Hazayani Zakaria | |||||||||||
KUALA LUMPUR, 15 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Umno kini mula sedar bahawa akhbar milik mereka, Utusan Malaysia yang selama ini diguna untuk memfitnah Pakatan Rakyat sudah menjadi 'senjata makan tuan'. Ianya ekoran akhbar tersebut mula menerima kritikan dan amaran dari pemimpin Umno yang merupakan 'bos' mereka sendiri selepas dilihat meminggirkan 1Malaysia yang digagaskan Datuk Seri Najib Razak dan menyanjung perjuangan NGO perkauman Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). Umno juga jelasnya mula sedar, akhbar mereka tidak lagi boleh diharap kerana mempunyai agenda tersendiri dan sanggup mengenepikan bos mereka sendiri. "Umno sudah terasa bagaimana peranan Utusan Malaysia mengkucar-kacirkan Umno tapi Umno lupa mereka menggunakan Utusan untuk memfitnah Pas dan Pakatan Rakyat selama ini," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan akhbar berkenaan yang banyak menyiarkan artikel menyokong dan mempertahankan Perkasa termasuk kenyataan penasihat NGO itu, Dr. Mahathir Mohamad. Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, Utusan dilihat sedang digunakan oleh pihak pro Tun Dr. Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Ini satu krisis dalaman Umno dan saya tidak melihat tindakan Utusan itu sebagai kebebasan bersuara tetapi saya milihat satu agenda tersembunyi yang didalangi oleh seseorang untuk menjatuhkan Najib. "Semua sedia maklum bahawa Tun Mahathir mempunyai peranan di Utusan untuk melakukan gerakan seperti mana yang dilakukan terhadap Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) satu ketika dahulu," kata Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, bekas pemimpin Umno suatu ketika dahulu giat menggunakan Utusan untuk mengeluarkan kenyataan menyokong dan mengkritik antara satu sama lain termasuk untuk mendesak Tun Abdullah supaya melepaskan jawatan Perdana Menteri. "Tun Mahathir sewaktu krisisnya dengan Pak Lah satu ketika dahulu mengatakan bahawa (Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin Yassin lebih layak mengambil tempat Pak Lah kerana dia lebih berani daripada Najib untuk mendesak Pak Lah lebih cepat melepaskan jawatan," katanya Tambahnya, Abdullah pula menganggap Muhyidin merupakan orang yang menikamnya dari belakang dengan kenyataan yang dibuat di Singapura, dengan menggunakan negara jiran itu untuk menikam perdana menteri daripada belakang. Katanya juga, terserah kepada rakyat khususnya orang Melayu untuk menilai baik dan buruk Perkasa yang didakwa untuk membela nasib orang Melayu. "Sekarang ini terserah kepada orang Melayu untuk menilai hakikatnya bahawa nasib kaum Melayu bukan menjadi satu agenda kepada mana-mana pihak untuk perjuangan membela Melayu tapi hanya menjadi alat untuk politik dalaman Umno. "Saya tidak nampak mereka membela Melyu dalam isu ini, tapi untuk dapat peluang di kalangan pemimpin mereka atas nama Melayu," katanya Utusan cuba naikkan Tun M, pinggir Najib?
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Rabu, 15 September 2010
MUNGKIN KOD...TAPI YANG DIRASAKAN...RAKYATLAH NI DAH CERDIK..DAN PANDAI MENILAI YANG MENIPU DAN YANG MANA JUJUR
Umno mula rasa Utusan 'senjata makan tuan'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan