Selasa, 24 Ogos 2010

spesifik mi

Fomca mahu Kementerian Kesihatan spesifik mi dibenarkan

SHAH ALAM – Jika mi kuning yang anda beli bertukar menjadi kemerah-merahan dan terasa seperi makan ‘mi berdarah’ setelah memasaknya, apa reaksi anda sebagai pengguna?

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, memang terdapat bahan pengawet dalam mi kuning untuk menjadikan mi tahan lama tetapi dalam kuantiti yang dibenarkan.

“Terdapat pembekal yang menggunakan bahan pengawet secara berlebihan atau yang tidak dibenarkan di mana ia akan bertindak balas dengan serbuk kunyit.

"Pengguna juga harus mengurangkan atau tidak menggunakan serbuk kunyit dalam masakan berasaskan mi kerana akan merubah warna mi tersebut menjadi merah akibat tindak balas asid," katanya.

Menurutnya, penggunaan bahan pengawet iaitu asid borik seharusnya mematuhi sukatan dibenarkan.

Katanya, bagi mengelakkan kekeliruan, pihaknya menggesa Kementerian Kesihatan memaklumkan tentang bahaya sekiranya menggunakan asid borik secara berlebihan dalam makanan.

“Kementerian Kesihatan diharap dapat mengumumkan terus kepada pengguna jenis mi tidak boleh dimakan, kilang diharamkan pengeluarannya dan lebih spesifik terhadap mi yang dibenarkan supaya pengguna dapat membuat pilihan terbaik," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan