Dzulfikar Mashoor |
SHAH ALAM, 23 Julai: Projek pembinaan Terminal Bas Shah Alam di Batu Tiga akan dinilai semula oleh Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), kata Khalid Samad. Menurut Ahli Parlimen Shah Alam itu, Majlis Bandaraya Shah Alam pada era Umno BN memerintah Selangor telah meluluskan projek tersebut tanpa terlebih dahulu mendapatkan maklum balas rakyat tempatan. "Benda (projek terminal bas) telahpun ditender, kita pun tak tahu kecuali selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTENS) meminta konsultan yang MBSA membentangkan semula," katanya pagi tadi di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam, di sini. "Menteri Besar minta dinilai semula projek dalam mesyuarat MTES dua minggu lalu dan MBSA sendiri menjemput saya untuk mempengerusikan mesyuarat, tetapi tak panggil-panggil lagi.” Ujarnya, ahli majlis MBSA yang dilantik oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat turut tidak diberitahu secara jelas tentang status projek bernilai RM40 juta itu. "Dia hanya panggil ahli-ahli majlis MBSA, dia kata projek ini sudah dibuat dan sekadar makluman saja," ujarnya. Difahamkan tanah tersebut terlebih dahulu dibeli oleh seorang pemimpin Umno negeri, sebelum dibeli semula oleh MBSA untuk dibina terminal bas. Namun, berdasarkan maklum balas yang diterima daripada orang tempatan, beliau berkata, lokasi tersebut adalah tidak sesuai untuk menampung trafik 60 bas seperti yang dicadangkan. Sehubungan itu, beliau mencadangkan tapak kilang arak Carlsberg dijadikan sebagai tapak baru terminal bas tersebut. "Antara yang menarik adalah kita pindah kilang Carlsberg ke Pulau Indah dan bina stesen bas di sana," ujar beliau memetik satu pandangan menarik pengunjung blognya. |
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Sabtu, 24 Julai 2010
KESIAN ORANG PULAU INDAH....PORT KLANG/WEST PORT....ADANYA KILANG ARAK YANG PINDAH DARI S.ALAM
Bina terminal bas di tapak kilang arak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan