HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Jumaat, 18 Jun 2010
tak kenal maka tak cinta 19
Akhir2 ni orang lebih nampak dan mengejar yang zahir lagi nyata dari yang ghaib atau terselindung ....mungkin ada mengatakan agak abstark@kabur yang ghaib ini.Ini berlaku kerana kita tidak kenal Allah dan belajar Islam...tidak hadir ke majlis pengajian atau asyik mengejar dunia semata2 dengan tujuan untuk menunjuk2 siapa lebih hebat dan kaya raya.Baik segi harta maupun ilmu.
Sebenarnya kita tertipu dengan syaitan yang begitu licik mengoda dan memainkan peranan untuk menjahanamkan kita.Sasaran utama syaitan sudah tentu orang ahli2 agama@alim...supaya cita2nya mudah tercapai.Apabila gulungan ini sesat hala tujunya.Maka orang awam lebih mudah untuk disesat.Contoh...apabila gulungan ini sibuk menghimpun kekayaan dan ilmu serta hidup penuh kemewahan sudah tentu ia menjadi ikutan bagi orang awam.Kerana mereka idola dan penentu halal atau haram.
Contoh lebih mudah...jika anak kahwin ustaz@ustazah pun ada cara bersanding,majlis bercampur lelaki perempuan,ditambah muzik yang terlarang.Maka sudah tentu jadi dalil nyata perkara itu dibolehkan.Pernah kita dengan hebat pakar motivasi itu bercakap tentang Islam dan taqwa serta mengatakan sanding itu haram.Tiba2 anaknya kahwin acara sanding itu diadakan.Ini yang dikatakan cakap tak serupa bikin.
Masa ini Islam@ayat quran serta hadis senjata ampuh untuk melariskan perniagaan.Hukum hudud tenggelam atau takut dibicarakan...Memang undang2 itu ada tapi kalau undang2 ada tapi tiada dikuatkuasakan benda itu tidak berhasil apa2.Berbalik kita kepada ISLAM yang digunakan untuk melariskan perniagaan,ini kerana orang awam telah mula minat pada Islam serta inginkan yang halal serta nak jauhkan yang haram pada makanan dan minuman.
Cuma mereka@kita terlepas pandang dalam halal haram pada berpakaian,pergaulan,bernegara serta bermuamalat dll.Inilah peranan yahudi dan nasrani untuk mengelirukan umat Islam.Baikot makanan dan barangan yahudi tetapi filem2nya tetap ditonton dan digemari.Payah... jika jiwa kita masih kotor serta malas menambah amalan2 sunat...lagi teruklah orang yang meninggalkan amalan wajib.
Mereka sibuk berlumba2 mencari wang,berjenis bentuk cara untuk mendapatkan wang....ratusan ringgit malah ada ribuan ringgit sehari.Adakah ia mengkaji sumber itu halal atau haram...atau bagaimana ia dihasilkan.Kerana mereka@yahudi/nasrani tahu seketul daging yang terjadi dari sumber yang haram...maka haram jugalah untuk masuk syurga.Kalau begitu mudah cari duit....tak payah belajar tinggi2...tutup saja universiti2 yang ada.....
Hanya kita belajar bagaimana nak mengandakan wang...hingga jadi jutawan.Memang tak mustahil boleh jadi jutawan tapi yang halallah tiada penindasan dan penipuan....kalau dah semua jadi jutawan siapa pula hendak buat kerja2 buruh atau setaraf dengannya.Janganlah kita nampak yang zahir sahaja...kereta mewah,banglo dan segala mak nenek yang setaraf dengannya kita belasah saja cara mendapatkan kekayaan itu.Dengan menipu@putarbelit dsbnya.
Kalau kita lihat orang kaya@jutawan yang ada sekarang pun bermula dari perniagaan kecil dahulu.Kecuali kekayaan itu dari hasil komesin.Itu sendiri fikirlah dan jawablah.Siapa tak nak kaya atau tak nak duit...tapi biarlah kita dapat dengan cara yang halal dan sumbernya pun halal.Kita nak masuk syurga tapi buat amalan ahli neraka.Mana boleh...
Kaya dah kaya...tapi kena ....fikir2lah hari tua kita,berkedut,sakit@lemah dan hari kita mati@mampus...semua tu akan tinggal...fikir2lah bila berada didalam tanah dimakan cacing...gelap-gulita dan mungkin seksaan sedang menunggu.....
Tak mati....tak kan tak mati dah ramai yang mati kita tunggu sajalah giliran kita.Padang mahsyar kena fikir2kan juga....jangan fikir duit serta kekayaan semata2...fikir zahir sahaja memang yang ghaib lupa...
Siapakah yang melalaikan....syaitanlah....atau Allah tidak beri taufik dan hidayah sebab telah banyak melakukan kemungkaran ....inilah bala yang paling berat....bila Allah tidak pandang kita dengan RahmatNYA....bertaubatlah....berubahlah....asyik cakap berubah pada kaya kenapa tak berubah taat pada Allah....kaya mana pun kita atau hebat mana ilmu kita serta tinggi mana pangkat kita..... tak boleh mengatasi Kekuasaan Allah.....kata mudah ....bolehkah kita menghalang dari mati....fikir2kanlah....
contoh dari berita di akhbar.....
Jurujual penipu sasar isteri peneroka Felda
SEREMBAN - Jurujual yang berniaga barangan dari pintu ke pintu, kini beralih ke kawasan tanah rancangan Felda di Negeri Sembilan untuk memperdayakan isteri peneroka.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Hashim Rusdi berkata, jurujual terbabit menumpu di Felda kerana masyarakat bandar yang sebelum ini menjadi sasaran mula sedar mengenai taktik penipuan golongan itu.
"Mereka tidak menipu banyak, hanya RM50 setiap rumah, tetapi kalau 100 rumah, jumlah yang diperoleh sudah cukup banyak.
“Dengan berpakaian kemas dan petah bercakap, jurujual terbabit mudah jalankan penipuan mereka kerana operasi dijalankan semasa peneroka keluar bekerja di ladang,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Pengguna Bestari Daerah Rembau anjuran Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini, hari ini.
Hashim mengingatkan suri rumah di tanah rancangan Felda yang ditipu supaya membuat aduan menerusi saluran betul seperti Biro Pengaduan Awam.
"Cerita penipuan ini kerap kali didedahkan di akhbar tetapi orang ramai enggan jadikannya sebagai pengajaran. Itu belum lagi aduan mengenai sindiket skim cepat kaya yang pernah jadikan peneroka di Felda LBJ sebagai mangsa,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan