Khamis, 11 Mac 2010

INI SEMUA KETENTUAN ALLAH...REDA...ADA HIKMAH TERSIRAT DILUAR ILMU KITA..ilmu kita terbatas lagi terhad

Bayi tiga bulan tiada lubang dubur, jantung terbalik

KOTA BHARU- Malang bagi bayi lelaki berusia tiga bulan yang dilahirkan tidak mempunyai lubang dubur untuk membolehkannya membuang air besar secara normal sehingga terpaksa ditebuk pada bahagian perut.

Lebih menyedihkan, Mohd Alif Putra Yusof juga tidak mempunyai halkum dan masalah kedudukan jantungnya terbalik daripada posisi normal.

Ibunya, Wan Nurul Huda Wan Ahmad 25 berkata, anak keduanya itu dikesan mempunyai masalah selepas sehari dilahirkan dan tidak mampu menikmati kehidupan normal seperti bayi lain.

”Pada awal kelahiran doktor tidak mengesan sebarang masalah, namun selepas sehari bayi saya tidak membuang air besar, mereka membuat pemeriksaan dan mendapati beliau tidak mempunyai lubang dubur serta tiada halkum dan kedudukan jantung terbalik.

”Untuk membolehkan Mohd Alif membuang air besar, pihak hospital menebuk lubang di bahagian perut buat sementara waktu sehingga sampai usia sesuai untuk menjalani pembedahan bagi membuka saluran najis,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Pantai Mek Mas, Kuala Besar, dekat sini.

Terdahulu Wan Nurul menerima kunjungan serta sum-bangan daripada Kepimpinan UMNO Bahagian Pengkalan Chepa yang diketuai Dali Husin bersama Skuad Sayang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kelantan.

Wan Nurul berkata, anaknya itu perlu berulang alik ke Hospital Universiti Sains Ma-laysia (HUSM) sekali dalam sebulan untuk pemeriksaan saluran yang ditebuk manakala bagi masalah jantung pula, mereka terpaksa membawa Mohd Alif ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur setiap tiga bulan.

Katanya, dengan pendapatan suaminya, Yusof Ahmad yang bekerja sebagai nelayan, sumber kewangan cukup terhad dan tidak mampu untuk menampung semua perbelanjaan rawatan Mohd Alif.

”Suami saya hanya berpendapatan RM500 sebulan sedangkan perbelanjaan untuk menyediakan beg najis Mohd Alif serta kos ulang alik ke hospital melebihi RM3,000 sebulan.

”Kami tiada harta untuk dijual apatah lagi datang dari latar belakang keluarga susah. Sebagai seorang ibu, hati mana tidak sedih apabila anak yang dikandung selama sembilan bulan lahir dalam keadaan tidak normal, apatah lagi melihatnya menangis akibat tidak selesa dan kesakitan.

”Namun begitu, sebagai manusia saya redha dengan takdir ini, cuma sumber kewangan kami tidak mencukupi untuk memberikan rawatan terbaik kepadanya, jika ada pihak yang sudi membantu, ribuan terima kasih kami ucapkan,” katanya.

Bantuan boleh disalurkan ke akaun Yusof Ahmad 200659-1001437731 (Agro Bank).



TERKINI

Acheh dilanda gempa bumi kuat

07/04/2010 10:38am

JAKARTA - Satu gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter berlaku di Sinabang, Aceh pada pukul 5.15 pagi ini, namun belum ada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan harta benda.

Gempa yang berlaku di kedudukan 75 kilometer ke Tenggara Sinabang itu berkedalaman 34 kilometer di bawah permukaan laut, turut dirasai sehingga ke Meulaboh.

Pihak berkuasa telah pun mengeluarkan amaran tsunami, bagaimanapun ditarik balik kira-kira pukul 7.30 pagi dan keadaan di Aceh dilaporkan kembali seperti biasa.

Gegaran gempa turut menyebabkan bekalan elektrik dan telekomunikasi terputus seketika di Medan manakala penduduk Aceh turut keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.

Empat gempa susulan dengan ukuran antara 5.1 dan 5.2 pada skala Richter turut berlaku.

Bagaimanapun, sejumlah 165 pelajar Malaysia di Aceh dilaporkan selamat. -Bernama


Budak lima tahun maut digilis lori bapa

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut digilis lori seberat empat tan yang dipandu bapanya di Jalan Kampung Melaka, Batu 10 di Tanjung Karang dekat Kuala Selangor malam tadi.

Ketua Polis Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, Mohamad Khairul Nizam Sarmon, 5, maut akibat kecederaan parah di kepala selepas dilanggar di halaman rumahnya.


Maut diseret lori ayah


ANGGOTA polis mengangkat mayat Muhammad Wafie yang maut dalam kemalangan di Jalan Baharu Kupang, Gerik dekat Baling semalam.


BALING - "Badan saya lembik tidak bermaya apabila melihat anak sendiri parah di bawah lori yang dipandu oleh saya sendiri."

Demikian cerita Fazil Osman, 41, yang masih belum dapat menerima hakikat anak lelakinya, Muhammad Wafie, 15, sudah tidak bernyawa di bawah roda kenderaan yang dipandunya.

Kata Fazil, anaknya itu tercampak keluar daripada lori yang dipandu setelah terlanggar bahagian belakang sebuah treler lain di Jalan Baharu Kupang, Gerik dekat Kampung Kemangi Kupang awal pagi semalam.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan