Harakahdaily | ||||
KUALA LUMPUR, 25 Dis: Kenyataan berulang kali Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung tawaran 100 Hari Pakatan Rakyat meyakinkan lagi bahawa BN tidak prihatin kepada para guru dan kakitangan awam yang banyak berjasa ke arah memacu pembangunan dan kestabilan negara kita selama ini. Ini ekoran tawaran 100 Hari Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Buku Jingga yang dilancar dan diperhalusi dalam Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-2 di Kepala Batas minggu lepas terus mendapat perhatian dan komen dari pemimpin Umno dan BN. Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, untuk sekian kalinya Muhyiddin membuat ulasan mengenai isu berkenaan dengan mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menaikkan gaji sebanyak RM500 kepada kakitangan awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Muhyiddin, katanya beralasan langkah itu wajar demi membuktikan keikhlasan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat membela nasib kakitangan awam serta pegawai-pegawainya. “Dia mempersoalkan adakah Anwar sanggup berbuat demikian, dan saya lihat sebagai soalan orang terdesak dan hilang hujah dan fakta,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Tambahnya, Muhyiddin kelihatan sangat goyah dengan isu ini sehingga mengeluarkan kenyataan untuk memperlekehkan satu tawaran Pakatan Rakyat yang difikirkan oleh muhyiddin tidak masuk akal sedangkan semua kakitangan kerajaan sedang menunggu untuk memberi undi kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13. “Suka saya tegaskan kepada semua guru dan kakitangan kerajaan sekiranya anda memberi undi kepada Pakatan Rakyat, nescaya kami akan menunaikan sebagaimana yang dijanjikan dan sekiranya kami engkar, sila kembalikan kuasa itu kepada BN palam PRU ke 14,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak. Tetapi yang pasti, tegasnya BN tidak menjanjikan sesutu untuk membela nasib kakitangan kerajaan dan itulah satu keterbukaan kami untuk membela nasib anda. “Soalnya sekarang, ke manakah wang tersebut telah dibelanjakan?” tanya beliau.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Sabtu, 25 Disember 2010
SEBAGAI SEORANG TERPELAJAR SERTA PENDEDAHAN INTERNET...KITA TAHU SAPE YANG BOLEH MEMERINTAH LEBIH JUJUR DAN TELUS
100 Hari: Muhyiddin goyah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan