Ahad, 10 Oktober 2010

CAKAP2 ORANG POLITIK....YANG BENAR TETAP BENAR...YANG SALAH PUN BEGITU....BERPOLITIKLAH CARA SIHAT DAN JUJUR....INGAT KITA AKAN DIHISAB(ISLAM)

'Siapa pula bawa Rahimi masuk pejabat PKR?'
Okt 10, 10 11:40am
Terdapat persoalan 'misteri' yang tidak pernah dibincangkan oleh anggota PKR tentang Rahimi Osman, iaitu siapakah yang membawanya masuk ke ibu pejabat PKR?

"Kita sudah tahu, Rahimilah dalang membawa (Mohd) Saiful Bukhari (Azlan) menjadi salah seorang pegawai khas Anwar.

"Tetapi, persoalan yang lebih penting yang tidak pernah kita semua perbincangkan, siapakah yang membawa Rahimi masuk ke ibu pejabat PKR dan menjadi pegawai khas Anwar?" soal naib presidennya Mustaffa Kamil Ayub.

Minggu lepas, Rahimi - bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim - mendakwa beliau dipaksa dua peguam PKR Latheefa koya dan Saiful Izham Ramli untuk menandatangani akuan bersumpah bagi mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya dalam kes dakwaan liwat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Latheefa dan Saiful - kedua-duanya juga pemimpin PKR - bagaimanapun menafikannya. Mereka sebaliknya mendakwa akuan bersumpah itu dibuat secara sukarela.

Dalam satu kenyataan semalam, Musaffa berkata, alangkah liciknya mainan "pembesar-pembesar Umno sehingga anggota parti pun tidak dapat menghidu rancangan busuk dan tidak bermaruah ini".

"Saya sangat yakin orang-orang Najib mahu rakyat melihat parti ini sudah didalangi dalang-dalang politik busuk yang bermasalah," dakwa Mustaffa yang juga pengerusi PKR Perak.

Beliau juga mendawa Rahimi tampil mengatakan dipaksa menamakan Najib dan Rosmah dalam akuan bersumpahnya semata-mata untuk melindungi kepentingan kedua-dua mereka.

"Rakyat dan anggota parti mahu diperbodohkan lagi dengan memadamkan nama kedua-dua peribadi misteri ini," kata Mustaffa sambil mempertikaikan kenapa Rahimi "beriya-iya" mahu memadamkan nama itu sekarang.

"Tidakkah kita hairan, mengapa Najib-Rosmah begitu berdiam diri dan sangat defensif walhal Rahimi bermati-matian cuba memadamkan nama kedua-dua peribadi itu dalam akuan bersumpahnya," katanya


Ahli PAS demo bantah naik tarif air Kedah
Okt 10, 10 1:33pm
Kira-kira 30 anggota PAS hari ini mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Kedah bagi membantah kenaikan tarif air di negeri ini yang bermula 1 Oktober lepas.

Mereka turut menghantar satu memorandum bantahan kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, lapor agensi berita nasional Bernama.

Dalam memorandum berkenaan, kumpulan itu mendesak supaya kerajaan negeri menarik balik keputusan menaikkan tarif air yang memberi kesan terhadap golongan miskin, mendesak Menteri Besar supaya mendedahkan perjanjian antara Syarikat Air Darul Aman (Sada) dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang dikatakan merugikan rakyat dan mendesak Menteri Besar meletakkan jawatan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Kedah.

Wakil Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Isu Air, Abdullah Hashim dipetik sebagai berkata demonstrasi dan memorandum itu dibuat bagi membantah kenaikan tarif air yang dibuat kerajaan negeri dan Sada kerana ia tidak wajar memandangkan ia amat membebankan rakyat di negeri ini.

"Saya amat kesal dengan beliau (Azizan) yang sengaja membebankan rakyat dengan kenaikan tarif air bermula 1 Okt lalu," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Menteri Besar, Zulkapli Osman di Pejabat Menteri Besar Kedah, di Wisma Darul Aman di Alor Star hari ini.

Turut serta dalam demontrasi itu adalah bekas Setiausaha PAS Cawangan Sungai Limau Mohd Najid Fahami Yahaya, bekas Setiausaha Kerja PAS Kedah Md Noor Abd Rahman dan bekas wartawan Harakah Kedah Zainun Ismail.

"Beban yang sama turut ditanggung oleh 12 Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh Kedah yang tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh serta tidak mendapat peruntukan oleh kerajaan negeri bagi membayar bil air yang dikatakan terlalu tinggi itu," kata Abdullah seperti dilaporkan Bernama.

Beliau berkata ini membuktikan kerajaan negeri hanya membuat janji-janji kosong kepada rakyat bagi meraih simpati daripada rakyat Kedah supaya menyokong PAS agar membolehkan mereka memerintah kerajaan negeri seperti sekarang.

Katanya dalam manifesto pilihan raya umum ke-12 lalu, PAS berjanji akan menjaga kebajikan rakyat dengan menurunkan caj air dan meningkatkan kualiti bekalan air di negeri ini namun ia tidak ditunaikan oleh Azizan.

Abdullah yang juga bekas Ketua Pemuda Pas Kedah berkata sejak kerajaan negeri diambil alih oleh PAS, kualiti air di negeri ini pada tahap yang tidak memuaskan dan saban hari mereka terpaksa menggunakan air yang berkeladak dan berwarna kuning.

"Ini membuktikan kerajaan negeri pada hari ini tidak peka dan perihatin dengan nasib yang menimpa rakyat. Ia tidak seperti sewaktu pemerintahan kerajaan BN yang sentiasa mengambil berat mengenai nasib rakyat dari semasa ke semasa," katanya.

Sehubungan itu jika Azizan tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, mereka mahu Azizan meletakkan jawatan segera dan digantikan pemimpin lain yang mampu melakukan tugas dengan baik dan mahu membela nasib rakyat dan bukan cakap-cakap kosong


Najib: Cina bukan pendatang
Okt 10, 10 6:21pm
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata rakyat Malaysia keturunan Cina bukan pendatang sebaliknya merupakan warga setia negara ini.

Kata-kata hinaan dan sentimen negatif seperti itu perlu dikikis, kata Perdana Menteri ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan MCA ke-57 di Wisma MCA di Kuala Lumpur.

"Saya setuju dengan anda bahawa kaum Cina Malaysia tidak boleh digambarkan sebagai kaum pendatang.

"Itu mungkin bagi beberapa generasi sebelum ini tetapi hari ini, anda adalah warga Malaysia yang setia," katanya yang mendapat tepukan gemuruh daripada perwakilan.

Beliau berkata dengan melihat ke depan, semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan perlu bekerjasama bagi menyumbang ke arah membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara progresif.

Beliau berkata semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh orang-orang tua dahulu perlu diteruskan agar Malaysia akan terus bertambah kukuh dan dapat bersaing di arena global.

"Impian saya agar Malaysia menjadi negara maju abad 21 yang benar-benar berkelas tinggi. Bukan negara sederhana kelas kedua tetapi menjadi antara negara maju yang terbaik di dunia," katanya.

Najib berkata kerajaan serius dengan inisiatif transformasi seperti Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.

"Itu sebab saya nak sangat kemenangan pada pilihan raya umum ke-13. Kita tidak boleh mentransformasi (negara ini) kecuali kita mendapat mandat baru (daripada rakyat) dalam pilihan raya umum ke-13.

"Ini merupakan sebahagian daripada usaha mentransformasikan Malaysia," kata Najib.

--Bernama


Kemalangan maut di Alor Gajah, 10 terbunuh
Harakahdaily

MELAKA, 10 Okt: Lebih 10 dipercayai mati dalam kemalangan maut apabila sebuah bas ekspres dari Melaka menuju Kuala Lumpur terbabas lalu melayang ke jalan bertentangan di Simpang Empat Alor Gajah kira-kija jam 7 sekejap tadi.

Bas yang dipercayai sarat dengan penumbang itu bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempap kereta yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban menyebabkan bas itu terbalik dengan tayar ke atas.

Menurut Roslan Abdul Hamid, Pengarang Berita Harakah yang hanya lewat beberapa saat sahaja untuk terlibat dalam kemalangan itu, mayat-mayat bergelipangan di atas jalan raya itu.

"Ia berlaku kira-kira jam 6.50 petang apabila bas ekspress Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke jalan sebelah menghempap kereta dari laluan bertentangan itu," cerita Roslan kepada Harakahdaily dari tempat kejadian.

Turut terlibat dalam kemalangan maut itu adalah sebuah bas sekolah dan beberapa buah kereta.

"Salah sebuah dari kereta itu terbakar manakala sebuah lagi terperosok di bawah bas ekspres itu," beritahu Roslan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke rumahnya di Melaka.

Akibat dari kemalangan ini, Lebuhraya Utara Selatan itu jam teruk dari Seremban ke Melaka.

"Orang ramai sedang berusaha mengeluarkan mayat di samping membantu yang cedera," beritahu Roslan.

Keadaan mayat pula, katanya, amat menyedihkan.

"Ada yang putus tangan, ada yang pecah kepala dan hancur badannya,"beritahu Roslan lagi yang masih terperangkap di tempat kejadian bersama keluarganya



Jangan dekati Umno kerana ia parti pengkhianat - Mahfuz
Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Rakyat hendaklah menjauhi Umno kerana parti itu sering dibuktikan menggadai kepentingan bangsa sendiri semata-mata mahu menjaga kepentingan diri dan cita-cita politiknya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Bukan sahaja bangsa sendiri yang digadaikan, agama Islam pun sanggup digadaikan oleh Umno apabila ia mencantas bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat (SAR).

"Bukan setakat mencantas bantuan sahaja, para pemimpin Umno termasuk (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) malah melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah tidak berasas kepada SAR apabila mereka memberi gambaran seolah-olah SAR menjadi tempat melahirkan pengganas," katanya ketika menyambut gesaan Sultan Selangor supaya rakyat menjauhi pihak yang menggadai bangsa sendiri.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, antara pengkhianatan terbesar Umno terhadap orang-orang Melayu sepanjang lebih 50 tahun memerintah negara ini ialah apabila tanah-tanah rizab Melayu semakin pupus.

"Akibat perbuatan Umno menggadai bangsa sendiri, kini hanya tinggal sekitar 1.7 juta hektar sahaja tanah rizab Melayu, sedangkan waktu negara menyambut kemerdekaan dulu, terdapat kira-kira tiga juta hektar tanah-tanah tersebut," katanya.

Umno, katanya, seolah-olah mahu mengulangi tragedi yang berlaku ke atas rakyat Palestin apabila tanah mereka tergadai kepada Yahudi Zionis.

"Bukan sahaja tanah, peluang pendidikan yang selama ini menjadi wadah utama mengubah taraf hidup orang-orang Melayu juga dimangsakan dalam kerakusan Umno menggadai bangsa sendiri.

"Peruntukan untuk institusi-institusi pendidikan Melayu itu dikurangkan dengan begitu ketara dalam belanjawan 2010. Bagi IKM, peruntukan untuk 2010 RM143 juta berbanding RM403 juta bagi tahun 2009. Giat MARA hanya mendapat RM16 juta bagi tahun 2010 berbanding RM28 juta bagi 2009.

"Bagi MRSM dan Koleh Sains MARA, peruntukan hanya tinggal RM115 juta untuk tahun 2010 berbanding RM254 juta pada tahun 2009," kata beliau dengan penuh kesal.

Malah, katanya, peruntukan kepada MARA sendiri dikecilkan dengan begitu banyak.

"Peruntukan kepada MARA dipotong-potong sehingga berjumlah RM 374,537 juta sahaja bagi tahun 2010 berbanding RM883,785 juta untuk 2009," katanya.

Dari segi politik pula, kata Mahfuz, Umno juga menghalang pertambahan kerusi Melayu di Dewan Rakyat.

"Dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003, kita tidak lihat pertambahan kerusi di negeri-negeri majoriti Melayu.

"Tidak ada pertambahan kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah walaupun masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 peratus, 21.76 peratus dan 17.4 peratus," katanya.

Menurut Mahfuz, jika disenaraikan semuanya, terlalu panjang senarai perbuatan Umno menggadaikan kepentingan bangsa Melayu.


Umno tipu warga emas: Wang 'haram' dikutip Umno
Warta Rakyat

KUALA TERENGGANU, 10 Okt: Sehingga kini tidak ada satu sen pun wang yang dikatakan diserahkan oleh warga emas di negeri itu kepada Umno diserahkan kepada kerajaan negeri, kata Adun Permatang Pasir, Pulau Pinang Ustaz Salleh Man (gambar).

Langkah ini, bagi beliau menunjukkan Umno cuba menipu warga emas di negeri itu dengan membuat provokasi kepada mereka kononnya wang itu haram lalu di serahkan kepada Umno.

"Seperti yang diakui oleh Ketua Menteri, sehingga hari ini satu sen pun wang tersebut belum diserahkan oleh Umno kepada kerajaan negeri. Kalau wang itu haram, serahlah kepada kerajaan negeri," kata beliau dalam ceramahnya dekat Kuala Nerus malam semalam.

Salleh mendakwa, UMNO tidak sudah-sudah memainkan sentimen perkauman dan agama di Pulau Pinang agar orang Melayu bangkit menentang Kerajaan Pakatan Rakyat.

Padahal selama ini, apa yang dilakukan oleh Umno Pulau Pinang ketika bersama-sama Barisan Nasional yang dipimpin Gerakan memerintah negeri itu, soal Salleh.

"Adakah kerana menerima laba dan kemewahan mereka lupa nasib orang Melayu dan Islam, tapi bila Pakatan Rakyat memerintah mereka baru tersedar selama ini orang Melayu telah dipinggirkan," tanyanya.


Akhirnya, kata beliau, kerajaan Pakatan Rakyat dipersalahkan akibat kesilapan UMNO
selama ini.

Menurut Salleh yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, di bawah kepimpinan PR nasib orang Melayu mula terbela di negeri itu.

"Peruntukan sekolah agama rakyat telah disalurkan oleh kerajaan negeri, wang ehsan untuk wargamas diberikan, tabung khairat kematian dan pelbagai kemudahan lagi diberikan kerajaan Pakatan kepada rakyat," katanya.

Kejayaan Kerajaan PR ini sebenarnya melahirkan rasa cemburu dan khianat Umno, katanya.

"Mereka telah dan akan melakukan pelbagai helah dan kerja jahat untuk memburukan imej Ketua Menteri dan kerajaan PR," cerita Salleh dalam ceramahnya itu



Bekerja di luar bukan kerana gagal sedia pekerjaan
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 Okt: PAS meminta Umno supaya jangan menjadikan bilangan rakyat negeri Kelantan yang ramai di luar dari negeri itu sebagai kegagalan kerajaan negeri menyediakan peluang pekerjaan kerana ia hanya akan menyusahkan Umno kemudian hari.

Ketua Penerangan PAS, Ustas Idris Ahmad berkata, jika itu hujjah Umno, sebenarnya rakyat di negeri Umno lebih ramai mendapatkan pekerjaan di luar negeri itu berbanding rakyat Kelantan.

Bagi beliau, bekerja di luar dari negeri sendiri bukan bukti kukuh kegagalan kerajaan negeri menyediakan pekerjaan.

"Contohnya setiap hari berpuluh ribu rakyat Johor yang di bawah Umno terpaksa berulang alik ke Singapura bekerja di sana. Bukankah ini juga penghijrahan. Kenapa pihak Umno tidak menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Johor yang memang confirm negeri Umno. Kenapa hendak sibuk dengan rakyat Kelantan," kata beliau dalam satu kenyataannya.

PAS, katanya, ingin mengingatkan kepada Tan Sri Muhyidin Yasin bahwa seramai 700 rakyat rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara bukan sahaja rakyat daripada Kelantan.

Muhyidin yang berucap di Sydney Australia menggesa penuntut Malaysia yang telah pun menamatkan pengajian di luar negara supaya pulang berkhidmat dalam negara sendiri.

PAS, kata Idris, ingin mengingatkan, pemimpin Umno yang selalu menjadi modal kempen dalam setiap kali pilihanraya kecil Kelantan, menuduh kerajaan Kelantan gagal memberi peluang pekerjaan sehingga ramai rakyatnya berhijrah ke luar Kelantan.

Modal inilah juga yang akan didendangkan dalam pilihanraya kecil Galas pada 4hb Nov 2010 nanti, tambah beliau.

Bagi Idris, rayuan yang dibuat oleh Timbalan Presiden umno menunjukkan bahwa bukan rakyat Kelantan sahaja yang berhijrah daripada Kelantan, malahan rakyat Malaysia daripada negeri yang Umno perintah termasuk negeri Johor



DAP Tarik Sokongan Masyarakat Cina Kepada PAS – Soi Lek

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, satu-satunya perubahan yang berjaya dilakukan oleh DAP pada Pilihan Raya Umum 2008 ialah memperkasakan lagi kedudukan PAS dan menarik sokongan kaum Cina kepada parti itu.

Katanya, PAS akan berada di hadapan seandainya Pakatan Rakyat berkuasa.

“PAS tidak akan melupakan pendirian autokratiknya dan janganlah terkejut jika PAS mendapat peluang untuk berkuasa, ia akan kembali kepada pendirian asalnya itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Agung MCA ke-57 di Dewan San Choon, Wisma MCA, Ahad.

Sebanyak 1764 perwakilan atau 74 peratus daripada jumlah keseluruhan 2369 perwakilan hadir.

Soi Lek berkata, MCA akan terus komited membela nasib masyarakat Cina, sensitif kepada keperluan mereka dan parti ini masih berperanan penting dalam kerajaan serta terus menjadi suara rasmi mereka.

Katanya, pihaknya sedar Barisan Nasional (BN) berhadapan dengan pelbagai cabaran berat yang akan terus-menerus meletakkan perkongsian kuasa antara MCA dan BN di bawah tekanan.

“Kita telah melalui saat-saat manis dan masam, suka dan duka bersama sejak 12 pilihan raya yang lalu. Akan terdapat saat dan ketikanya, MCA perlu mengambil pendirian yang berbeza dengan Umno dan BN.

“Komitmen MCA terhadap konsep perkongsian kuasa ini yang telah dipegang sejak kita sama-sama memperjuangkan kemerdekaan negara tetap tidak berganjak,” katanya.

Bagaimanapun, Soi Lek menegaskan, ini tidak bermakna MCA akan menjadi pengikut yang membuta tuli tetapi terus menyuarakan apa yang dirasakan perlu untuk memperjuangkan kepentingan rakyat negara secara keseluruhannya



Pemimpin MCA Perlu Bersikap ‘Menyerang’

KUALA LUMPUR: Para pemimpin MCA mulai sekarang perlu bersikap ‘menyerang’ dan tidak boleh lagi berdiam diri ‘mempertahankan’ pendirian mereka.

Demikian amanat Presiden parti, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dalam ucapan beliau kepada para perwakilan MCA yang menghadiri Perhimpunan Agung MCA ke-57 di Dewan San Choon, Wisma MCA, Ahad.

Menurut Soi Lek, ahli-ahli parti tersebut tidak boleh lagi bergantung kepada cara lama untuk berkomunikasi dengan rakyat tetapi memerlukan media sosial baru untuk mencapai matlamat tersebut.

Katanya, media sosial adalah satu bentuk komunikasi canggih yang melibatkan aplikasi moden seperti facebook, friendster, twitter dan blog.

“Generasi baru menghabiskan sekian banyak masa di hadapan Internet dan mengaplikasikan media sosial sebagai alat komunikasi mereka.

“Kita tidak mempunyai pilihan melainkan berinteraksi dengan mereka sebaik mungkin,” katanya.

Selain itu, Soi Lek menyeru para pemimpin MCA supaya mengambil bahagian dalam sesi-sesi perdebatan intelek berkaitan amalan-amalan yang tidak adil, penyalahgunaan kuasa dan isu-isu utama yang menjejaskan kehidupan rakyat sebagaimana dibicarakan dalam blog.

Tambahnya, mereka mestilah sentiasa respon kepada isu-isu semasa dengan pantas dan tidak hanya memberikan reaksi selepas semua pihak memperkatakannya.

“Sentiasalah berada di barisan hadapan dan bukannya sebagai pemerhati. Pastikanlah segala tindak tanduk kita secara politiknya betul dan sensitif kepada permasalahan rakyat,” katanya



Kelantan pembangkang, bukan musuh: Nik Aziz

PASIR PUTEH - Kelantan adalah negeri pembangkang, bukan musuh Kerajaan Pusat sehingga dinafikan pelbagai hak termasuk menafikan 118 projek pembangunan di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kerajaan Pusat menghentikan begitu banyak projek yang sepatutnya diperolehi negeri itu semata-mata ditadbir parti pembangkang.

Ketika mula memerintah Kelantan, katanya, Kerajaan Negeri memohon beberapa projek pembangunan termasuk membina pelabuhan dan lapangan terbang namun ditolak.

“Perdana Menteri ketika itu memberi alasan laut kita cetek, sedangkan manusia boleh menyelesaikan masalah sedemikian termasuk dengan cara mendalamkannya.

“Lapangan terbang pula, baru sekarang kita mendapat yang baru, terlalu lambat kerana kita membuat permohonan sejak hampir 20 tahun lalu,” katanya ketika merasmikan Program Cakna Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak, semalam.

Mursyidul Am Pas itu berkata, pemimpin Kerajaan Pusat juga telah memberi pelbagai tanggapan negatif kepada pelabur luar yang mahu memasuki negeri itu kerana mahu membiarkan Kelantan terus ketinggalan dari segi ekonominya.

Nik Aziz berkata, itulah salah satu faktor Pas melawan Barisan Nasional (BN) kerana diskriminasi yang diamalkan selain fahaman politik yang ternyata berbeza.

”Siapa pun yang berada di pihak mereka (BN) kita terpaksa lawan kerana kita bukan melawan batang tubuh tetapi kita melawan kerana ideologi mereka tidak berdasarkan Islam.

”Siapa pun kita lawan kerana lawan kita ini bermaksud untuk membetulkan, menyedarkan mereka agar tidak terpesong dengan ajaran Islam,” katanya.

Ketika ditanya isu yang akan dibangkitkan Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Nik Aziz berkata, beliau hanya menekankan ajaran Islam dan menyerahkan soal membangkitkan isu kepada pemimpin lain.

Sementara itu pada majlis berasingan di KOTA BHARU, Nik Aziz berkata, Pas akan mengumumkan calon mereka yang akan bertanding di Galas bila tiba masanya.

“Itu dia ada program dia. Akan sampai masanya. Bila tiba masanya..tak apa...saya akan beritahu. Tak payah risau,” katanya

Mengenai keputusan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyatakan persetujuan menerima tawaran sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya BN, beliau berkata:

“Hak tu ikut dia (Tengku Razaleigh)...dia punya fasal. Kita lawan tetap akan lawan. Dia nak terima tak nak itu dia punya fasal. Saya kenal dia lama. Saya rasa dia tak layak jadi calon. Masa dia jadi ketua perhubungan pun di Kelantan tetapi dia sendiri tak calon diri dia untuk DUN.

“Apa ertinya masa dia sendiri jadi ketua perhubungan dia tak calon diri dia sebagai ADUN...tiba-tiba sekarang ini dia jadi Ahli Parlimen kita suruh dia turun ke bawah. Ini tak betul.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan