Khamis, 26 Ogos 2010

Abu Hanifah

Abu Hanifah & Ulama Jawatan Kerajaan

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Ilmuan Islam sejak zaman berzaman akan berhadap dengan pelbagai cabaran. Tidak semua cabarannya dalam bentuk azab dan hukuman pedih keburukkan, terdapat juga ujian dengan jawatan dan pangkat yang indah-indah serta sedap.

Menurut kebiasaannya, jika pemerintahan itu tidak sepenuhnya melaksanakan Islam. Ulama atau ilmuan Islam yang bersama mereka akan teruji dengan begitu hebat. Ujian antara pangkat, harta atau prinsip Islam.

Dalam tulisan ringkas ini, saya suka berkongsi kisah Imam Abu Hanifah An-Nu'man dan beberapa petikan ujiannya.

Cabaran Ulama & Ilmuan Shariah

Kisah Abu Hanifah & Ujiannya

Pemerintah semasa zaman Imam Abu Hanifah adalah Abu Ja'far Al-Mansur. Secara ringkasnya, Imam Abu Hanifah banyak tidak bersetuju dengan pemerintahan ini, demikian juga pendekatan pemerintahannya. Selain itu, Abu Hanifah juga banyak tidak bersetuju dengan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh ulama-ulama kerajaan yang dilihatnya lemah, tiada hujjah dan hanya membodek pemerintah sahaja.

Disebabkan kerana itu, Abu Hanifah kerap memberikan fatwa berbeza dari ulama kerajaan, fatwanya kerap berserta hujjah mantap menyebabkan ulama kerajaan panas punggung selain jatuh air muka mereka. Abu Hanifah juga kerap memberikan koreksi pedas dan panas kepada tindak tanduk pemerintah di zamannya. Apa yang lebih memalukan, ulama kerajaan yang berasa tergugat ini mencucuk dan mengadu kepada pemerintah untuk mengambil tindakan kepada Imam Abu Hanifah.

Oleh kerana hal ini berlanjutan, pemerintah dicucuk oleh ulama kerajaan untuk merancang pelbagai perancangan licik agar boleh dijadikan sebab untuk mengambil tindakan ke atas Abu Hanifah.

Abu Hanifah Kritik Fatwa Ulama Kerajaan

Dalam satu kisah yang popular, seorang Qadhi kerajaan iaitu Qadhi Ibn Abi Layla telah menjatuhkan hukum hudud keatas seorang wanita gila kerana memanggil soerang lelaki dengan panggilan "wahai Anak Zina". Jelas ia satu kesalahan dan seolah-olah menuduh ibu bapa lelaki itu berzina tanpa dibawakan empat saksi. Hasilnya, qadhi kerajaan ini menjatuhkan hukuman berikut : -

a) Had qazf (tuduh zina tanpa saksi) ke atas wanita ini dan hukuman dilaksanakan di masjid

b) Dilaksanakan dua jenis hukuman, 1- hukuman qazf kerana menduduh bapa lelaki itu dengan zina, 2- had qazf kerana menuduh ibu lelaki itu berzina.

c) Hukuman sebat dilaksanakan dalam keadaan wanita diarah berdiri di masjid.

Apabila berita ini sampai kepada Abu Hanifah, beliau terus terang mengatakan keputusan itu silap dalam enam tempat seperti berikut :-

a) Hukuman hudud tidak sepatutnya dilaksanakan di masjid.

b) Sepatutnya wanita disebat dalam keadaan duduk. Sebatan ke atas wanita tadi dibuat dalam keadaan wanita itu berdiri, hanya lelaki sahaja yang dihukum secara berdiri.

c) Salah kerana melaksanakan dua had. Yang sepatutnya jika terdapat kes qazf ke atas satu kumpulan sekaligus, hukuman hanyalah sekali sahaja dan bukan berganda.

d) Malah jika diambil hukuman berganda sekalipun, ia tidak boleh dibuat serentak, ia mestilah di pisahkan waktunya agar tidak menjadi amat berat.

e) Wanita gila tidak sepatutnya dijatuhkan hukuman had qazf ke atasnya.

f) Sewaktu hukuman dijalankan, kedua-dua ibu dan bapa lelaki yang dituduh tidak hadir. Sepatutnya kedua-dua mereka mesti dipanggil untuk menyaksikan hukuman.

Hal ini disampaikan kepada Qadhi Ibn Abi Laila, lalu si qadhi yang lemah ini mengadu kepada Abu Jaffar. Akibatnya Imam Abu Hanifah di'gam' dan tidak dibenarkan memberi fatwa, akibatnya beberapa hari Abu Hanifah tersekat dari menyampaikan fatwanya. ( Al-Manaqib, Abi Al-Bazzazi, 13/351 ; Tarikh Baghdad)

Ujian Hadiah Harta

Tidak puas hati dengan apa yang berlaku, kali ini pemerintah menggunakan strategi lain iaitu dengan menghantar hadiah sepuluh ribu dirham dan seorang hamba wanita kepada Abu Hanifah.

Sebagaimana yang dijangka Abu Hanfiah menolaknya.. penolakan itu dijadikan sebab engkar dan menghina pemerintah kemudiannya. Apabila di tempelak oleh pemerintah akan sebab menolak hadiahnya.

Abu Hanifah menjawab :-

ما وصلني أمير المؤمنين في ماله بشيئ فرددته ولو وصلني بذلك لقبلته , إنما أوصلني أمير المؤمنين من بيت مال المسلمين ولا حق لي في بيت مالهم..

Ertinya : Amir Al-Mukminin (Pemerintah) tidak menghantar kepadaku dari wangnya sendiri maka kerana itu aku menolak, jika ia memberi dari wangnya sudah tentu akan ku terima hadiahnya, sesungguhnya dia menghantar hadiah yang diambil dari duit Baitul Mal, wang milik umat Islam maka tiada sebarang hak untukku mengambilnya..." ( Al-Manaqib, Abu Talib Al-Makki, 1/215)

Setelah apa yang berlaku dan banyak lagi ketidakselesaan disebabkan oleh Abu Hanifah, kali ni Khalifah Abu Jaffar Al-Mansur sudah tidak tahan kemarahannya. Jalan akhir untuk menundukkan Abu Hanifah dan mengawal pendapat serta fatwanya, khalifah telah menawarkan Abu Hanifah jawatan sebagai Ketua Qadhi Negara.

Dengan selambanya Abu Hanifah menolak tawaran itu secara terang-terang di hadapan orang ramai.

harta yang menggoda

Khalifah tersangat marah lalu memanggil Abu Hanifah.

Sebagai jawapan akan sebab penolakkannya, Abu Hanifah memberikan alasan bijak dan penuh dengan strateginya, sebab penolakkan yang sebenarnya adalah kerana tidak mahu bersekongkol dengan kezaliman, tidak mahu menjadi pak turut pemerintah dalam perkara yang batil dan salah, tetapi bagi menjerat khalifah, Abu Hanifah terpaksa berhujjah dengan berkata :-

اتق الله ولا تدع أمانتك إلا من يخاف الله .. لك حاشية يحتاجون إلى من يكرمهم لك فلا أصلح لذلك , فقال : كذبت انك تصلح ,, فقال : قد حكمت على نفسك , كيف يحل لك أن تولي قاضيا على امانتك كذاباً

Ertinya : Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu berikan amanah (ketua Qadhi) ini kecuali kepada mereka yang takutkan Allah. ..engkau punyai ramai pengikut yang mana mereka semua berharap untuk mendapat orang yang boleh memuliakan mereka untukmu (atau memuliakanmu)..dan aku tidak layak untuk itu,

Khalifah menjawab : "kamu sebenarnya layak dan kamu telah berbohong (kerana menafikan kelayakkanmu"

Abu Hanifah : "Lihat..engkau sendiri telah menjatuhkan hukuman ke atas kelayakkanku, bagaimana boleh engkau ingin melantik seorang qadhi untuk menggalas amanah sebagai Qadhi kepada seorang yang engkau sendiri mengakuinya banyak berbohong" ( Tarikh Baghdad, 13/328)

Dengan penolakkan ini, Al-Mansur mendapat sebab kuat untuk menghukum Abu Hanfiah, akhirnya Abu Hanifah disebat sebanyak 10 sebatan sehingga 100 kali..sehingga dikatakan kepada Abu Hanifah "terimalah jawatan itu"

Jawab Abu Hanifah : "Aku tidak layak..sambil berdoa dengan suara perlahan" :

اللهم ابعد عني شرهم بقدرتك

Ertinya : "Ya Allah, jauhkanlah diriku dari kejatahan mereka dengan keagungan kuasamu"

Apabila Abu Hanifah masih enggan menerimanya, ia dipenjara maka diracunnya Abu Hanifah sehinggalah membawa kepada kematiannya.....(Tarikh Baghdad, 13/328)

Menurut Abi Bazzazi, Abu Hanifah dipenjara dan disebat kemudiannya di bebaskan dan dibebaskan selepas itu dengan syarat dilarang memberi sebarang fatwa dan bercampur dengan orang ramai, beliau juga dilarang keluar dari rumah, sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 150 H. ( Al-Manaqib, Al-Bazzazi, 2/15)

Cabaran Ulama & Ilmuan Islam Dewasa Ini

Lihatlah betapa tegasnya Abu Hanifah dengan prinsip dan ilmunya, justeru berawaslah dengan fatwa segelintir ilmuan Islam yang sanggup menggadai prinsip kerana pangkat, jawatan dan perniagaan pelik persis cepat kaya mereka.

Secara umum, sebarang jawatan keagamaan yang disandarkan perlantikannya atas sebab politik terdedah kepada bahaya qadhi dalam kisah Abu Hanifah di atas. Tidak terkecuali mereka yang berada dalam pemerintahan Islam yang melaksanakan hudud (macam kisah di atas, iaitu jenis pemerintahan Islam jenis cacat pelaksanaan Islamnya), apatah lagi dalam pemerintahan yang tidak bersandarkan Islam. Bertaqwalah dan berhati-hatilah.

Namun ini tidaklah bermakna semua ulama yang dilantik kerajaan akan gagal dan jatuh tewas dengan harta, tulisan ini hanya nasihat akan fitrah ujian jawatan dan harta. Tidak dinafikan sama sekali terdapat segelintir ulama kerajaan yang menjalankan tugas dengan hebat dan telus. Tidaklah juga wajar kita 'generalize' bahawa jika ulama kerajaan ingin dilihat menjalankan tugas Islamnya, ia mestilah dipecat. Tidak dinafikan ada yang telah jalankan tugasnya dengan baik walaupun tidak atau masih belum di'gam'.

Indah bukan??

Kerana itu saya memberikan nasihat kepada diri saya dan semua rakan-rakan pejuang Islam dan ilmuan Shariah yang sedang mendapat tempat di mana-mana jawatan sekalipun agar sama-sama kita berpegang dengan prinsip asal dan tidak menjual ilmu atau 'terjual' agama dengan harga semurah dunia ini.

Pangkat dan harta adalah antara ujian terbesar dalam kehidupan ini... ye sudah tentu anak dan keluarga juga adalah suatu ujian.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/



Biografi Imam Abu Hanifah


Imam Abu Hanifah

Imam Abu Hanifah An-Nu’man bin Tsabit al-Kufiy merupakan orang yang faqih di negeri Irak, salah satu imam dari kaum muslimin, pemimpin orang-orang alim, salah seorang yang mulia dari kalangan ulama dan salah satu imam dari empat imam yang memiliki madzhab.

Nasab dan Kelahirannya bin Tsabit bin Zuthi (ada yang mengatakan Zutha) At-Taimi Al-Kufi
Beliau adalah Abu Hanifah An-Nu’man Taimillah bin Tsa’labah. Beliau berasal dari keturunan bangsa persi. Beliau dilahirkan pada tahun 80 H pada masa shigharus shahabah dan para ulama berselisih pendapat tentang tempat kelahiran Abu Hanifah, menurut penuturan anaknya Hamad bin Abu Hadifah bahwa Zuthi berasal dari kota Kabul dan dia terlahir dalam keadaan Islam. Adapula yang mengatakan dari Anbar, yang lainnya mengatakan dari Turmudz dan yang lainnya lagi mengatakan dari Babilonia.

Perkembangannya

Ismail bin Hamad bin Abu Hanifah cucunya menuturkan bahwa dahulu Tsabit ayah Abu Hanifah pergi mengunjungi Ali Bin Abi Thalib, lantas Ali mendoakan keberkahan kepadanya pada dirinya dan keluarganya, sedangkan dia pada waktu itu masih kecil, dan kami berharap Allah subhanahu wa ta’ala mengabulkan doa Ali tersebut untuk kami. Dan Abu Hanifah At-Taimi biasa ikut rombongan pedagang minyak dan kain sutera, bahkan dia punya toko untuk berdagang kain yang berada di rumah Amr bin Harits.

Abu Hanifah itu tinggi badannya sedang, memiliki postur tubuh yang bagus, jelas dalam berbicara, suaranya bagus dan enak didengar, bagus wajahnya, bagus pakaiannya dan selalu memakai minyak wangi, bagus dalam bermajelis, sangat kasih sayang, bagus dalam pergaulan bersama rekan-rekannya, disegani dan tidak membicarakan hal-hal yang tidak berguna.
Beliau disibukkan dengan mencari atsar/hadits dan juga melakukan rihlah untuk mencari hal itu. Dan beliau ahli dalam bidang fiqih, mempunyai kecermatan dalam berpendapat, dan dalam permasalahan-permasalahan yang samar/sulit maka kepada beliau akhir penyelesaiannya.

Beliau sempat bertemu dengan Anas bin Malik tatkala datang ke Kufah dan belajar kepadanya, beliau juga belajar dan meriwayat dari ulama lain seperti Atha’ bin Abi Rabbah yang merupakan syaikh besarnya, Asy-Sya’bi, Adi bin Tsabit, Abdurrahman bin Hurmuj al-A’raj, Amru bin Dinar, Thalhah bin Nafi’, Nafi’ Maula Ibnu Umar, Qotadah bin Di’amah, Qois bin Muslim, Abdullah bin Dinar, Hamad bin Abi Sulaiman guru fiqihnya, Abu Ja’far Al-Baqir, Ibnu Syihab Az-Zuhri, Muhammad bin Munkandar, dan masih banyak lagi. Dan ada yang meriwayatkan bahwa beliau sempat bertemu dengan 7 sahabat.

Beliau pernah bercerita, tatkala pergi ke kota Bashrah, saya optimis kalau ada orang yang bertanya kepadaku tentang sesuatu apapun saya akan menjawabnya, maka tatkala diantara mereka ada yang bertanya kepadaku tentang suatu masalah lantas saya tidak mempunyai jawabannya, maka aku memutuskan untuk tidak berpisah dengan Hamad sampai dia meninggal, maka saya bersamanya selama 10 tahun.

Pada masa pemerintahan Marwan salah seorang raja dari Bani Umayyah di Kufah, beliau didatangi Hubairoh salah satu anak buah raja Marwan meminta Abu Hanifah agar menjadi Qodhi (hakim) di Kufah akan tetapi beliau menolak permintaan tersebut, maka beliau dihukum cambuk sebanyak 110 kali (setiap harinya dicambuk 10 kali), tatkala dia mengetahui keteguhan Abu Hanifah maka dia melepaskannya.

Adapun orang-orang yang belajar kepadanya dan meriwayatkan darinya diantaranya adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Syaikh Abul Hajaj di dalam Tahdzibnya berdasarkan abjad diantaranya Ibrahin bin Thahman seorang alim dari Khurasan, Abyadh bin Al-Aghar bin Ash-Shabah, Ishaq al-Azroq, Asar bin Amru Al-Bajali, Ismail bin Yahya Al-Sirafi, Al-Harits bin Nahban, Al-Hasan bin Ziyad, Hafsh binn Abdurrahman al-Qadhi, Hamad bin Abu Hanifah, Hamzah temannya penjual minyak wangi, Dawud Ath-Thai, Sulaiman bin Amr An-Nakhai, Su’aib bin Ishaq, Abdullah ibnul Mubarok, Abdul Aziz bin Khalid at-Turmudzi, Abdul karim bin Muhammad al-Jurjani, Abdullah bin Zubair al-Qurasy, Ali bin Zhibyan al-Qodhi, Ali bin Ashim, Isa bin Yunus, Abu Nu’aim, Al-Fadhl bin Musa, Muhammad bin Bisyr, Muhammad bin Hasan Assaibani, Muhammad bin Abdullah al-Anshari, Muhammad bin Qoshim al-Asadi, Nu’man bin Abdus Salam al-Asbahani, Waki’ bin Al-Jarah, Yahya bin Ayub Al-Mishri, Yazid bin Harun, Abu Syihab Al-Hanath Assamaqondi, Al-Qodhi Abu Yusuf, dan lain-lain.
Penilaian para ulama terhadap Abu Hanifah

Berikut ini beberapa penilaian para ulama tentang Abu Hanifah, diantaranya:
1. Yahya bin Ma’in berkata, “Abu Hanifah adalah orang yang tsiqoh, dia tidak membicarakan hadits kecuali yang dia hafal dan tidak membicarakan apa-apa yang tidak hafal”. Dan dalam waktu yang lain beliau berkata, “Abu Hanifah adalah orang yang tsiqoh di dalam hadits”. Dan dia juga berkata, “Abu hanifah laa ba’sa bih, dia tidak berdusta, orang yang jujur, tidak tertuduh dengan berdusta, …”.
2. Abdullah ibnul Mubarok berkata, “Kalaulah Allah subhanahu wa ta’ala tidak menolong saya melalui Abu Hanifah dan Sufyan Ats-Tsauri maka saya hanya akan seperti orang biasa”. Dan beliau juga berkata, “Abu Hanifah adalah orang yang paling faqih”. Dan beliau juga pernah berkata, “Aku berkata kepada Sufyan Ats-Tsauri, ‘Wahai Abu Abdillah, orang yang paling jauh dari perbuatan ghibah adalah Abu Hanifah, saya tidak pernah mendengar beliau berbuat ghibah meskipun kepada musuhnya’ kemudian beliau menimpali ‘Demi Allah, dia adalah orang yang paling berakal, dia tidak menghilangkan kebaikannya dengan perbuatan ghibah’.” Beliau juga berkata, “Aku dating ke kota Kufah, aku bertanya siapakah orang yang paling wara’ di kota Kufah? Maka mereka penduduk Kufah menjawab Abu Hanifah”. Beliau juga berkata, “Apabila atsar telah diketahui, dan masih membutuhkan pendapat, kemudian imam Malik berpendapat, Sufyan berpendapat dan Abu Hanifah berpendapat maka yang paling bagus pendapatnya adalah Abu Hanifah … dan dia orang yang paling faqih dari ketiganya”.
3. Al-Qodhi Abu Yusuf berkata, “Abu Hanifah berkata, tidak selayaknya bagi seseorang berbicara tentang hadits kecuali apa-apa yang dia hafal sebagaimana dia mendengarnya”. Beliau juga berkata, “Saya tidak melihat seseorang yang lebih tahu tentang tafsir hadits dan tempat-tempat pengambilan fiqih hadits dari Abu Hanifah”.
4. Imam Syafii berkata, “Barangsiapa ingin mutabahir (memiliki ilmu seluas lautan) dalam masalah fiqih hendaklah dia belajar kepada Abu Hanifah”
5. Fudhail bin Iyadh berkata, “Abu Hanifah adalah seorang yang faqih, terkenal dengan wara’-nya, termasuk salah seorang hartawan, sabar dalam belajar dan mengajarkan ilmu, sedikit bicara, menunjukkan kebenaran dengan cara yang baik, menghindari dari harta penguasa”. Qois bin Rabi’ juga mengatakan hal serupa dengan perkataan Fudhail bin Iyadh.
6. Yahya bin Sa’id al-Qothan berkata, “Kami tidak mendustakan Allah swt, tidaklah kami mendengar pendapat yang lebih baik dari pendapat Abu Hanifah, dan sungguh banyak mengambil pendapatnya”.
7. Hafsh bin Ghiyats berkata, “Pendapat Abu Hanifah di dalam masalah fiqih lebih mendalam dari pada syair, dan tidaklah mencelanya melainkan dia itu orang yang jahil tentangnya”.
8. Al-Khuroibi berkata, “Tidaklah orang itu mensela Abu Hanifah melainkan dia itu orang yang pendengki atau orang yang jahil”.
9. Sufyan bin Uyainah berkata, “Semoga Allah merahmati Abu Hanifah karena dia adalah termasuk orang yang menjaga shalatnya (banyak melakukan shalat)”.

Beberapa penilaian negatif yang ditujukan kepada Abu Hanifah
Abu Hanifah selain dia mendapatkan penilaian yang baik dan pujian dari beberapa ulama, juga mendapatkan penilaian negatif dan celaan yang ditujukan kepada beliau, diantaranya :
1. Imam Muslim bin Hajaj berkata, “Abu Hanifah Nu’man bin Tsabit shahibur ro’yi mudhtharib dalam hadits, tidak banyak hadits shahihnya”.
2. Abdul Karim bin Muhammad bin Syu’aib An-Nasai berkata, “Abu Hanifah Nu’man bin Tsabit tidak kuat hafalan haditsnya”.
3. Abdullah ibnul Mubarok berkata, “Abu Hanifah orang yang miskin di dalam hadits”.
4. Sebagian ahlul ilmi memberikan tuduhan bahwa Abu Hanifah adalah murji’ah dalam memahi masalah iman. Yaitu penyataan bahwa iman itu keyakinan yang adal dalam hati dan diucapkan dengan lesan, dan mengeluarkan amal dari hakikat iman.
Dan telah dinukil dari Abu Hanifah bahwasanya amal-amal itu tidak termasuk dari hakekat imam, akan tetapi dia termasuk dari sya’air iman, dan yang berpendapat seperti ini adalah Jumhur Asy’ariyyah, Abu Manshur Al-Maturidi … dan menyelisihi pendapat ini adalah Ahlu Hadits … dan telah dinukil pula dari Abu Hanifah bahwa iman itu adalah pembenaran di dalam hati dan penetapan dengan lesan tidak bertambah dan tidak berkurang. Dan yang dimaksudkan dengan “tidak bertambah dan berkurang” adalah jumlah dan ukurannya itu tidak bertingkat-tingkat, dak hal ini tidak menafikan adanya iman itu bertingkat-tingkat dari segi kaifiyyah, seperti ada yang kuat dan ada yang lemah, ada yang jelas dan yang samar, dan yang semisalnya …
Dan dinukil pula oleh para sahabatnya, mereka menyebutkan bahwa Abu Hanifah berkata, ‘Orang yang terjerumus dalam dosa besar maka urusannya diserahkan kepada Allah’, sebagaimana yang termaktub dalam kitab “Fiqhul Akbar” karya Abu Hanifah, “Kami tidak mengatakan bahwa orang yang beriman itu tidak membahayakan dosa-dosanya terhadap keimanannya, dan kami juga tidak mengatakan pelaku dosa besar itu masuk neraka dan kekal di neraka meskipun dia itu orang yang fasiq, … akan tetapi kami mengatakan bahwa barangsiapa beramal kebaikan dengan memenuhi syarat-syaratnya dan tidak melakukan hal-hal yang merusaknya, tidak membatalakannya dengan kekufuran dan murtad sampai dia meninggal maka Allah tidak akan menyia-nyiakan amalannya, bahklan -insya Allah- akan menerimanya; dan orang yang berbuat kemaksiatan selain syirik dan kekufuran meskipun dia belum bertaubat sampai dia meninggal dalam keadaan beriman, maka di berasa dibawah kehendak Allah, kalau Dia menghendaki maka akan mengadzabnya dan kalau tidak maka akan mengampuninya.”
5. Sebagian ahlul ilmi yang lainnya memberikan tuduhan kepada Abu Hanifah, bahwa beliau berpendapat Al-Qur’an itu makhluq.
Padahahal telah dinukil dari beliau bahwa Al-Qur’an itu adalah kalamullah dan pengucapan kita dengan Al-Qur’an adalah makhluq. Dan ini merupakan pendapat ahlul haq …,coba lihatlah ke kitab beliau Fiqhul Akbar dan Aqidah Thahawiyah …, dan penisbatan pendapat Al-Qur’an itu dalah makhluq kepada Abu Hanifah merupakan kedustaan”.
Dan di sana masih banyak lagi bentuk-bentuk penilaian negatif dan celaan yang diberikan kepada beliau, hal ini bisa dibaca dalam kitab Tarikh Baghdad juz 13 dan juga kitab al-Jarh wa at-Ta’dil Juz 8 hal 450.
Dan kalian akan mengetahui riwayat-riwayat yang banyak tentang cacian yang ditujukan kepada Abiu Hanifah -dalam Tarikh Baghdad- dan sungguh kami telah meneliti semua riwayat-riwayat tersebut, ternyata riwayat-riwayat tersebut lemah dalam sanadnya dan mudhtharib dalam maknanya. Tidak diragukan lagi bahwa merupakan cela, aib untuk ber-ashabiyyah madzhabiyyah, … dan betapa banyak daripara imamyang agung, alim yang cerdas mereka bersikap inshaf (pertengahan ) secara haqiqi. Dan apabila kalian menghendaki untuk mengetahui kedudukan riwayat-riwayat yang berkenaan dengan celaan terhadap Abu Hanifah maka bacalah kitab al-Intiqo’ karya Al-Hafizh Ibnu Abdil Barr, Jami’ul Masanid karya al-Khawaruzumi dan Tadzkiratul Hufazh karya Imam Adz-Dzahabi. Ibnu Abdil Barr berkata, “Banyak dari Ahlul Hadits – yakni yang menukil tentang Abu Hanifah dari al-Khatib (Tarikh baghdad) – melampaui batas dalam mencela Abu Hanifah, maka hal seperti itu sungguh dia menolak banyak pengkhabaran tentang Abu Hanifah dari orang-orang yang adil”
Beberapa nasehat Imam Abu Hanifah
Beliau adalah termasuk imam yang pertama-tama berpendapat wajibnya mengikuti Sunnah dan meninggalkan pendapat-pendapatnya yang menyelisihi sunnah. dan sungguh telah diriwayatkan dari Abu Hanifah oleh para sahabatnya pendapat-pendapat yang jitu dan dengan ibarat yang berbeda-beda, yang semuanya itu menunjukkan pada sesuatu yang satu, yaitu wajibnya mengambil hadits dan meninggalkan taqlid terhadap pendapat para imam yang menyelisihi hadits. Diantara nasehat beliau adalah:
a. Apabila telah shahih sebuah hadits maka hadits tersebut menjadi madzhabku
Berkata Syaikh Nashirudin Al-Albani, “Ini merupakan kesempurnaan ilmu dan ketaqwaan para imam. Dan para imam telah memberi isyarat bahwa mereka tidak mampu untuk menguasai, meliput sunnah/hadits secara keseluruhan”. Hal ini sebagaimana yang dijelaskan oleh imam Syafii, “maka terkadang diantara para imam ada yang menyelisihi sunnah yang belum atau tidak sampai kepada mereka, maka mereka memerintahkan kepada kita untuk berpegang teguh dengan sunnah dan menjadikan sunah tersebut termasuk madzhab mereka semuanya”.
b. Tidak halal bagi seseorang untuk mengambil/memakai pendapat kami selama dia tidak mengetahui dari dalil mana kami mengambil pendapat tersebut. dalam riwayat lain, haram bagi orang yang tidak mengetahui dalilku, dia berfatwa dengan pendapatku. Dan dalam riawyat lain, sesungguhnya kami adalah manusia biasa, kami berpendapat pada hari ini, dan kami ruju’ (membatalkan) pendapat tersebut pada pagi harinya. Dan dalam riwayat lain, Celaka engkau wahai Ya’qub (Abu Yusuf), janganlah engakau catat semua apa-apa yang kamu dengar dariku, maka sesungguhnya aku berpendapat pada hari ini denga suatu pendapat dan aku tinggalkan pendapat itu besok, besok aku berpendapat dengan suatu pendapat dan aku tinggalkan pendapat tersebut hari berikutnya.

Syaikh Al-Albani berkata, “Maka apabila demikian perkataan para imam terhadap orang yang tidak mengetahui dalil mereka. maka ketahuilah! Apakah perkataan mereka terhadap orang yang mengetahui dalil yang menyelisihi pendapat mereka, kemudian dia berfatwa dengan pendapat yang menyelisishi dalil tersebut? maka camkanlah kalimat ini! Dan perkataan ini saja cukup untuk memusnahkan taqlid buta, untuk itulah sebaigan orang dari para masyayikh yang diikuti mengingkari penisbahan kepada Abu Hanifah tatkala mereka mengingkari fatwanya dengan berkata “Abu Hanifah tidak tahu dalil”!.

Berkata Asy-sya’roni dalam kitabnya Al-Mizan 1/62 yang ringkasnya sebagai berikut, “Keyakinan kami dan keyakinan setiap orang yang pertengahan (tidak memihak) terhadap Abu Hanifah, bahwa seandainya dia hidup sampai dengan dituliskannya ilmu Syariat, setelah para penghafal hadits mengumpulkan hadits-haditsnya dari seluruh pelosok penjuru dunia maka Abu Hanifah akan mengambil hadits-hadits tersebut dan meninggalkan semua pendapatnya dengan cara qiyas, itupun hanya sedikit dalam madzhabnya sebagaimana hal itu juga sedikit pada madzhab-madzhab lainnya dengan penisbahan kepadanya. Akan tetapi dalil-dalil syari terpisah-pesah pada zamannya dan juga pada zaman tabi’in dan atbaut tabiin masih terpencar-pencar disana-sini. Maka banyak terjadi qiyas pada madzhabnya secara darurat kalaudibanding dengan para ulama lainnya, karena tidak ada nash dalam permasalahan-permasalahan yang diqiyaskan tersebut. berbeda dengan para imam yang lainnya, …”. Kemudia syaikh Al-Albani mengomentari pernyataan tersebut dengan perkataannya, “Maka apabila demikian halnya, hal itu merupakan udzur bagi Abu Hanifah tatkala dia menyelisihi hadits-hadits yang shahih tanpa dia sengaja – dan ini merupaka udzur yang diterima, karena Allah tidak membebani manusia yang tidak dimampuinya -, maka tidak boleh mencela padanya sebagaimana yang dilakukan sebagian orang jahil, bahkan wajib beradab dengannya karena dia merupakan salah satu imam dari imam-imam kaum muslimin yang dengan mereka terjaga agama ini. …”.
c. Apabila saya mengatakan sebuah pendapat yang menyelisihi kitab Allah dan hadits Rasulullah yang shahih, maka tinggalkan perkataanku.
Wafatnya
Pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah tepatnya pada masa pemerintahan Abu Ja’far Al-Manshur yaitu raja yang ke-2, Abu Hanifah dipanggil kehadapannya untuk diminta menjadi qodhi (hakim), akan tetapi beliau menolak permintaan raja tersebut – karena Abu Hanifah hendak menjahui harta dan kedudukan dari sulthan (raja) – maka dia ditangkap dan dijebloskan kedalam penjara dan wafat dalam penjara.
Dan beliau wafat pada bulan Rajab pada tahun 150 H dengan usia 70 tahun, dan dia dishalatkan banyak orang bahkan ada yang meriwayatkan dishalatkan sampai 6 kloter.
(diambil dari majalah Fatawa)

Daftar Pustaka:
1. Tarikhul Baghdad karya Abu Bakar Ahmad Al-Khatib Al-Baghdadi cetakan Dar al-Kutub Ilmiyah Beirut
2. Siyarul A’lamin Nubala’ karya Al-Imam Syamsudin Muhammad bin Ahmad bin Utsman Adz-Dzahabi cetakan ke - 7 terbitan Dar ar-Risalah Beirut
3. Tadzkiratul Hufazh karya Al-Imam Syamsudin Muhammad bin Ahmad bin Utsman Adz-Dzahabi terbitan Dar al-Kutub Ilmiyah Beirut
4. Al-Bidayah wa an-Nihayah karya Ibnu Katsir cetakan Maktabah Darul Baz Beirut
5. Kitabul Jarhi wat Ta’dil karya Abu Mumahhan Abdurrahman bin Abi Hatim bin Muhammad Ar-Razi terbitan Dar al-Kutub Ilmiyah Beirut
6. Shifatu Shalatin Nabi karya Syaikh Nashirudin Al-Albani cetakan Maktabah Al-Ma’arif Riyadh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan