Rabu, 15 September 2010

NI CONTOH ORANG ADA KUASA....BANYAK BANTAHAN TETAPI TETAP DILAKSANAKAN....KENAPA HUDUD TIDAK BEGINI....ISLAM KEMBALI DAGANG

Sekolah Harapan bagi pelajar hamil dibuka Jumaat ini



2010/09/15

MELAKA: Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai oleh kerajaan negeri di Jasin akan dibuka bermula Jumaat ini untuk menempatkan mereka yang secara sukarela mahu ke situ.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, sekolah itu yang dikenali sebagai 'sekolah harapan', berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM).


Buat permulaan, katanya, sekolah itu yang turut menyediakan kemudahan tempat tinggal, akan dikendalikan oleh seorang penyelia dan tiga pengajar lain.


"Kita sudah lantik guru JAIM yang berpengalaman bagi mengajar di sekolah itu yang boleh memuatkan maksimum 40 pelajar," katanya kepada pemberita di kediamannya, Seri Bendahara, di sini hari ini.


Mohd Ali berkata, setakat ini, belum ada pelajar hamil yang menghubungi JAIM untuk memasuki sekolah itu dan bagi yang berminat boleh memohon dengan identiti mereka dirahsiakan.


"Kita berniat baik dengan menubuhkan sekolah ini bagi menbolehkan remaja yang terlanjur meneruskan persekolahan sehingga mereka bersalin dan tamat edah sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya.


Beliau berkata, sukatan mata pelajaran yang diajar bergantung kepada tahap semasa persekolahan pelajar itu.-Bernama



Mayat bayi baru lahir ditemui di kawasan perumahan Sibu



2010/09/15

SIBU: Mayat seorang bayi lelaki baru lahir yang dibungkus dalam kertas suratkhabar ditemui dalam beg plastik hitam di satu lorong di kawasan Perumahan Taman Rajang di sini malam tadi.

Menurut jurucakap polis beg plastik itu ditemui oleh seorang wanita yang bekerja sebagai penjaja makanan yang baru pulang dari warungnya pada kira-kira 10 malam, yang kemudian terus menghubungi polis.


Beliau berkata, polis percaya mereka yang terbabit datang ke kawasan perumahan itu dan membunag bungkusan tersebut dengan tergesa-gesa berdasarkan kepada keadaan beg plastik itu yang koyak rabak, yang mendedahkan kandungannya yang kelihatan berlumuran darah.


Sementara itu, dalam perkembangan lain Ketua Polis Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail menyuarakan kebimbangannya terhadap kes-kes kecurian kabel yang didapati semakin berleluasa di sini sejak kebelakangan ini.


"Banyak kabel di bangunan-bangunan dan tiang-tiang telekomunikasi dilarikan pencuri di sini. Sebanyak 36 kes berkenaan dilaporkan bulan lalu, manakala bulan ini sehingga semalam jumlahnya menjangkau 12," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan pertandingan akhir nyanyian lagu-lagu Melayu dan Iban di Fasa dua Dataran Sibu malam tadi sempena Festival kedua Kuih bulan/tanglung Sibu.


"Kami tahu identiti mereka yang terbabit, kami sedang mengawasi mereka, beri kami sedikit masa untuk kami tahan mereka," tambahnya.


Shafie berkata, kecurian itu didapati semakin serius di seluruh negeri dan polis percaya kegiatan itu didalangi satu sindiket terancang.-Bernama


Bayi perempuan ditemui ditangga rumah



2010/09/15

KOTA BAHARU: Seorang bayi perempuan ditemui ditinggalkan di tangga sebuah rumah di Kampung Salor di sini hari ini.

Bayi yang dibalut dengan kain lampin dan tuala itu ditemui pada pukul 8 pagi. Turut ditinggalkan ialah satu botol susu yang diletakkan di sebelah bayi itu.


Seorang anggota keluarga di rumah itu, Mohssin Sheikh Mohamad, 50, berkata bayi itu ditemui oleh anak saudaranya yang terdengar bunyi rengekan bayi di luar rumah.


"Kami membawa bayi itu masuk ke dalam rumah kerana khuatir akan dihurung serangga sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Nilam Puri sejam selepas itu," katanya yang ditemui di Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.


Bayi yang dipercayai dilahirkan beberapa hari lepas memandangkan tali pusatnya sudah tertanggal, dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk rawatan dan tindakan lanjut.


Mohssin yang juga seorang kakitangan Kementerian Kewangan berkata beliau yakin bayi yang ditemui itu bukan berasal dari kalangan ibu bapa yang tinggal di kampung itu.


"Rumah saya terletak di tepi jalan dan agak tersorok daripada pandangan umum menyebabkan bayi itu mudah diletak di tangga rumah kami," katanya.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan bayi itu.-Bernama


Lelaki tinggal bayi dalam kotak



2010/09/15

PETALING JAYA: Seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam sebuah kotak di hadapan sebuah rumah anak yatim di Sungai Way, di sini, kelmarin.

Bayi berkenaan ditemui sukarelawan rumah anak yatim berkenaan selepas melihat seorang lelaki keluar dari kawasan rumah berkenaan dalam keadaan tergesa-gesa sebelum menaiki sebuah kereta kira-kira jam 5 petang. Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata bayi berkenaan dibalut dengan tuala berwarna merah jambu dan kesan darah masih melekat di tubuhnya dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum ditinggalkan.


“Petugas di rumah anak yatim mendakwa melihat seorang lelaki meninggalkan kotak berkenaan dalam keadaan tergesa-gesa dan dia kemudiannya terus melakukan pemeriksaan sebelum mendapati ada bayi perempuan di dalamnya,” katanya ketika dihubungi.


Menurutnya, polis yang menerima laporan berhubung kejadian berkenaan kemudian mengambil bayi berkenaan sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan



NEGARA

Tangisan bayi di bawah jambatan


BAYI yang ditemui ditinggalkan di bawah jambatan di Tapah semalam.


TAPAH – Seorang bayi lelaki dijumpai dalam keadaan kesejukan dan dihurung serangga di bawah sebuah jambatan merentasi Sungai Liar berhampiran Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah, Sungkai dekat sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Supritendan Abdullah Arshad berkata, bayi malang yang dipercayai berusia dua hari itu dijumpai oleh seorang remaja perempuan, Nurul Ain Zakaria, 16, yang terdengar suara tangisan kira-kira pukul 5.40 petang.

Beliau berkata, sebelum itu Nurul Ain sedang menunggu ibu dan adik lelakinya untuk pulang ke rumah di Menderang, Sungkai setelah berkelah di Sungai Tesong tidak jauh dari situ.

“Setelah dicari bunyi suara tangisan itu, remaja dan keluarganya menemui seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat tanpa pakaian di bawah jambatan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan