Jumaat, 19 November 2010

SHARE DAN TAG ITU MUDAH....NAK BUAT PERKARA YANG LAIN...HANYA ALLAH YANG MEMBERI DISEBAB RAPATNYA HUBUNGNYA DENGAN PENCIPTA

UNTUK RENUNGAN ...BERHIJRAH KEPADA KETAKWAAN.....INSYAALLAH

WAHAI SAUDARAKU..

Wahai saudaraku,

Bacalah sedikit coretan ini,

Yang ku tuliskan ikhlas dari hati,

Moga dapat kita bersama,

Di syurga yang kekal selamanya..



Wahai saudaraku,

Ingatlah hidup ini hanya sementara,

Dari itu janganlah terlalu leka,

Dibuai kebahagiaan sementara,

Sehingga kita melupakan,

Apa yang telah ‘dipertanggungjawabkan’..



Wahai saudaraku,

Wanita adalah kurniaan,

Untuk dipandu meniti lorong kehidupan,

Dan bukannya untuk di ambil kesempatan,

Layanilah mereka dengan hormat dan ihsan,

Bersama kasih yang tiada sempadan,

Jangan sekali kau hadapi mereka,

Dengan nafsu yang penuh didada..



Wahai saudaraku,

Janganlah sekali engkau menyangka,

Yang umur mu masih muda,

Kerna tiada siapa yang tahu,

Bila saatnya Izrail tiba menjemput mu,

Persiapkan diri dengan bahtera iman,

Lengkapinya dengan layar ketaqwaan,

Agar destinasi kembali penuh keberkatan..



Wahai saudaraku,

Marilah bersama membina peribadi,

Sebagai Khalifah ALLAH dimuka bumi,

Supaya tidak kita disoal nanti,

Apakah hakNya yang telah dipatuhi...



Ya ALLAH,moga kau lindungi umat Nabi Muhammad SAW dari tipu daya jin,syaitan dan nafsu yang jahat.. Serta dari kelemahan,kekurangan dan kesilapan diri kami sendiri.. Limpahilah hidup kami dengan Nur Hidayah Mu sepanjang perjalanan kami didunia Mu ini.. Amin Ya ALLAH...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan