Khamis, 14 Oktober 2010

SEDARLAH ...YANG SALAH MENGAKU SALAH...KECUALI TAK SALAH BELA LAH DIRI...APA2 PUN KEPUTUSAN DAPAT JUGA DIAKHIRAT JIKA DI DUNIA LEPAS

DUNIA

33 pelombong diselamatkan


SEORANG pelombong yang diselamatkan, Jose Ojeda mengibar bendera Chile selepas dia keluar dari kapsul penyelamat di lombong San Jose, Copiapo kelmarin.


SAN JOSE, Chile – Operasi menyelamatkan 33 orang pelombong yang terperangkap lebih 69 hari di dalam lombong emas dan tembaga bawah tanah San Jose, Chile sedalam 621.71 meter dari dalam permukaan Bumi dimulakan lewat malam kelmarin.

Dalam operasi menyelamat itu, seorang pelombong menjadi mangsa pertama diselamatkan dari lombong itu pada pukul 12.11 pagi waktu Chile. Menurut seorang anggota penyelamat, Manuel Gonzalez Roberto Rios, pelombong pertama yang dipilih menaiki kapsul penyelamat dari dalam tanah itu ialah Florencio Avalos Silva, 31, kerana dia dianggap mempunyai psikologi yang kuat.

Dia memakai topeng oksigen dan peralatan biometrik bagi memantau tindak balas tubuhnya semasa berdiri di dalam kapsul penyelamat yang dihantar menerusi sebuah terowong.

Ahli-ahli keluarganya bersorak dan membunyikan hon sebaik sahaja melihat Silva berjaya dibawa keluar dari terowong bawah tanah dengan menggunakan kapsul penyelamat itu.

Avalos terus memeluk isterinya selepas keluar dari kapsul itu sebelum dia berbual dengan Presiden Chile, Sebastian Pinera.

Dia yang nampak tenang kemudian dibawa untuk mendapatkan rawatan dan bantuan psikologi.

Dalam satu situasi lain yang menakjubkan, pelombong kedua yang diselamatkan memberikan cenderahati kepada pasukan penyelamat dan Pinera.

Pelombong kedua itu, Mario Sepulveda, 40, memeluk isterinya sebelum dia mengambil batu-batu daripada begnya dan memberinya kepada mereka yang berada di sekitar lombong itu sebagai cenderamata.

Dia kemudian menggenggam tangan dan sama-sama menyanyikan lagu Viva Chile.

“Sangat menakjubkan apabila mereka mampu menyelamatkan kami. Saya tidak pernah ragu-ragu bahawa kami semua dapat dikeluarkan dari lombong hidup-hidup,” kata Sepulveda dalam satu temu ramah di televisyen.

Pelombong warga Bolivia, Carlos Mamani Solis, 24, yang menjadi mangsa keempat diselamatkan dan berikrar bahawa dia tidak akan menjejakkan kakinya di dalam lombong.

Sementara itu, pelombong termuda, Jimmy Alejandro Sanchez Lagues, 19, mempunyai cara tersendiri meraikan hari bersejarah itu.

Dia mengibarkan bendera pasukan bola sepak kesukaannya, Universidad de Chile sebaik sahaja dia dikeluarkan daripada kapsul penyelamat yang diberi nama Phoenix 2 itu.

Operasi menyelamat turut diberhentikan buat seketika apabila kapsul penyelamat itu perlu dibaiki selepas mengalami sedikit kerosakan akibat geseran.

Pasukan penyelamat diberi masa selama 48 jam untuk menyempurnakan operasi menyelamat.



DUNIA

Obama ada pertalian saudara dengan Bush

NEW YORK - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mempunyai hubungan persaudaran dengan George W. Bush yang merupakan bekas Presiden AS, kata seorang ahli geneaologi di laman web Ancestry.com, Anastasia Tyler semalam.

Obama merupakan anggota Parti Demokrat manakala Bush yang melancarkan perang ke atas Iraq pada 2003 pula merupakan anggota Parti Republikan.

Anastasia mendedahkan, Obama dan Bush adalah sepupu ke-11 kerana mereka berkongsi poyang, Samuel Hinckley pada kurun ke-17.

Selain Bush, Obama turut mempunyai hubungan persaudaraan dengan seorang seteru politiknya iaitu bekas Gabenor Alaska, Sarah Palin.

Palin pernah dipilih menjadi calon Naib Presiden AS pada pilihan raya Presiden 2008 bagi menjadi regu calon Presiden AS daripada parti Republikan, John McCain.

Menurut Anastasia, Obama dan Palin merupakan sepupu ke-10 menerusi moyang yang sama bernama John Smith yang merupakan seorang peneroka awal AS pada kurun ke-17 di negeri Massachusetts.

Smith adalah menantu Hinckley.

Jelasnya, penemuan itu dibuat selepas mengkaji sejarah keturunan tokoh-tokoh berkenaan termasuk persamaan dalam nama keluarga dan lokasi tempat tinggal. - AP


Guru Meradang Maklumat Peribadi Didedahkan

KUALA LUMPUR: Beratus-ratus guru di Selangor meradang apabila maklumat peribadi dan sulit mereka didedahkan kepada umum oleh Jabatan Pelajaran.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mewakili guru berkenaan, bimbang dengan perkembangan itu kerana ia adalah tidak beretika dan jelas sekali melanggar kod profesion perguruan.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng memberitahu Bernama beliau berharap Kementerian Pelajaran akan menghentikan tindakan itu secepat mungkin.

Beliau menjelaskan masalah itu timbul selepas Pejabat Pelajaran Negeri Selangor mengedarkan pekeliling pada 25 Mei, mengarahkan semua sekolah mengutip yuran dari guru untuk Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP).

Surat ingatan kedua dikeluarkan pada 21 Julai, kata Lok.

Beliau berkata, apa yang menjengkelkan guru tersebut apabila salah sebuah daerah di Selangor, Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana telah bertindak keterlaluan apabila mengumpulkan senarai guru yang mempunyai tunggakan.

Senarai itu mengandungi nama, kad pengenalan, gaji, nombor telefon dan tunggakan bagi setiap guru, telah disebar secara meluas di semua sekolah.

"Ini jelas telah melanggar etika profesion perguruan dan kita menuntut Kementerian Pendidikan menjalankan siasatan berhubung tindakan tersebut," tambah beliau lagi.

Yuran PSKPP adalah RM3 setahun bagi guru yang berpendapatan kurang dari RM1,000 sebulan dan RM5 setahun bagi guru yang berpendapatan lebih daripada RM1,000 sebulan, katanya.

Lok berkata, sepanjang pengetahuan kesatuan itu, keanggotaan PSKPP tidak diwajibkan.

"Tetapi tindakan yang dilakukan oleh jabatan pelajaran untuk mengumpulkan yuran itu menunjukkan ia adalah wajib bagi semua guru menjadi ahli," katanya.

Ini menunjukkan sekali lagi bertentangan dengan prinsip keadilan, tambahnya



Konspirasi Dalang Paksa Rahimi Tandatangan Akuan Bersumpah - Wee

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mendakwa wujudnya konspirasi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung akuan bersumpah yang ditandatangani Muhamad Rahimi Osman, 26, bagi memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, niat jahat berkenaan disedarinya apabila mengetahui bahawa ada 'pihak tertentu' yang tidak berpuas hati dengan akuan bersumpah pertama yang ditandatangani bekas Setiausaha Sulit Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Jelas beliau, menerusi akuan bersumpah pertama yang ditandatangani Muhamad Rahimi, tidak langsung mengaitkan mana-mana pihak berhubung kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Saya boleh katakan 100 peratus dalam akuan bersumpah pertama yang dikatakan oleh pihak tertentu telah hilang, kandungannya tidak menuduh sesiapa terlibat dalam laporan polis Mohd Saiful.

"Ia hanya mengenai perasaan takut (Rahimi) mengenai keselamatannya, hanya tentang itu. Sebab itu saya terkejut, mengapa dalam akuan bersumpah kedua ada menyatakan Perdana Menteri terlibat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Wee berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya yang mendedahkan bahawa beliau terlibat semasa Muhamad Rahimi menandatangai akuan bersumpahnya.

Tambah Wee yang juga seorang peguam, beliau hanya terlibat dalam akuan bersumpah pertama sebagai Pesuruhjaya Sumpah.

"Saya amat kecewa apabila Latheefa libatkan saya. Dari awal lagi saya tak mahu campur tangan dalam skandal ini sebab saya tahu bahawa (motif) akuan bersumpah kedua ini merupakan skandal dan konspirasi untuk mencemarkan imej pihak tertentu.

"Ia hanya untuk tujuan politik, Latheefa ini saya anggap seperti seorang budak politik tak matang, dia mungkin dalam keadaan terdesak untuk membebaskan diri sendiri daripada kemungkinan didakwa oleh polis mengenai akuan bersumpah (kedua) yang didakwa Muhamad Rahimi sebagai palsu," katanya.

Menceritakan mengenai situasi pada malam 28 Jun 2008 semasa beliau hadir di Hotel Quality Shah Alam, Muhamad Rahimi dibawa masuk ke salah satu bilik di hotel berkenaan dengan diiringi beberapa orang individu.

Menurut Wee, beliau kemudiannya dibawa bertemu dengan Anwar bagi mengadakan perbincangan di dalam bilik lain selama lebih kurang satu jam.

"Apabila Muhamad Rahimi keluar, beliau diminta menandatangani satu akuan bersumpah dalam bahasa Malaysia. Masa itu lebih kurang pukul 2 atau 3 pagi pada 29 Jun.

"Ketika itu saya nampak Muhamad Rahimi dalam keadaan gementar dan tertekan," katanya.

Minggu lalu Muhamad Rahimi membuat laporan polis mendakwa dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008 berhubung kes liwat Anwar,

Satu lagi akuan bersumpah yang dipaksa ditandatangani adalah melibatkan kes fitnah terhadap Perdana Menteri dan isteri



Ibrahim Ali Anggap Penarikan Darjah Perkara Kecil

KUALA LUMPUR: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali tidak kecewa berhubung keputusan Istana Kelantan menarik balik anugerah gelaran Darjah Jiwa Mahkota Kelantan (DJMK) yang membawa gelaran Datuk Paduka daripadanya, sebaliknya menyifatkan tindakan berkenaan sebagai perkara kecil.

Menurut Ibrahim, sebagai rakyat yang taat kepada raja, beliau akur dengan keputusan berkenaan serta akan terus memberikan kesetiaan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

"Pada saya tak ada hal langsung, saya tak rasa kecewa atau dukacita kerana saya seorang pejuang dan kalau dilihat kepada perjuangan saya pun, saya konsisten mempertahankan institusi Diraja yang terkandung dalam Perlembagaan negara.

"Jadi ketaatsetiaan saya kepada sultan baru ini juga tidak berbelah-bahagi. saya akan tetap taat, saya akur dan akan terus petahankan... soal darjah ini perkara kecil bagi saya," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Ibrahim merupakan antara empat individu yang dilucutkan anugerah kebesaran.

Mengumumkan perkara tersebut di Kota Baru, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias berkata, baginda Sultan Kelantan menarik balik semua darjah kebesaran termasuk gelaran Datuk Paduka daripada Ibrahim dan Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (SPSK) yang dianugerahkan kepada bekas Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud berkuat kuasa hari ini.

Sebelum ini baginda turut melucutkan gelaran `Temenggong' daripada adinda baginda, Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Selain pernah menerima anugerah daripada Kelantan, Ibrahim juga turut dianugerahkan gelaran Datuk Paduka Mahkota Selangor dan Darjah Mulia Seri Mahkota daripada Melaka.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata beliau tidak terkejut dengan keputusan berkenaan dan menyifatkan tindakan itu sebagai trend di Kelantan.

"Saya tidak terkejut, ini trend yang berlaku di Kelantan sekarang," katanya.

Mengakui mengetahui mengenai penarikan gelaran berkenaan melalui media, Ibrahim berkata beliau masih belum menerima surat rasmi berhubung perkara tersebut.

Ditanya sama ada penarikan anugerah itu ada kaitan dengan kelantangannya membela nasib orang Melayu melalui Perkasa, beliau berkata: "Saya tak tahu sebab anugerah itu ditarik balik.

"Tapi kalau (berkaitan) Perkasa, saya patut diberi anugerah yang lebih tinggi sebab dalam Perkasa kami pertahankan Perlembagaan negara dan institusi Diraja.


Sultan Kelantan lucutkan gelaran 'Datuk' Ibrahim Ali
Salhan K Ahmad
Okt 13, 10
11:26am


Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.

Menurut kenyataan media yang difakskan ke Malaysiakini, Setiausaha Kerajaan negeri Kelantan, Datuk Seri Setia Raja Mohd Aiseri Alias berkata lima pingat yang dianugerahkan kepada Wan Hashim ditarik balik.

Turut ditarik balik pingat mereka hari ini adalah kerabat Istana Kelantan iaitu Tengku Mohamed Shafiei Tengku Ibrahim dan Tengku Abu Bakar Tengku Mansor.

Menurut kenyataan itu, "adapun penarikan balik ini adalah hak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara Baginda jua".

Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan, (DJMK) yang membawa gelaran 'Datuk Paduka' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan.

Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.

“Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.

Terus pertahan institusi raja

"Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka,” katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini.

Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bagi.

“Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku,” katanya.

Ibrahim juga menjelaskan beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka.Sementara itu, Ibrahim ketika ditemui wartawan di lobi parlimen, berkata beliau menerima keputusan penarikan darjah kebesarannya itu dengan hati terbuka terhadap.

Katanya, tindakan itu tidak akan mematahkan perjuangan beliau untuk mempertahankan institusi diraja dan juga hak Melayu.

"Saya tidak terkejut dengan perkara ini dan saya tidak mengetahui sebab dilucutkan gelaran itu," katanya


Ibrahim Ali gagal tafakur kerana kaki kebas...
Joseph Sipalan
Okt 13, 10
7:09pm


Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mendakwa beliau lambat berdiri ketika Dewan Rakyat bertafakur menghormati kematian wakil rakyat Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah kerana kakinya kebas akibat penyakit kencing manisnya.

Beliau yang juga adalah presiden PERKASA berkata rawatan perubatan yang diterimanya itu menyebabkannya seringkali mengantuk dan kadang-kadang sengal-sengal di kaki.

"Saya ada kencing manis, jadi kadang-kadang mata saya berair, kaki saya kebas dan kalau tak ada kawan saya mungkin tertidur."

Menurut Ibrahim, beliau terbuka untuk dikritik tetapi ia seharusnya membabitkan isu yang besar dan penting dan bukannya perkara remeh.

"Apa masalahnya? Jika betul, ini satu isu, maka jika saya kentut pun menjadi satu masalah.

"Jika awak nak serang saya pun, cari isu yang betul. Jika Ibrahim Ali amalkan rasuah, salah guna kuasa ataupun meliwat, maka seranglah saya.

"Jika awak dapati saya melakukan kesilapan yang mempunyai implikasi besatr, maka anda boleh serang saya,” katanya dengan nada berang.

Ibrahim sehubungan itu menafikan dakwaan bahawa beliau tidak menghormati mendiang Chong dan berkata pihak pembangkang hanya mencari alasan bagi membidasnya.

"Tak apalah, jika mereka nak cari pasal. Mereka tak ada punching bag, jadi saya rasa seronok juga...lebih ramai yang serang saya, saya bertambah kuat,” katanya sinis.

Dalam perkembangan lain, Ibrahim meramalkan pilihan raya ke-13 yang akan datang adalah yang terakhir PKR akan bertanding.

"Berdasarkan firasat saya yang telah lama berkecimpung dalam politik, pilihan raya ke-13 adalah yang terakhir untuk PKR. Saya tidak jangka ia dapat terus selepas itu,” katanya di lobi parlimen hari ini.

Ibrahim juga memperli PKR bukan sebagai parti yang kredibel dan berkata ia hanya alat yang digunakan oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita menjadi perdana menteri.

"Mereka capai kemuncak pada pilihan raya ke-12, tetapi orang ramai mula menyedari tembelang mereka dan orang Melayu kini mula bersatu. Saya percaya rakyat tidak akan bakar kelambu kerana nyamuk,” katanya



Lagi bekas pembantu Anwar dakwa dipaksa buat SD
Okt 13, 10 7:55pm

Seorang lagi bekas pembantu ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan di balai polis Shah Alam, mendakwa akuan bersumpah yang ditandatanganinya pada 2008 dibuat secara paksaan.

Rasid Rosdi berkata beliau menurunkan tandatangannya kerana risaukan keselamatan diri dan keluarganya.

"Saya hanya dibenarkan pulang selepas saya disuruh oleh Latheefa Koya (sekarang ini ketua penerangan PKR) menurunkan tandatangan ke atas satu akuan bersumpah yang disediakan oleh dia sendiri. Saya tidak pernah mengarang atau membuat akuan bersumpah tersebut.

"Saya juga tidak bersetuju dengan apa kandungan akuan bersumpah itu. Latheefa (kanan) tidak pernah menceritakan kepada saya mengenai akuan bersumpah tersebut dan saya tidak memahaminya seratus-peratus,” katanya dalam laporan polisnya.

Menurut Rasid, dia mengenali Anwar sejak mereka berada di penjara dan kemudiannya diambil oleh bekas timbalan perdana menteri itu sebagai pembantu am di kediaman dan kemudiannya di pejabatnya.

"Pada malam 28 Jun 2008 setelah Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim, saya telah diminta untuk ke Quality Hotel. Di situ saya ditahan selepas beberapa hari dan dikawal 24 jam, ditahan bersama saya adalah Rahimi Osman,” katanya.

Rasid berkata Latheefa juga gagal menceritakan kepadanya apa yang sebenarnya kandungan akuan bersumpah itu dan dia merasakan dirinya itu ditipu.

Bekas banduan

"Latheefa sendiri harus tahu bahawa saya adalah bekas banduan dan tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Saya merasakan Latheefa seharusnya sebagai seorang peguam, tidak harus melakukan perbuatan sebegini kepada saya kerana walaupun saya mempunyai rekod buruk atas kesilapan saya dahulu, saya tetap seorang rakyat Malaysia."

Dakwa Rasid, setelah dikawal rapi selama 24 jam, serta beberapa insiden buruk di Quality Hotel, dia terpaksa akur kepada apa jua permintaan mereka.

"Selama hampir tiga tahun saya menanggung perasaan takut dan rasa tidak tenteram kerana memikirkan akuan bersumpah tersebut. Saya sangat berasa tertekan dengan keadaan ini dan terpaksa menerima kaunseling. Selepas beberapa sesi kaunseling, saya semakin tenteram dan cuba meyakinkan diri saya untuk memperbetulkan kesilapan tersebut.

"Akhirnya apabila melihat rakan saya, Rahimi Osman tampil untuk memperbetulkan kesilapan, maka timbul rasa berani dan yakin dalam diri saya untuk turut sama memperbetulkan perkara tersebut," katanya.

Menurut Rasid, beliau juga hari ini membuat satu akuan bersumpah yang baru bagi menceritakan perkara yang sebenar.

"Namun saya tidak boleh mendedahkannya kerana saya juga risau jika ia boleh mengganggu perbicaraan mana-mana kes di mahkamah,” katanya.

Pada 6 Oktober lalu, Rahimi membuat kejutan dengan cerita yang hampir sama tetapi mendakwa akuan bersumpah 'palsu' yang dibuatnya juga memalit Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Rahimi juga mendakwa ditipu oleh Latheefa dan berkata kandungan akuan bersumpah itu tidak boleh didedahkan kerana akan mengganggu kes liwat perbicaraan Anwar yang sedang berlangsung.Ketika dihubungi, Latheefa berkata beliau sedang menyemak beberapa fakta sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi




'Rahimi gugup, dikawal ketat ketika SD dibuat'
S Pathmawathy
Okt 13, 10
6:07pm


Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong enggan mengesah atau menyangkal dakwaan balas bahawa Rahimi Osman - bekas pembantu ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - tidak dipaksa atau dikurung.

Wee (bawah, kiri) berkata peranannya dalam hal ini hanya terhad sebagai pesuruhjaya sumpah yang menyaksikan Rahimi menandatangani satu akuan bersumpah pada 29 Jun 2008.

"Rahimi hanya menyatakan dalam akuan bersumpah itu bahawa dia bimbangkan keselamatan dirinya. Tidak ada (di dalamnya) yang melibatkan orang lain," kata Wee kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Rahimi menjadi tumpuan Rabu lalu, apabila dia menuduh peguam Latheefa Koya dan yang lain, menahannya di Hotel Quality, Shah Alam dan memaksanya untuk menandatangani akuan bersumpah palsu.

Antara lain, Rahimi mendakwa dia dipaksa untuk melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak - timbalan perdana menteri ketika itu - dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar.

Latheefa dan yang lain telah menafikannya berkali-kali, dan yang terbaru, mendakwa Wee telah menyaksikan akuan sumpah itu ditandatangani secara sukarela.

Hari ini, Wee tidak mendedahkan sama ada Rahimi sememangnya dipaksa, tetapi menegaskan bahawa dia kelihatan "gugup" dan sentiasa dikawal ketat.

"Rahimi memang nampak gugup dan begitu juga Anwar sewaktu akuan bersumpah itu dibuat. Itulah pertama kali saya bertemu Rahimi, "katanya.

Rahimi (kanan) berkata dia tidak terlibat dalam akuan bersumpah kedua kerana dia diberitahu bahawa ia akan melibatkan individu-individu tertentu.






N Patmanabhan, 3 lain dituduh bunuh Sosilawati
Okt 13, 10 9:33am

Peguam, N Patmanabhan dan tiga yang lain dituduh di Mahkamah Majistret di Banting, membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Peguam berusia 41 tahun itu didakwa bersama-sama pekerja ladang T Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30.

Majistret Hurman Hussain menetapkan 16 Disember ini untuk sebutan semula kes tersebut.

Tiga daripada mereka dibawa ke mahkamah itu untuk menghadapi pertuduhan dengan sebuah van manakala Patmanabhan dibawa dengan kereta Waja yang tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 8.30 pagi.

Beberapa minit kemudian pasukan pendakwaan yang mengandungi Timbalan Pendakwaraya Ishak Mohamad Yusof, Idham Abdul Ghani and Saiful Edris Zainuddin tiba di mahkamah.

Tiada pengakuan diambil daripada keempat-empat tertuduh yang kelihatan tenang semasa pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Malaysia untuk Pathmanabhan dan bahasa Tamil untuk tiga yang lain.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun yang sama. Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati.

Sebutan semula 16 Disember ini

Mengikut kertas pertuduhan, mereka dituduh bersama-sama membunuh Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos lalu.

Majistret Hurman Hussain menetapkan 16 Disember ini untuk sebutan semula kes tersebut setelah Timbalan Pendakwaraya Ishak Mohamad Yusof meminta tempoh dua bulan bagi mendapatkan laporan tertentu seperti laporan kimia.

Tiga daripada tertuduh dibawa ke mahkamah dengan sebuah van manakala Patmanabhan dibawa dengan kereta Waja yang tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 8.30 pagi.

Selain Ishak, pendakwaan turut diwakili Idham Abdul Ghani and Saiful Edris Zainuddin manakala Pathmanabhan diwakili peguam Ravi Nekoo, R Pushpa, Datuk Ng See Teong dan Amer Hamzah Arshad.

Tiga tertuduh lain tidak diwakili peguam. Ahli keluarga tertuduh juga tidak kelihatan di kawasan mahkamah.

Kes itu mendapat perhatian umum apabila Sosilawati dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting atas urusan pembelian tanah.

Kereta BMW

Pada 6 September lalu, dua kereta iaitu BMW M5 dipercayai milik Sosilawati, ditemui di parkir kenderaan Pangsapuri Angsana, USJ 1, manakala sebuah lagi kereta BMW milik Ahmad Kamil pula dijumpai berhadapan sebuah rumah teres yang terletak berhampiran sebuah hotel di Banting.

Misteri kehilangan keempat-empat individu terbabit terungkai pada 12 September lalu apabila Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibakar, manakala abunya dicampakkan ke sebatang sungai berhampiran.

Pathamanabhan dan tujuh lagi suspek ditahan polis antara 9 September dan 12 September.

Berikutan laporan kehilangan Sosilawati, suspek siasatan kes pembunuhan ini turut dikaitkan dengan beberapa kes orang hilang, pembunuhan dan jenayah komersial di daerah Kuala Langat, termasuk ahli perniagaan dari Chennai, India, Allal Kanthan Muthuraja yang tiba di negara ini pada 18 Januari lalu




'Mayat Aminulrasyid dalam kedudukan aneh'
Hafiz Yatim
Okt 13, 10
12:54pm


Paramedik menemui mayat Aminulrasyid Amzah dalam kedudukan yang aneh, dengan mukanya tersembam di tempat duduk pemandu, manakala sebahagian lagi badannya terkulai di luar kereta yang dipandunya.

Paramedik Muhammad Sahid Abdul Karim Shah (kanan) berkata beliau nampak pintu di sebelah tempat duduk pemandu terbuka dan tubuh mangsa terkulai di tanah, tetapi kepala mangsa tersembab di tempat duduk pemandu.

Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, Sahid berkata beliau memerika Aminulrasyid dan mendapati mangsa tidak bernyawa lagi.

Menjawab soalan DPP Dusuki Mohd Mokhtar, Sahid berkata beliau dapat memeriksa bahagian belakang Aminulrasyid dan tidak menemukan sebarang kecederaan.

Tetapi ketika cuba untuk memeriksa dahi mangsa, beliau dihentikan oleh polis.

Selepas ini, saksi itu berkata, beliau cuba mendapat maklumat dari anggota polis di situ mengenai apa yang telah berlaku dan sama ada mayat itu telah dialih.

Bagaimanapun, katanya, beliau diminta menunggu sehingga pegawai penyiasat tiba.

Daripada apa yang dilihatnya, Sahid berkata, mangsa adalah seorang remaja dan selepas memeriksa nadinya sebanyak dua kali, beliau mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Katanya, beliau memberitahu perkara itu kepada pihak polis dan meninggalkan tempat kejadian tanpa membawa mangsa.

Sahid, yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang berkata, beliau tiba di tempat kejadian di Jalan Makyong 11/2G, Shah Alam pada kira-kira jam 2:30 pagi 26 April 2010.

Katanya, beliau ke situ selepas dimaklumkan mengenai sebuah kereta yang hilang kawalan dan melanggar sebuah pokok.

Tertuduh diberi 100 peluru

Sebelum itu, seorang sarjan dari ibupejabat polis Shah Alam memberitahu mahkamah bahawa biasanya setiap anggota yang menjalankan tugas rondaan akan diberikan 100 peluru 9mm untuk sub-mesingan Heckler & Koch MP5.

Saksi itu berkata anggota polis diwajibkan membawa empat kelopak yang masing-masing berisi 25 peluru.

Sarjan Jamaluddin Alias, yang bertanggungjawab menyediakan jadual tugas rondaan pada malam Aminulrasyid terbunuh, berkata semua anggota menghadiri taklimat selama setengah jam sebelum keluar bertugas.

Katanya, tertuduh Jenain Subi, bersama rakan rondaannya, Konstabel Mohd Hafidz Mohd Yusoff, turut menghadiri taklimat tersebut.

Menurutnya, Jenain adalah seorang yang bertanggungjawab dan tidak mempunyai rekod disiplin



Geran RM1 b, Rocky kata menteri tak faham mesej
Okt 13, 10 4:54pm

Penulis blog Rocky's Bru hari ini hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya berhubung laporan dalam blognya yang mengaitkan anak lelaki Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

Rocky's Bru atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Attan tiba pada 11.30 pagi dan selesai memberi keterangan kepada seorang pegawai SKMM satu setengah jam kemudian.

Ketika ditemui pemberita, Ahirudin berkata beliau diminta hadir bagi memberi keterangan bagi membolehkan siasatan terhadap laporan dalam blognya itu berjalan dengan lancar.

"Soalan yang ditanya berdasarkan kepada perkara-perkara rutin...sama ada blog itu milik saya dan beberapa perkara lain," katanya.

Semalam, Rais membuat laporan polis berhubung dakwaan blog Rocky's Bru itu kononnya anak lelakinya mempunyai kepentingan dalam kementerian berkenaan dengan memperoleh geran RM1 bilion bagi menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara.

Ahiruddin berkata beliau juga bersedia menyerahkan komputer peribadinya kepada SKMM seperti yang diminta bagi membantu siasatan isu tersebut.

Katanya setakat ini, beliau belum dihubungi oleh pihak polis untuk memberikan keterangan berhubung laporan itu.

Beliau berkata Rais sepatutnya tidak membuat laporan polis sebaliknya menafikan bahawa anaknya terlibat dalam pemberian geran RM1 bilion itu.

"Saya kecewa dengan tindakan menteri. Beliau sepatutnya mengambil masa untuk memahami mesej yang cuba disampaikan," katanya.

- Bernama


Lambert: Aktivis pelajar bantah kelulusan Puspal
Salhan K Ahmad
Okt 13, 10
4:11pm


Sekumpulan kira-kira 20 aktivis pelajar berhimpun di perkarangan bangunan yang menempatkan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) sebagai membantah konsert Adam Lambert esok.

Mereka berkumpul kira-kira jam 2.45 petang, diikuti dengan ucapan oleh presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS), Ahmad Syazwan Mohd Hassan; setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan seorang lagi pemimpin GAMIS, Mohd Izzuddin Hilmi.

Kumpulan tersebut turut membawa kain rentang yang anti-gay dan membantah konsert tersebut.

Selepas 15 minit berucap, mereka dinasihatkan supaya beredar oleh beberapa anggota polis yang berada di situ.

Selepas itu, mereka naik ke pejabat Puspal di tingkat 30 bangunan tersebut untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada pengerusinya, Ramlah Amir.

Dalam memorandum tersebut, mereka menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom menyatakan pendirian mengenai penganjuran konsert Adam Lambert.

Mereka juga melahirkan rasa bimbang terhadap budaya hedonisme yang didakwa semakin disuburkan di negara ini.

Mereka kesal dengan kerajaan yang didakwa bersikap sambil lewa serta dengan kementerian yang terlibat dengan penganjuran konsert tersebut.

"Kami memperoalkan tentang kelulusan konsert ini, sedangkan sudah terdapat kod etika untuk menganjuran artis luar negara.

"Yang jelas artis (Adam Lambert) tidak layak untuk mengadakan persembahan (di negara ini)," kata memorandum dari GAMIS itu.

Menurut, Adam lambert adalah artis remaja Amerika yang menjadi ikon budaya gay pada masakini.

"Ini dibuktikan dengan adegan mencium lelaki di atas pentas. Dia sendiri cium lelaki, adegan lucah ini semestinya ditolak oleh warga Malaysia kerana sudah tentu meyalahi etika dan budaya timur kita," tambah memorandum itu lagi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan