Abd Aziz Mustafa | |||||||||||||
KUALA LUMPUR, 23 Sept: Cerita Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala pada Hari Terbuka Program Transformasi Ekonomi (ETP) tidak ubah seperti cerita penglipurlara menyumbang derma RM4 bilion, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. "Dua-dua penglipurlara. Tidak ada bezanya cerita Pendapatan Negara Kasar (GNI) meningkat hampir RM1.7 trilion yang didakwa dalam program ETP di Kuala Lumpur dengan kisah derma RM4 bilion kepada PAS Kelantan di Kota Bharu. "Yang seronoknya, Umno percaya kedua-duanya. Penglipurlara ETP sudah tentulah Umno percaya sebab mereka hendak paksa rakyat pula turut mempercayainya. Dengan pemikiran ala ETP itu, kisah penglipurlara derma RM4 bilion juga mereka telan dengan rakus," kata beliau sambil merujuk gesaan supaya 'derma' RM4 bilion itu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga laporan polis mengenainya. Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menggesa SPRM menyiasat sumbangan RM4 bilion yang didakwanya diterima oleh PAS daripada sebuah syarikat. Pergerakan Pemuda Umno Kelantan menjadi bahan tertawaan ramai apabila membuat laporan di balai polis Kota Bharu berhubung 'sumbangan' itu. "Tidak menghairankan jika Umno begitu teruja dan percaya habis-habisan cerita-cerita penglipurlara seperti itu kerana memang itulah pemikiran mereka. "Sama seperti mereka mempercayai dongeng sumbangan derma itu, seperti itulah juga mereka mahu rakyat mempercayai penglipurlara ETP. "Bila rakyat mempercayai penglipurlara ETP sama seperti yang mereka percayai, Umno berharap senanglah mereka hendak memperdayakan rakyat supaya terus mengundi Barisan Nasional (BN)," kata Ahli Parlimen Pokok Sena. Bagi Mahfuz, kisah derma RM4 bilion adalah kisah ahli perniagaan yang berangan-angan banyak duit kononnya sehingga US$2.7 trilion yang tidak banyak bezanya kisah Umno yang berangan-angan panjang hendak mencipta pendapatan negara sehingga RM1.258 trilion dengan projek-projek ETP menjelang 2020 ketika Merrill Lynch melaporkan bahawa Malaysia adalah destinasi pelaburan yang paling tidak digemari pelabur di kawasan Asia Pasifik. "Tidak pula ditunjukkan dengan jelas dari mana datangnya duit untuk melaksanakan projek-projek penglipurlara ETP itu. "Persoalannya, adakah cerita penglipurlara ETP itu sengaja dibuat untuk mewajarkan lebih banyak lagi pembantaian duit Petronas dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) misalnya?" beliau mempersoalkan. Isu Bukan Islam Masuk Masjid: JAIS, MAIS 'Double Standard'
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menyelar tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kerana bersikap double standard dalam isu orang bukan Islam memasuki masjid. Khalid menegaskan tindakannya memuat naik imej Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan yang didakwa berada di dalam sebuah masjid semasa penyerahan sumbangan kepada umat Islam baru-baru ini di blognya adalah bagi membuka mata JAIS dan MAIS yang bersikap tidak adil apabila wakil rakyat pembangkang memasuki rumah ibadah umat Islam. "Apabila kegiatan sebegini dilakukan oleh wakil Barisan Nasional (BN) mereka diam, malah berusaha membantu. "Tetapi apabila ia dilakukan oleh wakil dari Pakatan Rakyat, macam-macam tohmahan yang dilemparkan," tegasnya melalui e-mel kepada mStar Online yang dikirimkan dari Arab Saudi, Rabu. Dalam pada itu, Khalid berkata, apa yang dilakukan oleh Kamalanathan adalah yang sepatutnya dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen yang bertanggungjawab terhadap kawasan Parlimennya dan usaha berdampingan dengan masyarakat bukan satu kesalahan. "Saya syorkan mereka agar meneruskan kegiatan mereka memakmurkan masjid dan surau kerana setahu saya tiada kesalahan yang dilakukan," katanya. Menyentuh mengenai kenyataan Ahli Parlimen Hulu Selangor itu yang berterima kasih kepada beliau kerana memberi publisiti kepadanya, Khalid berkata, Kamalanathan bukan sasarannya dalam isu itu dan berharap beliau tidak taksub dengan publisiti murahan. "Seperti yang saya katakan, beliau bukan sasaran saya dalam isu ini. Jika ada publisiti pun, beliau hanya mendapat publisiti tempias sahaja," ujarnya. Khalid berkata, Ahli Parlimen BN itu sepatutnya membina reputasinya atas peranannya di Parlimen, membantah rang undang-undang serta dasar-dasar yang membebankan rakyat dan bukannya menagih publisiti 'tempias'. "Kalau publisiti yang beliau banggakan, takut-takut itu sahaja peranan yang diketahui rakyat berhubung peranan beliau sebagai seorang Ahli Parlimen," ujarnya. Khalid turut menyangkal dakwaan bahawa gambar itu telah disunting dan mendakwa terdapat banyak lagi gambar pada majlis tersebut. "Soal di luar atau di dalam masjid tidak releven bagi saya. Persoalan itu sepatutnya ditujukan kepada JAIS dan MAIS kerana bagi saya, selaras dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan, ia bukan satu masalah atau kesalahan," katanya. Semalam akhbar melaporkan Khalid dalam entri di laman blognya pada 17 Ogos lalu memuat naik gambar Kamalanathan yang didakwanya berada di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan, Hulu Selangor bagi menyampaikan sumbangan kepada umat Islam
Diperhatikan pegawai berkenaan turut mengambil gambar di ruang dalaman pejabat syarikat tersebut di Kelana Jaya. Kedua-dua pegawai tersebut turut menemui ketua pegawai eksekutif syarikat berkenaan Mohamad Sobri Din. I'DA World Group Sdn Bhd mencuri tumpuan dan menimbulkan kejutan semua pihak kerana dikatakan bermurah hati untuk menderma sebanyak RM4 bilion kepada PAS Kelantan bagi membangunkan negeri itu. Cek replika sumbangan itu diterima oleh adik menteri besar Kelantan, Nik Din Nik Mat pada Ahad lalu. PAS tentang keras cetus suasana tidak harmoni
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 23 September 2010
MACAM2 DIMALAYSIA..NILAILAH DENGAN BIJAKSANA
Cek RM4 bilion, GNI RM1.7 trilion hanya dongeng penglipurlara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan