Rabu, 3 Mac 2010

BILA AGAMA SEBENAR TIDAK JUMPAI...IAITU ISLAM

DUNIA

Pengacara jutawan ditemui mati


SEORANG anggota polis mengawal kediaman Digby di kediamannya di Newham, London Timur kelmarin.


LONDON - Seorang pengacara Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) bertaraf jutawan, Kristian Digby ditemui mati di kediamannya di Newham, London Timur kelmarin dipercayai kerana permainan seks secara solo, lapor sebuah akhbar semalam.

Digby berumur 32 tahun yang juga pengarah filem disyaki lemas semasa menahan nafas bagi tujuan kepuasan seks.

Polis mengklasifikasi kes itu sebagai satu kematian misteri tetapi yakin dia bukan membunuh diri.

"Setakat ini, kami percaya dia mati kerana cuba menyekat bekalan oksigen ke otak bagi kepuasan seks atau insiden lemas berahi," kata sumber polis.

Mayat pengacara itu ditemui di kediamannya oleh bekas kekasihnya iaitu seorang bekas anggota polis lelaki pada pukul 7.45 pagi waktu tempatan kelmarin.

"Digby mati di tempat kejadian. Ujian keracunan akan dilakukan bagi memeriksa sama ada terdapat kehadiran dadah," tambah sumber sama.

Mendiang yang juga seorang pakar hartanah dengan aset berjumlah £1 juta (RM5 juta), terlibat dalam banyak program televisyen tempatan termasuk Double Agents, Living In The Sun, House Swap and Buy It dan Sell It, Bank It.

Dilahirkan di Devon, barat daya England, anak kepada keluarga pemaju hartanah itu juga pernah memenangi anugerah sebagai pengarah filem.

Sebuah filem pendek arahannya iaitu Last Train To Demise meraih anugerah Filem Pelajar Terbaik Festival Filem Melbourne pada 1998.

Sebelum ini, pelakon veteran Hollwyood, David Carradine, 72, didapati meninggal dunia akibat lemas berahi setelah dia menggantung diri semasa satu permainan seks di bilik hotelnya di Bangkok tahun lalu.

Selain Carradine, Michael Hutchence, 37, juga dipercayai mati akibat lemas berahi pada 1997 walaupun bunuh diri dinyatakan sebagai punca kematian rasmi penyanyi kumpulan INXS itu.

- Agensi

Tiada ulasan: