Isnin, 8 Mac 2010

PERKARA2 INI SEMUA HARAM DALAM ISLAM.....

DUNIA

Rompakan judi ala filem Hollywood


IMEJ sebuah stesen televisyen menunjukkan beberapa peserta melihat sekumpulan perompak melakukan serbuan pada satu pertandingan poker di Hotel Grand Hyatt, Berlin kelmarin.


BERLIN - Sekumpulan lelaki bertopeng yang bersenjatakan senapang Kalashnikov, bom tangan dan parang menyerbu satu pertandingan poker di Hotel Grand Hyatt, Berlin, Jerman dan melarikan wang tunai AS$1.1 juta (RM3.69 juta).

Rompakan itu mirip satu adegan dalam filem Hollywood, Ocean's Eleven lakonan George Clooney dengan aksi mereka disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

Laman perkongsian klip video, YouTube turut menyiarkan aksi mereka sedang merompak itu.

Dalam rakaman video itu, peserta-peserta pertandingan poker tersebut sedang melihat kad masing-masing sebelum permainan mereka tiba-tiba terjejas disebabkan oleh bunyi tingkap kaca dipecahkan dan orang ramai menjerit.

Ratusan peserta itu dan kakitangan pertandingan kemudian melarikan diri.

Jurucakap polis, Carsten Mueller berkata, empat perompak itu memaksa pekerja-pekerja pertandingan menyerahkan wang sebelum mereka melarikan diri.

"Sebahagian orang cedera apabila mereka panik dan melarikan diri," katanya.

Pada satu rakaman video, seorang pengawal terpaksa melepaskan seorang perompak yang telah ditangkap apabila seorang daripada kumpulan perompak itu mengacukan parang ke arahnya.

Bekas bintang tenis terkenal, Boris Becker merupakan antara peserta pertandingan tetapi dia telah meninggalkan tempat kejadian semasa rompakan bermula.

Sebanyak 400 peserta menyertai pertandingan itu yang menawarkan hadiah AS$1 juta (RM3.36 juta). - Agensi



TAK JADI



Perlumbaan bogel dibatalkan


BEBERAPA wanita memakai pakaian getah dalam perlumbaan luncur salji di bandar Oberwiesenthal, Jerman kelmarin.


OBERWIESENTHAL, Jerman - Satu perlumbaan kereta luncur salji yang menampilkan peserta dalam keadaan bogel telah dibatalkan kelmarin.

Namun, pihak penganjur di bandar Oberwiesenthal, Jerman menggantikan perlumbaan bogel itu dengan mensyaratkan peserta memakai pakaian kulit dan getah.

Sebelum ini pegawai-pegawai di bandar tersebut tidak membenarkan peserta berbogel semasa menyertai perlumbaan kereta luncur salji. - AFP


LAGI


DUNIA

Cheryl merah padam


CHERYL


LOS ANGELES - Muka selebriti Cheryl Cole menjadi merah padam apabila seorang rakan lelakinya mendedahkan bahawa beliau tanpa malu berjalan dalam keadaan separuh bogel di belakang pentas, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi yang ditipu suaminya, Ashley Cole yang merupakan bintang bola sepak England, kelihatan dalam keadaan tertekan ekoran keruntuhan rumah tangganya apabila beliau bertindak memarahi peminat dan menangis teresak-esak di Lapangan Terbang Heathrow kelmarin.

Namun, pengadil program realiti televisyen, X Factor, Danish Soulshock, mendedahkan bahawa Cheryl melalui hari-hari hidupnya dengan keadaan sangat pedih.

Walaupun pahit, penyanyi kumpulan Girls Aloud itu tetap memberikan persembahan terbaik ketika melakukan persembahan pertamanya selepas berpisah dengan Ashley.

Produser muzik yang bekerjasama dengan Cheryl di Los Angeles dalam pembikinan album solonya berkata, penyanyi yang berusia 26 tahun itu menghabiskan masa selama satu jam berbual-bual di dalam bilik persalinan.

"Dia berada dalam keadaan yang sangat bersemangat. Dia kelihatan berada dalam keadaan baik dan fantastik," kata Soulshock.

"Saya katakan bahawa saya benar-benar lihat dia berada dalam keadaan baik.

"Dia kelihatan sangat kasual di dalam biliknya. Dia memakai sehelai pakaian mandi. Namun apa yang saya lihat sangat mengujakan," katanya.

Menurutnya, dia pernah bekerjasama dengan beberapa artis yang menjalani masalah peribadi tetapi mereka tidak mampu mengatasinya seperti Cheryl.

"Saya bersama dengannya beberapa kali dan dia (Cheryl) kelihatan tidak seperti bersedih.

"Malah, di Los Angeles seminggu lalu, dia tidak bercakap mengenai Ashley," tambahnya.

Penyanyi itu berpisah dengan Ashley yang merupakan pemain kelab bola sepak Chelsea selepas suaminya itu didapati menipu berhubung skandalnya dengan beberapa wanita.

Baru-baru ini, pihak media mendedahkan bahawa seorang model pernah mendapat mesej dan gambar kurang sopan yang didakwa dihantar oleh Ashley. - Agensi


lagi




Cara tidak bertamadun”

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar tindakan sesetengah pemimpin politik yang mendedahkan keburukan pemimpin lain di khalayak umum apabila bertindak keluar parti.

Menurutnya, pemimpin yang beretika seharusnya menggunakan pendekatan yang lebih rasional seperti menggunakan saluran dalaman seperti mengemukakan sidang tergempar bagi melantik pemimpin baru.

“Ini cara tidak tamadun, rasa bangga dapat melakukan perkara itu, kata (Datuk Seri) Anwar topeng, orang yang tolak Islam dan ambil kebangsaan itu adalah topeng, kenapa sebut nama Anwar saja, ini memalukan kita (orang Melayu),” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Jumaatnya di sini semalam.

Nik Aziz berkata demikian sebagai mengulas tindakan Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mendedahkan kepincangan dalam Parti Pakatan Rakyat (PKR), membabitkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila keluar dari parti itu dan menjadi wakil rakyat bebas.

Zahrain turut berkata, Anwar adalah topeng raksasa sehingga mampu memperdayakan ahlinya supaya melupakan kata-katanya yang pernah menggelar Nik Aziz sebagai ulama terompah.

:Terbaru, Zahrain mendedahkan nama lapan Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti ke PKR bagi menjayakan rancangan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September 2008.

Dalam masa sama, Menteri Besar Kelantan itu berkata, masyarakat dan parti bukan Melayu kini sedang memerhati cara orang Melayu berpolitik yang jelas tidak menunjukkan etika yang betul.

Beliau mahu rakyat mencontohi cara berpolitik pemimpin MCA kerana mereka memilih dan menjatuhkan seseorang pemimpin melalui pemilihan di peringkat dalaman parti.

“Orang Cina tengah perhatikan dunia politik orang Melayu, mereka (MCA) juga bermasalah, bertengkar dengan dua bekas presiden, tapi tak da apa (yang bermasalah),” katanya.

Dalam pada itu Nik Aziz dalam ceramahnya menyeru rakyat Kelantan beramai-ramai menyertai perarakan di Terengganu hari ini anjuran badan bukan kerajaan (NGO) bagi menyerahkan memorandum tuntutan royalti minyak kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menurutnya, beliau tidak menyertai rombongan tersebut kerana mempunyai urusan lain dan menyerahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa untuk mengetuai perarakan tersebut.


lagi



Dua didakwa rompak, perkosa suri rumah



2010/03/13

JOHOR BAHRU: Dua lelaki dipercayai suspek utama kes rompak dan rogol seorang suri rumah di Kangkar Pulai, baru-baru ini, diheret ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua pertuduhan membabitkan kesalahan rogol serta melakukan seks luar tabii terhadap mangsa.

Tertuduh pertama, S Aramagam, 29, yang juga bapa lima anak, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Aliman Musri.


Berdasarkan pertuduhan pertama, Aramagam didakwa merogol wanita berusia 26 tahun itu di sebuah rumah di Jalan Palas 15, Taman Teratai, Kangkar Pulai di sini, antara jam 6 hingga 7 pagi 28 Februari lalu.


Berikutan kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(C) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.


Manakala bagi pertuduhan kedua, Aramagam didakwa melakukan seks luar tabii tanpa kerelaan mangsa di tempat dan waktu sama.


Dia dituduh mengikut Seksyen 377C kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan


Sementara tertuduh kedua, Steven Lim Beng Chuan, 20, dari Kampung Baru Cina, Kemunting, Perak, turut dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merogol mangsa sama.


Dia yang hadir berbaju-T hitam, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan.


Terdahulu, Aramagam dan Lim dituduh di kamar berasingan sebelum Timbalan Pendakwa Raya Azreen Yas Mohamed Ramli dan Mohd Fazaly Ali Ghazali memohon kes berkenaan berjalan serentak di mahkamah sama.


Pihak pendakwaan bagaimanapun, tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh dengan alasan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai berprofil tinggi dan membabitkan liputan media yang meluas.


Hakim tidak membenarkan kedua-dua tertuduh dilepaskan dengan jaminan sebelum menetapkan 7 Jun depan sebagai tarikh sebutan dan lantik peguam.


Akhbar sebelum ini melaporkan seorang suri rumah yang juga pelajar sebuah universiti tempatan di sini, dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan lelaki di rumahnya di Kangkar Pulai di sini, 28 Februari lalu.


lagi



Cetusan cinta songsang

Oleh Rohaya Bu-za
am@hmetro.com.my
2010/03/20

KUALA TERENGGANU: “Saya mencintainya sepenuh hati sebagaimana saya mencintai seorang lelaki dan dalam hati ini hanya ada dia. Saya tak sanggup berpisah dalam masa terdekat ini,” akui Trisya (bukan nama sebenar), 20, yang sudah lebih setahun menjalin hubungan cinta terlarang dengan seorang pengkid.

Im (bukan nama sebenar), 21, hadir dalam hidup Trisya saat dia sangat memerlukan seseorang selepas hatinya hancur dikecewakan seorang lelaki yang amat dipercayainya selama ini.


Sebelum ini, Trisya pernah beberapa kali dikecewakan dan dia mula muak dengan perangai lelaki buat masa ini kerana menganggap lelaki bercinta hanya untuk memuaskan nafsu dan mahukan duit semata-mata.


Justeru, dia mengambil keputusan bercinta dengan kaum sejenis yang dianggap lebih memahaminya selain mempunyai naluri sama.


“Saya mengenali Im melalui seorang kawan sekadar untuk ‘suka-suka’, namun lama-kelamaan perasaan sayang terhadapnya semakin mendalam ditambah pula dengan rasa cinta yang menebal,” katanya ketika ditemui Harian Metro, baru-baru ini.


Menurutnya, kali terakhir dia bercinta dengan lelaki tiga tahun lalu ketika dia baru menamatkan zaman persekolahan dan sepanjang percintaannya bersama bekas teman lelakinya itu dia tidak pernah bahagia seperti sekarang.


Katanya, bekas teman lelakinya itu seorang yang tidak pernah mengambil berat terhadapnya dan sering memaksanya melakukan hubungan seks selain meminta duit perbelanjaan harian.


Namun, akibat tidak tahan ujian berkenaan, Trisya akhirnya mengambil keputusan memutuskan hubungan cinta mereka dan berpisah walaupun hatinya masih mencintai lelaki berkenaan.


“Kehadiran Im dalam hidup saya pada Oktober 2008 benar-benar membawa bahagia kepada saya kerana dia lebih memahami, apatah lagi hati saya ketika itu remuk selepas dikecewakan insan bernama lelaki.


“Selepas beberapa minggu mengenali Im melalui seorang kawan, saya dapat rasakan hati kami mula serasi sehinggalah mengambil keputusan untuk berhubung lebih mesra dan tinggal serumah sebelum terdetik perasaan cinta,” katanya.


Menurut gadis itu, sejak dia bercinta dengan Im hidupnya sangat bahagia walaupun tahu ia salah dan berdosa besar di sisi agama, namun katanya pengkid itu melayannya tidak ubah seperti seorang isteri.


“Dia faham apa yang saya mahukan dan saya juga begitu. Saya akui kami memang ada membuat hubungan seks seperti pasangan lain, namun dia juga tidak pernah memaksa saya untuk melakukan jika saya penat atau ada masalah yang tidak dapat dielakkan, itulah yang membuatkan saya bertambah sayang pada Im,” katanya.


Menurutnya, dia kini bimbang jika keluarganya mengetahui rahsia itu kerana keluarga kedua-dua belah pihak langsung tidak tahu mengenai hubungan mereka yang hanya diketahui sekadar rakan rapat.


Menurutnya, dia sedar realiti kehidupan dilaluinya sekarang salah tetapi memerlukan masa untuk berubah.


Katanya, dia dan Im akan berubah pada satu masa nanti tetapi bukan sekarang kerana buat masa ini mereka masih memerlukan dan akan menyimpan rahsia ini daripada terbongkar terutama kepada keluarga.


Kata Trisya, dia juga sudah banyak berubah sejak mengenali Im. Jika dulu dia tidak bekerja dan sering berfoya-foya, tetapi kini dia dan Im sudah mula berjinak-jinak dengan perniagaan kecil-kecilan, manakala pada waktu lapang dia lebih selesa berada di rumah ‘bermesra’ dengan pengkid berkenaan.

“Walaupun Im menjadi pengkid sejak zaman kanak-kanak lagi tetapi dia tidak seperti pengkid yang saya kenal sebelum ini yang mengambil minuman keras, dadah serta banyak menghabiskan masa dengan perkara tidak berfaedah. Im sekadar menghisap rokok dan ketika saya mengenalinya dulu, dia seorang ahli sukan,” katanya.




buang anak tentu berkaitan zina



Bayi menggigil

Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
am@hmetro.com.my
2010/03/22

IPOH: Menyedihkan apabila seorang bayi yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan menggigil kesejukan ketika hujan lebat selepas ditinggalkan dekat kawasan pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh, di sini, petang kelmarin.

KASIH...Omar mencium bayi yang ditemui dibuang dalam semak  semalam.
KASIH...Omar mencium bayi yang ditemui dibuang dalam semak semalam.
Bayi perempuan seberat 2.8 kilogram cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan berdasarkan keadaannya masih bertali pusat ditinggalkan dalam semak di belakang sebuah pasar raya besar, di sini.

Ketua Polis Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, bayi itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira jam 5.30 petang.


“Bayi ini dipercayai baru dilahirkan dan ketika dijumpai berada dalam keadaan pucat dan menggigil kesejukan kerana ditinggalkan dalam hujan lebat.

“Bayi ini juga ditemui dalam keadaan lemah akibat ditinggalkan dalam tempoh yang agak lama sehingga tidak mampu menangis,” katanya.


Katanya, bayi malang itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan untuk rawatan sebelum tindakan lanjut diambil.


Bayi itu dilihat mengalami luka dan calar di muka dan kepalanya mungkin akibat dihurung semut.

Sementara itu, Timbalan Pengarah HRPB, Dr Rahimi Goon berkata, bayi itu dihantar ke hospital berkenaan kira-kira jam 8 malam.


“Pemeriksaan mendapati bayi itu sihat dan tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan dan kini ditempatkan di wad,” katanya selepas melawat bayi berkenaan bersama Pengerusi Lembaga Pelawat HRPB, Datuk Omar Ahmad.

Katanya, bayi itu ditempatkan sementara di hospital sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan