Ahad, 21 November 2010

ADA LAGI GULUNGAN MENGAJAK KEBAIKAN DAN MENGCEGAH MUNGKAR,ADA LAGI KEKASIH2 ALLAH SERTA ORANG BANGUN UTK TAHJUD,JIKA TIDAK LAMA ALLAH TURUNKAN BALA

540 BAYI HASIL ZINA...BERMAKNA YANG BERZINA 1080 ORANG...ITU DAPAT DISELAMATKAN...BUANG TAK DAPAT DIKESAN...BAGI ORANG....JUAL...TAK MENGANDUNG....GUGUR AWAL2....JADI AGAK2 BERAPA RAMAI ORANG YANG BERZINA....TU LAH HUKUM ALLAH TAK MAHU LAKSANAKAN....TUNGGU SAHAJA HUKUMAN ALLAH SWT...

540 bayi diselamat

Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB
mohdazam@hmetro.com.my

SUBANG JAYA: “Sehingga kini kita berjaya menyelamatkan 540 bayi daripada menjadi mangsa pengguguran atau pembuangan, sekali gus mengurangkan kadar statistik pembuangan bayi yang meningkat pada masa kini,” kata Yang Dipertua Rumah Perlindungan Baitul Fiqh, Juhaidi Yean Abdullah.
Juhaidi berkata, walaupun sejak ditubuhkan pada 2005 dan sehingga kini ada yang mencemuh Baitul Fiqh kerana dikatakan menyokong gejala sosial berkenaan, pihaknya beranggapan tanggungjawab menyelamatkan bayi dalam kandungan itu lebih penting.

“Kita menubuhkan rumah perlindungan ini bukan bermakna kita menyokong amalan gejala sosial yang berlaku, sebaliknya sebagai satu tempat untuk menyedar dan mendidik remaja.
“Jika kita biarkan mereka, seterusnya apa akan jadi pada mereka dan kandungan mereka... bukankah kita sebagai masyarakat patut membantu dan sama-sama menyedarkan mereka supaya ia tidak lagi terus berulang dan berleluasa,” katanya ketika ditemui dalam program Berkongsi Kasih anjuran Wirawati Perkasa Malaysia baru-baru ini.

Program berkenaan turut dihadiri Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Bakar dan Ketua Penerangan Perkasa, Roslan Kasim.

Jelas Juhaidi, selaras dengan usaha menyelamatkan dan membantu remaja yang terlanjur hingga mengandungkan anak luar nikah, pihaknya juga kini dalam perancangan untuk memindahkan pusat operasi Baitul Fiqh dari Subang Jaya ke Jalan Ledang, Kuala Lumpur


Katanya, pemindahan yang dijangka dilakukan selewat-lewatnya pertengahan tahun depan bagi membolehkan lebih ramai remaja bermasalah mendapat perlindungan sewajarnya hingga melahirkan anak.

“Sebenarnya kita banyak menerima kes remaja hamil anak luar nikah bagi ditempatkan di Baitul Fiqh, namun disebabkan kekurangan tempat, kita tidak dapat menerima ramai mereka kerana faktor kawasan yang sempit.
“Sehingga kini, kita hanya mampu menerima 20 orang tetapi, di kawasan baru ini ia boleh memuatkan sehingga 100 orang pada satu-satu masa yang pastinya membolehkan lebih ramai remaja dilindungi dan lebih banyak kandungan dapat diselamatkan,” katanya.

Justeru, pihaknya juga berharap lebih ramai sukarelawan dapat tampil membantu



Tidur atas lantai simen



KUANTAN: Tidur hanya beralaskan kain atas lantai simen sejak lebih tiga tahun lalu adalah perkara biasa bagi seorang lelaki yang hidup sebatang kara di rumah usang di Kampung Gelugor, Jalan Gambang-Maran, dekat sini.
Menjalani kehidupan tanpa bekalan elektrik dan air serta pelbagai kelengkapan sejak mendiami rumah berkenaan lima tahun lalu sedikit pun tidak mematahkan semangat P Periasamy, 55, untuk meneruskan perjalanan hidupnya bersendirian sebelum 'dijemput'.

Begitulah kesusahan ditanggung lelaki ini yang tidak mempunyai saudara-mara dan hanya bergantung kepada ihsan penduduk yang tinggal berdekatan.
Ketika meninjau ke rumahnya semalam, Periasamy sedang memotong kayu api untuk memasak sebelum mengangkut air dari perigi berhampiran untuk mandi.

Keadaan dalam rumahnya begitu daif dengan tiada satu pun perabot menghiasi kediaman itu dan apa yang ada hanyalah peralatan memasak berselerakan atas lantai


Penuntut kolej gantung diri

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
iskandar@hmetro.com.my

SEREMBAN: Seorang ibu tersentak apabila menemui mayat anak perempuannya yang juga penuntut kolej swasta dalam keadaan tergantung di kediaman mereka di Taman Permai, di sini, malam kelmarin.
Difahamkan, mangsa dikenali sebagai M Himala, 20, dijumpai di sebuah bilik oleh wanita berusia 40-an berkenaan yang baru pulang daripada bekerja, kira-kira jam 8.30 malam.

Jurucakap polis berkata, gadis itu dipercayai tinggal di rumah berkenaan bersendirian berikutan ibunya pergi bekerja manakala seorang adiknya turut keluar.
“Ibu mangsa yang tiba di rumah mula mengesyaki sesuatu apabila tiada sahutan diberi selepas beberapa kali mengetuk pintu bilik anaknya.

“Sejurus membuka pintu bilik itu, dia terkejut apabila mendapati mangsa tergantung dalam keadaan tidak bernyawa,’’ katanya, semalam.

Beliau berkata, pihaknya mendapati mangsa menggantung diri dengan sehelai kain yang diikat pada siling bilik terbabit

“Siasatan awal tidak menolak kemungkinan mangsa dipercayai meninggal dunia beberapa jam sebelum ditemui ahli keluarga,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin yang mengesahkan perkara berkenaan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat


Rompak wang PIBG

Oleh MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Pengetua sebuah sekolah menengah di Jalan Landak, di sini, terkejut mendapati dua peti besi di pejabatnya dikopak penjenayah sebelum semua wang Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dilarikan, pagi kelmarin.
Penjenayah terbabit turut menggunakan air dan kain basah untuk mengelap permukaan peti besi berkenaan bagi memadam kesan cap jari, sekali gus menggagalkan usaha polis mengesan individu terbabit.

Sumber polis berkata, kejadian itu disedari pengetua wanita berusia 57 tahun itu selepas datang bertugas, kira-kira jam 6.35 pagi.
Menurutnya, mangsa terkejut mendapati pintu pejabat di tingkat satu sekolahnya terbuka dengan bahagian kunci dipecahkan.

“Mangsa kemudian segera mencari dua pengawal keselamatan yang bertugas bagi mendapatkan penjelasan mengenai kejadian itu.

“Namun pengawal keselamatan terbabit mendakwa tidak menyedari kejadian pecah masuk itu berikutan mereka hanya meronda di tingkat bawah bangunan sekolah
“Mangsa segera masuk ke dalam pejabatnya sebelum mendapati ia berselerak digeledah. Mangsa juga mendapati peti besi milik sekolah beralih tempat dan dibiarkan di atas lantai,” katanya.

Sebaik diperiksa, mangsa mendapati wang PIBG berjumlah RM3,700 dan wang kutipan pejabat bernilai lebih RM600 hilang.
“Selain itu, penjenayah menggeledah laci meja kakitangan pembantu tadbir dan melarikan wang sekolah berjumlah RM520.

“Difahamkan, wang dilarikan penjenayah terbabit sepatutnya digunakan untuk membiayai majlis persembahan pelajar pada akhir tahun serta wang kutipan PIBG yang belum sempat dimasukkan ke dalam akuan bank,” katanya.

Susulan kejadian itu, polis segera menjalankan siasatan forensik di lokasi kejadian, namun gagal menemui kesan cap jari pada peti besi dan kelengkapan sekolah yang digeledah.

“Malah kebanyakan barangan yang dipegang suspek didapati dalam keadaan basah. Kemungkinan suspek sengaja mengelap permukaan peti besi dan alatan lain dengan air bagi membuang tanda cap jari,” katanya.

Polis juga mengambil keterangan daripada pengawal keselamatan bertugas dan mangsa bagi mengenal pasti individu yang terbabit dengan kecurian itu.

Liat bayar yuran PIBG

Oleh IDRIS MUSA
idris@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Masih ada ibu bapa di kawasan elit yang liat untuk menjelaskan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi tujuan kebajikan anak mereka, walaupun sekadar RM50 setahun.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, beliau terkejut selepas diberitahu masih ada ibu bapa bersikap seperti itu.

Menurutnya, memang pelik apabila ada ibu bapa kepada murid di sekolah kawasan elit gagal menghulurkan bayaran seminimum itu, sedangkan pada waktu sama mereka rela membayar bil Astro setiap bulan.
“Saya terkejut mendengar di taman elit seperti Taman Tun Dr Ismail masih lagi ada ibu bapa tak memberi sumbangan RM50 setahun.

“Takkanlah RM50 untuk anak mereka memberi bebanan begitu kuat sampai tak boleh membantu.

“Jika sekolah di kawasan Pantai Dalam dan Sentul, mungkin boleh diterima alasan ibu bapa tidak mampu

“Tetapi jika nak kata RM50 setahun tak mampu di Kuala Lumpur ini, berat juga nak diterima. Sepatutnya itu menunjukkan pengorbanan ibu bapa untuk anak mereka, bersama ibu bapa lain,” katanya pada majlis penyampaian anugerah kecemerlangan kepada 62 murid cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan perasmian bangunan Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 2, di sini, semalam.

Sebelum itu, Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan, Ariff Fadillah Mohd Kulal, dalam ucapan aluannya mendedahkan sesetengah ibu bapa enggan memberikan komitmen bagi kemajuan anak mereka, termasuk menjelaskan yuran tahunan.
Raja Nong Chik berkata, ibu bapa sebenarnya mempunyai peranan sangat penting terhadap anak mereka dan bukan melepaskan tanggungjawab kepada guru, pihak sekolah dan PIBG.

Menurutnya, sikap alpa dengan urusan pekerjaan sehingga tidak meluangkan waktu kepada anak menyumbang kepada kemerosotan prestasi anak dalam pelajaran.

“Ini satu sebabnya saya dapati kadangkala prestasi murid, khususnya di bandar, menurun apabila ibu bapa tidak memberi masa kepada anak mereka.

“Kebelakangan ini saya dapati sekolah di mana ibu bapa mereka duduk di flet kos rendah, banyak kita tengok anak mereka lebih teruk daripada ibu bapa sendiri.

“Mungkin tidak ada masa, tidak ada kemudahan dan tidak ambil berat. Mereka yang ambil berat biasanya anak mereka cemerlang walaupun datang daripada golongan setinggan, yang duduk flet kos rendah,” katanya.

Ketika ditanya mengenai dasar yang diambil kira bagi menempatkan penghuni rumah pangsa kos rendah di ibu kota, beliau berkata, yang penting semua kawasan rumah pangsa perlu mencerminkan 1Malaysia


Belasah kerana permainan

Oleh JUNAIDI LADJANA
am@hmetro.com.my

KOTA KINABALU: Gara-gara permainan Internet, seorang remaja koma apabila dibelasah tiga rakan lelakinya menggunakan kepala tali pinggang selepas berlaku perselisihan faham di sebuah kafe siber di Jalan Sulaman Central, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, Kay Tamtali, 18, cedera parah di kepala selepas dibelasah tiga lelaki yang dipercayai tidak berpuas hati dengan permainan disertai mereka.

Difahamkan, berlaku pertengkaran mulut di antara mereka sebelum itu dan ketiga-tiga suspek yang tidak puas hati menunggu mangsa di luar kafe berkenaan.
Sebaik keluar, berlaku cabar mencabar antara mangsa dan semua suspek dan diakhiri dengan pergaduhan.

Dalam pergaduhan itu, seorang suspek melibas kepala mangsa menggunakan kepala tali pinggang, menyebabkan dia rebah dan tidak sedarkan diri.

Panik melihat mangsa terbaring berlumuran darah, semua suspek melarikan diri manakala orang ramai yang melihat kejadian itu menghubungi polis

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Rowell Marung ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih melakukan siasatan.

“Sebaik tiba di lokasi, polis menemui mangsa terbaring berlumuran darah sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan,” katanya


Ramai sanggup ‘gadai nyawa



KUALA LUMPUR: Berat kaki. Itu perkataan paling sesuai menggambarkan sikap segelintir pejalan kaki di ibu kota apabila lebih suka mempertaruhkan nyawa dengan melintas kesesakan jalan berbanding menggunakan jejantas yang disediakan.
Tinjauan Metro Ahad di beberapa laluan utama di ibu kota mendapati jumlah pejalan kaki yang menganggap diri mereka ‘kebal’ daripada dilanggar kenderaan bertambah ramai, terutama apabila tiba waktu rehat untuk keluar menikmati makan tengah hari.

Walaupun kebanyakan kenderaan yang melalui laluan berkenaan dipandu laju, pejalan kaki rata-rata tidak mengendahkannya berikutan ia lebih mudah daripada menggunakan jejantas yang terletak jauh.
Pejalan kaki, Norwahida Zakaria, 23, berkata kedudukan jejantas yang terletak jauh menjadi punca ramai pejalan kaki termasuk dirinya melintas jalan.

“Sebenarnya bukan pejalan kaki macam saya tidak mahu menggunakan jejantas, tetapi ia disebabkan jejantas itu terletak di kedudukan agak jauh.

“Kalau ikut jejantas juga, alamat berpeluh-peluh badan berjalan sedangkan tempat yang hendak dituju hanya seberang jalan,” katanya

Menurutnya, cara terbaik sebenarnya adalah memastikan kesesuaian sesuatu kedudukan jejantas itu kerana ia tidak akan digunakan jika terletak jauh.

“Tidak ada gunanya juga ia dibina kerana ramai yang mengejar masa, terutama untuk masuk kerja pada waktu pagi.
“Jadi, cara paling mudah dan senang, melintas jalan walaupun ketika jalan penuh sesak dengan kereta, motosikal, bas atau lori,” katanya


Parah dibelasah samseng

Laporan dan foto NOR HUSAINI NOR MAJID
am@hmetro.com.my

BANTU... anggota paramedik Hospital Kulim merawat mangsa di tempat kejadian sebelum membawanya ke hospital.
BANTU... anggota paramedik Hospital Kulim merawat mangsa di tempat kejadian sebelum membawanya ke hospital.
KULIM: “Ketika mangsa membuka kedai, tiba-tiba sekumpulan samseng datang dan membelasahnya tanpa belas kasihan.
“Mangsa lari menyelamatkan diri menuju ke panggung wayang tetapi samseng terbabit sempat mengejar sebelum membelasah serta melibasnya dengan parang,” kata saksi kejadian seorang lelaki yang juga pekerja kedai di sebuah pasar raya di sini menjadi mangsa tetak sekumpulan samseng, kelmarin.

Saksi yang tidak mahu dikenali berkata, kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu berlaku terlalu pantas, malah ketika itu suasana bising dengan jeritan mangsa dan kumpulan lelaki berkenaan.
“Orang ramai terkejut dengan kejadian itu, malah mencari tempat berlindung untuk menyelamatkan diri kerana kumpulan terbabit sangat ganas.

“Risau dengan keselamatan diri, saya hanya melihat kejadian dari jauh serta menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian serta memohon bantuan ambulans dari Hospital Kulim,” katanya.

Katanya, selepas membelasah mangsa, kumpulan samseng itu sempat mengugut orang ramai supaya tidak campur tangan atau menerima nasib sama seperti mangsa sebelum mereka melarikan diri dengan dua kereta

Kejadian itu menyebabkan mangsa yang berusia 20 tahun cedera parah di kepala serta badan akibat dipukul selain ditikam dengan senjata tajam.

Mangsa dirawat di tempat kejadian oleh petugas paramedik Hospital Kulim sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Chin Su Song mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih menjalankan siasatan.

Menurutnya, siasatan awal serta maklumat orang ramai mendapati sekumpulan lelaki bersenjata menyerang mangsa kira-kira jam 11.30 pagi ketika mangsa membuka kedai majikannya.

“Siasatan awal mendapati mangsa diserang kira-kira tujuh lelaki menaiki dua kereta.

“Mangsa dipercayai dipukul di depan kedai itu sebelum melarikan diri ke arah panggung wayang kira-kira 10 meter dari kedai terbabit,” katanya.

Menurutnya, cubaan menyelamatkan diri gagal apabila kumpulan lelaki terbabit sempat menahan mangsa berdekatan panggung wayang.

Katanya, mangsa sekali lagi dipukul serta ditikam di kepala, badan, tangan serta belakang, menyebabkannya rebah.

“Polis masih menyiasat motif serangan dan sehingga kini kita belum memperoleh maklumat daripada mangsa kerana masih dirawat di hospital.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata,” katanya.

Sehubungan itu Chin turut memohon orang ramai menyalurkan maklumat di Balai Polis Kulim atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan