Selasa, 14 September 2010

BERITA DARI METRO

BEKAS isteri Kamaruddin Shamsuddin, Noor Fazilah Ab Sani,33, mententeramkan anak nya,Izran Akmal Kamarudin,9 sambil diperhatikan seorang lagi anaknya Balqis Dayana Kamarudin, 12(kanan) selepas mendengar pengumuman polis melalui telivisyen mengenai pembunuhan suaminya dan Datuk Sosilawati. Dia yang terkejut dan sedih dengan kejadian itu ditemui di rumahnya di Kampung Pilin, Rembau.Foto: Owee Ah Chun (12/09/10)
ANAK sulong jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Buhari, 25, meninggalkan pejabat di Jalan Raja Bot,Kampung Baru selepas mengambil beberapa dokumen. Foto: Nor Nashriq Haron (13/09/10)
ISTERI pegawai CIMB Bank, Noorhisham Mohammad, Suzana Radim Pangat 38, yang memangku anak bongsunya ketika ditemui di rumah bapanya di Ampang, Selangor sedih selepas mendengar berita pengesahan polis mengenai pembunuhan suaminya serta tiga yang lain termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati. Foto Aizuddin Saad
ANGGOTA Forensik meneliti tulang yang dikutip dari Sungai Kancong Laut yang disyak tulang jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang dibunuh kejam. Foto: Che Rani Che Din
WARTAWAN dan orang ramai menunggu di jalan masuk ke tempat penemuan empat mayat yang dipercayai Datuk Sosilawati dan tiga rakannya di sebuah ladang ternakan Teluk Gadong ,Tanjung Sepat, Morib, pagi ini. Foto: L Manimaran (12/9/10)
SALAH seorang suspek pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga yang lain menunjukkan kepada polis tempat dipercayai senjata yang digunakan dibuang di tebing Sungai Kanchong Laut, Kampung Endah. Foto: Abdullah Yusof

Anggota PDRM dari Unit Gerakan Marin membuat operasi menyelam bagi mencari barang bukti milik mangsa, Datuk Sosilawati Lawiya dan kes lain di tebing Sungai Kanchong Laut, Kampung Endah. Foto: Rosdan Wahid (14/09/1`0)

Empat juga disembelih

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Ibrahim Isa, Hayati Ibrahim, Mohd Harzrul Aminuddin, Shamsul Munir Safini, Muhammad Apendy Issahak, Sarah Zulkifly, Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim

2010/09/14

BANTING: Pendedahan terbaru berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terkenal, Sosilawati Lawiya, 47, lebih menyentap perasaan apabila hasil siasatan tidak menolak kemungkinan mangsa bersama tiga lelaki lain disembelih menggunakan senjata tajam.

CARI...anggota pasukan penyelam polis mencari bukti di Sungai Kanchong Laut, semalam.
CARI...anggota pasukan penyelam polis mencari bukti di Sungai Kanchong Laut, semalam.
Sumber yang rapat dengan siasatan kes terbabit berkata, berdasarkan siasatan dilakukan, mangsa dikelar di leher sebelum dibakar oleh kumpulan penjenayah terbabit hingga menjadi debu.

“Hasil maklumat dikumpul setakat ini, polis mendapati pembunuhan itu adalah tindakan jenayah sadis yang dirancang dengan begitu rapi. Lebih mengerikan apabila semua mangsa seolah-olah dilayan seperti binatang tanpa perikemanusiaan.

“Polis turut percaya, abu dan sisa tulang semua mangsa yang dibakar terbabit bukan hanya dibuang di dalam Sungai Panchau, malah turut dibuang ke dalam beberapa parit kecil berhampiran yang arusnya mengalir ke laut,” katanya.

Dalam sidang akhbar kelmarin, Sosilawati bersama tiga mangsa lain disahkan dibunuh kejam di ladang persendirian milik suspek utama yang terletak di Sungai Gadung, Tanjung Sepat.

“Bagaimanapun, polis berjaya mengesan suspek utama bergelar Datuk berusia 41 terbabit dan adiknya berusia 38 tahun sebelum kedua-dua mereka ditahan di rumah mereka yang terletak di Taman Cempaka, kira-kira jam 5 petang Sabtu lalu

“Setakat ini, polis menemui pisau yang digunakan untuk tujuan pembunuhan terbabit selepas melakukan pemeriksaan rapi di kawasan sungai dan parit berhampiran tapak ladang berkenaan malam Ahad lalu,” kata sumber itu.

Berdasarkan maklumat dikumpul, pisau terbabit dibuang ke dalam sungai bersama abu mayat mangsa bagi menghilangkan bukti jenayah kejam dilakukan

“Pisau milik kumpulan pembunuh itu ditemui selepas salah seorang suspek yang ditahan memberikan maklumat kepada polis. Setakat ini, polis percaya, pisau itu digunakan untuk membunuh semua mangsa berkenaan” katanya.

Menurutnya, dalam operasi kelmarin, polis Unit Forensik Bukit Aman, Selangor dan Kuala Lumpur melakukan siasatan rapi terhadap lokasi kejadian manakala anggota polis dari Jabatan Kimia Bukit Aman melakukan pemeriksaan di kawasan Sungai Panchau di sini.

Difahamkan polis turut menemui sisa pembakaran antaranya tulang dan tisu tubuh yang boleh dikaitkan dengan identiti mangsa yang hilang.

Sementara itu, pasukan penyelam polis meneruskan usaha menyelam di dasar Sungai Kanchong Laut, Kampung Endah bagi mencari objek yang boleh dikaitkan dengan kes pembunuhan berkenaan, semalam.

Dalam sidang akhbar kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin memberitahu empat mangsa berkenaan dipercayai diseksa, dibelasah, selain ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah.

Penjenayah yang seolah-olah tidak mempunyai belas kasihan mencurahkan petrol sebelum membakar mayat mangsa sehingga menjadi abu bertujuan menghilangkan bukti jenayah.

Penjenayah kemudian mengutip cebisan dan abu mayat semua mangsa yang dimasukkan ke dalam guni atau bekas tertentu sebelum dibuang ke Sungai Panchau, di sini, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dibunuh.

Susulan kes itu, polis memberkas lapan suspek termasuk dua wanita antara Jumaat hingga Ahad lalu membabitkan suspek berusia 19 hingga 45 tahun.

DARI MALAYSIA KINI

Polis geledah firma milik peguam bergelar Datuk
Sep 14, 10 2:45pm
Polis hari ini menggeledah pejabat firma guaman milik peguam bergelar Datuk di Banting bagi mencari bukti penglibatannya dengan kes penipuan hingga membawa kepada pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Sepasukan polis dilihat tiba di pekarangan firma guaman, yang terletak di Jalan Kemboja 33, Off Jalan Sultan Alam Shah di Banting kira-kira jam 10.45 pagi, namun beredar lima minit kemudian apabila gagal membuka pintu pejabat berikutan kunci yang tidak sesuai.

Polis kemudiannya dilihat kembali ke firma itu kira-kira 30 minit kemudian bersama seorang lelaki, yang berpakaian lokap warna ungu, dipercayai peguam bergelar Datuk itu.

Peguam berumur 41 tahun itu adalah seorang daripada lapan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan pembunuhan kejam Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamarudin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38,dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Selepas lebih satu jam berada di firma milik suspek, polis dilihat membawa keluar peralatan seperti CPU dan beberapa dokumen sebelum membawa keluar suspek dari pejabat itu kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Laporan sebelum ini menyebut, firma guaman berkenaan adalah lokasi terakhir semua mangsa dilihat sebelum dibunuh dan dibakar di ladang milik suspek, dan abunya dibuang ke sungai berhampiran.

Firma itu difahamkan menjadi lokasi urus niaga suspek dan mangsa.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan