Ahad, 29 Ogos 2010

BETUL! !JUGA KEPADA SEMUA ORANG...BIASANYA AYAT2 MANIS MENJERAT KITA,DENGAN KAUNSELOR PUN KENA BERHATI MEREKA BUKAN MALAIKAT TAK ADA NAFSU..XLAH SEMUA

Ibu tunggal perlu waspada



2010/08/29

KUALA LUMPUR: “Kenal dulu dunia zaman sekarang kerana pelbagai perkara yang kadangkala tidak pernah difikirkan boleh berlaku. Selidik latar belakang calon suami dan cari yang kuat pegangan agamanya.

Menurut Haziah, jika mula mengesan ada sesuatu yang tidak kena atau mengenal pasti suami ‘buat hal’, cari jalan penyelesaian sebelum ia bertambah rumit.


“Saya ada kes yang boleh dijadikan contoh. Ada wanita mengetahui bakal suami penagih dadah tetapi tetap menerimanya dengan harapan dia akan berubah selepas berkahwin.


“Tanpa usaha menangani masalah yang berlaku menyebabkan akhirnya sikap suami semakin menjadi-jadi dan sampai satu tahap terpaksa bergelar ibu tunggal, malah hidup merana,” katanya.


Haziah berkata, tidak salah memberi peluang tetapi perlu berpada-pada kerana yang akhirnya menanggung derita adalah isteri.

“Seperti yang berlaku kepada Shamsiah, dia memberi peluang kepada suaminya berubah selepas mengetahui perbuatan buruk suaminya, namun terlalu banyak peluang diberi kerana percayakan suami.


“Dia juga bersendirian berdepan masalah itu. Seharusnya dia perlukan bantuan keluarga, terutama keluarga sebelah suami, bagi membantu menyelesaikan masalah yang berlaku,” katanya.


Menurut Haziah, tindakan wanita itu menuntut hak dan nafkah di mahkamah syariah adalah tepat bagi memastikan hidupnya tidak terus terseksa.


“Jangan lupa nafkah anak. Jika suami menghilangkan diri, buat laporan kepada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) kerana suami perlu bertanggungjawab kepada bekas isteri dan anaknya.


“Jika mahu bantuan daripada segi kaunseling atau bantuan lain seperti kelas kemahiran, boleh hubungi atau datang sendiri ke persatuan ibu tunggal. Di Melaka ada persatuan ibu tunggal,” katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan