Nazri Abdullah | ||||||||||||||||
KUALA LUMPUR, 29 Dis: Dewan Pemuda PAS Larut mahu Pemuda Umno bahagian itu mengotakan janji dan tidak berdolak dalik berhubung penyertaan mereka dalam forum 'Islam dan Melayu' yang dijadual 1 Januari ini. Naib Ketua Pemuda PAS kawasan itu, Akmal Kamarudin (gambar) berkata, pemuda Umno dilihat cuba bermain wayang apabila satu persatu alasan diberikan untuk mengelak dari menyertai debat itu. "Asalnya akan dibuat di Dewan Padang Astaka, Batu Kurau yang ditetapkan sendiri oleh pemuda Umno, tapi kemudiannya dia bagitahu dewan tak dapat. "Tak cukup dengan itu, kita dah buat hebahan, kain rentang semua, tiba-tiba semua kena cabut atas arahan dapat amaran pihak polis. "Kita tidak tahu kenapa, sedangkan kita dapat kelulusan gantung banner dari Majlis Perbandaran Taiping," katanya yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, kepada Harakahdaily. Debat itu pada asalnya dicetuskan Pemuda Umno Larut sendiri yang mencabar Pemuda PAS Larut dan kemudiaannya dipersetujui bersama dengan tajuk 'Islam dan Melayu'. Inisiatif penganjuran debat itu kemudiannya disambut Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM) yang bersedia menjadi penganjur debat itu. Akmal turut memaklumkan, beliau mendapat maklumat pemuda Umno Larut mendapat tekanan dari pemimpin tertinggi Umno agar membatalkan debat tersebut. "Apapun alasan, kita nak pemuda Umno jangan berdolak dalik, kotakan janji anda kerana anda yang mencabar debat ini,"katanya mengharap. Ekoran masalah tempat yang berlaku, Pemuda PAS Perak katanya telah mencari tempat alternatif baru iaitu di Dewan Majlis Bandar Selama. Selain permit bagi mengadakan program itu telah dipohon, mereka juga telah mengadakan pertemuan dengan pihak polis bagi memberi jaminan keselamatan kepada pihak keselamatan itu. Debat itu akan mempertemukan Ketua Pemuda PAS Larut, Nazri Din dan Ketua Pemuda Umno Larut, Mohamad Anuar Arifin. Manakala Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid akan menjadi perantara majlis. Pada 26 Disember lalu, Dewan Pemuda PAS Pusat turut membuat program sama dengan tajuk Polemik Ketuanan Melayu. Forum yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kajang itu menampilkan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP), Ahmad Sabky Yusof, Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Ezaruddin Abd Rahman dan Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu & Bumiputra (MPM), Dr Hasan Mad. Bagaimanapun hasrat untuk bersama pemuda Umno membincangkan perkara itu tidak tercapai apabila majlis tertinggi Umno didakwa tidak membenarkan mereka menyertainya.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Rabu, 29 Disember 2010
KITA MERANCANG ALLAH MENENTUKAN...BERDOALAH...DISAMPING USAHA....YANG BATIL ITU AKHIRNYA AKAN MUSNAH...
Debat: Pemuda Umno jangan berdalih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan