Khamis, 24 Jun 2010

ALLAH SAJE YG TAHU...JIKA LEPAS DIDUNIA...JIKA BERSALAH AKHIRAT TAK LEPAS....TUNGGU JE....TAPI KDG2 DIDUNIA ALLAH BALAS...

Pelajar RMC mati dipercayai dibuli senior
Salhan K Ahmad & Zulaikha Zulkifli
Jun 24, 10
4:41pm

Seorang pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (RMC) Sungai Besi di Kuala Lumpur meninggal dunia awal pagi ini dipercayai dibuli dan didera oleh pelajar senior maktab itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supt Abdul Rahim Hamzah Othman berkata siasatan awal mendapati wujud unsur jenayah dalam kes kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16.

"Kita akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan masih menunggu laporan bedah siasat untuk tindakan selanjutnya," katanya.

"Kita dapati ada elemen jenayah berlaku, itu kita sedang siasat. Kita tengah kenal pasti siapa bertanggungjawab. Kita belum dapat maklumat itu.

"Setakat ini, kita belum buat tangkapan (suspek) lagi," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Tambahnya, satu laporan polis telah dibuat oleh pihak tentera di Balai Polis Sungai Besi pada jam 2 pagi ini.

"Dalam laporan itu, dia mengadu (allahyarham) pengsan kemudian dibawa ke hospital di dalam kem dan mereka lakukan (pertolongan cemas) CPR.

"Kemudian apabila mangsa disahkan meninggal dunia, mereka buat laporan polis. Bila kita dapat laporan barulah kita pergi ke dalam kem," katanya lagi.

Tambahnya, jenazah pelajar tersebut kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) oleh anggota polis.

Dalam satu kenyataan petang ini, Kementerian Pertahanan menyebut bahawa mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, meninggal dunia antara jam 11.30 malam tadi dan 1.20 pagi ini, disebabkan "satu kejadian."

Mohammad Naim Mustaqim disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi.

"Kenyataan tersebut telah disahkan oleh Komandan MTD," menurut kenyataan itu lagi yang dihantar melalui Unit Komunikasi Korporat kementerian berkenaan.

"Lembaga siasatan telah ditubuhkan untuk mengenal pasti punca dan sebab kejadian ini berlaku.

"Sementara itu, beberapa orang (pelajar) yang dikenalpasti bersama-sama dengan allahyarham sebelum itu, telah dipanggil bagi membantu siasatan.

"Untuk keperluan dalaman ATM, Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) dari Cawangan Provos Marsyal (CPM) juga telah diarahkan untuk melaksanakan siasatan susulan," kenyataan itu dipetik.

Sementara itu, pegawai perhubungan awam RMC, Mejar Zunizam Zainuddin memberitahu Malaysiakini, jenazah Mohammad Naim Mustaqim akan diterbangkan dengan pesawat tentera ke Butterworth.

Katanya, dari situ, jenazah allahyarham akan dibawa ke Baling, untuk dikebumikan.


Jenazah pelajar RMC yang didera dikebumikan
Jun 25, 10 9:50am
Jenazah pelajar Maktab Tentera Diraja (RMC) Sungai Besi, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, yang meninggal dunia awal pagi semalam dipercayai dibuli dan didera pelajar senior maktab itu, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Baru, Siong di Baling, malam tadi.

Jenazah pelajar itu tiba di rumah keluarga bapanya di Kampung Baru jam 8.15 malam dari Pulau Pinang dan dikebumikan pada pukul 9.15 malam.

Urusan sembahyang jenazah dilakukan di rumah keluarga berkenaan.

Ibu mangsa Fauziah Abd Wahab, 45, beberapa kali pengsan sebaik mayat anak sulung dari tiga beradik itu tiba dengan van jenazah di rumah mereka.

Sem
entara itu, bapa saudara pelajar berkenaan, Fadzil Ismail, 41, ketika ditemui media berkata keluarga mereka menyerahkan kes itu kepada polis untuk siasatan lanjut.

Beliau yang bercakap bagi pihak keluarga berkenaan berkata mereka tidak dimaklumkan kejadian sebenar yang berlaku terhadap Mohammad Naim.

"Kami tidak mahu membuat sebarang andaian, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk bertindak dan menyiasat apa yang berlaku," katanya.- Bernama


Kes RMC: Polis tahan 5 pelajar senior

Polis menahan lima pelajar tingkatan lima Maktab Tentera Diraja (RMC) berhubung kes kematian seorang pelajar tingkatan empat maktab itu awal pagi semalam, dipercayai akibat dibuli dan didera pelajar senior.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supt Abdul Rahim Hamzah Othman, lima pelajar senior itu diserahkan oleh pihak tentera kepada pihak polis jam 6.30 petang semalam.

Pelajar yang meninggal dunia itu dikenali sebagai Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri (kiri). Dia dilaporkan meninggal dunia antara jam 11.30 malam tadi dan 1.20 pagi semalam.

Laporan mengenai kejadian itu dibuat oleh pihak tentera di Balai Polis Sungai Besi pada jam 2 pagi semalam.

Dalam laporan itu, allahyaham pengsan dan kemudian dibawa ke hospital di dalam kem dan diberi pertolongan cemas CPR.

Kemudian apabila mangsa disahkan meninggal dunia, pihak tentra membuat laporan polis.

Jenazah pelajar malang itu kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) oleh anggota polis....


komen..jgn de sikap kesian pada yang bersalah...kerana mereka sendiri tiada sikap kesian...lepas watpe...hukum Allah tetap sampai...tunggu sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan