Herman Shamsuddin | |||||||
Seorang teman meyampaikan kepada saya bahawa perletakan jawatan Pengarah Radio IKIM, Ir Ahmad Jais Alias berkuatkuasa 1 Mac lalu bukanlah perletakan jawatan yang sukarela. Bernama pada 19 Januari telah menyiarkan berita bahawa beliau akan meletakan jawatan setelah berkhidmat selama setahun dua bulan bermula pada 1 Januari 2009. Memang pelik kenapa beliau letakan jawatan secara tiba-tiba walhal baru berkhidmat setahun jagung. Beliau dikatakan telah diberikan tekanan oleh pihak atasan bagi meletakan jawatan berikutan tindakannya menjemput Presiden PAS bagi menyertai Muzakarah Pakar anjuran IKIM pada 21 Januari lepas. Muzakarah itu diadakan bagi membincangkan isu nama Allah dan Tun Abdullah turut hadir bersama bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Sebelum ini juga, beliau turut dikatakan mengunakan kedudukannya bagi menjemput beberapa Ustaz-ustaz PAS untuk menjadi penceramah dan memberikan kuliah agama di Radio IKIM. Ya! mereka hanya beri kuliah agama, bukan ceramah politik. Pendengar Radio IKIM boleh jadi saksi. Ekoran dari tindakan beliau yang tidak disenangi itu, gaji beliau ditahan, elaun dan bayaran claim beliau turut tidak dibayar. Jika melawat laman web IKIM, nama beliau juga sudah dikeluarkan walaupun baru 4 hari beliau letak jawatan. Tiada sebarang majlis perpisahan diadakan untuk beliau dan akhirnya beliau kembali menjadi orang dagang walhal kehadirannya selama setahun di IKIM telah banyak memberikan perubahan besar kepada imej dan rating Radio IKIM. Memang tidak logik, dalam keadaan ekonomi yang gawat ini beliau yang baru setahun dua bulan bekerja dengan IKIM mahu letakan jawatan tanpa sebab. Lain la kalau beliau mendapat tawaran jawatan yang lebih baik. Ada juga logiknya. Kini Ahmad Jais dilaporkan menjadi penceramah bebas dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Selepas 'perletakan jawatan' beliau, dikhabarkan bahawa beberapa slot ceramah yang kebanyakannya disampaikan oleh Ustaz-ustaz PAS akan disusun semula dan dimansuhkan perlahan-lahan. Beberapa DJ dan kakitangan juga dikatakan menerima tekanan yang sama agar mereka meletakan jawatan. Berita dan cerita ini tersebar luas di IKIM dan pendengar setia Radio IKIM pasti mahu mencari jawapannya. Tidak sepatutnya beliau dipecat jika alasan Politik sedangkal itu digunakan. Beliau sebagai seorang yang berilmu telah mengunakan kedudukannya bagi meletakan orang-orang yang berilmu tanpa mengira apa jua parti untuk kebaikan masyarakat. penyingkirannya adalah satu kezaliman! Saya yakin, IKIM akan menafikan cerita ini. Tapi kebenaran itu tidak akan dapat disembunyikan sampai bila-bila. Nota : Beliau akan berforum dipentas PAS esok di Seremban, harap boleh hadir beri sokongan: ini jawapan dari pihak ikim...harap maklum
DARI MALAYSIA KINI
Sehubungan itu, IKIM menafikan dakwaan bahawa Ahmad diminta meletak jawatan kerana dikatakan menjemput presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghadiri muzakarah berhubung isu Allah. Muzakarah anjuran IKIM itu bertajuk 'Terjemahan God sebagai Allah: Mengenal pasti pokok permasalahan dan penyelesaiannya' dan berlangsung pada 21 Januari lalu di dewan besar institut tersebut. Dalam satu kenyataan hari ini, ketua pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata Ahmad tidak ada kena mengena dengan jempuatan Abdul Hadi. Sebaliknya, kata Nik Mustapha beliau selaku ketua pengarah IKIM sendiri yang menjemput presiden PAS itu menghadiri muzakarah tersebut. Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai menjawab surat pembaca di Harakahdaily yang mendakwa Ahmad diminta meletak jawatan kerana kehadiran Abdul Hadi di muzakarah tersebut. Penulis surat pembaca tersebut ialah Herman Shamsudin yang juga setiausaha penerangan PAS pusat. Beliau turut menyiarkan surat itu dalam blognya sejak semalam. Mengulas lanjut, Nik Mustapha berkata bahawa jemputan kepada presiden PAS itu dibincangkan oleh beliau selaku ketua pengarah IKIM dengan pengerusi IKIM, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Menurutnya, cadangan menjemput Abdul Hadi untuk menghadiri muzakarah itu dipersetujui oleh Abdullah. "IKIM menegaskan di sini bahawa Tuan Ir Ahmad Jais Alias, mantan pengarah Radio IKIM secara sukarela meletak jawatan berkuatkuasa 1 Mac 2010 dan bukan didesak oleh IKIM," kata Nik Mustapha. Menurutnya, surat peletakan jawatan Ahmad, telah dihantar kepadanya (Nik Mustapha) pada 28 Januari lalu. Malah, katanya, beliau selaku ketua pengarah telah memanggil Ahmad secara peribadi dan memberi tempoh 24 jam untuk menarik balik peletakan jawatan tersebut. "Namun beliau tidak berbuat demikian dan telah menghantar memo kepada ketua pengarah IKIM pada 3 Februari, memaklumkan hasratnya untuk meletak jawatan. "Semua surat dan bukti peletakan jawatan itu disimpan dengan baik oleh pihak IKIM bagi tujuan rekod," katanya. Sehubungan itu, katanya, IKIM memandang serius usaha pihak tertentu untuk menjejaskan nama baik IKIM dengan dakwaan bahawa Ahmad telah didesak meletak jawatan kerana kehadiran presiden PAS di muzakarah berkenaan. "IKIM sebagai institusi ilmu dan penyelidikan akan meneruskan peranannya meningkatkan kefahaman Islam di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam. INI CITE DIZALIMI Disula guna batang mopOleh Sarah Zulkifli, Amir Abd Hamid dan Mohd Firdaus Ibrahim am@hmetro.com.my 2010/03/06 KUALA LUMPUR: Dua anggota tentera bukan saja dibelasah beramai-ramai lebih sejam, malah diseksa ‘hidup-hidup’ sebelum disula menggunakan batang mop oleh sekumpulan lima askar senior ketika menjalani hukuman tatatertib di sebuah kem tentera di sini. Malah, kumpulan senior terbabit yang juga tahanan di tempat sama layak digelar ‘geng samseng’ kerana membuli mangsa tanpa perikemanusiaan dengan memukul dan menendang mereka sesuka hati. Difahamkan, perbuatan itu dilakukan senior terbabit sejak 23 Februari lalu apabila mangsa dan rakannya dimasukkan ke bilik tahanan berkenaan kerana melakukan kesalahan disiplin.
“Siapa sanggup dipergunakan sebegitu. Jika saya tidak patuh arahan, mereka akan membelasah saya dan rakan tanpa perikemanusiaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
LAGI Maut ditikam lepas solat JumaatOleh Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my 2010/03/06 PENGKALAN CHEPA: Babak pertengkaran beberapa individu selepas menunaikan solat Jumaat membawa tragedi memilukan apabila seorang daripadanya maut ditikam dalam kejadian di depan sebuah masjid di Taman Uda Murni di sini, semalam. Kejadian jam 2 petang itu, menyebabkan mangsa yang juga seorang bekas kontraktor, Ruslim Ab Rahman, 52, cedera parah di leher sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).Bagaimanapun, usaha menyelamatkan mangsa gagal selepas disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan sebelum mayatnya dihantar ke bilik mayat hospital untuk bedah siasat. Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku selepas mangsa bertengkar dengan beberapa individu di hadapan Masjid Al-Taqwa, Taman Uda Murni, dekat sini, selepas menunaikan solat Jumaat.
TAK LOK BERI PEKERJA YANG BEGINI Amah sewel dera bayi EjaOleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Ramlah Zainal anbia@hmetro.com.my 2010/03/06 KUALA LUMPUR: Malang berganda menimpa artis jelita, Siti Shahrizah Saifuddin, 37, atau Eja, apabila dia bukan hanya dibekalkan pembantu rumah sewel yang gemar mencederakan diri sendiri, malah bayinya yang baru berusia enam bulan turut dicederakan amah terbabit. Lebih mengharukan, pembantu rumah warga Indonesia terbabit didakwa sering berkelakuan aneh apabila gemar menoreh perabot dan perkakas dalam rumah artis itu menggunakan pisau dipercayai akibat masalah jiwa kronik yang dihadapinya.
Menurutnya, dia tidak hanya membayar RM6,200 yang disyaratkan pihak agensi, malah turut membayar gaji pendahuluan pembantu rumah itu yang dihantar pulang ke kampung halaman amah berkenaan di Sumatera, Indonesia.
“Saya langsung tidak sedar bila Susie melarikan diri, namun rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kelibatnya keluar melalui pintu rumah.
lagi Ucapan arwah jadi petandaOleh MOHAMAD YATIM LATIP am@hmetro.com.my 2010/03/07 MELAKA: “Petang sebelum kejadian, arwah adik saya memberitahu, malam ini (kelmarin) pasti hujan lebat. Tak sangka apa diucapkannya petanda keluarga kami dihujani air mata apabila dia pergi buat selama-lamanya,” kata Noriman Nizam Tukiman, 26, abang kepada Muhamad Edeyka, 21, yang maut dalam kemalangan di Taman Union, Klebang Kecil, di sini, malam kelmarin. REMUK... keadaan motosikal Muhamad Edeyka selepas kemalangan. Mangsa menunggang motosikal di depan sambil diekori Hassan.
“Saya berkejar ke arah anak saudara saya yang ketika itu masih bernafas. Saya kemudian meminta bantuan orang kampung tetapi ketika berpatah balik saya lihat pemandu kenderaan terbabit melarikan diri,” katanya.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 4 Mac 2010
TAK LOK CAMNI...INGAT! DOA ORANG DIZALIM MUSTAJAB SERTA TIADA HIJAB
Pengarah Radio IKIM didesak 'Letak Jawatan' kerana panggil Presiden PAS Muzakarah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan