Khamis, 14 Oktober 2010

Sultan tarik balik gelaran 4 individu



2010/10/14

KOTA BHARU: Empat lagi individu termasuk bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Wan Hashim Wan Daud dan Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali ditarik balik tauliah perlantikan dan darjah kebesaran oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkuat kuasa semalam.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias pada sidang media di pejabatnya di Kota Darul Naim, di sini, semalam.


Mohd Aiseri berkata, semua individu yang ditarik balik tauliah perlantikan serta darjah kebesaran itu tidak lagi boleh menggunakan gelaran, kemudahan atau kelayakan lain berkaitan anugerah terbabit.


Beliau berkata, dua lagi individu yang ditarik balik tauliah perlantikan itu adalah ahli kerabat diraja iaitu Tengku Mohamed Shafiei Tengku Ibrahim dan Tengku Abu Bakar Tengku Mansor yang juga pengawal keselamatan Istana Negeri. Menurutnya, surat berkaitan penarikan balik itu akan dihantar kepada semua yang terbabit kecuali kepada Tengku Abu Bakar Tengku Mansor yang sudah diberitahu melalui surat pada 30 September lalu.


“Penarikan balik semua tauliah ini adalah hak Sultan Muhammad V yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara baginda,” katanya.


Dengan penarikan balik empat tauliah serta darjah kebesaran kepada empat individu itu menjadikan sehingga kini seramai 15 individu dikenakan tindakan ditarik balik tauliah pelantikan dan darjah kebesaran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan