Selasa, 16 Februari 2010

MACAM TAK KENA MENGENA...CUBA JADIKAN IKTIBAR...MATI ITU TAK MENUNGGU TUA...JADI JANGAN SOMBONG DAN BERLAGAK SAKAN

DUNIA

25 maut kereta api bertembung


BEBERAPA pekerja penyelamat membantu seorang penumpang yang cedera selepas dua kereta api bertembung di Buizingen, Brussels semalam.


BRUSSELS, Belgium - Dua buah kereta api bertembung di pinggir Brussels semalam menyebabkan 25 orang terbunuh, kata seorang pegawai perkhidmatan kereta api.

Kereta api itu bertembung dalam cuaca bersalji dekat sebuah stesen di Buizingen kira-kira pukul 8.30 pagi waktu tempatan.

"Kami terpelanting (dari tempat duduk). Terdapat sejumlah orang yang cedera di dalam gerabak yang dinaiki saya tetapi saya berpendapat semua yang mati berada di gerabak pertama," kata seorang penumpang Christian Wampach, 47.

Punca kejadian masih tidak diketahui.

Ia merupakan kemalangan kereta api paling buruk sejak 28 Mac 2001.

Dalam nahas itu, seramai lapan orang terbunuh semasa sebuah kereta api bertembung dengan sebuah kereta api lain yang tidak membawa penumpang selepas memasuki landasan yang salah. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan