Isnin, 29 November 2010

JIKA ORANG KAFIR MENOLAK ATAU RAGU2 HUKUM ALLAH@ISLAM..TAK PE LAH...SEBAB IA TAK ISLAM TETAPI KALAU ORANG ISLAM YANG MENOLAK@RAGU2..

NOTA MENGENAI HUKUM HUDUD

MAKNA

Perkataan hudud bermakna had atau batas, dan juga ordinan. Ia sering disebut dengan kata hudud Allah di dalam al-Quran dan kata ini bersangkutan dengan peraturan atau hukum. Maka hudud Allah boleh dimaksudkan sebagai had bagi sesuatu hukuman, atau hukuman yang maksima, bagi sesuatu kesalahan yang ditetapkan Allah.

Perkataan ini disebut sebanyak 14 kali di dalam 9 buah ayat al-Quran. Satu daripada ayatnya berbunyi,

“Itulah hudud (had-had) Allah; janganlah mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim” (2:229).

KEPENTINGAN PELAKSANAAN HUKUM HUDUD

1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia." (Riwayat Bukhari)

2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:179)

3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud: "Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .

4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:

"Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam." (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Ma'idah: 38)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar." (Surah Al-Ma'idah: 33)

KESAN DARI PELAKSANAAN HUKUM HUDUD

1. Menjaga Keturunan dan Kehormatan Wanita; mengelakkan dari dirogol.

(Perbandingan dibuat untuk tahun 2002)

a. Arab Saudi yang melaksanakan hukum ini. Pada tahun 2002 bagi perbandingan 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 2.39 kes rogol/juta sahaja berlaku. Ini bermakna bagi setiap 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 3 kes sahaja berlaku dalam tahun 2002.

b. Malaysia yang tidak mengamalkan hukum hudud, bagi sejuta rakyat Malaysia terdapat sebanyak 51.60 kes rogol/ juta berlaku pada tahun 2002.

c. Jumlah tertinggi adalah Kanada yang langsung tidak mengamalkan hukum-hukum yang terdapat dalam Islam, bagi 1 juta penduduk di Kanada terdapat 727.62 kes setahun/ sejuta berlaku kes rogol di negara tersebut. Maklumat diperolehi daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Maklumat lanjut boleh layarihttp://www.unodc.org/pdf/crime/eighthsurvey/8sv.pdf

2. Kebaikkan Keduanya: Menjaga nyawa dan hartabenda

Lihatlah betapa seriusnya masalah jenayah yang berlaku di United Kindom(UK) bagi 1 juta penduduk disana terdapat 106,621 kes jenayah/ sejuta berlaku.

Cuba pula kita lihat kes jenayah di Arab Saudi yang melaksanakan hukum Islam. Bagi 1 juta penduduk disana hanyaterdapat 3,420 kes jenayah/ sejuta yang berlaku pada tahun 2002. Maklumat diperolehi daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Maklumat lanjut boleh layari http://www.unodc.org/pdf/crime/eighthsurvey/8sv.pdf

PENILAIAN YANG PERLU DIBUAT SEMASA MEMBUAT PENILAIAN MENGENAI HUKUMAN YANG AKAN DILAKSANAKAN

Pelaksanaan hukuman potong tangan untuk memberikan peringatan kepada pencuri supaya tidak mengulangi atau menakutkan orang lain yang mahu mencuri. Sungguhpun demikian seringkali timbul masalah kerana pelaksanaan undang-undang tersebut tidak berlaku keadilan. Sebelum perlaksanaan hukuman potong tangan maka harus dibuktikan dengan sahih dengan bukti-bukti yang sah. Selepas disabitkan mencuripun belum boleh dilaksabakan hukum memotong tangan kalau kerajaan tidak melindungi rakyatnya termasuk juga keperluan asas.

Disamping itu harus dikaji sebab apa mencuri? Kalau mencuri disebabkan ketiadaan makanan sehingga terpaksa mencuri maka kerajaan harus bertanggung jawab bukan pencuri, tetapi sekiranya semua keperluan asas sudah terpenuhi dan tetap mencuri kerana tabi’at maka hukum harus dilaksanakan untuk memberi pengajaran kepada pencuri.

Sungguhpun demikian pelaksanaan hukum tersebut harus adil dan tidak menzalimi pencuri tersebut lebih-lebih mengaibkan pencuri. Dalam perlaksanaan hukum pun diambil kira supaya tidak sampai menzalimi pencuri tersebut seperti mempastikan agar pisau benar-benar tajam sehingga tidak begitu menyiksa.

Ini diperingatkan oleh Rasulullah dalam pesannya :

Abu Hurairah berkata : Dibawa kepada Muhammad seorang yang minum arak, Muhammad perintahkan untuk memukul, maka di antara kami ada yang memukulnya dengan tangan, selipar dan kainnya. Selepas itu seseorang berkata “Allah telah menghinanya” maka Muhammad berkata : “Jangan kamu menjadi perosak saudaramu (menjadi pembantu syaitan)” iaitu dengan menghinanya sehingga syaitan akan lebih senang untuk menghancurkan orang tersebut (dilaporkan oleh Bukhari).

Hadith di atas menunjukkan bahawa tidak boleh melaksanakan hukum dengan tujuan merosakkan pencuri tapi hanya sekadar mengajar semata-mata.

Sebetulnya hukuman potong tangan bukan hanya dalam Islam bahkan dalam Kristian pun terdapat ayat tersebut seperti terdapat dalam ayat di bawah :

Jika tanganmu menyebabkan kamu berdosa, potonglah tangan itu! Lebih baik kamu hidup tanpa sebelah tangan daripada kamu masuk ke dalam nereka yang kekal bersama kedua tanganmu (Mark 9;43 dan Matthew 5;30).

Jika kakimu menyebabkan kamu berdosa, potonglah kaki itu! Lebih baik kamu hidup tanpa sebelah kaki daripada kamu dibuang ke dalam neraka bersama kedua kakimu (Mark 9;45).

2. Rejam kerana Berzina.

Sila rujuk ayat di bawah :

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina maka rejamlah tiap-tiap mereka 100 kali rejam, dan janganlah disebabkan rasa simpati menyebabkan kamu gagal melaksanakan hukum Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah pelaksanaan hukum Allah disaksikan oleh sekumpulan orang (An-Nuur 24;2).

Bagi Lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin maka rejam sampai mati manakala yang belum berkahwin adalah rejam 100 kali sebatan. Sebelum hukum dilaksanakan maka pendakwa harus menyatakan bukti yang sahih dimana ada empat orang saksi yang melihat zina berlaku secara langsung. Kalau tidak ada saksi maka kerajaan tidak boleh melaksanakan hukuman tersebut sungguhpun zina itu memang dilakukan kecuali tertuduh membuat pengakuan sacara sukarela seperti berlaku pada zaman Muhammad.

Undang-undang Allah juga terkandung dalam kitab-kitab samawi lain. Dalam Taurah (Moses) dan Injil (Yesus) juga terdapat perintah pelaksanaan hukum hudud bagi yang berdosa. Bahkan dalam Bible sendiri juga terdapat hukum hudud.

Bunuhlah nabi atau penafsir mimpi yang menyuruh kamu memberontak terhadap Tuhan yang sudah menyelamatkan kamu dari Mesir, tempat kamu dijadikan hamba sahaya dahulu. Orang seperti itu jahat dan cuba menyesatkan kamu daripada kehidupan yang diridhai Tuhan. Orang itu mesti dibunuh, supaya kejahatan itu dihapuskan dari kalangan kamu (Deutronomy 13;5).

Di ayat yang seterusnya pun perintah hudud juga perlu dilaksanakan :

Jangan biarkan orang tersebut merayu kamu dan jangan dengarkan kata-katanya. Jangan kasihani orang tersebut dan jangan lindungi dia. Bunuhlah dia! Biarlah kamu menjadi orang pertama yang merejam dia. Rejamlah dia sampai mati! Dia cuba menjauhkan kamu daripada Tuhan, yang sudah menyelamatkan kamu dari Mesir, tempat kamu dijadikan hamba dahulu. Kemudian semua bangsa Israel akan mendengar dan mereka akan takut Murtad. Seorangpun tidak akan murtad lagi (Deutronomy 13;8).

Sesiapa yang menyebabkan pengikut-Ku yang kecil ini tidak lagi beriman kepada-Ku, lebih baik kalau batu pengisar diikatkan pada lehernya, lalu dia dibuang ke dalam laut (Mark 9;42).

Hukum pasal zina pula tersebut dalam Matthew 5;28-29 dan Mark 9;47 :

Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu : Sesiapa memandang seorang perempuan dengan perasaan berahi, orang itu sudah berzina dengan hati. Jika mata kanan kamu menyebabkan kamu berdosa, cungkillah dan buang lah mata itu! Lebih baik kamu kehilangan salah satu anggota tubuh daripada seluruh tubuh kamu dibuang ke dalam neraka.

BEZA SEBAT ISLAM DAN SEBAT SIVIL.“YANG MANA ADIL, YANG MANA ZALIM?

“Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW…....Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Maklumat Ringkas:SEBAT CARA ISLAM

1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm

2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.

3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.

4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.

5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.

6. Tukang sebat tidak boleh mengangkat tangannya melebihi kepala.

7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SIVIL

1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.

2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.

3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.

4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.

5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.

6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.

7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.

8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

“YANG MANA ADIL, YANG MANA ZALIM?

RENUNGILAH

Beginilah intisari tentang hudud di dalam Islam. Sesungguhnya Allah yang menciptakan kita dan hanya Allah saja yang tahu akan hukum yang sesuai dilaksanakan ke atas makhluk ciptaannya. Kembalilah kepada fitrah sebenar, jangan terus berada dalam kesesatan dengan cuba melaksanakan hukum berdasarkan pemikiran dan ideologi kita sendiri.

LAIN2 RUJUKAN

http://perak.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1250%3A-kerajaan-langgar-hudud-allah-rakyat-hidup-tanpa-batas&catid=43%3Akenali-pas&Itemid=128



KOMEN


ISLAM JADI TAK JELAS KERANA USTAZ2@ILMUAN ISLAM... TAK MENJELASKAN ISLAM DENGAN TEPAT ...DENGAN KATA LAIN...SIPI2...KERANA TAKUTKAN MANUSIA....TAKUT JAWATAN TERGUGAT...TAKUT TAK NAIK PANGKAT...TAKUT MASYARAKAT MEMBENCINYA....ADAKAH MEREKA2 NI TIDAK SYIRIK PADA ALLAH SWT....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan