Selasa, 29 Jun 2010

SEKARANG MEMANG BANYAK BARANG TIRUAN....KADANG2 DICAMPUR DENGAN BAHAN ASLI AGAR DAPAT UNTUNG LEBIH....CUMA SUKAR KITA BUKTIKAN...

Hati-hati beli produk tradisional pil Poh Chai tiruan - Dr. Ismail

KUALA LUMPUR 28 Jun - Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika membeli produk pil Poh Chai selepas pihak berkuasa kesihatan Hong Kong mengesan produk tiruan menggunakan jenama tersebut dan mengandungi racun diclofenac di negara itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, produk dari kelompok 21214 itu didapati berbeza dari aspek pembungkusan dan warna pil yang lebih gelap berbanding produk asal.

''Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Malaysia telah mendaftarkan satu produk yang dikilangkan oleh Li Chung Shing Tong, Hong Kong dengan nama Poh Chai Pills yang digunakan secara tradisional untuk melegakan demam, selesema, cirit-birit, muntah dan sakit perut,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Katanya, diclofenac merupakan sejenis ubat penahan sakit yang mendatangkan kesan-kesan sampingan seperti gangguan gastro usus termasuk sakit gastrik, loya, muntah-muntah, ulser peptik dan pendarahan.

"Diclofenac adalah racun yang disenaraikan dalam Jadual Pertama di bawah Akta Racun 1952 dan hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau ahli farmasi," tegasnya.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang awam supaya berwaspada ketika membeli produk tersebut dan memastikan ia adalah produk tulen melalui pelekat hologram yang didapati pada produk berkenaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan