Ahad, 20 Jun 2010

KERJA KITA MENCARI...MANA PERANAN PUSAT ZAKAT DAN KEBAJIKAN MASYARAKAT....ZAKAT DICARI DAN DIMINTA...BILA BAB MEMBERI..... PENERIMA KENA CARI....

NEGARA

Merempat di bangsal demi anak OKU


JAMIL bersama anaknya berbasikal di Pekan Rabu, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Tidak semua insan bergelar bapa mampu menjalani kehidupan yang sempurna dan menggembirakan meskipun usia sudah mencecah separuh abad.

Itulah nasib Jamil Jaafar, 50, apabila terpaksa berpindah-randah bersama anak tunggalnya, Rohani, 5, yang mengalami penyakit Sindrom Down sejak dilahirkan.

Kehidupan getir itu bermula sebaik sahaja isterinya, Rokiah Ahmad, meninggal dunia akibat penyakit jantung berlubang, kira-kira lima tahun lalu.

Lebih memilukan, Rokiah yang ketika itu berusia 33 tahun, meninggal dunia kira-kira seminggu selepas melahirkan anak istimewa itu.


INILAH bangsal usang tempat berteduh Jamil dan anaknya yang terletak dekat Masjid Al-Guffran, Alor Setar, Kedah. Gambar kecil Masjid Al-Guffran.


Menurutnya, sejak itu dia tidak dapat bekerja kerana terpaksa menjaga anaknya.

Katanya, kesempitan wang menyebabkannya terpaksa keluar dari rumah sewanya di Tandop dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Hari ini dia menjadikan sebuah bangsal usang berdekatan Masjid Al-Guffran, Akar Peluru di sini sebagai tempat berteduh.

“Sebelum ini saya kerja di kilang baja di Tandop dan isteri kerja kilang di Sungai Petani. Saya tak boleh kerja pasal nak jaga anak.

“Sekarang ini saya duduk di masjid di Akar Peluru kerana tak mampu bayar sewa rumah di Tandop,” ceritanya ketika ditemui Kosmo Ahad! semalam.




TUGAS AMIL@PUSAT ZAKAT....MENGUTIP ZAKAT....BUAT KIRA2 KUTIPAN ZAKAT....SERTA MENGAGIH2KAN ZAKAT....TU DAPAT 1/8 ATAS KERJANYA ITU....AMIK LEBIH SATU 1/8
SOK JAWAB DIHADAPAN ALLAH....APA XMATI2 KE...INGAT KITA DIAMANAH...BUKAN HARTA KITA...CARA KENA IKUT FEQAH ISLAM....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan