Khamis, 22 Julai 2010

SAPE YANG KEJAM...HUKUM BUNUH SEBAB DAH SABIT MEMBUNUH....AGAR YANG LAIN TAK MEMBUATNYA...ITU MORALNYA@PENGAJARAN...IA JUGA DAPAT MERASA KEMATIAN ITU

NEGARA

Kempunan ziarah bapa sakit


BEBERAPA ahli keluarga Nor Ilya Nabila sedih ketika hendak menuntut mayat mangsa di HPRZ II, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Misteri penemuan mayat seorang remaja perempuan di Sungai Bagan, Tok Bok, Machang dalam keadaan kakinya terikat pada sebatang pokok dan berbogel kelmarin akhirnya terungkai apabila dia telah dikenalpasti oleh ahli keluarganya semalam.

Nor Ilya Nabila Rosnata, 19, dari Tunjong dekat sini dikenal pasti oleh ibunya, Sarbanum, 40-an, yang datang membuat pengecaman di Bilik Mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) malam semalam bersama beberapa ahli keluarga lain.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota itu telah dilaporkan hilang oleh Sarbanum di Balai Polis Nilam Puri selepas mangsa tidak pulang ke rumah sejak Jumaat lalu.

Difahamkan, sebelum kehilangannya itu, mangsa dikatakan telah keluar untuk melawat bapanya, Rosnata, 40-an yang sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian akibat barah dengan menaiki sebuah motosikal bersama teman lelakinya.

Ahli keluarga mangsa ketika ditemui di HRPZ II enggan ditemubual kerana masih bersedih dan terperanjat dengan kejadian itu.

Bagaimanapun, datuk mangsa, Hamid Daud (gambar), 65, berkata, mereka sekeluarga bertekad untuk membuat pengecaman sebaik menonton berita di televisyen pada pukul 8 malam kelmarin.

Katanya, sebaik menonton berita tersebut, hatinya menjadi tidak tenteram kerana khuatir mangsa yang ditemui itu ialah cucunya.

"Kekhuatiran saya ada asasnya apabila beberapa jam selepas itu saya menerima panggilan daripada ahli keluarga lain mengatakan mayat remaja perempuan itu ialah Nor Ilya Nabila.

"Saya sudah lama tidak berjumpa dengan cucu saya itu kerana hubungan kami sekeluarga tidak begitu mesra lantaran masing-masing sibuk dengan kerja," cerita bekas pegawai penjara itu ketika ditemui.

Semalam Kosmo! melaporkan misteri menyelubungi penemuan mayat seorang remaja perempuan apabila dia ditemui tanpa identiti dan dalam keadaan berbogel dengan kesan tikaman di dada kiri pada pukul 1.15 petang oleh seorang pemikat burung di situ.


NEGARA

Mayat bogel ditemui terikat


ANGGOTA polis mengangkat mayat seorang remaja perempuan yang ditemui tanpa pakaian di Machang semalam.


MACHANG - Misteri menyelubungi mayat seorang remaja perempuan apabila dia ditemui tanpa identiti dan dalam keadaan berbogel dengan kesan tikaman di dada kiri di Sungai Bagan, Pulai Chondong dekat sini petang semalam.

Ketika ditemui mangsa yang dipercayai berusia sekitar 20-an berada dalam keadaan tertiarap dan terapung di permukaan sungai berkenaan dengan kaki kanannya diikat pada sebatang pokok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, mayat itu ditemui oleh seorang penduduk yang ingin memikat burung pukul 1.15 petang.

Bagaimanapun menurutnya, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat mangsa walaupun pakaiannya ditemui kira-kira 250 meter dari tempat kejadian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan