Zulkifli Sulong | |||||||
SHAH ALAM, 23 Julai: Umno Selangor kini berada dalam kebimbangan ekoran maklumat yang mengatakan sudah hampir pasti BN akan hilang enam kerusi Dun jika pilihan raya umum diadakan dalam suasana sekarang. (Gambar: Keputusan pilihan raya lalu di Selangor)
Majlis munaqasah atau perbincangan itu, diadakan oleh semua PAS negeri untuk membincangkan ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam muktamar lalu. Semalam, ketika menulis dalam blognya, Khalid menggesa PAS bertindak tegas terhadap pemimpinnya yang mengadakan pertemuan dengan mufti Perak itu. Sebelum ini, Harussani mendedahkan terdapat pemimpin Umno dan PAS yang menemuinya berhubung usaha mewujudkan kerjasama antara kedua-dua parti Melayu itu. Setakat ini, isu pertemuan yang didedahkan Harussani itu masih menjadi misteri apabila mufti veteran itu memilih tutup mulut berhubung perkara itu. Bagaimanapun tersebar di laman-laman blog dan menjadi buah mulut di kalangan pemimpin akar umbinya bahawa pemimpin yang dimaksudkan ialah pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali. Dr Hasan yang juga exco kerajaan negeri sendiri setakat ini belum tampil mengesah atau menafikan dakwaan itu. Khalid yang selesai penggantungannya sebagai anggota biro politik PAS hujung bulan ini berkata, perkara itu juga akan dibangkitkan dalam mesyuarat biro berkenaan selepas ini. 'Lebih baik dia bersatu sekarang' "Kalau benar, saya akan buat aduan kepada jawatankuasa pusat PAS kerana ini dikira melanggar keputusan muktamar," katanya yang juga yang dipertua (YDP) PAS Shah Alam. "Bagi saya lebih baik orang seperti ini bersatu dengan Umno sekarang daripada bersatu tiga hari sebelum hari mengundi (dalam pilihan raya)." "Tanya dialah. Saya tidak boleh hendak mengesahkannnya," katanya sambil menegaskan penyatuan dengan Umno tidak boleh berlaku kerana kedua parti tersebut mempunyai dasar yang berbeza. "Ahli PAS Melayu dan Islam. Ahli Umno Melayu dan Islam. Tetapi kedua-duanya mempunya dasar yang berbeza," katanya. Sementara itu, Khalid juga menjelaskan dalam munaqashah parti itu yang bakal dihadiri oleh kesemua wakil PAS kawasan di Shah Alam hujung minggu ini, beliau menjangkakan isu persediaan menghadapi pilihan raya mungkin dibangkitkan sekali lagi. "Kalau ikut 'bahasa badan' Umno, nampak macam pilihan raya tak lama dah," kata pemimpin PAS yagn terkenal dengan kelantangann itu. Menurutnya, dalam membincangkan persediaan bagi tujuan itu, kemungkinan idea supaya pembubaran DUN Selangor tidak dilakukan serentak dengan parlimen akan dibincangkan. "Kalau berjaya (jadi kenyataan), kita mungkin lihat trend baru, ikut (pilihan raya DUN) Sarawak," katanya Henti bercakap isu kerjasama UMNO-Pas: Dr Haron Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din secara peribadi berkata, kerjasama hanya terlaksana sekiranya UMNO b:ersedia mempertimbangkan untuk melakukan perubahan terhadap dasar. :“Jangan buang masa bercakap perkara yang tak akan kemana-mana, sebaliknya kedua-dua pihak (Pas dan UMNO) harus memberi tumpuan kepada apa yang diperkatakan itu. :“Umat Islam khususnya orang Melayu memang perlu kepada penyatuan ummah, tetapi perkara itu perlu bermula dari akar umbi termasuk seluruh lapisan pemerintah dan dasar pemerintahan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. :Beliau berkata, dasar dalam pemerintahan UMNO pada masa kini perlu diubah kepada lebih baik kerana tiada dasar yang lebih sempurna selain daripada dasar Islam. :“Kita tetap dengan dasar yang sama dan tidak akan mengubahnya. Kalau mereka mahuka:n kerjasama terlaksana dengan segera, pertimbangkan dan ubah dasar dengan segera. :“Kita sedia maklum, jika umat Islam khususnya bangsa Melayu disatukan, kita yakin akan menjadi satu kelompok yang paling kukuh untuk perpaduan umat. Jadi, utamakan dasar dahulu sebelum memikirkan untuk bersatu,” katanya. :Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa enggan mengulas lanjut mengenai isu kerjasama itu. :“Apa yang penting sekarang, semua pihak perlu bekerjasama menumpukan perhatian kepada usaha membangunkan Malaysia,” katanya |
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Jumaat, 23 Julai 2010
JANGAN BERANGAN2 SAJA...PENENTUAN DARI ALLAH..USRAH2 TU HIDUPKAN...MAJLIS PENGAJIAN DATANG...JANGAN AHLI BUAT MUNGKAR...
Umno bakal hilang 6 kerusi di Selangor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan