Khamis, 11 Februari 2010

INI TANDA KEBESARAN ALLAH SWT



Kucing mata satu



2010/02/11

SUNGAI BULOH: Misteri apabila seekor daripada empat anak kucing yang baru dilahirkan di Kampung Paya Jaras Dalam di sini, kelmarin hanya memiliki satu mata selain tidak mempunyai hidung.

Lebih menghairankan apabila mulut kucing digelar ‘Monster’ itu tidak normal seperti ‘saudaranya’ yang lain kerana ia seakan menyerupai mulut monyet.


Disebabkan keunikan wajah Monster itu, pemiliknya, Shaheffendi Abd Razak, 25, dan keluarga mendakwa bertuah kerana memiliki seekor binatang peliharaan yang unik.


Menurutnya, dia dan keluarga menyifatkan kelahiran Monster sebagai satu antara perkara ajaib di dunia.


“Mungkin ada yang menyangka kucing ini cacat, namun bagi kami ia istimewa. Malah, jika keunikannya dikira, Monster mungkin boleh disenaraikan sebagai benda ke-8 dalam perkara ajaib di dunia,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Difahamkan, berat Monster hanya 100 gram (g) ketika dilahirkan manakala panjangnya pula 10 sentimeter (sm).


Namun, hasrat keluarga berkenaan untuk membesarkan Monster tidak kesampaian apabila anak kucing terbabit mati kira-kira jam 3 petang, semalam.


Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Tamyes Abd Wahid ketika dihubungi berkata, tiada perkara yang aneh dan pelik berlaku di muka bumi ini sekiranya kita sentiasa berpegang kepada kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.


“Allah itu maha berkuasa dan mampu menjadikan apa saja yang dikehendakinya. Jadi perkara itu bukan suatu yang pelik mahupun aneh,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan