Isnin, 27 September 2010

TERKINI..27.9.10..AL FATIHAH

ADUN Galas meninggal dunia
Sep 27, 10 2:05pm

ADUN Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap barah usus meninggal dunia di Pusat Perubatan Kampung Baru di Kuala Lumpur pada 4.30 petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menerusi twitternya sebentar tadi.

Pada 26 Julai lalu, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu, tetapi kemudiannya dibenarkan pulang.

Che Hashim dimasukkan Hospital Pakar Perdana itu, selepas tiga hari pulang daripada membuat rawatan kimoterapi di China selama 10 hari.

Beliau disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu selepas batuk mengeluarkan darah.

Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, Beijing selepas menerima rawatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur selama tiga bulan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan