Rabu, 21 Julai 2010

MACAM LAWAK...BOLEH CUBA...SAPE PULAK BN...TINGGAL MIC DAN MCA DLL PARTI KECILLAH JADI BN...MACAM TAK BAPE NAK JADI...BAGI ALLAH TAK DE YG MUSTAHIL

Nasrudin ajak Umno sertai Pakatan Rakyat
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Julai: Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan mengajak Umno menyertai Pakatan Rakyat jika benar ingin memperjuangkan perpaduan di negara ini dan bukannya PAS bersama-sama Umno dalam Barisan Nasional. [Image]Ia berbeza sama sekali dengan nada laporan yang dibuat Utusan di muka depan akhbar Umno itu hari ini yang membayangkan seolah-olah Ketua Pemuida PAS itu setuju bersatu dengan Umno dalam BN. Dalam laporannya hari ini, Utusan telah memetik tulisan Nasrudin itu dan melaporkannya dengan tajuk "Umno, PAS perlu pelan damai".

Namun akhbar itu sangat tidak beretika apabila memetik tulisan Nasrudin tetapi menukar istilah yang digunakan Nasrudin. (Gambar: Ada niat jahat dalam laporan akhbar ini apabila menukar petikan asal dengan petikan yang direka dan diubah suai..lihat gambar atas (Utusan) dan gambar bawah (tulisan dalam blog Nasrudin)

Dalam laporannya, Utusan menggunakan istilah Nasrudin mengajak Umno menyertai Pakatan Pembangkang tetapi yang digunakan Nasrudin adalah Pakatan Rakyat.[Image]

"Maka, apalah salahnya jika kini UMNO pula mengambil giliran dan langkah serupa seperti dulunya PAS pernah menyertai Perikatan demi penyatuan melayu Islam di era Tun Abdul Razak [ Lagi pun pemimpin UMNO kini yang beria - ia benar mahukan penyatuan ] .

"Kini di era YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pulalah menghulur tangan, sanggup dan sedia bersama PAS menyertai Pakatan Rakyat memperjuangkan Islam dan bangsa melayu Islam agar kita dapat membina sebuah negara yang aman, makmur, sejahtera, adil, telus, saksama tanpa sebarang pertelagahan atau persengketaan yang merugikan ummat Islam dan bangsa Melayu itu sendiri.

"Kerana saya melihat masa depan negara adalah bersama dengan Pakatan Rakyat dan seluruh parti yang ikhlas serta jujur membangunkan negara berasaskan nilai keadilan dan kesejahteraan yang diajar oleh Islam," tulis Nasrudin dalam blognya namun diputar belit oleh Utusan.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub juga bersetuju, jika benar Umno mahukan perpaduan, Umno perlu menyertai Pakatan Rakyat bersama PAS, PKR dan DAP.

Ini kerana, PAS pernah berpengalaman menyertai BN dan ditendang keluar oleh parti assobiyah Melayu itu.

[Image]Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin menyifatkan laporan Utusan hari ini sebagai lambang Umno terlalu 'desparate' (terlalu terdesak).

"Saya rasa cukuplah dengan usaha & artikel perpaduan UMNO-PAS. Cerita pg1 Utusan hari ini nampak macam kita desperate sangat," kata Khairy dalam laman komuniti Twitternya. (Gambar: Laporan muka depan Utusan yang disifatkan terdesak oleh Khairy)

Pandangan Khairy disokong oleh AJK PAS Pusat, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin ketika membalas twitter Khairy itu.

"mbnizar @Khairykj : Dear YB, u are definitely right. It looks too bad for UMNO. Y PAS? Y not other malays in PKR,sab/sar,ngo etc.spt hidung tak..."

(YB, awak sangat tepat. Ia dilihat terlalu buruk untuk Umno. Kenapa PAS? Kenapa tidak Melayu dalam PKR, Sabah/Sarawak, NGO dll. Seperti hidung tak...") Sementara itu, pelbagai pihak melihat, apa yang dibuat oleh Umno dan medianya sekarang dalam isu perpaduan ini adalah strategi serampang dua mata. Jika PAS menolak kerjasama dengan Umno bermakna PAS jahat di mata orang Malayu yang tidak memahami isu ini kerana menolak usaha ke arah perpaduan. Namun begitu, jika PAS menerima atau positif dengan ajakan Umno bermakna PAS sudah khianati rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat dan akan menyebabkan orang bukan Melayu khasnya akan menolak PAS. Atas dasar itu, alasan yang terbaik kini adalah menerima perpaduan yang diminta Umno tetapi bersama-sama dalam Pakatan Rakyat yang dilihat lebih adil kerana tidak ada lebih besar dalam Pakatan Rakyat. Ia berbeza dengan susunan Barisan Nasional (BN) yang meletakkan Umno adalah abang besar dan yang lain-lain adalah pengikut sahaja.


Khairy sedar Umno tiada masa depan lagi
Mohd Rashidi Hasan
Mohd Rashidi Hassan

'TIADA angin tiada ribut'. Tiba-tiba sahaja Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar membuat pengumuman bahawa beliau sedang menimbangkan untuk tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya.

Ketika ditanya lanjut oleh agendadaily, laman portal pro-Umno, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, "Pada waktu ini saya lebih cenderung kepada mengosongkan jawatan selepas satu penggal. Walaupun belum muktamad lagi, tapi I am seriously considering."

Khairy menafikan beliau merajuk, tetapi beliau mahu memberi peluang kepada orang-orang baru. Katanya, walaupun usia baru mencecah 36 tahun, namun tiga penggal dalam pemuda sudah terlalu lama. Beliau menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan dalam tempoh dua tahun.

Namun, Khairy mengakui bahawa 'politic is a big boy’s game. Its not child’s play'. Juga beliau akui tiada perlunya bersikap terlalu idealistik atau terlalu berharap.

Mengapa agaknya Khairy bersikap sebegini? Apakah baru sekarang beliau sedar, beliau tidak diperlukan dalam Umno dan tidak berpeluang dilantik menganggotai Kabinet?

Tindakan Khairy ini mencetuskan andaian. Mungkin juga ia satu usaha beliau menarik simpati, sambil memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, melantik duduk dalam kerajaan, dalam suatu rombakan yang dijangka akan dilakukan dalam waktu yang terdekat ini.

Walaupun pelantikan jawatan dalam Kabinet merupakan perogatif PM, namun Khairy ada hak kerana beliau dalam Ketua Pemuda Umno. Tambahan pula Naib Ketuanya sudah dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Malah pesaing yang tewas dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno juga sudah dilantik jadi Timbalan Menteri. Beliau 'habuk pun tak ada'.

Selepas setahun lebih Najib mengambil alih jawatan PM dari bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Khairy masih tidak diberi peluang dalam kerajaan.

Tanpa jawatan dalam kerajaan, Khairy sukar untuk bergerak. Beliau tidak ada platform untuk meraih sokongan juak-juak dan kroni. Beliau tiada bajet untuk 'membela' kroni.

"Dulu masa dia Naib Ketua dia ada bajet besar, maklumlah masa tu bapa mertua dia PM. Orang kata masa tu kalau Hisham (Dato' Seri Hishammuddin Hussein) lawat bahagian, bawa 30K (RM30 ribu), dia akan cover balik dengan 70K (RM70 ribu).

"Sebab tu dia dapat pencalonan besar sebagai Ketua," kata seorang bekas Ketua Pemuda Umno bahagian kepada penulis.

Penulis pun tidak dapat memastikan sama ada dakwaan pemuda Umno ini benar atau tidak, wallahua'lam. Tetapi yang pasti Khairy disabitkan dengan kesalahan mengamalkan politik wang.

Beliau didapati bersalah, tetapi dilepaskan dengan amaran. Nak tahu banyak mana, kena tanya Jawatankuasa Disiplin Umno.

Apa pun, amalan 'membela' kroni dalam Umno adalah perkara biasa dalam sebuah parti yang mengamalkan politik wang. Setiap kali pembesar turun ke bahagian, maka 'bergayut-gayutlah' juak dan kroni menanti habuan.

Untuk seseorang pemimpin menaburkan habuan kepada juak dan kroni, mereka harus mempunyai jawatan tinggi dalam kerajaan ataupun menjadi pengarah kepada berpuluh-puluh buah syarikat milik kerajaan.

Maka dalam keadaan Khairy tidak berjawatan, dalam keadaan sekarang beliau dijangka tidak mampu untuk 'maintain' juak dan kroni. Jika adapun yang boleh dihulur, barangkali tidaklah selebat dahulu.

Isunya di sini, bukan soal memberi peluang kepada orang baru, hakikat sebenarnya yang Khairy tidak harus sembunyikan ialah sebaik sahaja Abdullah melepaskan jawatan PM, masa depannya dalam Umno sudah terlalu gelap.

Khairy tidak harus lupa bagaimana beliau dan bapa mertuanya 'disumpah-seranah' dengan teruknya oleh ahli-ahli Umno akibat kekalahan besar Umno-BN pada PRU ke-12, 8 Mac 2008.

Memang tidak patut diletakkan kesalahan kepada Abdullah dan Khairy, yang ditolak rakyat bukannya mereka berdua sahaja, tetapi Umno dan Barisan Nasional keseluruhannya.

Tetapi Umno tidak mahu mengakui hakikat ini. Mereka mahu mencari 'kambing hitam'. Abdullah sudah menjadi mangsa. Kali ini giliran Khairy pula. Orang-orang Umno tidak akan 'duduk diam' selagi Khairy tidak 'dihapuskan'.

Umno mengamalkan pemusatan kuasa. Ketika Abdullah berkuasa, semua orang mahu jadi orang Abdullah. Cantas mencantas berlaku. Pelantikan anggota Kabinet, malah Menteri Besar pun harus 'orang Pak Lah'.

Pendek kata, sesiapa yang menjadi PM dan Presiden Umno ketika itu, ianya adalah era dia 'beraja dan bertakhta' dalam Umno dan kerajaan.

Pemusatan kuasa dalam Umno ini, dilakukan sejak zaman Mahathir memerintah.

Kali ini zaman Najib berkuasa, orang-orang Abdullah, anak beranak, penyokong dan kroni yang melakukan onar dalam tempoh Abdullah berkuasa, harus dibersihkan. Kecuali mereka-mereka yang menjadi 'talam dua muka' dan golongan yang 'mencari makan' dalam Umno.

Oleh itu, dalam keadaan sekarang sukar untuk Najib melantik Khairy dalam Kabinet selagi 'musuh sebenar' beliau, Tun Mahathir Mohamad masih hidup.

Mungkin juga Najib hendak beri peluang kepada Khairy, tetap beliau mungkin tidak akan tahan apabila 'orang tua' itu mula membebel.

Maka dengan sebab itu Khairy tiada pilihan lain. Sama suka atau tidak beliau terpaksa melepaskan jawatan sama ada sampai dua tahun atau tidak, bergantung kepada keadaan.

Antara sebab yang mendorong beliau mengundurkan diri, pertama, sebab beliau tidak dilantik dalam Kabinet. Pengaruh Mahathir begitu besar dalam hidup Najib sehingga menyukarkan beliau membuat keputusan.

Kedua, jika ada pemilihan Ketua Pemuda, barangkali beliau tidak mendapat pencalonan yang mencukupi. Waktu pemilihan merupakan kesempatan terbaik bagi musuh untuk 'menghapuskan hayat politik' beliau dan gesaan untuk beliau meletakkan jawatan sudah kedengaran dalam Pemuda Umno sekarang.

Ketiga, oleh kerana akan tiada jawatan, tiada pengaruh lagi, mungkin juga menjelang PRU ke-13, beliau tidak dicalonkan semula untuk kerusi Parlimen Rembau.

Dan keempat, barangkali Khairy sedar bahawa Umno sudah tiada masa depan. Umno-BN ibarat 'tongkang pecah' menanti hendak karam. Oleh itu sebelum beliau tenggelam bersama Umno-BN, baik dia berundur dahulu.

Apa pun Khairy sebenarnya bernasib baik kerana, beliau dapat bertahan lebih lama daripada Abdullah. Kalau diikutkan kehendak Mahathir dan musuh-musuhnya, mereka mahu kedua mertua menantu itu merudum sama-sama.

Dalam keadaan Abdullah sudah kehilangan kuasa, Khairy ibarat 'anak ayam kehilangan ibu'. Beliau tiada tempat bergantung, tidak dikehendaki dalam Umno. Berada dalam situasi sebegini amat menyukarkan beliau untuk melaksanakan tugas Ketua Pemuda Umno.

Masalah yang menimpa Abdullah dan Khairy, tidak harus dilihat dalam aspek yang terpencil. Pemerintahan Abdullah mencetuskan banyak persepsi negatif terhadap beliau, keluarga dan kroni. Ia harus dijadikan iktibar buat semua yang pernah berkuasa.

Semua pemimpin politik harus mengambil iktibar. Sesiapa pun yang berada di tampuk kuasa, atau pernah digelandangi dengan kekuasaan, tidak harus dilihat tamak, bongkak dan mementingkan diri, keluarga serta kroni.

Hakikatnya, kita harus sedar bahawa kekuasaan, kekayaan dan pengaruh, bukan milik kita selamanya.

Ambillah pengajaran dari firman Allah (mafhumnya):

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."(Surah Ali Imraan, ayat 26)

Semua pihak yang berseteru dalam Umno, sama ada Mahathir atau Khairy, atau sesiapa sahaja harus sedar bahawa, Umno-BN sudah tiada masa depan dalam negara.

Trend pada waktu ini, masa depan rakyat Malaysia adalah bersama Pakatan Rakyat.

Untuk Umno, mereka boleh berebut jawatan, mereka boleh tumbangkan semua orang-orang Abdullah, mereka boleh melakukan pembersihan sesuka hati dalam Umno kerana Najib berkuasa.

Buatlah apa pun, sebelum Umno-BN 'dibersihkan' oleh rakyat pada PRU ke-13 nanti



Lebih baik berpecah dari derhaka kepada Allah
Harakahdaily

TEMERLOH, 21 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, itu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah.

Dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada Harakahdaily, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mempersoalkan, apakah apa yang dibuat oleh Umno sekarang untuk perpaduan bangsa atau Islam.

Beliau dipercayai mengulas usaha yang dibuat oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang cuba mengheret PAS agar bersatu dengan Umno atas landasan untuk kepentingan Melayu dan Islam.

Ia dilihat sebagai usaha untuk menyelamatkan Umno yang sedang karam dan cuba untuk menyeret PAS ke arah permasalahan itu.

"Isu perpaduan Melayu kembali bergema. Kali ini ianya melibatkan usaha golongan agama (Mufti) dan kepimpinan Umno," tulis Tuan Ibrahim dalam kenyataannya.

Pelbagai komentar dan pandangan dari pelbagai pihak diambil bagi menyokong usaha perpaduan Melayu ini; sekaligus seolah-olah sesiapa yang tidak inginkan perpaduan Melayu adalah golongan yang bertindak bertentangan dengan kehendak Islam.

Menurutnya, pelbagai ayat Quran dan hadis bergema bagi menyokong usaha ini.

“Sebagaimana biasa PAS menjadi sasaran bilamana dengan tegas menolak hasrat perpaduan dengan Umno,” katanya.

“Isu besar ialah apakah untuk perpaduan bangsa atau perpaduan Islam. Kalau perpaduan bangsa; kenapa hanya Melayu perlu berpadu, bagaimana bangsa lain dalam negara. Apakah kerajaan suka kalau bangsa lain berpecah yang juga akhirnya melemahkan negara,” kata Tuan Ibrahim, bekas pensyarah pengajian Islam UITM itu.

“PAS Menyatakan dengan tegas kita perlu bersatu di atas landasan yang digariskan oleh Allah; iaitu “Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”.

“Lantaran itu PAS lebih rela melayu berpecah dalam mentaati perentah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah,” kata beliau.

PAS, katanya, tidak akan merelai perpaduan bagi mendokong tindakan yang bertentangan dengan Islam yang ditaja oleh Umno.

“Mereka sanggup menghalalkan perjudian di atas nama kebajikan dan sukan, serta pelbagai penyelewengan. Di saat rakyat tenderita dengan tekanan hidup akibat kenaikan kos hidup, rakyat melihat Umno gagal menjaga bangsa dan agama, maka jangan kegagalan ini disalahkan PAS,” tambah beliau.

Katanya, di saat rakyat menderita dengan tekanan hidup akibat kenaikan kos hidup, rakyat melihat Umno gagal menjaga bangsa dan agama, maka jangan kegagalan ini disalahkan PAS kerana lebih 50 tahun Umno diberi kepercayaan oleh orang melayu Islam.

“Umno membelakangkan soal perpaduan; kelantan terus ditindas bahkan negeri Pakatan Rakyat terus diserang saban waktu. Tangan kiri mengholor perdamaian, tangan kanan terus menekan dan menindas bangsa sendiri.

“Kami tidak mahu memikul pengkhianatan UMNO kepada agama. 50 tahun negara ini tidak pernah merasai berjalannya hukum Allah secara menyeluruh, riba rasuah, pusat maksiat berleluasa sehingga remaja seolah-olah tiada hala tuju,” katanya.

Rakyat miskin, katanya, terus dibeban dengan kenaikan kos hidup; di waktu yang sama syarikat swasta kroni pemerintah terus menikmati subsidi luas biasa seperti IPP (Independent Power Producers).

Syarikat konsesi tol pula tidak dipotong subsidi mereka bahkan pembaziran terus berleluasa.

“Di saat negara berada dalam situasi paling buruk dalam sejarah dengan pelbagai isu besar spt penyerahan Blok L,M kepada Brunei, Tanah KTM di Singapura, Isu kemerosotan dana Felda yang mengejutkan, serta pelbagai gejala social yang berlaku menuntut rakyat membuat perubahan besar; bukan meminta PAS memikul sama kemungkaran ini,” tegas beliau

Kerana pasir Umno Selangor pecah?
Salhan K Ahmad
Jul 21, 10
4:37pm

Persaingan di kalangan pemimpin Umno Selangor dalam mengutarakan isu pasir kini dilihat semakin ketara, terutama di antara kem penyokong Datuk Seri Khir Toyo dan Datuk Noh Omar.

Kedua
-dua pihak dilihat saling ke hadapan dalam mengutarakan isu kecurian pasir yang kian membelenggu pentadbiran Selangor di bawah Pakatan Rakyat, namun usaha ini berlangsung secara berasingan dan tidak secara bersepadu.

Pada 11 Julai lalu, Khir yang juga ketua pembangkang DUN Selangor, bertindak membawa media ke kawasan melombong pasir di kawasan Kampung Bukit Changgang di daerah Dengkil.

Kemudiannya, pada 14 Julai pula, Noh pula memberi kenyataan kepada media selepas meninjau aktiviti pengeluaran pasir, dengan menaiki helikopter di sekitar Dengkil, Kuala Langat dan Batang Berjuntai.

Khir, pada malam semalam pula bertindak membawa beberapa orang penulis blog untuk meninjau satu kawasan perlombongan pasir di Kuala Selangor sehingga jam 1 pagi.

Kalangan penulis blog pro-Umno ini dikatakan tidak begitu menyukai Noh - yang juga timbalan ketua perhubungan Umno Selangor - yang pernah mencemuh golongan blogger sebagai kumpulan "musang berbulu ayam."

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Khir bagaimanapun menafikan wujudnya persaingan antara mereka dan menyifatkan hubungan mereka kini dalam keadaan baik.

'Membesar bersama'

"Saya membesar sekali dengan beliau di satu kampung. Takkanlah kami hendak bergaduh.

"Saya sebagai pemimpin di peringkat negeri, Datuk Noh di peringkat persekutuan. Apabila dia pun (jalankan usaha sama), ini seolah-oleh memberi sokongan kepada usaha kita," jelasnya.

Persaingan antara kedua pemimpin ini mula dilihat susulan daripada cadangan untuk membolehkan jawatan pengerusi perhubungan Umno di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat diserahkan semula kepada pemimpin tempatan.

Jawatan pengerusi perhubungan Umno akan melayakkan penyandangnya dilantik sebagai menteri besar, sekiranya parti tersebut kembali menguasai negeri berkenaan dalam pilihan raya umum akan datang.

Cadangan itu disuarakan seorang naib presidennya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi - dengan tujuan memulihkan kembali kekuatan parti di Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Pada masa ini, jawatan tersebut disandang oleh pemimpin tertinggi Umno. Di Selangor, jawatan tersebut dipegang presidennya sendiri, Datuk Seri Najib Razak, Terengganu (Datuk Seri Hishammuddin Hussein), Pulau Pinang (Ahmad Zahid), Kedah (Datuk Shafie Apdal) dan Wilayah Persekutuan (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

Khir bagaimanapun menegaskan, Umno Selangor menyokong Najib sepenuhnya sebagai ketua Umno Selangor dan aturan tersebut tidak seharusnya ditukar.

"D
i negeri lain saya tidak tahulah, tapi Selangor menyokong sepenuhnya Datuk Najib sebagai pengerusi perhubungan.

"(Najib) menjalankan tugas dengan baik. Umno Selangor selesa dengan (aturan) ini dan kita minta Datuk Najib kekalkan," katanya yang juga ketua Umno bahagian Sungai Besar.

Tambahnya, beliau bagaimanapun menyerahkan kepada keputusan majlis tertinggi Umno yang bermesyuarat petang ini sama ada untuk memutuskan sebaliknya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan