Khamis, 16 Disember 2010

BILA NIAT MENUNTUT ILMU KERANA PANGKAT..WANG DAN KEDUDUKAN....NI LAH JADINYA...IKUT HADIS JIKA BUKAN NIAT KERANA ALLAH...MASUK NERAKA MEREKA NI......

NI BALA...NI MALAPETAKA KESAN MENIDAKKAN HUKUM ALLAH...AHLI AGAMA SERTA PEMEGANG JAWATAN BAHAGIAN AGAMA.....MACAM TUTUP MATA...TUTUP TELINGA...DIAM... MACAM TAK DE USAHA MEMPERJUANGKAN HUKUM ALLAH...ADA DIKALANGAN ILMUAN ISLAM MENIDAKKAN HUKUM ALLAH INI ATAS ALASAN MASYARAKAT MAJMUK...BODOHKAH ALLAH MEMBUAT UNDANG2 YANG TAK SESUAI DEK ZAMAN DAN TEMPAT...MEREKA DENGAN SENDIRI MENAFIKAN ALLAH YANG BERSIFAT MAHA BIJAKSANA SERTA MAHA MENGETAHUI...MEREKA BERTINDAK MUNGKIN TAKUT PADA MANUSIA...MEREKA SANGGUP MENGADAI AGAMA DAN AKIDAH SEMATA2 HABUAN DUNIA...MEREKA NI SESAT DAN MENYESATKAN ORANG LAIN...MEREKA MENCARI NAHAS....

Gempar aksi panas 2 beradik

Oleh Zulfa Mohamad
MEMALUKAN...aksi dua remaja dipercayai adik-beradik tersebar melalui telefon bimbit.
MEMALUKAN...aksi dua remaja dipercayai adik-beradik tersebar melalui telefon bimbit.
BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini.
Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun.

Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar.

Kakitangan swasta dikenali sebagai Azman, 25, yang memperoleh video itu melalui bluetooth daripada rakannya, berkata dia terkejut sebaik melihat aksi pasangan terbabit kerana mereka terlalu muda dan dipercayai masih bersekolah
“Budak lelaki itu seperti murid tahun lima atau enam manakala remaja perempuan mungkin dalam tingkatan satu atau dua. Kemungkinan mereka adik-beradik kerana fizikal remaja lelaki lebih kecil berbanding pasangannya


“Saya menggeleng kepala sebaik melihat aksi mereka yang tidak ubah seperti orang dewasa. Bayangkan apa akan jadi kepada mereka pada masa depan dan bagaimana penerimaan ibu bapa mereka jika mengetahui perkara ini,” katanya, semalam.

Menurutnya, tindakan pasangan kanak-kanak itu menggambarkan keadaan moral masyarakat yang semakin merosot dan keadaan ini yang menyumbang peningkatan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah.

“Jika murid sekolah rendah sudah pandai beraksi lucah dan dirakam pihak lain, bagaimana orang dewasa.

“Apa akan jadi kepada moral masyarakat beberapa tahun akan datang jika gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit semakin berleluasa,” katanya.

Justeru, dia berharap pihak berkuasa segera melakukan sesuatu sebelum gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit menjadi ‘wabak’ yang sukar dikawal.




Beristeri tiga masih tak puas

Oleh Zuliaty Zulkiffli

TAHAN...pasangan ditangkap khalwat di motel, semalam.
TAHAN...pasangan ditangkap khalwat di motel, semalam.
ALOR SETAR: Biarpun sudah mempunyai tiga isteri, ia ternyata masih belum cukup memuaskan nafsu seorang lelaki apabila ditahan penguat kuasa agama kerana disyaki berkhalwat dengan remaja berusia 18 tahun di motel murah di Pantai Chenang, Langkawi, awal pagi kelmarin.
Lelaki berusia 41 tahun yang juga ahli perniagaan itu ditahan bersama pasangannya, penuntut institusi pengajian tinggi awam oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) yang membuat serbuan di motel murah berkenaan dalam operasi maksiat di pulau pelancongan itu kira-kira jam 2 pagi.

Ketika disoal siasat, lelaki terbabit mendakwa pergi ke pulau itu bersama remaja wanita berkenaan untuk bercuti selama tiga hari dan baru tiba jam 1 tengah hari pada hari tangkapan dibuat.

Mereka dikatakan menjalin hubungan cinta sejak beberapa bulan lalu dan ahli perniagaan berkenaan mendakwa akan berkahwin dengan pasangannya yang berasal dari Kelantan dalam tempoh terdekat sebagai isteri keempat

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaik, Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh berkata, ketika serbuan lelaki terbabit yang berkemeja-T dan berseluar pendek membuka pintu bilik serta membenarkan pemeriksaan dijalankan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan seorang wanita yang hanya berkemban didapati turut berada di dalam bilik, tetapi kedua-dua mereka mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri.

“Pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuah, Langkawi untuk dibuat laporan tangkapan. Mereka dibawa ke Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) untuk diambil keterangan,” katanya.

Menurutnya, pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1988 kerana disyaki berkhalwat yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.



Cari kerbau jumpa mayat

Oleh Zuliaty Zulkiffli

USUNG... anggota polis mengangkat mayat lelaki yang ditemui di kawasan ladang getah, kelmarin.
USUNG... anggota polis mengangkat mayat lelaki yang ditemui di kawasan ladang getah, kelmarin.
JITRA: Seorang pemuda yang mencari kerbau milik bapanya di ladang getah berhampiran Kampung Nyior Kelubi, di sini, kelmarin terkejut apabila mendapati objek yang disangkanya bangkai kerbau sebenarnya mayat manusia.
Mayat yang masih berpakaian lengkap berusia lingkungan 30-an hingga 40-an itu ditemui tertiarap di atas pelapik plastik hitam oleh lelaki terbabit kira-kira jam 3.30 petang.

Izham Daud, 21, berkata pada mulanya dia terhidu bau busuk seperti bangkai dan cuba menjejaki bau berkenaan di ladang getah itu sebelum menemui mayat lelaki yang sudah berulat dan dihurung lalat.
Katanya, dia kemudian menghubungi bapanya dan polis untuk memaklumkan penemuan itu.

“Mulanya saya ingat bangkai kerbau sebab saiznya yang besar, tetapi apabila menghampiri pada jarak kira-kira 20 meter saya dapati objek itu sebenarnya mayat manusia.

“Saya nampak ada kesan cedera di belakang leher mangsa, tetapi tak berani mendekati kerana terlalu takut.

“Saya rasa mangsa sudah meninggal dunia beberapa hari lalu disebabkan baunya yang begitu meloyakan selain ulat yang banyak,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, kelmarin.

Anggota polis yang tiba tidak lama kemudian memeriksa kawasan itu dan menemui beberapa dokumen serta beberapa peket dipercayai dadah berhampiran mayat terbabit.

Izham berkata, dia jarang ke ladang getah itu dan hanya ke situ untuk mencari lebih 100 kerbau milik bapanya yang dilepaskan.

“Kawasan ini jarang dilalui orang jika ada pun hanya penoreh, tetapi tak sangka saya pula menemui mayat di sini,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan mayat itu.

Katanya, polis juga masih menyiasat mengenai penemuan beberapa paket dadah dan kaitannya dengannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan