Isnin, 15 Februari 2010

SILA AMBIL PERHATIAN

DUNIA

Fatwa larang lalui pengimbas bogel


GAMBAR menunjukkan salah satu pengimbas yang terdapat di Lapangan Terbang Heathrow, London pada 2 Februari lalu.


WASHINGTON - Majlis Fikah Amerika Utara mengeluarkan fatwa dengan memberi peringatan supaya penumpang beragama Islam tidak melalui alat pengimbas bogel di lapangan terbang, lapor sebuah akhbar semalam.

"Ia merupakan satu pelanggaran jelas ajaran Islam mengenai lelaki dan wanita dilihat berbogel oleh lelaki dan wanita lain," kata fatwa tersebut.

Larangan itu merupakan tamparan hebat berhubung penggunaan mesin X-ray yang ditempatkan di Lapangan Terbang Heathrow dan Manchester, Britain.

Di Amerika Syarikat (AS), terdapat 40 alat pengimbas di 19 buah lapangan terbang dan dijangka meningkat sehingga 450 unit pada hujung tahun ini.

Penempatan mesin itu dibuat sebagai sebahagian daripada kawalan keselamatan selepas seorang warga Nigeria, Umar Farouk cuba meletupkan bom dalam seluar dalamnya semasa dia menaiki pesawat komersial ke AS pada 25 Disember tahun lalu.

Umar kini ditahan di sebuah penjara di AS. - Agensi



INI KESANNYA



Wanita dibogel mesin x-ray khas



2010/03/25

LONDON: Seorang anggota keselamatan di Lapangan terbang Heathrow disoal siasat selepas merakam gambar bogel rakan sekerjanya menggunakan alat pengimbas antipengganas, semalam.

Jo Margetson, 29, membuat aduan kepada polis selepas John Laker, 25, mengambil gambarnya menggunakan mesin x-ray khas itu sebelum membuat kenyataan lucah: “Saya benar-benar sukakan payu dara kamu yang besar itu.” Jo memasuki ruang imbasan x-ray itu secara tidak sengaja dan ketakutan apabila Laker menekan punat mengambil imej yang terpapar di mesin berkenaan.


Laker berdepan kemungkinan dipecat jika didapati bersalah.


Dia juga menjadi kakitangan lapangan terbang pertama didapati menyalahgunakan alat kontroversi itu.


Mesin pengimbas khas itu dipasang selepas seorang lelaki ditahan kerana cuba meletupkan bom yang disembunyikan dalam seluar dalamnya, tahun lalu. - Agensi








Tiada ulasan:

Catat Ulasan