Jumaat, 1 Oktober 2010

POLITIK TAKA MAU KALAH...MASING2 KATA BETUL DAN BENAR...YANG SYOK DE LIHAT MACAM GULUNGAN BERSIH LAGI SUCI...MANUSIA BOLEH TIPU..ALLAH BAGAIMANA...

esal sikap Guan Eng

PENAGA - Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim, kesal dengan sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang didakwa tidak pernah jujur dengan rakyat Pulau Pinang, tetapi sebaliknya sering menyembunyikan fakta sebenar.

Menurutnya, sejak menjadi pemimpin nombor satu negeri ini hampir tiga tahun lalu, Guan Eng didapati kerap melakukan sesuatu perkara secara senyap seolah-olah takut tembelangnya pecah dan dihidu rakyat.

“Mula-mula bila ada orang kata Kerajaan Negeri guna wang judi untuk wang ihsan RM100 atau program membasmi miskin tegar, Guan Eng lantas menafikan.

“Tetapi apabila ditunjukkan bukti dan tidak boleh lagi nak berdalih, baru dia mengaku guna duit judi daripada kelab lumba kuda, tetapi hanya untuk bukan Islam,” katanya pada majlis penyerahan balik wang ihsan RM100 daripada warga emas sekitar Penaga di Pusat Khidmatnya di sini petang semalam.

Seramai 40 orang warga emas, termasuk beberapa penerima program membasmi miskin tegar, hadir dan memulangkan wang itu.

Bagaimanapun, Guan Eng masih menafikan dakwaan bahawa wang ihsan dan sumbangan kepada golongan miskin tegar untuk umat Islam di negeri itu juga diambil daripada dana yang diperolehi melalui kegiatan lumba kuda.

“Kerajaan negeri mengasingkan dana yang diterima daripada kelab lumba kuda, terdapat juga masyarakat bukan Islam yang miskin tetapi untuk umat Islam, ia tiada kaitan dengan sumber judi,” katanya dalam laman sosial twitter, hari ini



Laporan polis ceramah ‘DAP anti Islam’
Khairul Azlam Mohamad

KUALA TERENGGANU, 30 Sept: DAP Kuala Terengganu membuat laporan polis terhadap Umno Besut yang menganjurkan ceramah isu semasa bertajuk 'DAP Anti Islam' yang disifatkan berbaur perkauman.

Ceramah tersebut akan diadakan pada 1 Oktober ini yang disampaikan oleh Datuk Seri Idris Jusoh, Abdullah Saamah dan Datuk Mohd Alwi Che Ahmad.

Laporan dibuat oleh Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing yang ditemani oleh timbalannya, Tan Poh Kok, setiausaha dan Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Sungai Tong Setiu, Nasser Zainal dan Encik Othman Salleh.

Laporan dibuat pada jam 10.15 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.



Penyelewengan Felda bukti Umno khianat Melayu
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 30 Sept: Kemenangan peneroka Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda membuktikan bahawa badan berkanun yang dikuasai Umno itu adalah benar-benar pengkhianat Melayu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembelaan Peneroka (Tindak), Salahuddin Ayub berkata ianya juga menjelaskan lagi bahawa sememangnya berlaku penyelewengan dan penipuan biarpun dinafikan berkali-kali pihak Felda.

"Kemenangan peneroka Felda baru-baru ini memang menampakkan penyelewengan, penipuan serta salah guna kuasa (oleh) Felda ke atas peneroka."

"Kalau benar Umno mengatakan bahawa mereka adalah pejuang Melayu, 99.9 peratus peneroka yang terbabit adalah peneroka-peneroka Melayu," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Beliau mengulas kemenangan kes 10 peneroka dari Felda Sungai Koyan 2 dan 3 semalam.

Mahkamah Tinggi Kuantan semalam memutuskan Felda perlu membayar RM23,800 kepada 10 peneroka tersebut yang dinafikan hak mendapat bayaran tanam semula.

Dalam kes sebelum itu juga, Mahkamah Persekutuan turut mengarahkan Felda menyerahkan RM11 juta kepada 354 peneroka di Felda Kemahang 3, Kelantan ekoran Felda memanipulasi penggredan kelapa sawit.

Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS Pusat berkata, tindakan Felda menipu peneroka tidak ubah seperti bau busuk yang sedang melanda Felda.

Beliau juga yakin dan percaya, Felda sedang berdepan laluan sukar apabila satu demi satu penyelewengan terhadap peneroka mula terdedah.

Turut serta pada sidang media sama Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dan Peguam Mohamed Hanipa Maidin.

Di penghujung sidang media itu, beliau juga merayu kepada Felda agar tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan semalam, sebaliknya membayar terus kepada peneroka



Perkauman: Orang kaya Umno peralat rakyat miskin

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 30 Sept: Orang-orang kaya Umno yang mengapi-apikan perkauman dengan memperalatkan rakyat miskin, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mengulas pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kerajaan meningkatkan pertumbuhan dan kekayaan negara untuk mengurangkan perkauman, beliau menyifatkan pandangan tersebut sebagai pandangan yang dangkal.

"Barangkali kerana pandangan sedemikianlah Umno, Utusan Malaysia, Perkasa malah Dr Mahathir sendiri memperalatkan cakap-cakap bahawa ekonomi orang-orang Melayu masih ketinggalan untuk mengapi-apikan perkauman.

"Mereka menghalalkan pemikiran dan tindakan mengapi-apikan perkauman dengan alasan orang-orang Melayu ketinggalan dari segi ekonomi tetapi pada masa yang sama mereka mahu memaksa rakyat mengekalkan kuasa Umno yang terbukti tidak berminat membantu orang-orang Melayu," kata Mahfuz.

Sebelum ini, beliau menyifatkan Umno terbukti tidak berminat membantu orang-orang Melayu apabila Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi menyatakan bahawa data dan statistik terkini membuktikan bahawa kedudukan orang Melayu di dalam ekonomi dan pelbagai sektor masih ketinggalan.

Mahfuz juga menyifatkan kenyataan Dr Mahathir itu tidak ubah seperti desakan supaya gaji polis dinaikkan untuk membasmi rasuah di kalangan mereka.

"Saya sokong kenaikan gaji polis. Tetapi menaikkan gaji polis bukanlah cara untuk membasmi rasuah di kalangan mereka.

"Malah, yang didedahkan paling rakus dengan rasuah ialah pegawai-pegawai tinggi yang lebih besar pendapatannya, bukan anggota bawahan," kata beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu bagaimanapun berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana secara tidak langsung mengakui bahawa ekonomi negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada dalam keadaan yang sangat lemah.

"Sebab itulah perkauman menjadi-jadi di zaman Najib terutama yang dicetuskan oleh Umno sendiri," katanya.

Tetapi, katanya, itu tidak bermakna beliau mahu negara ini kembali kepada ekonomi cara Dr Mahathir.

"Ekonomi cara Dr Mahathir yang tidak pro-rakyat mengakibatkan negara rugi sehingga sebesar RM100 bilion seperti yang didedahkan dalam buku 'Malaysian Maverick' oleh Barry Wain," kata Mahfuz

Umno didesak buktikan penerima kembalikan wang
Ali Hashim

GEORGETOWN, 30 Sept: Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendesak Umno negeri supaya membuktikan dakwaan mereka bahawa seramai 40 orang warga emas yang menerima wang dalam program sumbangan warga emas sebanyak RM100 seorang sebelum ini telah memulangkan wang tersebut.

Mereka dikatakan memulangkan wang tersebut dalam satu majlis yang diadakan oleh Adun Penaga, Datuk Azhar Ibrahim di Pusat Khidmat Dun itu kerana tidak berpuas hati setelah didakwa wang tersebut adalah hasil dari sumber judi Kelab Lumba Kuda.

Exco Kerajaan Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim dalam sidang media pagi tadi menafikan dakwaan Azhar itu.

Beliau menyifatkan Azhar dan Umno Pulau Pinang cuba menjadi hipokrit dengan memperalatkan warga emas bagi mendapat simpati yang telah hilang terhadap mereka selama ini.

"Telah kita nyatakan bahawa hasil dari penjimatan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri, maka wang sebanyak RM88 juta pada tahun 2008 dan RM77 juta pada 2009 telah dapat dijimatkan. Ini adalah lebihan hasil dari amalan ketelusan yang kita lakukan.

"Kita juga mengalami kerugian apabila terpaksa membayar sebanyak RM15 juta dalam isu skandal tanah yang melibatkan Tang Hak Jo semasa pemerintahan Umno dan Barisan Nasional sebelum ini,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri sebelum ini telah menafikan bahawa tiada unsur sumber judi yang melibatkan pemberian sumbangan wang kepada warga emas dan program penghargaan waris warga emas.

“Kita mempunyai dana yang cukup dan lebih dari apa yang mereka dakwa," tegasnya lagi.

Abdul Malik juga mencabar Azhar yang juga merupakan Setiausaha Umno Pulau Pinang supaya membuktikan senarai mereka yang menyerahkan kembali wang sebanyak RM100 sepertimana yang didakwa dalam majlis yang diadakan di Penaga semalam itu adalah mereka yang berdaftar dengan kerajaan negeri.

"Jika mereka itu adalah yang mendaftar dengan kerajaan negeri maka kita akan ambil langkah yang wajar dalam senarai nama tersebut,” ujarnya.

Beliau menambah, sekiranya nama mereka tidak terdapat dalam senarai yang berdaftar, maka ia membuktikan Umno telah merencanakan sesuatu untuk mencalarkan imej kerajaan negeri.

"Umno sepatutnya jangan memperalatkan warga emas dengan memperdayakan mereka sepertimana yang dilakukan semalam, semata-mata bagi mendapat sokongan," tambahnya lagi


Mais: Pemuda PAS mohon Sultan bertindak
Harakahdaily

SHAH ALAM, 30 Sept: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor memohon perkenaan Sultan Sharafuddin Idris Shah agar mengambil tindakan setimpal ke atas Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa kerana telah terlibat dalam program yang mempunyai unsur politik kepartian pada 10 Julai lalu.

Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, program tersebut dinamakan Majlis Perasmian dan Pelancaran Program Gotong Royong Perpaduan Bersepadu Felda Soeharto Hulu Selangor yang diadakan di masjid tersebut yang dihadiri Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan a/l P Panchanathan.

Katanya, tindakan Mohamad Adzib itu bercanggah dengan arahan yang dipaparkan di masjid-masjid di Negeri Selangor di mana arahan tersebut ditandatanganinya sendiri.

Di samping itu, tindakan itu menjejaskan imej Mais dalam mana pengerusinya sendiri mengkhianati arahan tidak mempolitikkan masjid yang telah dikeluarkan.

Selain itu, katanya ia menjejaskan kredibiliti Mais dan institusi kesultanan yang merupakan mercu kuasa dalam hal yang berkaitan dengan agama Islam, menampakkan layanan berpilih-pilih di pihak Mais dan Jais.

“Bila melibatkan anggota Pakatan Rakyat, tindakan tegas diambil serta merta, bila melibatkan Umno BN tiada tindakan diambil, seolah-olah wujud ‘double standard’ dan ‘cover-up’,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, dikhuatiri tindakan Mohamad Adzib itu melunturkan keyakinan masyarakat Islam khasnya terhadap institusi yang memayungi agama Islam seperti Mais.

Ini, ujarnya, menyebabkan ahli dan penyokong PAS, anggota-anggota Pakatan Rakyat serta rakyat yang ingin melihat Mais dilonjakkan sebagai institusi yang bermartabat kecewa dan tersinggung dengan tindakan pengerusi Mais itu.

Ekoran itu, timbalannya, Ahmad Zaidy bersama kepimpinan dewan itu menyerahkan memorandum berkenaan kepada Sultan Selangor di Istana Mestika, di sini, hari ini.


Warga emas pulang wang 'haram' hanya sandiwara
Susan Loone
Sep 30, 10
6:38pm


Tindakan sekumpulan warga emas yang memulangkan semula wang bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan Pulau Pinang hanyalah satu sandiwara, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim.

Beliau berkata, ada kemungkinan warga emas yang memulangkan wang ehsan itu tidak mendaftar lagi dalam sistem yang disediakan oleh kerajaan negeri dan mereka mungkin dipengaruhi oleh sesetengah pihak.

"Mungkin ada pihak yang telah mendesak mereka," katanya bagi mengulas tindakan 40 warga emas memulangkan semula wang bantuan daripada kerajaan negeri itu kerana wang itu dikatakan daripada sumber judi lumba kuda.

Isu status wang itu didedahkan oleh sebuah blog yang mendakwa ia dari sumber judi, dan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan penerima beragama Islam.

Isu hangat

Abdul Malik berkata, wang itu bukan daripada hasil judi sebaliknya hasil yang diperoleh kerajaan negeri daripada amalan perbelanjaan berhemah sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri.

Pemberian wang ehsan kepada warga emas itu menjadi hangat apabila akhbar arus perdana yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda negeri itu untuk disalurkan ke program membasmi kemiskinannya.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng bagaimanapun menafikan laporan berkenaan dan berkata wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda itu diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.

Lim berkata Umno cuba meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri pimpinannya.

“Selepas gagal membuktikan program penghargaan warga emas terbabit dengan hasil judi haram, Umno pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program rakan anti-kemiskinan (RAK) membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram. Bukti Umno adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang,” kata Lim.

Menurut beliau, wang derma RM2 juta itu telah disahkan oleh pegawai kewangan negeri, Datuk Farizan Darus bahawa ia telah diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.

Tidak haram

Mengulas perkara yang sama, bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula dua hari lalu berkata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” katanya.

Menurut Dr Asri, kesalahan ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji dari kerajaan atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi berniaga makanan.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan