Rabu, 30 Jun 2010

DIAMANAHKAN_KHIANAT_NI SEMUA DUIT PUNYA PASAL

'Kami mahu tunaikan wasiat arwah datuk'



2010/06/30

GEORGETOWN: Seorang orang kurang upaya (OKU) dan abangnya memfailkan saman terhadap 10 individu dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), membabitkan penjualan tanah wakaf yang sepatutnya didirikan sebuah surau tetapi dikomersialkan tanpa kebenaran keluarga mereka.

Saman itu difailkan melalui peguam Tetuan Khairil & Co, Mohd Shafie Ismail di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, semalam dengan diiringi lima ahli keluarga dua beradik terbabit.


Dua beradik itu iaitu Laldin dan Tajudin Zainal Abidin mendakwa ibu dan bapa saudaranya mengetahui mengenai pewakafan sebidang tanah (30 kaki x 40 kaki) di Barat Daya seperti diwasiatkan datuk mereka iaitu Allahyarham Md Hanif K Batcha, tetapi menjualnya kepada pihak luar.


Dalam tuntutan, mereka mahu mahkamah mengisytiharkan sebahagian daripada hartanah itu adalah tanah wakaf untuk tapak surau yang didakwa pembeli hanya sebuah rumah sedangkan melalui surat datuk mereka, jelas sekali ia adalah surau.


Tajudin berkata, mereka mahu mahkamah mengeluarkan satu perintah kepada tujuh pembeli supaya mewartakan sebahagian daripada hartanah itu untuk tujuan pembinaan surau.


MAIPP juga memberi penjelasan punca masalah ini boleh berlaku dan mengesahkan perintah seperti dipohon berhubung dengan pewakafan tanah wakaf yang diwasiatkan oleh simati.


“Kami berharap akan mendapat keadilan dan hak untuk mendapatkan kembali tanah wakaf itu untuk menunaikan wasiat datuk, ini adalah tanah wakaf dan ia tidak boleh dibuat main kerana itu adalah permintaan arwah datuk,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan