Isnin, 28 Jun 2010

ADAKAH CUKUP DENGAN TAUBAT...HUKUM ISLAM TERLEPAS..TAK MUNGKINKE IA BERLAKU LAGI CUMA TAK DIRAKAM JE, TAK DE NAS ORG BERTAUBAT SYAITAN TAK GODA LAGI

DUNIA

Rakan-rakan doakan Ariel bertaubat


Ariel


JAKARTA - Berpuluh-puluh orang peminat penyanyi terkenal Indonesia, Ariel berdoa supaya dia bertaubat atas kesalahan yang dilakukannya ekoran skandal video seks melibatkan dirinya dengan dua wanita mirip pengacara popular Cut Tari dan Luna Maya, lapor sebuah akhbar semalam.

Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham kini ditahan polis di sebuah pejabat polis di sini atas dakwaan sebagai suspek dalam kes penyebaran klip video seks itu.

"Kami berdoa supaya Ariel akan kembali ke jalan yang benar. Nama pun manusia, pasti ada salahnya," kata salah seorang peminatnya, Uji ketika ditemui di Muzium Nasional, Jakarta.

Menurut Uji, mereka juga berdoa agar Ariel akan kembali aktif dalam industri muzik.

Para peminat band Peterpan mengenali Ariel melalui lagu-lagunya.

Walaupun kecewa apabila mengetahui Ariel ditahan polis, mereka tetap menyokong kekasih Luna Maya tersebut. - Agensi



DUNIA

Luna sakit, polis soal bekas isteri Ariel


ARIEL


JAKARTA – Kes video seks melibatkan lelaki mirip penyanyi kumpulan Peterpan, Nazriel Irham atau Ariel dilihat semakin menarik kerana ia dikatakan bukan sahaja melibatkan teman-teman wanitanya, malah mereka yang pernah mendapat tempat di dalam hidupnya sebelum ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Bekas isteri Ariel, Sarah Amalia turut disoal siasat oleh pihak polis Indonesia.

Sebagai bekas isteri, polis berharap dapat mengetahui tentang tabiat Ariel yang gemar merakamkan aksi intimnya.

Sebelum ini terdapat khabar angin bahawa Sarah turut terlibat dalam salah satu koleksi video seks Ariel yang kini berada dalam tahanan polis.

Sewaktu ditanya oleh wartawan semalam, Sarah hanya berpaling tanpa menghiraukan pertanyaan tersebut.

“Jadi, adakah benar Ariel gemar merakam adegan seksnya?” tanya seorang wartawan.

“Saya tidak mahu sahkan. Hari ini cuma soal siasat biasa sahaja,” kata Sarah sebaik selesai menjalani sesi soal siasat selama tiga jam semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, pelakon terkenal, Luna Maya dilaporkan sakit akibat tertekan dengan kes tersebut. Atas sebab itu, dia gagal menghadirkan diri ke sesi soal siasat yang telah dijadualkan oleh pihak polis.

“Ya, Luna sakit. Siapa yang tidak tertekan dengan kes ini,” kata seorang peguam Luna Maya.

Sehingga kini, Luna masih dianggap sebagai seorang saksi dalam kes video seks Ariel.

Indonesia kini heboh dengan pengedaran dua klip video seks lelaki mirip Ariel dengan dua wanita seperti Luna Maya dan pengacara Cut Tari. – Agensi



DUNIA

Polis sah klip seks Ariel-Bunga Citra tidak benar


BUNGA CITRA LESTARI dan suaminya.


JAKARTA - Polis Indonesia mengesahkan klip video yang kononnya memaparkan adegan seks antara penyanyi Ariel dengan aktres Bunga Citra Lestari sebagai gosip dan didapati tidak benar, lapor beberapa akhbar semalam.

Ketua Badan Siasatan Jenayah Polis, Komisioner Jeneral Ito Sumardi membuat pengesahan itu ketika ditemui wartawan-wartawan tempatan di ibu pejabat pasukan komando polis di Kelapa Dua, Depok, Jawa Barat dekat sini semalam.

Katanya, mereka telah menjalankan siasatan terperinci termasuk melakukan pencarian kemungkinan klip itu tersebar dalam bentuk cakera video digital (VCD) seperti dilaporkan media sebelum ini termasuk di Manado, Sulawesi Utara.

"Saya sudah lihat semua (VCD) itu," kata Ito.

Beberapa akhbar melaporkan penyebaran VCD bertajuk Penelusuran Tribun Manado yang menunjukkan seorang wanita yang dikatakan mirip Bunga Citra bersama Ariel dijual secara meluas di Manado pada harga 60,000 rupiah (RM21) sekeping.

Indonesia sebelum ini gempar dengan klip video memaparkan adegan seks lelaki mirip Ariel dari kumpulan popular Peterpan dengan wanita seperti pelakon Luna Maya dan Cut Tari sebelum dia ditahan polis kerana melanggar undang-undang pornografi.

Bunga Citra, 27, yang pernah popular menerusi lagu Aku Dan Dirimu telah mengahwini seorang pelakon Malaysia, Ashraf Sinclair pada 8 November 2008. - Agensi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan