Selasa, 16 November 2010

NYANYI DAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN

HIDUP MEWAH DENGAN MENDENDANG LAGU2 MEMUJI ALLAH DAN RASULULLAH SAW...SEDANG AMALAN SUNNAH TAK DAPAT DITERAP PADA DIRI...MUNGKIN NAWAITUNYA BEGITU...MAKA DAPATLAH....

RUANG


Ruang tamu penyanyi nasyid


SUSUNAN batu pasir di dinding ruang tamu membangkitkan suasana nyaman tanpa perlu memasang pendingin hawa.


RAMAI orang mengenali Munif Ahmad sebagai vokalis utama kumpulan nasyid Hijjaz selain produk minyak wangi keluarannya yang kini terdapat di pasaran.
Namun, di luar dunia niaga dan glamor itu, Munif yang terkenal dengan lagu Sumaiyah memberitahu, beliau dan isteri gemar menghias rumah.
Kediamannya yang terletak di Subang Suria, Shah Alam, Selangor menjadi tempat beliau bereksperimen.
“Ada juga bahagian rumah yang saya buat sendiri seperti pintu gelangsar serta gerbang.
“Tetapi sebelum membuatnya saya akan berbincang dengan isteri dahulu untuk mendapatkan hasil sebaiknya.
“Ilham itu saya peroleh melalui majalah-majalah berkaitan dekorasi dan perhiasan rumah selain pengalaman menginap di hotel semasa membuat persembahan di luar negara seperti Thailand, Mesir, Arab Saudi dan Indonesia,” katanya.

KEDIAMAN yang terletak di Subang Suria, Shah Alam ini menjadi tempat Munif dan isteri bereksperimen tentang dekorasi.


Buat sendiri
Peralatan asas yang diperlukan Munif ialah alat timbang air, tukul, gergaji besi, batu dan pasir
“Kebanyakannya dibuat secara berperingkat iaitu semasa ada masa terluang,” katanya.
Melepasi pintu pagar kediaman ini, pandangan mata pasti tertancap pada taman mini yang direka oleh isteri Munif, Noridah Muhammad.
Pokok bunga kekwa, kaktus, bunga raya dan ros menyerlahkan ciri alam semula jadi. Sementelah Norlidah suka bercucuk tanam dan menanam bunga sejak kecil.
Menurut Noridah, obsesnya tidak terhad pada bunga semula jadi tetapi juga bunga hiasan yang ada antaranya sudah berusia lebih 20 tahun.
“Kalau bunga itu rosak atau patah saya boleh menangis. Bunga-bunga hiasan yang ada di dalam rumah ini saya pilih sendiri. Maklumlah, majoriti wanita gemarkan bunga bukan,” katanya.
Munif dan isteri ternyata bijak memanfaatkan ruang yang terhad di ruang tamu dengan permainan warna, hiasan dinding, set perabot, lampu hiasan dan kertas dinding.
Terdapat pelbagai warna yang menghiasi dinding seperti jingga, merah, kuning, kelabu dan hijau.
Gambaran permainan warna itu semakin menarik sebaik sahaja lampu hiasan yang bercorak bunga dinyalakan.
“Lagipun siling plaster dengan motif bunga-bungaan dan alam semula jadi memberi nilai tambah di sini.
“Penat jugalah hendak mengecat siling plaster yang berbunga dengan warna kuning kerana bunganya cukup kecil,” kata Munif berasa sakit tengkuk selepas mengecat siling itu.
Batu pasir yang disusun cantik di dinding ruang tamu mungkin satu idea menarik dalam mencantikkan kediaman.
Menurut penyanyi itu, beliau memilih dan memasang sendiri batu itu dengan bantuan seorang kontraktor untuk hasil yang maksimum.

BANTAL kecil dengan corak bunga, bunga hiasan dan ayat suci al-Quran menenangkan hati sesiapa yang melihatnya.


“Secara tidak langsung ia dapat menjimatkan wang kerana kos upah dan bahan binaan dapat dikurangkan.

Set sofa
“Batu itu menjadikan ruang tamu terasa lebih sejuk dan mencipta kelainan,” ujarnya.
Dua cermin besar membuatkan ruang tamu Munif seakan-akan lebih besar selain pintu gelangsar yang membolehkan pandangan menjadi lebih luas.
“Saya ubahsuai pintu gelangsar itu bagi memberikan sedikit kelainan. Saya mengambil masa lebih lapan bulan untuk menyiapkannya
“Di ruang tamu juga saya letakkan sebuah meja makan yang muat untuk enam orang,” ujarnya.
Pencetus minyak wangi Munif Hijjaz ini juga menghias ruang tamunya dengan tiga set sofa.
Katanya, semua itu dilakukan untuk memberi keselesaan kepada tetamu khususnya semasa cuti perayaan.
“Walaupun ruang terhad, tetamu dapat bersantai dengan baik. Siapa yang tidak ingin selesa, bukan?
“Selain itu, mereka dapat melihat sendiri perhiasan di almari seperti koleksi telefon bimbit, lilin perhiasan dan buku-buku yang saya beli,” kata Munif.

SET meja makan enam orang sesuai untuk tetamu yang datang.


Hiasan khat ayat suci al-Quran yang dibelinya semasa menunaikan umrah dan haji diatur di beberapa sudut. Ia terbukti menenangkan hati sesiapa yang melihatnya.
Selain itu, gambar potret sekeluarga, teko dan bunga hiasan turut terpampang di ruang tamu.
“Ruang tamu inilah yang saya paling gemar. Kadang-kadang saya sampai tertidur di sini,” ujarnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan