| Harakahdaily | ||||||||||||
|
Ilham Centre, sebuah firma penyelidikan lapangan bebas, menemui bahawa jumlah pengundi yang meletakkan jawapan TIDAK PASTI dalam jangkaan parti mana akan menang adalah paling tinggi berbanding kawasan lain dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini terutama dalam saat hampir dengan tarikh pengundian. Namun begitu, hasil kajian ini tidak perlu dirungsingkan sangat oleh PAS kerana 45 peratus respondan adalah ahli Umno berbanding dengan 20 peratus PAS dan PR dan 35 peratus lagi pengundi atas pagar. Berikut adalah sebahagian ringkasan eksekutif yang dibuat oleh penal penyelidik Ilham Centre terhadap kajian mereka ini. Dalam dapatan kaji selidik menunjukkan bahawa isu pemilikan tanah agak kritikal dibangkitkan oleh pengundi terutama di Daerah Mengundi Kampung Pulai, Batu Papan, Lepan Tupai dan Sungai Terah. Isu tanah diwakili peratusan tertinggi isu utama bagi pengundi Galas iaitu sebanyak 56.5 peratus Rungutan infrastruktur yang kurang memuaskan sebanyak 45 peratus. Sepanjang pemerhatian lapangan, kempen menerusi jentera mahupun program kerajaan agak kurang meriah berbanding beberapa siri pilihan raya kecil yang lain. Jentera kedua parti yang bertanding kelihatan sukar menghidupkan pos-pos bertugas parti. Kebanyakannya digerakkan oleh jentera daripada luar Galas. Namun, jika dibandingkan, jentera PAS dilihat lebih komited dan agresif berbanding jentera UMNO/BN setakat tempoh kajian lapangan ini dijalankan.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Selasa, 2 November 2010
JUJURLAH....SIKAP JUJUR DAN AMANAH ....ALLAH AKAN BERI RAHMAT....
Galas: BN di depan, majoriti belum buat keputusan
SHAH ALAM, 2 Nov: Kajian lapangan yang dijalankan oleh Ilham Centre pada 29 hingga 31 Oktober mendapati BN mendahului PAS sebagai parti yang akan memenangi pilihan raya ini iaitu 22 peratus manakala PAS 15.6 peratus namun 54.1 peratus lagi respondan tidak membuat kenyataan pasti.
Calon PAS, Dr Zulkifli Mohamad dilihat lebih dikenali di kalangan pengundi berbanding calon BN. Merujuk kepada soalan mengenai calon yang mereka kenali, sejumlah 60 peratus pengundi yang ditemubual mengakui mengenali calon PAS ini. Ini kerana beberapa faktor antara yang jelas ialah, Dr Zulkifli ini pernah bertanding sebagai calon Parlimen pada pilihan raya lepas. Ini sebenarnya boleh ditafsirkan sebagai kelebihan kepada jentera PAS berbanding BN. Namun begitu, calon UMNO/BN mengekori rapat dengan 56.7 peratus popular di kalangan pengundi.



Taib ketika mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini mengambil contoh penganjuran pertunjukan fesyen busana muslim yang didakwa dinaungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang menerima bantahan daripada pebagai pihak.
KUALA LUMPUR, 2 Nov: Kerajaan bakal menanggung kerugian RM83.45 juta dan tanah seluas 20 ekar dalam skandal terbaru PKFZ 'dalam pembikinan'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan