamanya.”

Di dalam hadis yang lain Nabi s.a.w ada bersabda yang bermaksud :

“ Bermula orang yang meninggalkan solat pada hal ia dalam keadaan sihat, maka Allah tidak memandang kepadanya dengan pandangan rahmat, dan baginya kelak azab yang amat hebat melainkan kalau ia bertaubat dari perbuatannya itu”

Firman Allah s.w.t maksudnya :"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk Neraka Saqar ini? Mereka menjawab : Kami tidak termasuk dalam golongan orang - orang yang bersolat."

(Surah Al-Mudathsir ayat 42-43 )

Di dunia lagi mereka yang meninggalkan solat akan mendapat kehinaan. Allah kurangkan keberkatan umurnya. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam. Do'anya tertolak. Hilang cahaya soleh dari wajahnya. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.

Di saat kematiannya pula ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.

Di hari akhirat ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan diseksa dengan keras di dalam neraka.

DOSA - DOSA MENINGGALKAN SOLAT FARDU

SUBUH :

Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka. (Satu hari di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia).

ZOHOR :

Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.

ASAR :

Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.

MAGHRIB :

Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).

ISYAK :

Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa agar mencari bumi lain.

Allah berseru kepada mereka, " Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat - nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

Sahabat yang dihormati,

Salah satu kelalaian yang sering dilakukan oleh mereka yabg bersolat adalah lalai ketika mengerjakan solat. Fokus dan tumpuan tidak diberikan semasa solat hingga menyebabkan kualiti solat yang dimiliki tidak dapat membawa seseorang untuk mencegah fasak dan mungkar.

Jiwa dan hatinya kosong daripada cinta dan kasih kepada Allah kerana hakikat solat sebenarnya adalah seorang hamba yang mengadap dan berhubung dengan Tuhannya. Di saat inilah jiwa seorang Mukmin diserahkan sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

Contoh Sayyidina Ali k.w apabila anak panah yang melekat di betisnya ingin di cabut maka sahabat memilih ketika beliau sujud semasa solat. Ketika ini sedikit pun belaiu tidak merasa sakit kena sedang fana' dihadapan Allah s.w.t. Inilah cotoh khusyuk di dalam solat yang sebenarnya.

Oleh itu marilah sama-sama kita jaga solat kita kepada Allah s.w.t. Jaga waktu solat jangan sampai terlepas dari waktunya, dan kerjakanlah solat di masjid secara berjemaah dan jagalah semasa mendirikan solat supaya jangan lalai dan leka.

Sahabat,

Marilah kita lihat seorang ulama' (ahli ibadah) bernama Hatim yang cukup menjaga wudhuk dan solatnya kepada Allah s.w.t.

Pada suatu hari, Isam menemui seorang abid bernama Hatim dan bertanya, "Wahai Abu Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat aku berwudhuk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu?"

Hatim menjawab, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggata dengan tujuh perkara iaitu :

1.Bertaubat.

2.Menyesali dosa yang di lakukan.

3.Tidak tergila-gila dunia.

4.Tidak mencari atau mengharap pujian orang (riya').

5.Meninggalkan sifat suka berbangga.

6.Meninggalkan sifat khianat dan suka menipu.

7.Meninggalkan sifat hasad dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada dihadapanku, Syurga disebelah belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan do'a dalam solat aku faham maknanya. Kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk. Aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan sepenuh ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan